Nuffnang Ad

Monday 31 January 2011

Bershopping dengan Ayah

Minta maaf sangat-sangat sebab I dah lama tak update..it just that Im so busy dengan majlis perkahwinan adik I, Didi yang telahpun selamat dilangsungkan semalam..nie pun cerita masa balik Malaysia pun tak habis lagi...pelahan-lahan la yer.

Ayah kan dah 10 bulan tak jumpa Danish and Ryan, so diangkutnya ke KLCC and dibelinya kasut 3 pasang seorang yer..hmmm...I pun tak cakap apa dah..tapi Daddy Jack ada cakap, masa sampai kat airport tu, Ayah ada cakap kat Ryan..kenapa kasut dah tak muat? Hmmm, nanti ayah belikan...

Danish pun rambang matalah nak memilih kasut yang diminati...punyalah pilih pilih..sampai beli kasut futsal, tak tahulah bila masa nak pi main futsalnya. Ajak Hannan nanti yer.

Ryan pun sibuk jugak nak memilih kasut, tapi kat Adidas tak banyak saiznya, so nak kena pergi NIKE pulak.

Kat Nike, bukan sahaja Ryan, Danish and Hannan pun tumpang sekaki. Danish beli jersey MU and Hannan sambar jersey and futsal shoes jugak.

Muka happy, dapat macam-macam from Ayah Nan die

Tak cukup Adidas and Nike, masuk pulak dalam Parkson and kat sini pun dapat lagi..tak tahulah dapat kasut banyak-banyak, masa bila nak pakainya.

Ingatkan kasut aje, masuk ISETAN pulak, nak tersangkut dekat toys section, apa lagi terkena jugak..tapi Ayah Nan okay aje....

Hmmm...tetiba Ayah Nan dah jadi Santa Clause pulak yer

Ehhhh !!! Daddy Jack, you buat apa kat sini? Nak belikan untuk I ker? I dengan rela hati menerimanya....

Tuesday 25 January 2011

Sambutan meriah

Keluar aje dari gate arrival, tengok muka-muka yang sambut ketibaan kami sekeluarga..ada adik-adik, makcik malahan mak mertua pun ada jugak.

Lama jugak we all melepak kat Arrival Hall nie, mcm dah tak ada rumah pulak. Masing-masing sibuk bersembang, udahnya semua baru terasa lapar sebab dah tiba waktu makan..so ke mana kita nak makan ?

Pergi kedai favourite, Aunty Aini Cafe di Nilai...ohh dah lama tak makan kat sini, beberapa tahun lepas, rasanya. Mana nak cari restoran yang menyediakan lauk kampung di malam hari, Masakan kampung macam daging salai, asam pedas dll lagi.

Kira open table panjang jugaklah, and then budak-budak duduk asing..tak payah nak ganggy mak ayah menjamu selera.

Pembuli Ryan the Lion, Kak Cik and Didi

Asam pedasnya memang terbaik

Budak-budak lelaki dipisahkan kerana akan meganggu ketenteraman awan, so duduk masing-masing di meja sendiri, lepas makan terus kemas, yer

Semuanya berselera mengadap makanan antaranya lemak cili api, salai, puyuh goreng, ayam kampung dan lain-lain. Mulanya tak berapa nak makan sebab perit terasa sebu, tapi gagahkan jugaklah untuk enjoy the food.


Main Terminal

After landing, we all takut jugak kalau-kalau flight tu ditempakan jauh dari Main Terminal, sebabnya kena naik bas, keretapi dihentikan perkhidmatannya untuk upgrade..alah, malasnya nak naik bas dalam keadaan yang penat..tapi nasib baik, the flight terus ke Main Terminal, so tak payah nak rebut bas apa semua.

Daddy Jack sibuk nak balik dengan pakai topi favourite Australia, Akubra...perasan ala-ala Crocodile Dundee la tu.

Penerbangan kami share dengan KLM, patutlah ramai orang. Masa nak ambik all our luggage, mmg mata and anggota badan kena cepat respond antara satu sama lain...kalau tak, letih nak menunggu ia membuat satu pusingan lagi.

Daddy Jack dok berkenan dengan Trunki nie, untuk Ryan duduk atas beg and Danish kena tolak adik die..udahnya, I jugak yang menolaknya.

Muka and baju dah tahap serabai dah, maklumlah baru bangun tido..dengar kata nak naik car, menjerit-jerit suka.

Menunggu beg and kotak dengan penuh kesabaran. Masa nie we all disambut dengan my uncle, Cik Din masa kat kaunter kastam lagi. Cik Din nie kerja ngan MAS, so mudahlah nak kirim barang apa semua.

Hahahahhaha..sure Ryan cakap " Ehhhh, macam kenal aje, kan"

Monday 24 January 2011

Berhutang

Ohhhhhhhh, banyak benda nak diblogkan sepanjang berada di Malaysia..so far, so good here..paling bermakna dapat berjumpa dengan blogger yang selama ini hanya berhubung melalui komen dan juga FB, kita cerita later la yer..tgh perlahan-lahan mengarang ayat-ayat sambil nak ingat balik all the cerita from the visual.

7 jam lamanya

Perjalanan yang mengambil masa selama 7 jam perjalanan..sungguh menyeksakan. Flight agak penuh dengan mat salleh, rasanya yang Melayu, cuma 2 keluarga sahaja. Ramai mat salleh Adelaide yang keluar dari kepanasan di Adelaide, gamaknya.

Sebelum berlepas, semuanya dok behave aje..Ryan takut sikit dengan budak pramugara sorang tu, sebab budak tu dok sakat die...bukan sakat apa, tapi dok ralit main rambut Ryan yang kerinting tu.

Hasil ketakutannya itu, sebelum berlepas dah tumbang, so I bolehlah menikmati perjalanan selama 7 jam itu dengan ketenangan.

Daddy Jack melayan Danish untuk main inflight games..I pun ada cuba-cuba jugak especially layan Bejeweled, and movie The Social Network, tapi disebabkan perasaan nak balik tu yang terlalu kuat, semuanya tu macam tak begitu bermakna dah.

Tetiba terjaga pulak Ryan

Dah habis atau bosan main inflight games, layan PSP pulak la...pelik juga cos sepanjang perjalanan, Danish hanya tido-tido ayam sahaja.

We all dijamu dengan hidangan nasi briani and lamb roast. As for Danish, of course la layan nasi..berselera sungguhlah die makan dalam flight tu. Daddy Jack cakap sedap jugak.

Mulanya Ryan tido atas kerusi, tapi since die tak selesa sebab hidungnya tersumbat cos selsema so die mcm tak selesa sikitlah. Apa lagi, nak kena peluk ajelah...Ada sekali tu, I dah tak tahan sangat na ke toilet, so kena bergilir dengan Daddy Jack.

My food selection..sedap sangat lamb tu..dagingnya sangat lembut, potatoes pun sedap..Thumbs up untuk MAS Catering.

Habis licin, walaupun makan dengan hanya sebelah tangan sebab mendukung Ryan yang sedang tido.

Teman berbual I di sebelah adalah seorang makcik from England yang datang bercuti ke Adelaide selama 6 minggu, after touch down at KL, die akan transit jap then terus ke London selama 13 jam pulak...tahan sungguh la die..I yang duduk 7 jam nie rasa rimas sungguhlah..lagilah I nie muda, die tu dah tua, sakit pulak tu.

Lagi beberapa minit nak touch own, Ryan pun bangun, tapi mcm tido-tido balik, maybe dok mamai-mamai lagi..nasib baiklah tak berapa nak meragam sangat.

Tak tergambar perasaan I masa nakpak at depan screen, flight dah berada di Seremban...macam-macam perasaan ada dalam kepala dan badan, seram sejuk dibuatnya

Oh..makin dekat main terasa macam-macamnya..even nak muntah pun ada jugak tau..perasaan 10 bulan menanggung rindu yang tak tertahan.

Terima kasih MAS@MH 138..memang true Malaysian Hospitality. Walaupun perjalanan agak tegang sebab ada a few turbulances masa kat udara, tetapi pihak pilot berjaya menghadapinya dengan tenang, dan menjadikan perjalanan terasa selesa. Terima kasih juga kepada crew yang bertungkus lumus menyediakan segala-galanya untuk penumpang..Syabas !!!!!

Friday 21 January 2011

Akhirnya.....

Minta maaf lama sangat tak update....like my aunty said..Sweet Like Candy dah jadi Sour...bukannya I berjoli sakan, ataupun bersuka ria sejak sampai di Malaysia minggu lepas..well me, Daddy Jack, Danish and Ryan semuanya tumbang keletihan, kena cirit birit, muntah-muntah, pening kepala semua..tak tahulah kena, maybe ada yang cakap perubahan cuaca, ada pulak yang cakap sebab tak cukup rehat, sampai aje terus esoknya pi berjalan-jalan..entah la yer...but now, semuanya dah okay..and I will updates semua cerita since I sampai di Malaysia ya..

Saturday 15 January 2011

Alhamdulillah.......

Alhamdulillah, me and my family telah selamat kembali ke Malaysia on 13th January 2011..phewww, dah 10 bulan tak buat long journey, ianya memang memenatkan. So, far, semuanya telahpun selamat...kita cerita kemuadian yer cos I ada undangan me majlis pertunangan Daddy Jack untuk hari nie..heheheheheh..Welcome home !!!

Thursday 13 January 2011

Dah puas makan Melayu, kita cuba Arab pulak

Dapat jemputan from Najwa, temah serumah masa mula-mula sampai di Adelaide dulu. Dah lama die nak jemput datang makan-makan di rumahnya, tapi die mcm tak bersedia sebab nak membiasakan diri untuk memasak untuk orang ramai nie. Tapi, kan..walaupun pertama kali, tapi hasilnya sungguh memberansangkan.

Selama nie, kalau pi makan kat mana-mana rumah jemputan, antara yang sering dimakan adalah ayam BBQ, nasi ayam, nasi putih, nasi lemak, cuma sesekalilah dapat merasa nasi kerabu, but makan nasi kabsah? Tak pernah pulak..so di rumah Najwa kami dihidangkan dengan masalakan ala-ala Arab pulak. Sedap sangat nasinya, salad dan juga ayam.walaupun tak ada kuah, tapi tekak masih boleh menelannya dan nasinya tidak kering..Najwa, share resepi sikit, boleh tak?

Kak Azie blogger sejati, mana-mana pi, kamera memang tak lekat kat tangan, ada aje benda nak diambilnya...ceh, macam ler orang yang cakap tak macam tu satu ketika dahulu, kan.

Suka dengan yard Najwa ini, sungguh luas, kanak-kanak bebas bermain sana sini, berlari merata-rata.

All the bapa lepak luar, sambil tu bolehlah tengokkan anak-anak sementara para Ibu di dalam dok sibuk bercerita tentang isu semasa atau apa sahaja yang terlintas di fikiran.