Nuffnang Ad

Tuesday 30 July 2013

Kesejukan di tengah padang dan ifthar pertama di rumah kawan

Ahad as usual berada di padang walaupun cauaca sejuk. Tapi bila ada matahari rasa okaylah, berjemur sikit so taklah rasa sejuk mengigil. Kali ni Ryan aje yang ada game cos Coach Danish membatalkan sesi game di saat akhir cos condition padang yang agak teruk sikit sebab hujan. So, kalau tak jenuh jugaklah nak berkejar ke sana kemari.

So sebelum game bermula, kena warm up dulu, panaskan badan sambil berlari-lari sesama teammates.

Comel pulak tu tengok yang kecik-kecik ni main bola, bila dapat bola tu masing-maisng dok kerumun ramai-ramai, pastu bila ada yang score, melompat dan berlari satu padang, sangat comel.

Walaupun ada matahari, I tetap berbungkus kesejukan di tepi padang. Dah gaya macam orang Eskimo aje dah ni.

The game habis around 10am, so lepas tu semua rasa malasnya nak balik rumah, cuaca elok mcm ni best gi berjalan aje.

Ryan's Coach..Jon Franzin seorang Assistant Principal di boys college, sangat dedikasi orangnya. Anaknya pun Luca ada dalam team ni.

So lepas tu, pi la Coles untuk beli some groceries sikit, maklumlah bualan puasa ni kan tekak ni mcm-mcm dimintaknya. Masa game tadi, Ryan berjaya score satu goal untuk teamnya so belanja ice cream as a treat la. Kesian Danish, hanya tengok ajelah cos berpuasa, kan.

 Sedap pulaklah nampak Ryan ni dok menjilat-jilat ice cream tu...huhuhuhuh

Masih meneruskan lagi project mengemas rumah, membungkus pinggan mangkuk dan juga memasukkan barang-barang ke dalam kotak. Tapi Alhamdulillah, keadaan dah makin okay after siang malam kerjanya hanya membungkus aje.

 We all mendapat undangan berbuka puasa buat pertama kalinya pada tahun ini ke rumah Hisham dan juga Shifa. Tak sempat nak masak apa pun, just beli Turkish Pizza ajelah.

Penuh makanan di rumah Shifa ni, ada murtabak dan juga pengat pisang. Sedap nampaknya, semuanya menyelerakan.

Makanan utama adalah kuay teow ladna, sedaplah first time rasa. Then ada pulak tetamu yang membawa manisan from India, tak pandailah nak makan tapi baunya sedap sangat. Terima kasih buat Hisham dan Shifa yang sudi menjemput kami seleuarga berbuka bersama, Insyallah akan mengajak juga beberapa kawan yang dah pernah ajak kami berbuka di rumah mereka sebagai balasan la kan. Ni pun tengah kemas-kemas sedikit lagi, so dah clear nanti bolehlah ajak.

 

Iftar MYPSA

2 minggu lepas, we all mendapat undangan from MyPSA(SA) untuk bersama-sama beriftar. Sejak duduk Adelaide ni, MyPSA tak pernah lupa untuk mengajak semua ahlinya untuk beriftar bersama-sama. Setiap tahun, caranya berbeza-beza.

Iftar kali ini diraikan hanya bersama ahli sahaja, tak macam tahun lepas, we all beriftar beramai-ramai dengan semua persatuan pelajar yang ada di Adelaide ini. Alhamdulillah, sejuk tengok gambar anak-anak kecil yang dah dilatih bersolat sejak dari kecil lagi.

Menu utama adalah nasi minyak hujan panas, tapi bak kata tukang masaknya, nasi minyak hujan batu cos pagi tu hujan turun dan ada masanya dengan hujan batu sekali.

Para tetamu yang datang sentiasa membawa pelbagai jenis juadah antaranya kuih muih. Walaupun sedikit seorang tapi bila di letakkan atas meja tu nampak banyak la jugak.

As for me, hanya sempat membuat kuih bakar aje cos sibuk mengemas rumah, masukkan barang-barang dalam kotak serta punggah kotak-kotak yang dah siap masuk dalam garage.

Ramai bertemu kenalan baru dan juga yang lama. Ada juga yang kebetulan pagi Sabtu tu baru sampai dengan newborn lagi. Kesianlah kan sampai di Adelaide dalam keadaan sejuk mcm ni.

Ada di kalangan my Adelaide's gang ni yang dah nak balik dah masa puasa ni, so kesempatan ini diambil untuk berbuka puasa bersama-sama sebelum balik for good nanti. Even ramai juga yang akan balik beraya tahun ini di Malaysia, tak tahulah berapa ramai yang tinggal masa raya nanti.

Tak dinafikan nasi minyak hujan panas, ayam masak merah serta acar hasil masakan Liza, Hai, Deris dan Abang Nizam memang best. Macam Abang Nizam cakap, die yang tertonggok depan I pun tak dihiraukan. Ohhh, itu belum rasa lagi kari kambing Liza, maunya orang cakap depan I pun tak dengar aje sebab menghayati kesedapan kari kambing itu.
 

Monday 29 July 2013

Stroller

Sejak duduk Adelaide ni, I tengok mat salleh dok angkut mcm-mcm jensi stroller untuk anak-anak mereka. Ada yang jenis three wheeler mahupun buggy. Satu ketika dulu, I memang suka sangat dengan 3 wheeler, pengaruh David Beckham. Gigihlah beli 3 wheeler yang harganya dekat 1K di Mothercare sampaikan kena tukar kereta cos tak buat bonet nak masuk stroller yang bagak tu. Then masa Ryan, still guna 3 wheeler, but  Quinny. Udahnya bila dah besar semua pakai Mclaren aje.

Adik I sibuklah suruh cari Quicksmart stroller sebab di Malaysia agak mahal. Katanya stroller ni ringan and senang nak bawak dengan anaknya yang guna 2 stroller. Tak sangka la pulak jumpa this brand new Quicksmart kat garage sale for only $20 which is RM60 sahaja. 

Memang nampak elok and baru cos baru guna a few times. Hadiah dari nenek untuk cucunya tapi cucunya tak sukakan warna ni so kenalah jual untuk beli yang lain pulak. Untung cucu dapat nenek macam tu. I pun untung jugak dapat brand new stroller dengan harga yang murah.

Aussie Farmer Direct

Ada satu hari tu, tengah sibuk memasak, tiba-tiba terdengar ketukan dipintu, ingatkan Daddy Jack balik rupanya ada orang menjual barang. Susah sikit rumah I ni sebab pintunya tak ada cermin untuk tengok siapa yang datang, kena buka pintu terus. Macam rumah lama dulu, boleh aje jenguk from tingkap aje. Bila buka pintu, rupanya ada one guy from Aussie Farmers Direct. Rumah I ni macam terpilih untuk promotion from the AFD.

Apa Aussie Farmers Direct ni? Well, its a home delivery food business for Australians. Dah banyak isirumah di Australia yang menggunakan khidmat mereka ini. Fresh stuffs like vegetables, fruits and even meat akan dihantar ke pintu rumah setiap pengguna. Memang nampak cool, kan. So setiap Isnin mlm, I kena letakkan this cooler bag outside depan pintu then dalam pukul 12am-6am, my Milkman akan datang menghantar barang yang I pesan.

I tak beritahu pun pada the boys pasal hal ini, just beritahu they all that the next morning, akan ada magic di depan rumah. Masing-masing excited nak tahu apa yang magicnya..so bangun pagi masing-masing sibuk nak tengok apa yang ada dalam beg magic Mummy.

On Thursday pula, I akan received a box of fruit and vege pulak. So tak perlulah sibuk nak pi Coles atau Woolworths nak membeli sayur dan buah-buah. Just fill in the form, then tunggu aje ada orang datang ke rumah hantar.

Normally on my coller bag tu, biasanya I order macam fresh milk,  eggs and bread. Kalau terasa nak order barang basah, taklah order daging sebab tak halal kan, so order la salmon ataupun udang, semuanya masih fresh lagi.

Friday 26 July 2013

My Doc Marten

I always in love with Doc Mart, dari dulu lagi semenjak zaman sekolah. My first Mary Jane dibeli tahun 1993 right after SPM, masa tu rasa cool giler dapat pakai boot tapi sayangnya my first Doc Mart dirembat pencuri kasut yang masuk dalam rumah.

My first Doc Mart here in Adelaide dibeli tahun 2012, seminggu sebelum raya, kononnya nak buat kasut raya tapi masa balik dah pakai dah. Then, masa trip ke Melbourne dengan Along tahun lepas, nampak ada offer pulak yang 9 holes ni so sambar lagi satu.

  My first ever Doc Mart yang ada heels.

Dulu susah sangat nak jumpa Doc Mart di Malaysia, tak ada butik khas yang menjualnya. Now, dah buka satu butik di The Gardens so tak perlu bersusah payah nak beli boot di Singapore.

Sempat juga membelikan satu set yang sama dengan Daddy Jack konon nak pakai kat sini tapi memandangkan dah nak balik, so simpan untuk guna pi office ajelah.

  Phuhhhh, dah macam-macam pattern ada dah ni.

Bila tengok Daddy Jack punya macam cantik so I pun beli satu yang sama macam die cumanya warna aje yang lain, mine is maroon with pink lace.

Ni pun beli lagi, after 2 weeks beli yang merah tu sebab tengah buat sale, from $150 jadi $80 sahaja.

My winter warmer, sejuk-sejuk ni teringin pulak nak pakai high boot. Sebenarnya beli boot ni nak pakai dengan costume Superwoman masa birthday pastu pakai pun sekejap-kejap aje cos mcm prefer pakai Cros aje sebab senang nak sarung instead of nak kena zip semua. Now, semua dah masuk kotak untuk dibawa balik.

Thursday 25 July 2013

His soccermate birthday

Last week before school start, Danish dapat satu lagi invitation from his soccermate, John Luc. Kali ini birthday venue di indoor playground, bukan macam masa birthday Danish yang lepas, ni more into mcm tempat main futsal. Kebetulan pulak kali ni birthday party jatuh dalam bulan puasa, so bertabahlah sikit Danish yer.

Pagi-pagi lagi dah ke Target, mencari hadiah yang sesuai untuk birthday boy, apa lagi..LEGO lah yang sesuai untuk boys ni. My boys selain LEGO, suka sangat dengan TV series, Peppa Pig. An educational program for kids yang menyelitkan unsur-unsur murni dalam kekeluargaan. All their merchandise pun banyak yang dijual, antaranya soft toy ni. Adoiii, la, beria-ia Ryan nak jugak si George ni tapi jenuh pujuk tak boleh beli, tak elok bawak masuk rumah semua, so umpan la dengan mainan lain. Mujurlah nak jugak mengikutnya, kalau tak satu masalah besar.

Lepas drop off Danish kat Sportsworkz, we all bergerak la ke Coles untuk mencari barang-barang groceries. Biasalah bulan puasa ni barang-barang mcm tepung, gula, minyak tu semuanya cepat habis sebab buat kuih muih serta masak, kan.

Si kerinting ni nampak pulak ada trolley kecik ni, sibuk jugak nak tolak trolley. Habislah dia pi angkut semua benda yang die teringin..dari coklat sampailah kepada shampoo dan juga vitamin.

So sendiri ambik, sendiri letak kat cashier tapi bila nak bayar, suruh Mummy pulak.

Tepat-tepat pukul 12pm we all dah sampai kat Sportworkz, ingatkan dah habis, rupanya tengah makan and nak potong cake.

Most of Danish' soccermates ada datang plus birthday boy punya kawan-kawan yang lain.

Ingatkan tempat main futsal aje, rupanya boleh main cricket, footy malahan basketball dalam padang ni, kira macam multi purpose la tempat ni. Cool jugak concept macam ni, nanti nak datang lagi nak ambil gambar untuk apply kat tempat futsal Hannan.

A simple birthday celebration, just 2 boxes of large pizza and bags of chips dah cukup. Parents hanya diberikan coffee and sweet treats aje. Kita orang Melayu mendahulukan tetamu tu yang bila buat birthday party, siap jemput semua ahli keluarga, then makanan mmg banyak macam buat kenduri kahwin.

A simple birthday cake, made by John Luc's sister. We all sempatlah bawa balik cake ni untuk dimakan lepas berbuka puasa, sedap gak the chocolate cake, moist giler. This week, ada lagi satu lagi birthday invitation...fhuhhhhh.