Nuffnang Ad

Thursday 31 October 2013

Rindu beriadah petang-petang

Sejak balik Malaysia ni, banyak benda yang kena settlekan dari segi hal rumah, anak-anak dan juga barang-barang yang baru sampai tu. Tapi Insyaallah..semuanya akan selesai tahun depan. Tapi adakalanya rindu juga suasana kekeluargaan yang wa all buat ketika berada di Adelaide dulu, rindu beriadah sama-sama tak kira masa.

Antara aktiviti riadah yang sering we all buat ketika summer atau spring adalah berbasikal. Di belakang rumah we all tu ada laluan pejalan kaki ataupun berbasikal, Fifth Creek.

Kadang-kadang tak perlu tunggu weekend pun, after Daddy Jack balik from Uni, sementara nak tunggu malam tu pergilah kejap ambik angin berjalan-jalan sekitar area rumah we all tu. Bila Spring and Summer, siangnya panjang so jemu la duduk dalam rumah lama-lama.

I really miss the moment of us as a family.

Insyallah, bila dah settle semua barang-barang we all di rumah nanti..nak beriadah baliklah sekeluarga. KL area pun banyak juga taman-taman yang ada bicycle path untuk yang berbasikal dan sempatlah I kirimkan basikal idaman pada kawan-kawan yang masih berada di Adelaide nanti.
 

Wednesday 30 October 2013

Birthday prep

Jun lepas we all buat birthday Danish di Wacky Warehouse di Adelaide, so untuk Ryan pun we all decided untuk buat di indoor playland juga, tak mahu la ada yang kecil hati tak buat birthday party. Since baru balik September, so tetamu jemputan pun hanya saudara mara terdekat ajelah sebabnya Ryan pun belum ada kawan sendiri kat sini.

Semua playland yang di KL ni attach dengan shopping malls so ada pro and cons dia yang perlu diambil kira like parking spaces and also the venue. Memang tak boleh comparelah dengan tempat Danish dulu dari segi tempat ataupun penyediaan makanan. We all kalau boleh nak sediakan makanan sendiri terutama untuk parents tapi kebanyakan indoor playland tak benarkan, kena ambil their own catering. Lama tak perkena latte yang best, mujurlah ada terjumpa di kala mencari playland yang sesuai untuk birthday Ryan.

Singgah Toys R Us kejap, nak tengok toys yang sesuai nak jadikan hadiah for birthday boy

As always, bila masuk mana-mana tempat toys, bukan anak aje yang seronok..bapak pun tak ingat dunia. Hmm, yang sedia beli berlambak-lambak dari Adelaide pun belum bukak kotak lagi, nak menambah yang version Malaysia pulak yer.

I tried to membuat cake and beberapa lagi project baking for Ryan's birthday. Buat mana yang termampu ajelah dulu, maklumlah barang-barang baking I banyak tersimpan lagi di dalam kotak-kotak.

From Great Eastern Mall, MidValley, The Garden, Curve dan juga di Bangsar Village we all membuat survey about the indoor playland, akhirnya we all decided untuk membuat di Jungle Gym berdasarkan tempat playland yang sangat best, bersesuaian dengan umur Ryan dan juga tetamu yang akan dijemput.

Seperti yang diminta dari Adelaide lagi, birthday Pirate dengan Jack and The Neverland as a theme. Dah buat beberapa persiapan awal dari Adelaide lagi, even dapat hadiah baju pirate yang diposkan khas dari a good friend of mine di Adelaide. Gambar sekitar majlis kena tunggu my photographer hantarkan gambar dululah, lagi jelas daripada gambar from handphone.


Monday 28 October 2013

Pillow Pet

Di Adelaide, setiap anak-anak ada their own plush toys. Tak kisahlah samada yang besar ataupun yang kecil. The boys pun tersangkut sama, Ryan la yang memulakan dulu after dah masuk kindy bila tengok kawan-kawan yang lain dok bawa the flush toys pergi sekolah.

Akibat tengok iklan di dalam TV, jatuh cintalah pulak dengan this pillow pet ni. Entah macama terberkenan la pulak Ryan ni dengan the ladybird.

Danish mulanya ada yang ini aje, tapi lama-lama makin bertambah pulak his pillow pet.

 Malam-malam sebelum nak tidur, kena mengaji dulu.

Then, after that..dah mengaji makan and tengok TV  for 30 minutes then bersiap-siap masuk selimut nak tidur dah. Pillow pet tak lupa letak kat tepi so senang nak peluk menggantikan Mummy kat sebelahnya.

Now, balik Malaysia jenuh la si kerinting ni tanyakan pillow pet die tu, manalah I nak gagaukan cari dalam timbunan  kotak-kotak yang banyak tu. Perlahan-lahan kena carilah jugak. Hasihhhh, tak boleh tidur katanya tak ada his fav ladybug ni. Mengada sungguh !!
 

Friday 25 October 2013

From Adelaide-Msia, safely arrived

Dekat 3 minggu dah barang we all yang satu kontena tu sampai, keluar jiran-jiran dibuatnya bila nampak lori bawak satu kontena masuk tetiba kat jalan rumah depa.

Mujurlah lori ni sampai dalam pukul 11 pagi so orang semua pergi kerja and taklah banyak kereta diletakkan di tepi jalan, kalau datang weekend, maunya kena ketuk rumah jiran minta alihkan kereta.

Ngeri rasa bila nak buka pintu kontena, entah apalah terjadi dengan barang-barang kat dalam tu, kut la berterabur sebab melalui gelora ombak...hahahha, imaginasi kena tinggi.

2 minggu di lautan, kunci dan padlock jadi karat, terpaksa pergi kedai kejap untuk beli gergaji besi nak bukak pintu.

Alhamdulillah, semuanya masih sama seperti waktu kami tutup pintu kontena di Adelaide dulu, tiada apa barang pun yang jatuh atau bergoncang, semuanya dlm keadaan selamat.

Tapi yang tak selamatnya...ruang dalam rumah...whuaaaaa, nangis tengok bila orang keluarkan barang from kontena, habis penuh main hall, then letak pulak kat dry kitchen. Dah penuh kat dry kitchen wet kitchen pun sama penuhnya...bilik-bilik kat atas jgn cakaplah, semuanya penuh..mana nak duduk ni. Rasanya yang tak penuh kat toilet dan area tangga aje, dan juga stor.

 Bilik di tingkat bawah, hampir memenuhi seluruh ruang yang ada

Jemu tengok kotak-kotak ni semula, tapi nak buat mcmana kan, nak tak nak...suka tak suka kenalah buka kotak-kotak ni semua.
 

Thursday 24 October 2013

Perempuan terakhir....

Early October lepas, berlangsungnya majlis pernikahan adik perempuan I yang terakhir. Majlis pernikahan yang dilangsungkan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati selepas Asar.

 Rombongan pengantin lelaki tiba dengan serba biru dan pink, nice combo !

Dulang-dulang hantaran di letakkan di bahagian luar masjid, cos majlis akad nikah akan dijalankan di dalam masjid.

Majlis bermula dengan beberapa tazkirah from the jurunikah. 



Ayah buat kali terakhirnya menjalankan tugas sebagai wali buat anak-anak perempuannya.

Dah selesai semuanya, majlis membatalkan air sembahyang dibuat di luar dewan solat. Alhamduliilah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar, ramai yang datang termasuk kawan-kawan dan saudara mara.

Tuesday 22 October 2013

Bak Tailor

First time membawa the boys ke tailor untuk membuat baju Melayu, selalunya beli yang dah siap aje. Bila di Adelaide dulu, Ibu yang poskan baju-baju Melayu untuk Daddy Jack dan juga the boys. BAK Tailor menjadi pilihan untuk first experience mereka. Daddy Jack selalu menempah baju melayu di Bagutta Boutique di Pertama Complex tapi tak tahulah samada ada lagi kedai tu atau tidak sebab dah lama sangat tak menempah baju melayu.

We all menempah baju untuk majlis perkahwinan Kak Cik, dah terlewat pun sebenarnya cos hanya beberapa hari aje lagi ketika buat baju melayu ni tapi mujurlah BAK tak banyak menerima tempahan so bolehlah siap dalam masa 5 hari sahaja.

Tahun ni 2 kali kena buat baju Melayu, satu untuk majlis Kak Cik dan satu lagi untuk majlis perkahwinan adik Daddy Jack pada December nanti. Since dah buat kat BAK Tailor aje, just hantar kain and guna ukuran yang sedia ada aje, tak perlu ukur lagi sekali. Mujurlah BAK ni dekat aje dengan rumah, so tak perlu lah menempuh masuk Jalan TAR tu, sesak sangat especially during weekend.

Banyak juga pilihan lain lace disini, even baju yang eady made pun banyak yang cantik-cantik juga.

Baju songket yang ready made di dalam pelbagai warna, nampak cantik sekali. I rasa I ada sepasang kain songket yang belum dibuat baju lagi. Nak kena punggah kotak mencarinya. Bolehlah buat baju  kurung untuk dipakai jika ada sebarang majlis nanti.

Thursday 17 October 2013

Hmmmm

Philips Airfryer...tapi ada yang kata Tefal punya lagi best

Decor ni ada di KL, so tak perlulah mengimportnya dari Adelaide sana nun

Jem Beerenberg yang asalnya dari Adelaide Hills, setiap kali strawberry picking sure datang sini beli

 Fokus dari jauh aje sebab taknak compare harga, walaupun tgk pun rasa nak pengsan dah

The best strawberry spread ever...teringat makan scones dengannya