Nuffnang Ad

Monday 31 October 2011

Hantar beramai-ramai

Sejak mula term baru bulan lepas, Danish dan no more naik van ke sekolah sebab dah habis NAP program so noe dah masuk mainstream dah. So, Daddy Jack mengambil tugasan menghantar dan juga mengambilnya disekolah. Suka lah Danish sebab Daddy Jack yang hantar and ambil dia di sekolah.

Since Ibu datang, dipaksanya Ibu dan Hannan hantar die beramai-ramai ke sekolah. Lagipun masa nie, Daddy Jack nak bawa Ibu dan rombongan ke city pulak. Me and Ryan tinggal sebab tak muat kereta, lagipun nak siapkan lunch juga nanti.

Lagipun, masa Daddy Jack ke Beijing, Hannan ditugaskan untuk mengambil dan juga menghantar Danish ke sekolah. So, nak tunjukkan dulu pada Hannan tempat pick up Danish di sekolah nanti.

Merasa juga Ibu ke sekolah Danish. Selama nie tengok gambar kat FB aje suasana sekolah Danish. Lepas hantar Danish, bermulalah tour Ibu ke City pulak bersama Daddy Jack.

Sunday 30 October 2011

Busy like a bee

Im sorry, Im sorry...dah beberapa hari tak update..since Ibu and my family datang, I've been busy entertained them. Masak makan, bawa jalan-jalan so memang penat. Malam aje, pukul 9 dah masuk tidur dah, cos esoknya nak bangun awal untuk sediakan breakfast semua.

Tapi, bila Ibu ada berjalan memang tak ingat dunia. Asyik keluar and beli barang..Ibu, Ibu baru 2 minggu dtg Adelaide, beli barang macam nak rak. Harapnya jangan lah sampai terlebih muatan. Parah pulak nak membayarnnya nanti.

Thursday 27 October 2011

Aktiviti senggang

Sekarang waktu siang adalah panjang di Adelaide. Ni dah pukul 7 ptg so matahari baru nak terbenam. Ibu datang dok mengadu sejuk lagi walhal kami semua dah pakai baju selapis sahaja, maklumlah masih nak membiasakan diri dengan cuaca, kan.

See, tengok Danish tu boleh aje berseluar pendek..heheheh. The boys pun gembira sangat bila Ibu and the family datang sebab ada aje yang nak melayan mereka.

Ryan suka sangat dengan hadiah kasut CARS masa birthday dia. Ke mana-mana pun masih setia dengan selipar barunya itu.

Syoklah Danish, ada yang nak melayan die main kat yard belakang rumah. Kalau dengan kami aje, mmg tak layan. Main ajelah kat kawasan rumah yang hanya sekangkang kera tu.

My cousin Azlan yang baru bangun tido, maklumlah masih jetleg lagi, lagi syok bila cuaca sejuk and dingin..mmg sedaplah tido.

Hahahaha, Ibu pun dah sama interest dengan I, dapat katalog macam dapat baca novel, tak tahan, siap peluk tu.

Hannan pun rajin melayan juga

Seronok dapat berlari sana sini, kat sekolah tak puas lagi mainnya

Percubaan Ryan untuk membuat PEACE sign

Cantiknya pemandangan sunset di hadapan rumah I nie, sesekali dapat ambik gambar macam nie terasa sungguh indahnya kawasan di area Magill ni.

Ibu pun kata, cantik kawasan rumah I, tambah cantik ada a few rumah yang ada pokok roses yang sedang berkembang besar, memang cantik. Ibu pun geram aje tengoknya.

Dah lama tak pergi Fruit & Vege di depan rumah nie, kalau ada pun sekadar membeli telur aja. Nak beli sayur atau fruits, just pergi Coles atau Woolies ajelah.

Wednesday 26 October 2011

Jalan-jalan ke Kmart

Hari kedua Ibu sampai, Daddy Jack bawa Ibu dan rombongan ke Kmart belakang rumah nie aje. Since kereta tak ada space lagi, so I kena tinggal di rumah untuk sediakan lunch. Sedih sungguhlah.

Masa masuk aje dah tercengang-cengang tengok besarnya mall dengan dipenuhi macam-macam barangan macam baju yang cantik-cantik. Hehehehe, I yang duduk lama nie pun geram aje kalau masuk Kmart sebabnya tak tahan godaan.

Daddy Jack menjadi tourist guide untuk kali ini. Heheheh, I suruh die bawa sekali Ryan so taklah mengacau I nak masak nanti.

Since sekarang nie spring and tak lama lagi summer so banyaklah mesin-mesin ais yang dikelaurkan dari simpanan semula. Antaranya slushie maker nie. Ibu pun dah berkenan, nanti nak bawa bali Malaysia, so tak payah susah-susah nak beli slurpee kat 7E.

Ibu diam-diam aje peegi ke bahagian pilihannya. Mujurlah tak besar mana, kalau tak mengagau juga nak mencarinya.

Daddy Jack cakap, Ibu dah rambang mata dalam nie. Banyak sangat pilihan dari electrical appliances, pinggan mangkuk even ke bahagian menjahit.

Kmart sekarang dah ada mesin bayar sendiri, tak perlu susah-susah nak beratur kat cashier lagi dah. Kita scan barang kita, then bayar lebih kurang macam ATM machine aje. So easy and handy.

Hannan dah ada yang berkenan, tapi terpaksa pendamkan dulu sebab baru hari kedua, kang angkut banyak-banyak, tak ada duit lagi. Sabar, sabar..banyak lagi tempat yang tak pergi lagi nie.

So far, ini baru yang sempat Ibu sambar di Kmart. Antaranya donut maker, pie maker and some cookies mould serta beberapa hadiah lagi. 2 kotak corelle tu Ibu beli masa hari pertama sampai, tengah ada offer.

Hannan pulak tengah gilakan buku masakan. Ni antara yang dijumpainya. Dah ada set BBQ kat rumah, so kenalah pandai buat BBQ, kan. Kalau tak, rugi aje Ayah beli sampai 4K. So, nanti bila balik, kita layan buat barbie ajelah.

Tuesday 25 October 2011

Barang import lagi

Bila dah ada family member datang ke sini, so adalah beberapa kiriman yang perlu dibawa, maklumlah nak balik Malaysia lagi tak tahu bila so kumpul stock selagi perlu.

Pakcik I siap bekalkan beberapa ready made food in the box lagi. Ala, macamlah I tak boleh masak..setakat asam pedas (ehhh, dah lama lah tak makan asam pedas, nanti nak buat lah), masak lemak cili api dan macam-macam lagilah sampaikan bihun pun dibekalkan. Ala, kakak you nie datang sini melawat anak dia, so dah tentulah anak dia akan sediakan makanan, bukannya nak ke medan perang.

Snack yang sedap dikala bosan, keropok keping. Kalau bosan-bosan, goreng and makan dengan sos cili serta minum kopi O panas, memang sedap, kan.

Stock ikan bilis and udang kering pun kena angkut jugak padahal masa balik raya pun dah bawa jugak. Heheheh, I nie kan, memang suka mengumpul stok. Daddy Jack dah suruh stop dah menyuruh org di Malaysia keep sending stok makanan sebab dah macam kedai runcit dah pantry di rumah nie. Bukannya tak ada udang kering and ikan bilis di sini, tapi tak beraa sedap sebabnya ada yang datang dari Filipina ataupun Thailand.

Dah jatuh cinta dengan perencah ikan bakar nie. Hari tu Nadiya pernah bagi untuk cuba, so Danish cukup suka sangat makan ikan bakar guna sos ni. Sos nie kena beli di Pasar Besar Kuantan, kat tempat lain tak tahulah ada ker tak.

Sejak suka kembali pergi garage sales, maka kenalah tambah stok sabun Taharah nie untuk menyamak segalam pinggan mangkuk ataupun bekas-bekas yang dapat di GS, walaupun rasa bekas tu elok tak letak benda-benda haram, tapi bila kita dah was-was tu so kenalah samak, kan.

Bila ada orang nak datang Malaysia, benda nie lah yang paling berharga untuk dikirimkan oleh My Adelaide's gang. Kat sini rokok mahal, harganya sama dengan setin susu anak. Pastu ada yang kata rokok kat sini tak sedap..tak tahulah sebabnya Daddy Jack tak smoking so tak tahu sedap ker tak..hehehehe.

Monday 24 October 2011

Bangun pagi mengadap hadiah dulu

Masih lagi entry pasal birthday Ryan, nak buat entry pasal Ibu datang pun belum berkesempatan. Sibuk betul mana nak melayan anak-anak lagi bila Daddy Jack tak ada, lepas tu nak masak and kemas nak bagi Ibu selesa. Bila malam, memang tidur awal, tidurkan the boys, akhirnya terlena sekali. So, pelan-pelan I update psl Ibu invaded Adelaide yer.

Banyak juga hadiah yang Ryan dapat, antaranya this Disney Set book, ada Toys Story, Cars, Princess dan juga Jungle Book. Thanks kepada sesiapa yang memberinya.

Pagi-pagi lagi, Danish dah tolong bacakan untuk Ryan.

Salah satu yang digemarinya adalah kasut CARS nie, pakai dalam rumah aje, sebab sayang nak pakai kat luar.

Antara hadiah-hadiah yang telah dibuka. Ada diantaranya telahpun we all sorokkan supaya tak buka semuanya. BNanti bila buka semua, bukannya main, sepah aje.

Daddy Jack kata, nie hadiah from Mummy. Daddy Jack yang tolong belikan bagi pihak I, tapi Im more interested into some educational toys, tapi Daddy Jack kata, Ryan kecik lagi, so biar dia puas main dulu.

I tak pernah bagi the boys main Play Doh walaupun masa zaman I kecik, Play Doh nielah satu kegilaan main dengan my siblings. Bukannya apa, the boys nie messy sikit, so takutlah habis satu rumah habis ditepeknya dengan Playdoh tu. So, salah satu hadiah Ryan adalah this Playdoh set so nie lah antara toys yang diminta untuk buka.

I dah pesan, nak main Playdoh kena behave and no messy at all. So, Danish kena tengok and jaga Ryan, jangan bagi die tepek kat dinding atau letak dimana-mana.

Danish dah biasa main Playdoh di di sekolahnya. So katanya seronok Mummy main Playdoh nie. Memanglah seronok, tambah seronok bula dapat buat macam-macam especialy foods. Bila pergi toys section, nampak Playdoh set nie geram aje.

Happy sangat bila tengok the boys dok bermain dengan Playdoh nie.