Nuffnang Ad

Sunday 30 June 2013

Training and washing

Walaupun sejuk-sejuk winter training dan perlawanan bola tetap diteruskan, even hujan lebat sekali pun. Aduh !! pernah sekali hujan lebat, mengigil tunggu tengah padang dalam kebasahan. Cuma ada sekali aje game dibatalkan sebab hujan mmg lebat sangat, turun satu hari so padang agak becak.

Tahan lah player ni pakai baju jersey aje, tapi mereka tak kisah sangat sebab mereka berlari sana-sini so agak panaslah. Baru-baru ni we all belikan Danish dan Ryan baju inner untuk main bola so taklah sejuk sangat especially bila training.


Saturday 29 June 2013

Salvos

Salvos is like mcm secondhand shop, people donate to Salvos then pihak Salvos akan menjual balik for donation to help mereka yang tidak berkemampuan. For those yang tak mahu beli barang barang-barang mcm perabut, pinggan mangkuk ataupun baju-baju sejuk boleh aje cari di Salvos dengan harga yang berpatutan. Dulu we all sesekali aje ke Salvos ni sebab Daddy Jack kadang-kadang during the weekdays agak sibuk dengan hal di Uni tapi sekarang ni bila dah masuk fasa-fasa akhir ada banyaklah masa boleh ajak ke Salvos ni.

Kalau bernasib baik, dapatlah set pinggan Corelle sampai 42 pieces dengan hanya AUD15 sahaja !!!

Ataupun sebakul cawan Corelle ni

Terkejut juga bila satu hari ke Salvos tengok ada jual rehal, dahlah diletakkan dalam keadaan terbalik so I pun belilah sebab nampak elok sangat and diperbuat dari kayu pulak tu.
 

Wednesday 26 June 2013

Another birthday girl

Sehari lepas birthday Danish we all masih bercuti sempena Queens Birthday and we all mendapat undangan from another good friend of mine here untuk meraikan birthday her princess yang ke 9 tahun. Setiap tahun Hai dan Deris tak lupa menjemput kami untuk meraikan birthday Syirah. Kali ni berbeza sikit, buat kat park so luas bila jemput ramai-ramai ni. Cuaca pun elok terangnya dengan matahari yang sangat cerah, mmg ramai yang buat majlis dan juga bermain di park.

Seronok dapat berkumpul ramai-ramai mcm ni, mlm birthday Danish tu tak sempat nak berbual mesra macam gini, I pun sibuk nak layan tetamu so tak sempat bertanyakan khabar.

Ni second time Syirah celebrate her birthday, first time buat dengan her netball team and buat sleepover lagi. She's into netball, so tiap-tiap Jumaat ada training and also so in love with One Direction. Even cake pun nak 1D juga. Gigihlah Hai membuat cake untuk anak kesayangannya ini.

Masing-masing nak favourite boy in 1D, jenuhlah Deris nak menghakimkannya.

 Semua tak sabar-sabar nak makan kek
 
Disebabkan sibuk membuat persiapan birthday Danish, we all terlupa nak belikan present for Syirah. So I just bagi duit for her untuk belikan apa yang dia suka. So masa I pergi Melbourne dengan Ibu, Hai hantar gambar ni untuk tunjuk yang duit yang we all bagi tu Syirah beli Lalaloopsy. La, masih suka dengan Lalaloopsy ni ker? Ingatkan dah jadi peminat fanatic 1D dah tak main dah..anyway hope you enjoyed it, girl.
 

Tuesday 25 June 2013

Shes one already

Awal June lepas we all dijemput ke 1st birthday party anak one of friends here. Dah tengok persiapan yang Mamanya dibuat di Instagram, sangat comel rasanya. Tak sabar nak tunggu hari majlisnya.

Sangat cute all the deco dengan tema pink and mint green untuk the princess. Penat kata Ida yang bertungkus lumus untuk menyediakan semuanya demi anak tersayang.

I antara yang terawal sampai, so tak bila dah jumpa geng-geng lain yang hadir antaranya Faridah, Ummi, Najwa dan juga Darwin so tak sempat nak ambil gambar birthday cake. 

We all sampai awal, and we all antara orang awal jugaklah yang balik cos Danish sibuk nak gi tengok ada soccer game di Campbelltown.  Boring pun ada juga rasanya sebab Surah dan Kak Zack tak datang, masing-masing ada hal so tak adalah Zakuan dan juga Mukhlas. I pun tak sempat nak merasa makan nasi yang Najwa masak, sempat makan laksa aje. Nak bersembang pun tak sempat, terima kasih Ida atas undangan dan juga the doorgift yang sangat comel ini.

Thanks semua for the gifts

Tahun ni best la my birthday, kata Danish cos I have lots and lots of present. Yer memang betul, banyak sangat hadiah tahun ini. Sampaikan satu kereta penuh sumbat dengan hadiah aje. Terima kasihlah kepada semua tetamu yang bersusah payah untuk membelikan hadiah pada Danish.

 Kerinting pun sama jugaklah, sibuk nak buka hadiah abangnya.

Hadiah from Ryan to Danish. Dia sibuk suruh Danish buka dulu hadiah darinya.

Sama-sama bukak hadiah, so taklah bergaduh pun. Tapi nampaklah Ryan menelan aje air liur menengokkan hadiah yang Danish dapat. Sabar yer, Ryan punya birthday in October, nanti dapat banyak hadiah jugak.

Mummy pun tak sempat nak belikan Danish hadiah yang best, just sempat belikan LEGO Super Heros aje, Main  tangkap aje sebab I busy buatkan his birthday preparation.

Mujurlah ada Mukhlas anak Kak Zack yang dok jadi best friendnya sekarang after Aqil dah balik Malaysia Januari lepas. So setiap kali bila ada undangan makan-makan, sure tanya Mukhlas ada tak? Kalau tak dia akan bosan.

Daddy Jack suprised him with another collection. I pun tak perasan bila masalah Daddy Jack pi beli barang ni.

Untuk melengkapkan his WWE Championship Belt collection, so this is one of his birthday present from Daddy.

We all tak lupakan our kerinting ni, so belikan juga something for him and siap balutkan agar die tak rasa kecil hati bila tengok Danish dapat macam-macam hadiah.

Ryan suka sangat dengan Jake and Neverland Pirate di Disney Channel. Boleh mengadap cerita tu berkali-kali pun pun tak apa. This year, he want Pirate theme for his 5th birthday. So kena kumpulkan all pirate stuffs here then buat di Malaysia la kalau gitu, bagilah chance kawan-kawan di Malaysia pulak datang untuk memeriahkan birthday Ryan pulak kali ini.

 
Danish was so happy dapat this birthday present from his Coach Micheal, new pair of boots. We all dah tahu dah yang Micheal nak bagi boots cos berkali juga die call Daddy Jack tanyakan saiz kasut dan juga warna yang Danish suka. 

Some of the present ada disertakan birthday card sekali whether its from the shop or buat sendiri. Setiap kali birthday, bila dapat cards ni, I memang simpan dalam album untuk dijadikan memori nanti buat Danish.

Selain dari hadiah, ada juga memberikan some cash untuk Danish belikan apa jua yang Danish nak. Some of the parents even called me and tanyakan apa yang Danish suka untuk belikan hadiah. Bila I cakap, tak payahlah susah payah nak belikan hadiah then they cakap tak apalah, bagi cash aje senang, so nanti Danish boleh beli apa aje yang die nak. Hmm, tapi taklah...duit ni simpan dulu even thought Danish beria-ia nak belanja we all dengan duit yang dia dapat ni. Simpan and nanti kita masukkan duit ni di dalam simpanan di Malaysia bila balik nanti.

Saturday 22 June 2013

Singing tooth brush

Wah, nak berus gigi sekarang ni pun boleh sambil menyanyi yer. I terjumpa this kinda of cool toothbrush kat farmasi. One is Justine Bieber and the other one is One Direction.

I tak minat sangat Justin Bieber, cuma One Direction punya lagu tu kadang-kadang jadi jingle atau background music for some show kat Adelaide ni so rsa syok pulak dengar. So I pun dengan tak rasa malu belilah satu untuk simpanan, nak guna tak lah. Just buat collection aje.
 

His early birthday gift

Birthday present from Daddy Jack sampai sehari awal. At first the delivery man cakap, they need about 2 people kat rumah untuk tolong angkaktkan barang tu, and they will call first so we all bolehlah minta tolong kawan-kawan terdekat sini untuk menolong angkatkan barang tu. Tapi entah mcmana, petang Jumaat tiba-tiba nampak ada van berhenti depan rumah. Rupanya nak hantar birthday present tu la, so tak sempatlah nak beritahu kawan untuk tolong angkatkan. Dengan hanya seorang pekerja wanita ini, dia boleh aje angkat barang yang beratnya lebih kurang 80kg ni sorang-sorang, sungguh lah gagahnya.

Tak bukalah hadiah ni, terus simpan dalam garage untuk dibawa balik ke Malaysia nanti.

Its a Bat Mobile...hahahahha taklah its only a quad dirt bike for Danish.
 
Dah check semuanya in good condition, tunggu kita main di Malaysia ajelah nanti. Dah survey the suitable place yang boleh main quad dirt bike ni antara yang paling dekat kat belakang rumah Ibu aje, di Kampung Kemensah. Okaylah tu, so setiap minggu boleh main.
 

Thursday 20 June 2013

Danish 8th Birthday Bash Part 2

My Superhero family

Seronok bila Ibu ada meriahkan majlis birthday Danish.

Masa we all nak buat tema Superhero ni, kesian membayang the girls yang sure tak tahu nak jadi superhero yang mana sebab most costume kat sini banyak yang untuk lelaki, tapi ada aje mak-mak yang supporting pakaikan anak-anak perempuan dengan costume ballerina macam Aliya ni dan juga Ladybug. Ada juga perasan ada one girl yang pakai costume BumbleBee.

Ada yang Daddy Jack buat sedikit games untuk the kids like passing the TNT bomb and also musical chair, nak bagi kanak-kanak happy serta taklah main kat playland aje.

Masing-masing seronok dapat bermain sesama mereka tanpa mengira bangsa ataupun warna kulit.


Robin yang sentiasa menjadikan setiap majlis anak-anaknya satu kemeriahan

Happy Belated birthday buat Kak Zack dan juga Aqilah, sorry tak sempat nak celebrate sama-sama.

Tak tercapai juga hasrat nak main slide ni, tak sempat dengan melayan tetamu untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar serta baik tanpa sebarang masalah.

Ada juga we all sediakan some token untuk the kids yang menang games yang we all sediakan.

Tak sangka dalam ramai-ramai budak yang datang tu, Adam terpilih jadi Best Costume. Tak semestinya pakai costume Spiderman, Batman atau Ninja dapat kan. Hanya jadi Jedi pun dapat juga, sebabnya Adam berpakaian lain dari yang lain. Good job pada Mama Adam juga yang sangat creative menyediakan costume untuk Adam.



My hand crafted birthday cake for Danish Imran 8th birthday

Superwoman and Robin berposing dengan cake for birthday boy

Semua kids tak sabar-sabar nak menunggu birthday boy memotong cake birthdaynya

Happy 8th birthday, Danish. Mummy hope all your wishes came true. Mummy will always love you, taking care of you till the end. Insyallah. Hope Danish jadi anak yang baik, menghormati kedua orang tua serta belajar rajin-rajin sehingga berjaya suatu hari nanti. Amin.


At the end of the party, we all menyediakan teks ucapan untuk Danish bacakan kepada semua tetamu. Teks ucapan terima kasih kepada his Coach, teammates, school mates dan juga kawan-kawan disini.

Lepas semua tetamu balik, we all berhempas pulas pula mengemas tempat playland ini. Mujur staffnya sangat baik, tak berkira walaupun kami dah lewat 30 minit untuk keluar dari sini. Terima kasih juga kepada semua kawan-kawan yang sudi mengangkut barang-barang kami yang banyak itu disamping hadiah-hadiah yang Danish terima pada malam itu.

Betul kata orang, bila kita buat majlis, tuan rumah macam kenyang sebab dok layan tetamu, bila tetamu ajak makan secara automatik kita akan cakap, ehh I dah makan dah tadi. Memang perut pun tak terasa lapar tapi bila dah habis majlis, mulalah lapar tu datang. Mujurlah ada lebihan makanan from tetamu yang datang so sempatlah makan mee goreng sebelum masuk tidur akibat kepenatan.