Nuffnang Ad

Thursday 31 March 2011

Technology everywhere

Sekarang nie macam-macam jenis gadjet especially bab-bab telefon nie, canggih semuanya. Hmm, even my studemts pun canggih, kalau tengok update status kat FB, siap ada via Blckberrylah, Iphone, malahan Ipad pun ada jugak.

Demam ini pu menular di kalangan adik beradik I. Masa makan kat Ayuthaya pun sama jugk, even sempat berchat di handphone masing-masing.

Masa persiapan wedding lagilah, mulut jalan, tangan pun jalan sala, yer

I tried the Blackberry, biasa-biasa aje. Rasanya mcm tak berapa nak pandai, masih terhegeh-hegeh nak buka specially FB.

I masih setia dengan my Sony Ericsson nie, dah dekat 2 tahun pakai but masih elok lagi.

Wednesday 30 March 2011

Insaf sekejap

Dah lama tak ke Jalan TAR, hajat dihati nak beli tudung tapi nama kedai tak ingat sebab tak plan pun nak ke sini. Pi Jalan TAR nie pun sebab Ibu nak cari buku Yasin untuk diberikan kepada tetamu masa tahlil arwah Mak. Ada sikit kat rumah, tapi just nak tambah apa yang patut aje. Nak beli buku Yasin die Pustaka Mukmin nie. and kebetulan I ikut, I pun belilah all types of buku masakan, Ayah la yang tolong bayarkan. Hmm, beli buku banyak-banyak, tapi tak bawak balik Adelaide sebab dah tak muat beg.

Hmm, dah alang-alang ke Jalan TAR kan, ternampaklah satu restoran yang macam memanggil-manggil daku ke sana..apa lagi kalau bukan Restoran Insaf nie..aduh !! adakah masuk nie akan Insaf sekejap?

We all tak makan sini, just bungkus bawa balik aje, sebab semua tengah busy buat persiapan untuk kenduri tahlil, kan so mana sempat nak sediakan makanan tengahari. The aroma dalam restoran masih sama, tak berubah.

Sementara menunggu, aduh, sedap jugak kalau pekena Mango Juice yang dah jadi signature drink Insaf, kan tapi as usual, harga sudah naik la. tapi sedap punya pasal, order ajelah, Ayah yang bayar.

Macam-macam jenis lauk yang diminta ada di dalam nie, ayam, daging, kambing, sotong dan udang. Balik aje rumah, tak sempat nak ambik gambar sebab masing-masing memang tengah lapar, tambah pulak dapat makan Insaf so semuanya macam terlupa sekejap. Apa-apa pun Insaf masih sedap.

Makan tak sudah

Ada satu kali tu, tiba-tiba teringin nak makan A&W pulak so ajak Ibu and the budak-budak ke Wangsa Walk then makan kat situ jugak. I just nak makan fried chicken and wafer aje. Burger mcm tak berapa nak telan la.

The boys just pakai baju tidor aje, sebabnya plan nak makan aje, taklah sampai nak jalan-jalan pun. Habis makan, balik ler.

Ni maid Abby yang baru sampai bulan January lepas, namanya Lastri tapi lebab sikitlah kalau buat kerja. Kena ketuk baru buat, kalau tak, mcm tak tahu nak buat apa. Hmm, nie pun Abby macam dah tak tahan, tapi pikirkan pasal anak-anak kenalah tahankan aje.

Entah kenapa, kalau ke A&W, tak boleh betul minum root beer, tapi itu ajelah minuman yang ada so kenalah minum jugak. I tak suka yang float sebab rasa pelik minum air ada aiskrim, padahal semua orang kata sedap. Well, selera masing-masing, kan.



A&W terkenal dengan wafflenya which is I rasa macam agak kureng sikitlah. I still remember masa kecik-kecik dulu, kalau balik Kuantan naik flight kat Terminal 3 Subang dulu, selalu nak datang airport awal, sebab nak makan fried chicken and waffle A&W nie.

Tuesday 29 March 2011

Pisang oh pisang

Bekalan pisang di Adelaide, takpun di Australia sekarang nie tengah di tahap yang agak tidak memberangsangkan. Bayangkan harga pisang di Woolies and Coles lebih kurang AUD12 sekilo bersamaan RM38, kat Foodland depan rumah nie lagilah sampai AUD16 sekilo..ada kata kat Gepps Cross murah, tapi tak tahulah bila masanya nak ke sana semata-mata nak beli pisang aje kan. Tak pastilah pulak kat Central Market,. at least dekat sikit.

Bekalan pisang kurang gara-gara Taufan Yasi yang melanda North Queensland baru-baru nie di mana kat situlah penanaman pisang secara besar-besaran dan juga pembekal pisang di seluruh Australia ini. Pihak kerajaan Australia menolak bila ada yang mengusulkan agar pisang-pisang diimport dari negara lain, tetapi usul ini ditentang atas alasan tidak mahu ada serangga-serangga ayang akan merosakkan tanaman-tanaman yang lain. So, melepas ler I nak belajar buat kek pisang, makan pengat pisang atau apa sahaja yang berkaitan dengan pisang.


Swimming time

Masa we all pergi JB hari tu, mmg plan nak ajak Danish mandi swimming pool tapi bila tengok keadaan pool die, tak sesuai dengan kids so terpaksa lupakan aje hasrat tu walaupun dah beli new swimming suit for the boys. Danish pun apa lagi, merengek la bila tak dapat swimming tapi Ibu janji nak bawak pi mandi dekat KK Club di rumah since Ibu and Ayah memang jadi member club nie. So, balik KL, apa lagi, haruslah tunaikan janji tu.

This is the first time, Ryan mandi swimming pool. gembira tak terkata dibuatnya

Tapi siap berlagak, tak mahu pakai pelampung, nak mandi sendiri and tak mahu dipegang


Itupun dah berapa kali tenggelam timbul dalam air, tapi still boleh gelak ketawa lagi

Kebetulan dekat kids pool nie ada water slide, nak dipanjatnya sendiri. Terus la Daddy Jack tak bagi, nak tak nak kenalah Daddy Jack yang bawakkan.

Danish penakut sikit, so terpaksa la Iman yang temankan


Me and Ibu just jadi pemerhati, masing-masing tak beli swimming suit lagi. Kononnya nak datang lagi, tapi tak sempat.




Danish mmg suka swimming nie, even dulu masa kat kindi di Aman Ceria pun ada swimming time walaupun the pool is small. Then, bila sekolah di sini, during spring ada juga swimming activity, tu yang seronok.

Ryan masih tak puas bermain dengan air, sampai dah terketar-ketar pun tak mahu naik lagi.

So, bila dah tak tahan sangat, terus naik, mandi and pakaikan baju. Itupun masih ketar juga.


After Ryan naik, tak sangla la pulak Daddy Jack berminat nak join sama, so die temankan Danish pulak.

Iman suppose bersunat masa cuti sekolah lepas, tapi entah macamana tak jadi pulak. Nak tunggu bulan June nanti, katanya..hehehehe takut ker?

Monday 28 March 2011

Perihal gelang

Hmm, selama nie, I never pakai any gold, even masa wedding pun minta Daddy Jack belikan white gold cos I rasa pakai emas nie macam berat aje. Tapi since my wedding set kena kebas dengan perompak yang masuk rumah my MIL terus I tak pakai any types of jewellery, tak kisahlah yang tulen ataupun just for the sake of aksesori.

So, masa balik Malaysia hari tu, elok jer i sampai, Ibu terus bagi satu kotak panjang and said "Ni Yong punya"..so I ambik and terus letak atas dressing table. I tengok isi dalamnya, ohh gelang so I just ignored kannya. Then, keesokan harinya, Ibu tanya, kenapa tak pakai gelang Ayah bagi tu?, and I was like Ayah bagi? and Ibu cakap..Yer la, tu gelang emas..OMG..I thought gelang biasa aje..so start from that moment, I terus pakai sampai la hari nie. Memang I tahu Ayah ada belikan gelang untuk adik-adik I masa Raya lepas, but tak sangkalah untuk I pun ada sekali. Ibu cakap, hmm Ayah dah belikan tu kenalah pakai, nanti Ayah kecil hati, tak mahu belikan lagi..Oh yer ker? Hmmm, tu yang I pakai sentiasa tu, tapikan, I tak nak gelang la, nak minta benda lain, boleh tak?

Family time...BBQ session

Seronok dapat berkumpul ramai-ramai nie, so apa lagi, calling my aunty and uncle, nak buat makan-makan, adik-adik pun sama juga, bawak lauk sorang sikit, udahnya penuh meja.

Antara juadah untuk hidangan BBQ malam tu, semuanya sedap-sedap

Hmm, Ucik request nak makan beef stew yang macam I buat ikut resepi Kak Yan dulu, kebetulan cicah dengan roti arab, mmg sedap la

Pekerja-pekerja yang sedang menunggu tugas masing-masing

We all sibuk nak buat BBQ sebab dah ada set BBQ nie. Memang mulanya plan I nak bawak balik from Adelaide sebab kat Adelaide memang murah and rasa praktikal ada set BBQ nie, tapi entah macamana, dapat msg from Hannan, cakap Ayah dah belikan dah kat The Curve, yang harganya dekat RM4k...

Tengah buat entry nie pun boleh terliur pulak

Malam tu, we all buat ayam, daging and lamb as our main course di samping ada makanan-makanan sampingan yang lain.

Antaranya, roti jalan and kuah durian..hmm kambing and durian satu kombinasi yang sangatlah tak baik.

Susah nak jumpa roti arab di Adelaide so kat Malaysia, makan lah sepuas-puasnya, cicah dengan stew daging, perghhh terangkat.

Hannan yang buat this dessert, tak tahu apa namanya

Orang kuat di belakang tabir majlis BBQ nie, Hannan. Dielah yang prepare everything, perap ayam, marinade dan meyediakankanya. Akak-akaknya tunggu makan ajelah.


Lamb roasted

Homemade beef patties, pun Hannan juga yang buat


Danish tak sabar nak ngap aje, especially ayam panggang

Ibu pun turut tolong mana-mana yang patut

We all yang malas-malas nie, duduk berkumpul and bukak sembang, gosip dan sebagainya. Mana-mana yang dah masak, ambik and suap ke mulut aje. Bertuah, kan?

Shaq sampai tertidur sebab kepenatana. Puas siangnya main dengan Danish

Tak cukup di luar, dalam pun ada jugak

Hmm, sedapnya bila I pikir-pikir balik BBQ session nie, bilalah lagi merasa berBBQ lagi yer? Rindu nak duduk berlonggok, makan sama-sama, berborak lama-lama nie semua.