Nuffnang Ad

Friday 29 March 2013

KidsFringe

I always dapat notifications if ada kids activities in Adelaide, since dari dulu lagi, tak ingat pulak mana dapat info ni. Tapi dulu jarang bawa the kids join the activities sebab masih menyesuaikan diri lagi dengan suasana disini, then tahun 2011 asyik berulang alik balik Malaysia aje so banyak activities yang terlepas. So, waktu-waktu last di Adelaide inilah peluang yang ada untuk menyibukkan diri dengan pelbagai jenis activities yang ada.  Danish dapat off day after his sports day so we all pun nak join of the activities during the Fringe Festival yang melibatkan kids. I nampak info ni di library di sebelah kindy Ryan. Ryan pun terpaksalah ponteng sekolah kerana ini.

Entrance fees hanya untuk kids for $15 per kids and parents is free. We all antara yang awal so taklah ramai lagi, just a fews parents and kids sahaja. Tak sah kalau tak ada Mr Ballon di setiap kids activities di Adelaide ni. I suka tengok cara the ballonmaker melayan kanak-kanak dan cara mereka membuat ballon based on apa yang kids minta. Its so creative. Malaysia belum ada lagi, cos we all pernah hired a ballonman untuk birthday party dulu, hopefully sekarang dah berubah dan dahpun semakin creative.

There is section for mini sports mcm chess, basketball, ball hop and bermacam jenis sukan lagi. The boys tried everything yang boleh, baru satu tempat dah berpeluh-peluh. Cuaca pun agak panas dan berlengas rasa badan.

Then ada drawing and colouring activity. Rupanya ada satu session khas untuk drawing session ni, its African mask colouring session. The kids will colouring and designing their own mask based on African concept. Semua bahan disediakan termasuklah mask itu sendiri. The kids akan luahkan their creativity like colours and decorations as well.
 
There is also a Mini Zoo, tak ada haiwan hidup pun just their skins aje. Danish suka sangat mempelajari ilmu haiwan ni, dah berapa kali ajak ke Adelaide Zoo tapi belum berkesempatan lagi. Ada my Adelaide's gang yang disini kata mahal sangat entrance fees nya and tak best, well tak sure la. Nanti nak jenguk jugalah if ada special offer ataupun any interesting activities then baru boleh pergi.
 
 
Ada juga disediakan live entertainment show for kids and families. The kids boleh sama-sama naik atas pentas, sing along together and also menari-nari atas stage tanpa ada halangan.
 
Ada satu activity yang the boys nak sangat join, tapi kena tunggu turn so nak kena cari activity yang lain dulu. Nampak booth face painting tak ada orang so kita buat face painting dululah. Danish dah biasa buat face painting ni tapi Ryan dulu tak nak, takut sangat. Tapi sekarang dah tak jadi masalah, mungkin dah besar, kan. So first time Ryan buat his face painting and die pilih dragon as his first facepainting.

Hah ni la class yang the boys tunggu-tunggu. Tak sabar nak masak sebab selalu sangat tengok My Kitchen Rules and Masterchefs.  Its a simple cooking class, no baking at all. Just mini prep but nampak sedap.

Their making a muesli , just gunakan bahan-bahan kering aje, Nampak simple sangat bila the chef bagikan the ingredients kepada the kids. And I was so silly, tak salin pun cos until now lupa sangat bahan-bahan tu. Apa yang I ingat letak weet bix, fresh milk and honey. Tapi bahan-bahan sampingan yang lain terus lupa. Grrrrr.

Last activity sebelum balik is Art and Craft. The bosy busy membuat musical instruments. Masing-masing pilih guitar, so Daddy Jack menunjukkan kebolehannya membuatkan gitar for the kids menggunakan recycle materials yang ada disitu.

 Hasil guitar made by Daddy Jack. So the bosy berposing as rockstar la pulak yer.

My Ryan yang datang Adelaide hanya berusia 1 1/2 tahun and now dah nearly 5 years old dah. Melihatkannya membesar di depan mata, makes me like happy. So close dengan I, hopefully I masuk kerja and he boleh adapt my situation nanti.


My boys and me. The time flies so fast. 5 months to go before I masuk kerja balik. Huhuhuhu. Kena spend banyak masa sekarang  ni dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Even we plan to travel more than just lepas kat shopping mall. Dah plan mana nak pergi and during school holiday nanti pun dah kena pikir apa yang nak dibuat untuk mengisi masa lapang nanti.



Thursday 28 March 2013

Sushi Mushi

Sejak kebelakangan ni I suka sangat makan Sushi, maklumlah lama tak makan cos Daddy Jack tak berapa minat makan Japanese food. Dulu selalu aje we all balik kerja singgah One Utama atau Mid Valley untuk makan Yoshinoya tapi sekarang ni dah tak ada outlet tu so itu aje Japanese food yang lalu Daddy Jack makan. Huhuhuhu, Tiba-tiba rindu pulak nak makan the beef bowl tu. Oh ! Satu lagi yang boleh Daddy Jack  akan is Teppanyaki, alamak, rindu pulak Teppanyaki di KLCC. Phewww !!!
 
Ada banyak pilihan yang disediakan from ayam, daging, seafood malahan vegetables juga. Of course lah I hanya boleh makan seafood and vegetarian sahaja walaupun nampak teriyaki chicken ataupun black pepper beef sangat menyelerakan.

Masa first time datang sini, Najwa yang pertama kali memperkenalkan I dengan Bonsai ni, huhuhu rupanya Najwa pun kaki sushi jugak, tu yang rasa best sebab dapat jumpa geng yang sama-sama bersushi. Lepaslah dendam I selama ini. Fist time datang pilih spicy tuna and smoked salmon. Masa sushi masuk mulut, terasa nikmatnya after 3 years tak makan sushi duduk Adelaide. Terasa berada di awangan....hahahhah, so dramatik !


Setiap 2 minggu, I akan ke sini..banyaknya duit Gina...hahah taklah I datang ke Newton Plaza ni selalunya untuk membayar sewa rumah di Bendigo Bank. Malas nak buat online, so bayar terus di kaunter, lagipun bolehlah jalan-jalan kejap sambil release tension and beli sushi. So far, dah pernah try sushi di tempat lain esp the spicy tuna, tapi rasanya di Bonsai ni lagi sedap. 2 rolls of sushi ni cuma AUD5 and selalunya I buat makan untuk lunch and kenyang sangat.

Kadang tu I rasa baik beli dari I susah payah nak membuatnya cos Daddy Jack and the boys tak makan. So better beli untuk diri I sendiri. 

Wednesday 27 March 2013

Ryan and Danish training



Setiap Rabu and Jumaat adalah hari yang busy sikit cos at 6-7pm Danish dah ada training bola kat padang. Tahun lepas, just on Sunday aje so untuk sessi kali ni ada 2 kali training ada game on Sunday. Phewww, makin bertambah la aktiviti anak-anak disini.

Masih team and coach yang sama, cuma ada pertambahan seorang yang baru. Kali ni masing-masing dibawah U8 Black. While Danish sibuk berlatih di tengah padang, Daddy Jack kenalah melayan Ryan main bola di tepi padang while me...makan chips aka fries yang sedap di jual dikantin situ. Letak BBQ sauce memang sedap sangat. Rasanya sini lah chips paling sedap pernah ku jumpa.

First training memang rasa letih sangat-sangat,  ahahaha after bebulan tak training kan lepas tu cuti sekolah asyik duduk rumah aje and then main so bila training tak cukup stamina. So lepas habis training, pergi menambah stamina di Oporto pulak.

  
As for Ryan pulak, we all pun masukkan dia di dalam Campbelltown Soocer Sports Club ni juga, so diletakkan in U6 walaupun Ryan baru nak masuk 5 tahun tapi pihak management cakap boleh aje so enroll juga sekali. Ryan cuma perlu satu hari sahaja untuk training.

Ni masa his first training so tak ada coach lagi cos tak set up betul-betul sangat team U6 ni, since ada aje bapa yang nak jadi volunteer so jadilah Coach kejap, training basic aje dulu.

Ikutkan Ryan's teammates semuanya besar-besar, die aje yang paling kecik sekali. Tapi semua teammates die okay, boleh get along dengan Ryan yang kecik tu.  Bila anak-anak ada aktiviti setiap Ahad, maka mak punya aktiviti ke Sunday Market pun terpaksa dikurangkan, tunggu bila anak-anak cuti barulah I boleh pergi, itupun kalau ada lah.


Tuesday 26 March 2013

Get well soon, dear

Masa Danish tak pergi sekolah tu, punyalah liat Ryan nak pergi sekolah tapi pujuk punya pujuk bolehlah juga gagahkan diri nak ke sekolah walaupun muka kelat aje bila dah tiba masa nak ke sekolah.

Bila balik sekolah aje, siap tanya Danish, ada pergi mana-mana tak dengan Mummy...hahahhaa tahu takut die kena tinggal masa die ke sekolah tu. Kut la I bawa Danish pergi jalan-jalan kan mcm yang I selalu buat bila Danish pergi sekolah.
 
Untuk mengurangkan kesedihan Danish yang tak boleh kemana-mana, just stay at home aje so Daddy Jack and Ryan sepakat membelikan cake lepas ambik Ryan from kindy.

Cake yang dipilih oleh Ryan untuk abangnya

Siap nyanyi lagu Get Well soon, Danish dengan irama lagu Happy Birthday. Asalkan anak-anak happy, okay ajelah.
 
Actually, Daddy Jack yang nak makan cake, ada bagi hint pada I tapi since anak tak sihat tu rasa macam agak malas kat situ. Lagipun dengan cuaca yang panas, rasa malas pulak nak duduk tepi oven tu lama-lama.
 
Siap ada hadiah lagi untuk Danish..ala bukannya apa pun, Nurofen aje. Dah Panadol syrup tapi macam tak berapa berkesan sangat so bagi ubat yang agak kuag sikit coz before this pun dah biasa makan Nurofen, cepat sikit kebah demamnya. Ini pun disebabkan deman, termiss satu training bola.
 

Twilight Sports Day 2013

2 minggu lepas (Haishhh, banyaknya entry basi kan) sekolah Danish menganjurkan sports day. Biasalah, selalunya sekolah ni buat sports day awal tahun sebab siang yang panjang then cuaca pun masih panas lagi. Every year, acara sukan ini dikenalai as Twilight Sports Day, bermula at 12pm and ended till 630pm. Minggu tu pulak kebetulan Danish tak berapa sihat, demam so 2 hari sebelum sukan tak pergi sekolah. Pihak sekolah dah mentioned dalam memo if hujan so sukan akan ditunda pada minggu depan. On the sports day tu pun masuk sekolah lambat around 12pm so Danish menunggu la sambil duduk atas tembok tengok kat padang sekolah dengan harapan sukan tetap dijalankan. After nampak a few students lalu depan rumah sambil berbaju hijau, merah dan biru dan jenguk padang sekolah, nampak guru PE, Mr Thom sedang menyusung segala kelengkapan sukan, so sukan berjalan seperti biasa.

I yang kena temankan Danish ke sekolah cos Ryan masih di kindy so nanti Daddy Jack ambil Ryan at 3pm then terus bawa die ke sekolah Danish untuk sama-sama bersukan di padang. Sebelum bermula acara, semua pelajar dikumpulkan di dalam dewan dulu. Tahun ni Dansh seorang aje yang memakai baju merah, anak-anak my Adelaide's gang yang lain ada yang berbaju hijau dan biru.

The Principal, Mrs Meredith. She's nice. Dia ni ada masalah pendengaran sikit so nak cakap dengannya kena betul-betul berdepan dengannya. Dia pun tak malu dengan kurang upayanya itu malahan siap cakap lagi, if kita tegur die tak jawab, bukannya die sombong tapi die tak dengar.

Sepanjang 3 tahun Danish dah belajar di East Torrens ni, acara sukan setiap tahun adalah sama aje, yang berbeza hanya classmates dan juga class teacher sahaja.



Disebabkan acara yang sama aje setiap tahun, so tak payah lah nak citer panjang lebar, boleh aje tengok di sini. Macam tahun lepas, dihujung acara sukan, ada disediakan acara lumba lari untuk semua students. Ni pun salah satu acara yang dinantikan oleh Danish so, Alhamdulillah, tahun ini berjaya mengekalkan tempat pertama seperti tahun lepas juga. Malangnya I tak sempat ambil gambar cos bateri handphone flat.

Monday 25 March 2013

3 tahun sudah...

Semalam genaplah 3 tahun kami sekeluarga di Adelaide. Datang dengan anak yang berusia 5 dan juga 1 1/2 tahun, tak pernah ada experience menjaga anak sendiri 24 jam, memasak malah menjadi seorang fulltime housewife without no salary and mengikuti suami yang menyambung pengajian untuk keperluan universiti. Tak pernah membayangkan ini akan terjadi tapi 3 tahun ini telahpun merubah segalanya bagi kami sekeluarga.

Berbekalkan semangat dan azam serta doa dari Ayah dan Ibu dari jauh membuka semangat dan menjadikan kekuatan untuk kami sekeluarga merantau ke negara orang. Alhamdulillah, selama 3 tahun berada di negara orang, semuanya menjadi satu kenangan yang indah dalam keluarga kami.

Ini waktu kami mula-mula sampai di Adelaide, berjalan di sekitar Rundle Mall. Melihatkan gambar anak-anak yang melalui proses pembesaran semala 3 tahun ini memang nampak ketaranya. I bersyukur sangat-sangat dapat membesarkan, menyediakan makanan, merawat bila mereka sakit serta memberikan sepenuh tumpuan kepada mereka baik during leaisure time or school time.

One thing yang I rasa agak kagum dengan diri I sendiri, aktiviti memasak yang sangat membanggakan. Tak salahkan puji diri sendiri. Selama ni, I tak masak...or jarang-jarang masak cos ada maid yang menyediakan semuanya. Bangun pagi dah ada juadah atas meja, tengahari dan malam pun sama. Sebab tu sebelum datang Adelaide, badan gemuk giler, even bangun pagi dah ada yang tanya, nak minum and makan apa. If makanan yang disediakan macam tak membuka selera, off to makan luar. Tapi bila datang ke Adelaide, nak makan luar pun kena pilih yang halal and then dengan kewangan yang agak limited untuk makan di luar so kenalah masak sendiri. Alhamdulillah, after 3 years ni banyak juga menu yang telah dipelajari dan juga dibuat untuk dinikmati untuk keluarga dan juga kawan-kawan. Syukur, Ya Allah akan kesempatan ini untuk mempelajari bermacam-macam jenis juadah dan juga makanan.

Paling best duduk di Adelaide ini dapat bertemu dengan kawan-kawan di merata Malaysia yang datang belajar disini. Even dapat berkenalan juga dengan PR disini yang berkongsi bermacam-macam jenis ilmu dari hal rumah tangga, dapur, tips, keluarga, malahan sale juga. Di hujung minggu dapat berkumpul, bersembang sambil anak-anak bermain dengan rakan-rakan di belakang rumah ataupun park. Aktiviti makan jangan cakaplah, all around the year dengan bermacam jenis makanan yang boleh dimakan walaupun duduk di negara orang ini. Hope persahabatan yang terjalin selama 3 tahun ini akan berkekalan sampailah masing-masing kembali ke Malaysia nanti walaupun di Adelaide boleh jumpa tiap-tiap minggu tapi bila di AMalaysia, entah bilalah akan berjumpanya.

Ini antara gambar terkini Danish, Ryan and Me. Daddy Jack as usual la, malas nak bergambar. Now the boys already 8 and 5 years old this year. Hopefully balik Malaysia nanti semangat memasak itu masih tetap membara. Balik Malaysia lagi besar cabarannya bila the boys dah start sekolah and I pun dah sambung kerja semula. Selama ini mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti bersama and hopefully I boleh curi some of time in Malaysia untuk mereka. I have another 6 months to go in Adelaide, so kena gunakan waktu itu untuk explore anything here in Adelaide, the foods, life and excitement here. Travel more and shopping less, perhaps.