Nuffnang Ad

Tuesday 31 January 2012

Wantan

Dah lama dah teringin nak makan wantan mee ni. Kat Adelaide nie mana nak merasa makan macam ni. I suka sangat makan mee wantan di RnR Tapah. Kalau ke arah Utara, sure akan singgah breakfast dulu di Tapah nie. Tapi kena beratir lama lah menunggu sebab selalunya ramai orang. Disebabkan tak tahan nak makan wantan, pilag cari bahan-bahan like wantan skin at Asian Groceries belakang rumah nie. Selalu pakai kulit putih, tapi ternampak pulak kulit kuning nie, lagilah nampak delish, kan.

Dah tak tahan menengok wantan yang dah dimasak, plan nak goreng tapi terus tak jadi so kukus ajelah. Itu pun dah kecur air liur pun.

2 hari berturut-turut makan mee wantan, hari pertama makan mee wantan sup, so the next day, makan mee wantan kicap pulak..as long as it ada wantan, tetaplah sedap.

Hadiah bermakna

Semalam, sessi persekolahan untuk tahun 2012 for Term 1 pun bermula. Danish begitu semangat untuk ke sekolah after bercuti panjang. Dapat berjumpa kawan-kawan serta cikgu semula. I pun dah kembali busy menyediankan his lunchbox to school, normally just a simple one aje, cukup memadai dengan roti, biskut and some youghurt. Fruits like banana and also grapes itu adalah satu benda yang wajib ada dalam lunchbox.

Bulan November lepas, we all balik Malaysia, so Danish tak ke sekolah selama 2 minggu sebelum cuti sebenar. Tak sempat nak jumpa cikgunya untuk ambil apa-apa memo. Semalam Danish bawa balik his teacher's progress report. Im so proud of my son. Tak sangka, walaupun tahun lepas balik Malaysia sampai 4 kali dan banyak kali skipped class, but he's doing very well.

Siapa sangka, 3 tahun dulu, Danish nak ke sekolah pun berperang dengan Ibu. I tak berkesempatan nak hantar Danish on his first day of kindie cos Ibu tak bagi, takut menangis and jadi mengada, so Ibu yang mengambil tugas menghantar and ambil Danish ke sekolah walaupun pada masa itu, Ibu masih bekerja sampaikan beberapa kali juga punchcard merah. Lama jugalah, Danish ambil masa nak adapt to his new environment, lebih kurang 2 bulan rasanya. Lama-lama tu, dah okay sikit. Tak sampai setahun di kindi Malaysia, kena ikut pulak ke Adelaide, lagilah I takut sebab tak pernah handle Danish ke sekolah. Alhamdulillah, semuanya terkawal and after dapat progress report yang sebegini, tanpa I sedari...air mata mengalir tanda gembira..Syukur Ya Allah.

Monday 30 January 2012

Sambutan kecil-kecilan aje

My belated entry for my birthday celebration...after makan di luar on that day, disebabkan tak tahan kepanasan yang teramat so we all decided balik celebrate kat rumah ajelah. On the way balik, singgah McD untuk beli the Frappes and also Frozen Coke.

Tak lupa juga Chocolate Cake from The CheeseCake Shop, jadiler. Itupun berjenuh nak habiskan untuk kami berempat. Sedap keknya.

Masing-masing tak sabar menunggu Mummy nak tiup lilin.

Thanks to Daddy Jack, cos bawa pergi lunch, then belikan kek untuk sambutan yang kecil-kecilan nie.

Umur pun dah meningkat, tahun depan dah kena masuk kerja balik..huhuhu, sure merindui saat-saat 3 tahun menghabiskan masa mebguruskan anak-anak dan juga rumahtangga.

Masing-masing teruja nak tiup kek


Whoot !!!! Whoot!!!! my birthday cake and also birthday pressie

Sunday 29 January 2012

Bahan bacaan ketika senggang

Dulu, I memang suka membaca, tak kisahlah majalah, novel ataupun newspaper. Ada masa terluang mesti membaca. Tapi sekarang, semangat itu masih pudar, semenjak menguruskan keluarga nie, so tak banyak masa untuk membaca. Baru selak muka depan.."Mummy, nak susu" takpun "Mummy, nak makan" so lupakan niat tu dululah. Mujurlah ada internet, so rajin lah membaca blog serta berita online. Di Adelaide nie, kalau nak semangat membaca pun, setakat belek katalog ajelah.

Antara katalog yang selalu dibelek, telek dan juga diangan-angankan..huhuhuhuh

Ini pun boleh jadi bahan bacaan juga, cara-cara menjaga set pinggan mangkuk pujaan ramai orang tu.

Heheheheh, kami pun pernah muncul dalam bahan bacaan juga tau..cerita 8 tahun lepas di dalam majalah Pengantin. Ada satu lagi majalah Wanita, tapi tak sempat nak cari dimana. Merasalah jadi artis sekejap, kan.

Saturday 28 January 2012

Nasi Lemak oh Nasi Lemak

Dulu, heboh sekejap bila ada ura-ura nak hentikan penjualan nasi lemak disekolah untuk mengelakkan kanak-kanak sekolah mengalami obesiti. Yer ke? Nasi lemak menjerumus kepada obersiti? Entahlah yer..masa zaman I sekolah dulu, rasanya ada ada makcik kantin menjual nasi lemak, mee kari. Even masa I pergi ikut Daddy Jack pergi jumpa cikgu sekolah, I melepak kat kantin sekolah, tengok kantin sekolah sekarang bukan macam kantin sekolah zaman I dulu.

Dah banyak makanan dijual macam burger, mee goreng, nasi lemak, kuih muih even siap ada gerai untuk bancuh minuman. Hebat sungguh !!! Berapalah agaknya duit belanja anak-anak sekolah sekarang yer...

Apa-apapun, nasi lemak tetap kekal sebagai antara makanan kita. Tak kiralah dimakan waktu bila pun, pagi atau malam..nasi lemak tetap menjadi pujaan. Samada berbungkus daun pisang ataupun yang berhidang.

Friday 27 January 2012

Adelaide United Soccer Academy

As you all now, both boys and Daddy Jack is sports lover especially soccer. Tak kisahlah ke ceruk mana, bola sepak tetap menjadi pujaan. So, kebetulan Adelaide United ada buat special clinic for children and since we all balik awal, so we register Danish to be one of the participant.

Sessi training bermula pukul 2 sampai 4 petang. Mujurlah cuaca taklah sepanas terik masa macam kami sampai dulu, kalau tak, semuanya terpanggang aje. Kebetulan clinic nie dibuat waktu cuti sekolah, so ramai lah anak-anak Aussie yang turut turun padang.

Sessi latihan dibuat di Hindmarsh Stadium bersama para pemain bola Adelaide United.

Mulanya I taknak pergi cos tak larat la nak mengejar Ryan, tapi bila memikirkan that this is the first training session for Danish, so I gagahkan diri untuk pergi juga.

Luas betul training ground die, berjenuhlah nak practice nanti.

Dah lama dah we all nak enrolled Danish to academy school nie, tapi asyik tak kesampaian sebab dok balik Malaysia aje.

Ryan tak boleh join lagi..masih dibawah umurnya, tapi Ryan setia menunggu Danish untuk training sessionnya.

Barisan pemain-pemain yang akan bembantu dalam sessi latihan nanti.

Group dibahagikan mengikut umur

Pemain favourite Danish yang masih tinggal, yang lain semua dah tiada berhijrah ke merata tempat.

Ada lebih kurang 10 jenis skills yang perlu dipelajari. Masing-masing ditemani dengan dua pemain bola Adelaide United.










Penamat acara, seperti biasa sessi bertemu dengan para pemain serta signing session

Masing-masing happy dan penat. Mujurlah cuaca pun taklah sepanas mcm selalu, sedang elok aje. So lepas nie, we all dah register Danish to be part pf the Academy, bila ada training session, so Danish will be part of it.

Thursday 26 January 2012

Hot and hotter

Today is Australia Day, kira macam hari kebangsaan la. First time rasa cuti hari biasa, normally Aussie nie cuti tak hari Jumaat atau Isnin sebab depa nak cuti panjang, kan. As usual, bila cuti aje mulalah bosan sebab kedai semuanya tutup, tak kisahlah supermarket ker, shopping mall ker. Yang buka hari nie cuma kedai hardware sahaja...huhuhuhuhuh.

Sekarang adalah summer..musim yang paling tak best sekali. I think I prefer winter la kalau macam nie punya panas. Duduk dalam rumah, terasa bahang serta tak selesa bila tirai dalam rumah semua ditarik mengelakkan matahari masuk. Lemas duduk dalam rumah, nak keluar berjalan, tak tahan panas, kulit pun sakit serta kering dibuatnya. This is actually my first summer, tahun lepas lari balik Malaysia so taklah rasa panas yang teramat nie.

Aussie peoples love to hang out at beach during summer nie. Ada jugaklah my Adelaide's gang yang selalu pi beach bila petang sebab waktu siang yang panjang, so far I belum lagi nak pi beach dengan keadaan cuaca yang macam nie, Panas berlengas aje rasanya. Panas-panas terik mcm nie kena stay dalam rumah ajelah, hibernate aje. Ada sampai satu tahap, sampai tak tahu nak buat apa di kala bosan melanda.