Nuffnang Ad

Sunday 31 July 2011

Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia

Untuk semua nya
Diri ini hanyalah manusia biasa yang tak luput dari segala khilaf dan dosa
serta prasangka
Di penghujung bulan yang penuh berkah ini
Saya selaku pembuat onar serta kesalahan
memohon maaf atas segala perilaku, ucapan,
tingkah laku serta prasangka baik yang disengaja mapun tidak

semoga amal ibadah kita di bulan yang penuh berkah ini
diterima oleh Nya dan semoga kita kembali di pertemukan dengan bulan yang penuh berkah ini.


Tak ada kata seindah zikir
Tak ada bulan seindah Ramadhan
Ijinkan kedua tangan bersimpuh maaf untuk lisan yg tak terjaga
janji yg terabaikan, hati yang slalu berprasangka & sikap yang pernah menyakitkan.
Maaf zahir batin. Selamat menunaikan ibadah puasa

Ikhlas dari Gina Manan sekeluarga
Adelaide, South Australia 2011

Friday 29 July 2011

Hmmmm, Android

I always fell in love dengan Sony Ericsson. Suka sebab cameranya yang high pixelate berbanding dengan Nokia. Walaupun all my adik-adik, cousins sibuk ada Blackberry, Im more into Sony la. Dah berapa tahun pakai Sony, so dah biasa. Malas nak tukar ke telefon yang I tak biasa. Balik Malaysia lepas, Sony Experia tengah hot, yang pastu its full HD, kamera handphone pun sampai 8 megapixel, dah taraf macam kamera digital aje. I kan suka ambik gambar di mana-mana I pergi, so ada tempat tu macam susah aje nak ambik gambar pakai DSLR, so better guna handphone aje.

Lagi satu, its Android so I bolehlah berinternet and berchat dengan my friends using the WhatApps application, senang aje..hahahah..chatting with no limit. Tapi bila balik Adelaide, tak berapa nak pakai lagi sebabnya sejukkkk !!! so tangan menggeletar sikit pakai touch screen nie, hahahhahahah.

Thursday 28 July 2011

Pre birthday present

Danish kan suka sangat dengan game console nie, dah ada PSP yang Daddy Jack belikan ditambah pukak dengan PSP Go hadiah dari Ayah masa balik from Malaysia dulu. Beberapa hari sampai, Ayah dah belikan die PSP Go nie. I pun sukalah die dah ada game baru so I bolehlah layan PSP macam dulu-dulu. Yer, I pun kaki main PSP juga, seronok layan Bejeweled dalam tu. tu siap bawak pi office lagi, ada masa terluang aje layan game..hahahahhaha.

Tapi, bila dah bawa balik Adelaide, seminggu aje hayatnya..entah apa yang ditekan si kerinting terus tak dapat main. Baru aje Mummy plan nak ambik PSP Danish, nak install game Mummy, nampak gayanya kena dulu barulah Mummy dapat merasa main PSP tu.

Obses sekali

Waktu di Malaysia, my boys begitu taksub dengan all the gadget, Ipad2 dan juga Tab. Mentang-mentang rumah Melawati pakai Unifi, wireless lagi so senang aje nak beronline, kan..siang malam layan movies online aje.

Si kerinting nie boleh pulak melayan Upin & Ipin di Sate Kajang Haji Samuri masa me, Ibu and Ayah pi makan kat sana. Masa nie dah nak balik dah, entah macamana orang kedai nie pi tukar Channel 9, dengar aje lagu tema Upin & Ipin tu aje, terus la melekat. Mula tu sanggup berdiri, tapi budak kedai tu siap dukung suruh duduk atas kerusi sebab dah ralit tengok tv.

Terpegun kat kedai tu, die sorang yang tengok. Budak kedai tu dok senyum aje tengok gelagatnya.

Payah nak ajak balik, kena tunggu iklan barulah boleh melepaskan mata from the tv.

Ni la kerja si kerinting sepanjang berada di Malaysia, melayan tengok Youtube aje, balik-balik tengok CARS, Upin & Ipin and lagu Twinkle Twinkle Little Star.

Dah penat tengok Youtube from Ipad2, layan pulak portable DVD, guess what ? Cerita CARS la apa lagi, sampai I dah naik muak dah tengok.

Wednesday 27 July 2011

Berhibur dengan anak-anak

Sabtu lepas, after majlis hari jadi beramai-ramai tu, kami balik rumah bersiap-siap apa yang patut sebab nak kena keluar balik untuk menyaksikan Disney On Ice pulak di Adelaide Entertainment Centre. Show mula pukul 6 petang, kena pergi cepat sebab tahu parking kat mana, tak mahulah parking jauh-jauh nanti susah and sejuk nak balik. Lagipun hari hujan sikit.

Alhamdulillah, kami dapat parking dekat dengan AEC tu tapi kena bayar dalam AUD10. Tak kisahlah, janji dekat. Lagipun tak ramai yang bawak kereta, sebab ramai yang menggunakan tram sebagai pengangkutan untuk ke sini, murah dan senang. Rasanya kalau naik tram dari city, free lah.

Ramai mak ayah yang turut sama membawa anak-anak mereka di sini. Show nie hanya 4 hari sahaja nak malam yang we all pergi ni merupakan malam yang terakhir. Seronok tengok anak-anak mat salleh esp yang perempuan datang dengan pelbagai gaya, ada yang datang ala-ala princess, fairies malahan ada juga yang datang full make up apa bagai. Yang boys sempoi aje.

Hai, dahlah harga tiket mahal, nie pun banyak juga melabur dengan macam-macam, semua benda nampak cantik aje, belikan topi the boys yang gilakan CARS nie pun dah AUD15 sebiji ada sekali dengan candy floss, lepas tu nampak pulak bekas popcorn cantik, pun beli jugak. Daddy Jack pulak beli Program book yang berharga AUD18, and also beberapa barang lagi ler. Pendek kata, beli barang dalam nie aje dekat AUD100 jugaklah.

We all masuk pun dalam kira-kira lagi 10 minit show dah nak mula. Malas nak masuk awal-awal sebabnya takut the boys tahan menunggu lama-lama, kang mcm-mcm perangai yang they all buat. Mujurlah kami dapat seat yanng paling atas, and hujung sikit. Kebetulan pulak tepi kami tu mcm ada ruang luas sikit, kalau nak main pun boleh bila they all bosan nanti.

Seat kami paling atas, but still boleh nampaklah the show, taklah sampai kena kecikkan mata. Nie pun kami pakai just Cyber shot aje, kalau bawak my Nikon and the long lense tentunya berbaloi kalau ambik gambar. Tu la kan, pi tinggalkan Nikon tu buat apa...kan dah susah. Mentang-mentang ler ada kamera yang Full HD, yang lama ditinggalkan.

Persembahan pertama dimulakan dengan persembahan the host, Mickey and Minnie Mouse, then ada Donald Duck and Goofy.

Terpegun sekejap si kerinting nie. This is his experience tengok show macam nie. Kalau Danish tak ada hal, dah pernah tengok bola, rugby, even pernah bawak tengok wayang pun.


Inilah yang ditunggu-tunggu bukan aje the boys malahan orang ramai di AEC nie, CARS show. CARS kan tengah hangat sekarang, even CARS 2 pun dah habis tayangannya di Adelaide. Di Malaysia rasanya dalam masa raya nanti, sebab cuti sekolah.

Makin terpegun la si kerinting nie, bila dapat tengok CARS depan mata aje. Selalu cuma tgk movie di TV aje, and main mainan sahaja. Even I hulurkan popcorn pun, haram disentuhnya.

Tapi agak kecewa sikit, dahlah CARS nie persembahan pertama, shownya tak sampailah 5 minit. Ingatkan ada keluar lagi..tak..Alahai..tak berbaloi sungguh ler.

Lepas CARS, persembahan Lion King pulak, full of colours.

And the show semakin membosankan, thru halfway,I dah start sms aje. Even the boys pun dah mula tak duduk diam. Puas bagi makan popcorn and candyfloss, pun tak layan. Udahnya je main kat tepi tu. Danish pun dah start baring aje.

Yer la, mana tak bosannya, orang depan I kata, cuma yang beza tahun nie cuma CARS tu aje, yang lain-lain macam Lion King, Little Mermaid and Tinkerbell tu sama aje macam show tahun-tahun lepas..hah !!! yer ker? Die pun kata rugi die beli tiket untuk anak-anak, tengok CARS tak sampai 5 minit. Hmm, so kalau mcmtu, nampak gayanya tahun depan kita tak payah pergila. Baik tengok circus, lagi bagus.

Tuesday 26 July 2011

Quadruplet birthday celebrations

Sabtu lepas, kami sekeluarga mendapat undangan dari one of my Adelaide's gang untuk ke majlis birthday party, bukan satu tapi empat orang sekali gus, anak-anak yang berumur 8 hingga 5 tahun. Yer la ,kan nak buang sorang-sorang masing-masing mak pak belajar so tak ada masa, kumpulkan semua so buat semua sekali gus, then ramai boleh datang. Since jemputan pun agak ramai, kali nie dibuat di Enfield Community Centre. Kami sampai antara yang terawal sebab sebelum tu pusing-pusing jap sambil mencuci mata.

Kak Yatt antara host untuk majlis nie. Tak memang tangan memastikan all the preparations berjalan dengan lancar.

Menu utama untuk majlis ini adalah Laksam/Laksa dan juga Nasi Kerabu. Suppose nak buat majlis aqiqah sekali tapi tak jadi sebab kambing aqiqah tak dapat disediakan pada masa yang diminta, but tak jadi aqiqah tapi ada juga kambing panggang.

The boys dah sampai dulu, ramai their gang belum sampai so dok main sesama mereka dulu lah. Bila nampak geng datang sorang-sorang ligat main, makan pun tak tentu hala dibuatnya.

Sedap nampak birthday cakes nie, tapi lagi surprise bila mentioned ice-cream cakes..hehehehe, sejuk-sejuk makan ice-cream cakes, tapi not bad jugak. Sedap cakenya, even all the kids enjoyed the cakes so much.

Lama rasanya tak jumpa Kak Azie, minggu lepas just borak dalam phone aje...so kali nie dapatlah bersembang panjang dengan Kak Azie. Kak Azie tengah berazam untuk setiap hari Sabtu nak membekukan diri dari membuat aktiviti Garage Salesnya..but I tak percaya..

Dah lepas main, makan dan main lagi, kanak-kanak datang berkumpul untuk upacara memotocake, jenuh budak-budak nie nak kena nyanyi sampai empat kali, bila time yang keempat, suara dah mula sayup-sayup dah.

Happy 5th birthday, Aiman. Aiman is Syitah'son. Syitah pun baru melahirkan anak lelaki so sekarang nie dah ada 3 hero.

Anak Kak Yatt, Shakirah turn 7, dah besar dah anak dara Kak Yatt nie.

Qaisara yang comel, anak Linda. Geram tengok pipi die yang tembam tu. Qaisara dah pun berumur 5 tahun.

Seorang lagi anak dara Linda, Qistina yang berumur 8 tahun, sama-sama menyambut bersama kawan-kawannya di Adelaide. Mereka sekeluarga akan kembali semula ke Malaysia hujung tahun ni after ibunya, Linda menghabiskan her Master.

Semua happy dapat berjumpa rakan-rakan, yer la, after penat belajar selama 5 hari kenalah merehatkan minda sekejap. Pada suri rumahtangga pun sama juga, dah 5 hari terperuk dalam rumah, so nak juga bertanya khabar kawan-kawan. Makanan mmg overflow, banyak sangat selain yang disediakan oleh tuan rumah, yang datang membawa makanan pun banyak jugak.

Lama juga kami di sini, dalam pukul 3 lebih bila cuaca dah agak mendung barulah kami bergerak balik. tapi bila nak balik aje, mulalah ada yang nak sambung borak ler, ambik gambar ler...hehehe.

Monday 25 July 2011

Aduh !!! Makin bertambah jadinya

I ingatkan bab-bab beli toys nie dah habis, rupanya tak sebab TARGET baru buat they all punya Toys Sale on 21st July lepas. Pagi-pagi lagi dalam pukul 6 Daddy Jack dah kejutkan Danish untuk temankan pergi TARGET pulak. Bila balik, bertambah lagilah koleksi mainan untuk the boys nie.

Sebabkan mereka tahu I akan bising beli mainan banyak-banyak, so untuk cover sebab dah beli banyak toys, untuk I they all belikan this kinect Active 2 Personal Trainer, untuk I berlatih exercise kalau bosan duduk rumah nanti. Yer la, dengan mengemas rumah tak habis-habis bersepah dibuat oleh the boys pun dah cukup senaman rasanya.

Pagi-pagi bangun aje dah macam Krismas, ada mainan sedang menunggu. Danish aje yang pergi sebab kalau angkut si kerinting nie sekali, mmg tak ada chance ler nak membeli, die berlari sana sini, pegang apa-apa yang boleh dipegang..kecoh nanti dibuatnya.

One of Danish's wishlist, nak menambahkan koleksi his Mr Potato Head nie, dapat jugak walaupun di TARGET agak mahal berbanding dengan BIGW hari tu.

Another Thomas collection..kadang-kadang pelik juga bila Daddy Jack dok menambah the Thomas Collection, beli banyak-banyak, sekali the boys dah tak minat main Thomas, macamana pulak tu?

CARS lagi

Nilah rupanya bilik toys the boys yang dah disumbat dengan segala jenis mainan, sampaikan tak tahu, ada lagi ker tempat nak letak mainan nie sebabnya mainan dah semakin bertambah. Tapi kata Daddy Jack, bilik nie belum kemas sepenuhnya, nanti perlahan-lahan dikemaskan so that the boys boleh main kat dalam bilik nie.

Ni pun Thomas punya collection, masih duduk dalam kotak lagi, kalau bukak memang tak tahu dah nak letak mana. So, biarkan aje dalam kotak.