Nuffnang Ad

Monday 30 September 2013

Danish farewell for the U8 Black team

So lepas majis farewell  Ryan, bergegas pulak nak ke game for Danish pulak. Alhamdulillah, cuaca pun sangat baik so tak lah sejuk sangat sampai nak berbungkus di padang bola.

 Final game for Danish and ada juga a few accident yang hampir mencederakan Danish dari pihak lawan.

So lepas game, we ll bergerak ke shaded area untuk sesi makan-makan bersama-sama. Masing-masing ada membawa makanan sendiri as potlock. Hmm, seram sikit sebenarnya bila share makanan dengan orang Aussie ni sebenarnya.

Agak berbeza sesi makan-makan mat salleh dengan orang Melayu kita. Bila time orang Melayu pun sesi makan-makan, siap bawa esky, tupperware bersusun-susun, mat salleh punya gaya makan lebih kepada healthy stuffs like cheese and crackers, then adalah cold meats and salami semua tu. Fruits jgn cakaplah, mmg banyak.

Rupanya each of the parents siap donate duit and buatkan something special for Danish, a plaque

His Coach, Micheal. Dah 2 tahun Danish dilatih olehnya. Satu kehilangan besar pada team U8 Black, katanya. Lepas ni nak kena train orang baru pulak.

 The trophy yang sama macam Ryan juga

Tak terucap apa yang nak dikatakan oleh Danish kepada his soccermates and also kepada coach kerana terlalu sedih untuk berpisah.

Akhirnya Daddy Jack yang tolong menyampaikan ucapan terima kasih dan juga penghargaan kepada ibu bapa yang terlibat bersama-sama di dalam team ini, the Coach dan juga assistant Coach, John.

  
Setiap Coach baik from Ryan or Danish we all memberikan muffler Harimau Malaya as token of appreciation to them. Memang ada we all beli masa balik Malaysia. 


 Danish and his soccermate, U8 Black

His Coach Micheal yang tak bagi Danish balik ikut we all, sanggup nak jagakan Danish selama setahun lagi. Ohh tidak la, nak bagi sesenangnya orang lain jaga anak kita. Its okay, nanti I pastikan dia akan sambung bermain bola di sini pulak.

With Franco, anak Coach. Depa sekeluarga ni setiap tahun akan datang lepak Malaysia bila December. Suka ke Sunway Lagoon tapi tahun ni kena postpone sebabnya Joyce dah mengandung and due in February next year.

  Franco yang agak nakal juga orangnya

  Anthony as a goalkeeper

Callum, his best friend in the team. Gabungan kedua-duanya kadang-kadang memberikan banyak kemenangan untuk pasukan mereka. Callum ni ayahnya  Professor at Uni Adelaide and SV kepada one of my Adelaide gang tapi tak mcm professor. Tak perlulah nak berlagak habis dengan gelaran professor mcm sesetengah orang, mmg sempoi habis.

  Marco, sepupu kepada Anthony. Baru join the team awal tahun ni aje

  John Luc, a very good defender

 
Ohhh, rupanya they all pun aware juga dengan we all ni, so depa pun menyediakan vegetarian pizza untuk we all juga and also some seafoods.

  Dah terasa lapar, semua pun sedap ajelah nampaknya


A happy moments and a sad ending for us juga. Terasa macam baru beberapa hari aje Danish join the team. Me being a soccer mom yang adakalanya malas nak melepak di padang especially time winter, adoii bercinta rasanya bila nak bangun awal setiap hari Ahad tu. Tapi demi anak-anak, gagahkan jugalah kan.

Ryan's trophy and Danish' plague from the team.

Ryan's last day of soccer game

I missed being a soccer mom, really. Tak berkesempatan lagi nak mencarikan kelas bola sepak untuk Danish dan juga Ryan, banyak benda yang perlu diselesaikan walaupun dah 2 minggu berada di Malaysia.

Alhamdulillah, sempat jugaklah Danish dan Ryan menamatkan sesi latihan bola sepak bersama Campbelltown City Soccer Club untuk tahun 2013. Supposed on 22 September lepas ada Gala Day dimana semua players berhimpun and mendapat medal dan juga trophy from the Club but since we all dah balik so we all decided untuk buat awal sikit dari pemain-pemain yang lain.

Since tak sempat tunggu on 22/9, so kenalah jadi antara yang terawal untuk turunkan sign diatas kad untuk Coachnya.

Mujurlah last game ini waktu Danish and Ryan agak renggang sikit, selalunya beza hanya dalam 30 minit aje tapi kali ni dalam sejam, lagipun Ryan main di home ground while Danish bermain di Klemzig.
 


We had a small celebration for the team members, tak sempat nak buat apa-apa dah, just beli cake ajelah.

Early trophy presentation for Ryan from his Coach, Jon Franzin

Ryan with his teammate; Lucas, Jon, Ryan, Coach Jon Franzin, Damien, Luca and Antonio

We wait for another weeks and then kita gi free trial at a few local clubs yang I nak nampak okaylah sikit kat KL area ni. Lagipun all the soccer kits masih dalam kontena lagi, esp the boot and also shinpad, malas pulak nak beli yang lain.
 

Friday 27 September 2013

Anak-anak Adelaide

Lepas memunggah barang-barang masuk kontena, we all menumpang sekejap di rumah Ery dan juga Ummi cos semua kelengkapan dah bawa balik, then rumah pun we all nak kena kosongkan. Mujurlah Ummi dan Eri sudi menumpangkan kami sekeluarga sampailah hari kami balik nanti. The boys sukalah sangatkan, ada kawan-kawan boleh bermain tak kira pagi atau malam. Pagi-pagi masing-masing bersiap sedia nak ke sekolah. Since Ery kerja pagi, so Daddy Jack yang menghantar semua anak-anak pergi ke sekolah.

Dulu mereka berdua ni taklah rapat mana, mungkin perbezaan umur yang hanya beberapa bulan. Tambah pulak waktu tu Afiq ada kawan lain, Scott so bila Scott dah masuk primary, barulah depa start rapat balik. Tambah sedih bila hari-hari terakhir kat sekolah, barulah terserlah kemesraan mereka berdua.

Hari terakhir persekolahan bila jalan bersama dari kereta ke pagar sekolah, mula berpimpin tangan.


And on Friday the 13th of September 2013, my last walk to pick up Danish from school. 

Danish and Farah, anak Ummi start this term masing-masing sama dalam satu kelas, beberapa hari nak balik ni la baru la nampak nak berkawan-kawan and berborak sakan. Lagipun Danidh pun manadah ada kawan lelaki, ada pun Mukhlas, anak Kak Zack yang duduk agak jauh sikit dari we all ni hah.

Aktiviti malam sebelum tidur, story time


Thursday 26 September 2013

Sessi memunggah barang

3 hari sebelum balik on 11 September, we all start la memunggah barang yang nak dibawa balik ke dalam kontena. At first nak buat di rumah we all tapi since rumah berdekatan dengan jalan masuk, then berbukit sedikit so we all menumpang di hadapan rumah Ummi untuk meletakkan kontena kami and memunggah barang from there ajelah.

Tahun ni ada dalam beberapa juga kawan-kawan di Adelaide yang membawa  balik satu kontena cos ada yang membawa balik kereta tapi masing-masing boleh meletakkan kontena mereka di atas jalan but my council tak bagi letakkan kontena atas jalan, antara syaratnya kontena tu kena diletakkan diatas trailer and kita kena naik ramp tu untuk memasukkan barang-barang.

 Antara barang-barang terkumpul I selama 3 1/2 tahun

Mujurlah ada kawan-kawan yang gagah-gagah yang sudi menolong kami memunggah barang-barang yang besar-besar dan berat masuk ke dalam kontena ni, terima kasih yer.

We all juga menyewa truck untuk menangkut barang-barang dari rumah we all ke rumah Ummi, tak perlu keluarkan barang, just passkan aje dari dalam, truck. Jenuh kut nak angkat barang-barang yang berat-berat tu nak masuk ke dalam kontena kalau kena turunkan barang from truck tu.

My first batch of barang-barang yang dah selamat dimasukkan ke dalam kontena. I tak berkesempatan nak tengok dari segi kemasukan barang ke dalam kontena as Im so busy kemaskan some of the barang-barang yang masih diperlukan di rumah lama, then mujurlah ada kawan-kawan perempuan yang sudi datang untuk menolong menyediakan lunch untuk mereka-mereka yang bekerja ini. Terima kasih sekali lagi.

 Ada lah juga bawa balik kereta ni, jgn tidak orang kata, kan.

Menjelang petang, semuanya dah selamat masuk ke dalam kontena.

Me yang hanya menjadi pemerhati ajelah dari dalam lori

 Anak-anak pun semua happy dapat turun naik main ramp dengan kontena.

Semua barang-barang the boys, termasuklah basikal we all angkut juga bawa balik, so bila dok kata bosan and bosan duduk rumah tu, hah pi la main basikal.

Muka masing-masing pun letih after seharian bekerja keras mengangkut barang masuk ke dalam kontena. Kita ni punyalah beria-ia nak memastikan semua barang masuk sebelum pukul 6 petang cos after 6, company shipping nak tutup kontena and bawa terus ke port. Sekali bila we all telefon, they all ckp ambil esok pagi ajelah, cissss. So sempatlah menambah apa lagi yang patut untuk memenuhkan kontena kami tu.
 
Tepat pukul 9 pagi keesokan harinya, datanglah trailer untuk mengangkut barang-barang kami yang satu kontena ni untuk dihantar ke port dan seterusnya menunggu masa untuk dihantar ke Malaysia.
 
Sedar tak sedar, dah dua minggu kami berada di Malaysiaand this Sunday sampailah jugak barang kami yang satu kontena ni, maka startlah unpack barang-barang dan mana-mana barang yang dirasakan tak perlu atau tak muat rumah, maka akan bermulalah episod lanting melanting sana sini.