Nuffnang Ad

Tuesday 28 August 2012

Road trip again

Sorry lambat update beberapa perkara since Jumaat lepas, too busy menguruskan bermacam-macam hal sambil beraya ke sana ke mari. Tambah sibuk lagi bila keluarga my brother and sister inlaw sampai from Sydney last Sunday so memang bust ke sana ke mari untuk entertain mereka sekeluarga. So, pagi ini, we all semua on the way ke Melbourne...driving thru the coastal road, menuju ke Great Ocean Road. Kalau berkesempatan, I will update yer. If not, just buat entry yang tersimpan lama dalam draft box tu la yer.

Monday 27 August 2012

Riang Ria Raya

Raya pertama kami berkumual beramai-ramai di Thorndon park bersama-sama dengan seluruh warga postgraduates dan juga keluarga mereka. Masing-masing datang bergaya dengan pakaian raya yang cantik-cantik belaka. Kami berkumpul dari jam 12 tghari, dan persiapan dilakukan dari pagi lagi.

Me and Daddy Jack yang jadi penganjur majlis ini memandangkan Mr Presiden balik Malaysia untuk beraya so we all yang tak balik beraya di Malaysia ini ditugaskan untuk menguruskan majlis raya kali ini. Satu tugas yang berat juga sebab we all tak pernah nak handle majlis besar-besar macam ini di Adelaide ini.

Antara menu utama yang disediakan adalah satay yang dibakar sendiri oleh Farah dan suaminya Izwan. Nampaklah suasana beraya macam di Malaysia sikit, kan.

Anak-anak lah yang paling seronok sekali bila dapat berjumpa ramai-ramai macam nie, masa ni panggil nak suruh makan macam nak terkeluar anak tekak sebab asyik nak main aje. Bila nak dah balik, kemas-kemas semua barulah nak sibuk makan and minumnya. Tak apalah, mmg la berjumpa selalu disini nanti bila balik Malaysia entah bila kala pula berjumpanya.

Surah yang berjaya membuat gulai daging sebanyak 25kg sampaikan bila die called mak die di pagi raya bercerita pasal tu pun maknya di kampung tak percaya. Di Adelaide ni, macam-macam benda boleh jadi kenyataan. Yang tak pandai masak pun nanti bila balik Malaysia dah taraf Masterchef dah.

Majlis Riang Ria Raya kali ini turut meriah dengan kehadiran orang baru yang sampai di Adelaide ni, Is dan juga Ummi sekeluarga. Taklah mereka rasa janggal beraya di tempat orang, still ada suasana macam beraya di Malaysia juga.


Antara makanan yang pihak MYPSA sediakan adalah satay ayam, nasi minyak hujan panas, gulai daging, kuah kacang yang dimasak secara bergotong royong. Ada juga tetamu yang sudi membawakan kuih raya dan juga kek coklat sebagai menu tambahan.

Masing-masing puas makan and sambil bersembang-sembang, maklumlah sebulan berpuasa jarang berjumpa.


I sempat berjumpa dengan Kak Ani yang dikenali melalu FB group. Selalu bersembang kat online aje so kali ni tak sangka boleh berjumpa di majlis raya kali ini. Insyallah, lain kali bila ada gathering makan-makan lagi kita jumpa lagi yer kak.


Bila sessi bergambar beramai-ramai ni, macam-macam gaya ada, susahnya nak berkumpul serentak..bila dah berkumpul ada yang sedar anak tak ada sibuk main di padang, pastu bapak pula hilang ke tandas, macam-macam ragam ajenya.

Selain sesi bergambar, ada juga sesi memperkenalkan ahli baru MYPSA iatu keluarga Is dan juga Ummi dengan ahli yang belum berkesempatan mengenali mereka sekeluarga.

Bila dah menjelang petang, masing-masing sibuk bergambar, maklumlah semuanya cantik-cantik berbaju kurung raya, dan juga since makanan mmg ada banyak berlebih so we all pun bungkuskan makanan yang lebih untuk diagih-agihkan kepada tetamu yang lain.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012
dari warga MYPSA, Adelaide


Friday 24 August 2012

Tugasan itu

Setiap kali raya tiba, Daddy Jack akan mengambil alih tugas untuk menggosok baju untuk kami sekeluarga. He's a perfectionist so baju semua kenalah in perfect conditions.

Gosok baju bukannya kejap-kejap, makan masa lama jugak kalau Daddy Jack yang buat. Hmm, since datang Adelaide ni, jarang we all gosok baju, unless ada baju yang betul-betul kena gosok. Kalau tak, tak payah lah nak bergosok semua. Kalau kat Malaysia, nak keluar berjalan-jalan, tshirt pun habis digosoknya juga.

Baju yang Ayah and Ibu kirimkan tak sempat nak basuh pun, tak sempat so gosok and pakai terus ajelah.

While Daddy Jack busy dengan hasil gosoknya, I pun bersilat di dapur. Tahun ni sempat buat nasi impit segera and rendang ayam sahaja, sebab dah penat merewang raya di rumah Surah. Tido pun pukul 1 pagi. Apa pun rasa bangga juga, dapat menyediakan hidangan sendiri di pagi Aidilfitri nanti.

Thursday 23 August 2012

1 Syawal 1433 Raya ! Raya

1 Syawal di Adelaide di sambut serentak dengan Malaysia, so taklah rasa janggal bila telefon family di Malaysia mereka still puasa while us dah raya, so tak adalah mood sedih-sedih tu. Perkara yang paling mencabar di waktu pagi Sayawal kali ini adalah nak mandi sunat Aidilfirt, sebabnya sejukkkkk sekali. Tapi gagahkan juga mandikan the boys. Lepas mandi, cepat-cepat pasang heater then pakaikan baju. Nak beraya dengan berbaju melayu, pakai baju di bahagian dalam sampai 3 lapis tu.

Sementara menunggu Daddy Jack balik from sembahyang raya, I siapkan dulu the boys. After dah siap semuanya then barulah I pulak yang bersiap.

Bila semuanya dah bersiap, sebelum sessi bermaafan, ambil gambar family dululah.

Sedih juga bila pagi-pagi raya hanya kami berempat sahaja di sini, tak balik beraya di Malaysia. Dalam hari rasa sayu bila melihatkan semua my siblings balik beraya di Kuantan tahun ini. Tapi tak apa, Insyallah tahun depan kita beraya bersama.

The boys pun besar so rasa seronok dapat beraya walaupun hanya kami berempat sahaja.


So, lepas sessi bersalaman, we all kena berkejar pula ke rumah one of my Adelaide's gang yang ajak kami semua berkumpul di rumahnya di pagi raya. Then after that, we all kena berkumpul di park untuk rumah terbuka MYPSA pula.


Wednesday 22 August 2012

Rewang raya

Since kali ni we all beraya di Adelaide, so we all naklah buat something yang boleh diraikan bersama-sama dengan my Adelaide's gang yang tak balik beraya di Malaysia juga. Since me and Daddy Jack is one of the committee in MYPSA so kenalah buat majlis raya untuk para pelajar postgrads disini. We all planned dah lama pasal majlis hari raya nie and nak menambahkan kemeriahan hari raya disini, we all rancang untuk buat rewang raya, iaitu sehari sebelum raya kita akan masak beramai-ramai untuk menjamu para tetamu di hari raya nanti.

Persiapan membeli barang dibuat oleh Daddy Jack on Friday, letih juga pi sana-sini untuk membeli segala kelengkapan, tapi in the mean time seronok dapat berjalan ke sana sini instead of duduk terperuk dalam rumah aje. We all kat Adelaide tak sure 1 Syawal tu bila samada sabtu atau Ahad so kena be prepare ajelah. So bila tahu malam Jumaat tu yang Ahad will be 1st Aidilfitri so we all still buat juga majlis rewang oin Sabtu, then buka puasa terus bersama-sama. Tempat merewang we all pilih rumah Surah sebab belakangnya luas so bolehlah masak-masak di belakang rumahnya aje.

Menu yang kita pilih untuk sediakan pada Hari Raya nanti adalah satay, kari daging, rendang ayam dan juga nasi minyak. Masing-masing ada tugasnya sendiri yang we all dah agih-agihkan. Satay ada seorang my Adelaide's gang yang pakar membuatnya. Memang perniagaan keluarganya di Ipoh, so die dipertugaskan untuk handle satay cuma katanya boleh marinate the ayam tapi tak sanggup nak mencucuknya sebanyak 12kg so we all ramai-ramai pakat cucuk satay tu sambil tu bolehlah belajar cara cucuk satay, selama ni hanya tahu makan satay aje. Lelaki yang gagah perkasa dipertanggungjawabkan untuk membasuh dan memotong daging sebanyak 25kg, phewww, bukan sikit-sikit tu.

Kaum wanita sibuk sungguh didapur, bekerja tanpa mengira apa jua tugas, ada yang memotong bawang, malah ada juga yang memasak untuk makan berbuka nanti. Terima kasih semuanya. Tak terasa sedih walaupun pasang lagu-lagu raya di dapur..masing-masing gembira dan bergelak ketawa tapi dalam hati mungkin ada yang sedih tak terkata yer. Ini kalau mak ayah di Malaysia tengok sure depa terkejut bila tgk anak-anak perempuan mereka bersungguh-sungguh di dapur, cucuk satay semua.

Bila dah petang sikit, barulah tugas memasak rendang dibuat, maklumlah bukannya sekejap nak masak rendang nie, then we all disini manalah ada kuali yang besar untuk masukkan 8 kilo ayam so kena masak sikit-sikit dulu.

Masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing di luar. Kak Azie dipertugaskan untuk handle rendang ayam manakala Surah dengan gulai dagingnya sebanyak 25kg. Tiba-tiba semua kena terror bab masak-masak nie, nanti balik Malaysia bukan hanya bawak balik PHD tapi bawak Diploma bahagian memasak juga.

Kalaulah ada students para postgrads yang baca blog I ni, sure die akan rasa bangga tengok their lecturer bukan hanya belajar disini tapi juga boleh memasak serba serbinya. So bila time buka puasa, tuan rumah, Surah begitu berbesar hati memasak laksa Penang untuk hidangan para tetamu while me dah agihkan beberapa keluarga untuk memasak nasi putih untuk hidangan berbuka. Di rumah Surah, kami decided nak masak ayam halia dan juga goreng telur dadar aje tapi tak sangka ada juga beberapa my Adelaide's gang like Najwa yang membawa stew daging, Kak Wan membawa kurma ayam dan juga sambal belacan, Is membawa bubur kacang dan juga buah melaka and then Kak Z membawa pizza sebab katanya tak sempat nak buat apa-apa pun. Terharu rasanya dengan segala makanan yang terhidang diatas meja. Alhamdulillah, berkat akhir Ramadhan so makanan atas meja melimpah ruah, dikongsikan bersama-sama.

Masing-masing berbuka dengan seronok, maklumlah dapat berbuka ramai-ramai so meriah suasana rumah Surah dengan gelak ketawa dan juga suasana hingar bingar. Memang terasa macam berada di Malaysia, bila berkumpul di malam raya dengan adik beradik, dan juga saudara mara. Lepas Maghrib, ada sessi bertakbir beramai-ramai, lagilah terasa suasana beraya. Dah lama tak buat takbir di rumah, kali ni rasa sungguh bermakna.

Tiba-tiba semua terasa jakun jugak kan maklumlah dah lama tak dengar takbir raya, selalu dengar from youtube aje so kali ni dengar secara live so semua dok pakat-pakat ambil gambar sebab nak upload kat FB masing-masing.

So lepas bertakbir, masing-masing sambung balik kerja-kerja memasak, tengokkan kan rendang dan juga kari ayam. Kanak-kanak dok sibuk main bunga api di belakang rumah. Jadilah main bunga api besi tu, janji ada mood raya.

Tuesday 21 August 2012

Dapat merasa lepas simpan sebulan

Ramadhan kali ni sangat meriah di Adelaide bila ada suri rumahtanggan yang berusaha meemriahkan Ramadhan kali ini dengan membuat kuih muih untuk dijual secara online thru FB. Sambutan memang menggalakkan sampaikan rasa seronok pula. Maklumlah nak cari Bazar Ramadhan mmg tak ada di Aadelaide nie so dengan cara jual kecil-kecilan pun jadi seronok.

Antara yang dijual adalah acar buah nie. One of my Adelaide's gang yang membuatnya Najwa. Puhhh!!!! bukan calang-calang nak membuatnya. Kalau pekena dengan nasi beriyani mmg sedap. Tapi, I beli sebelum puasa so dapatlah makan after sebulan berpuasa, maklumlah we all kan tak berbuka dengan nasi so takkan nak makan acar buah dengan mee kari pulak. So, dengan makan nasi hujan panas dan juga rendang ayam , enaknya dapat merasa acar buah ini.

Mereka tak pernah lupa

Ibu ada cakap yang ada hantar barang Selasa lepas, barang-barang raya katanya tapi I takutlah tak sempat sampai on Raya Ahad tu tapi bila check, on Jumaat dah sampai ke rumah. Tapi malangnya masa parcel tu sampai, we all tak ada dirumah sebab keluar pergi membeli keperluan untuk hari raya so kenalah telefon DHL untuk ambil juga parcel tu sebab takut tak berayalah kami.

Wah !!!!! ada bekalan stok dari Malaysia lah

Weeee huuuuu !!!!! Ada kuih bahulu, so tak payahlah nak cuba-cuba membuat kuih bahulu di Adelaide ni.

Budak kerinting ini memang penggemar kuih bahulu and juga kuih tart. I try buat kuih tart, itupun tahan untuk 2 hari aje, lepas tu habis di akan oleh seisi keluarga. Kena tambah lagilah jawabnya.

I kan cakap dulu, we all balik Malaysia June lepas tak sempat nak buat apa-apa persiapan untuk our raya in Adelaide, baju raya pun pikir pakai mana yang ada ajelah, tapi rasa terharu bila Ayah and Ibu tak pernah lupa menyediakan baju raya untuk kami sekeluarga walaupun raya kali ini tak dapat bersama meraikannya. Setiap tahun, dari bujang sampailah dah berkeluarga, Ayah dan Ibu tetap menyediakan baju raya untuk me, Daddy Jack and the boys juga. Terima kasih Ayah dan Ibu.