Nuffnang Ad

Thursday 30 January 2014

Tak sihat

Minggu lepas agak tak berapa nak sihat sikit, demam, batuk dan selsema juga. So rehatlah satu hari kat rumah, sambil melepak, minum kopi and baca novel. 


Dah lama tak melepak depan TV tengok drama Melayu. Sangat sakit mata bila tengok pelakon yang macam gini, tak tahulah apa wataknya, if tak salah dalam ni macam watak Mak Datin ja tapi boleh tak if nak pakai rambut palsu tu tolonglah elok-elok sikit, ni dah macam serabai dengan rambut keras, mmg nampak sangat pakai rambut palsu.

Tak lalu lah duduk dalam rumah aje, so dah rasa okay sikit petang tu temankan Danish training bola kat Subang. Danish sekarang ni setiap Selasa and Khamis ada training dari pukul 5 till 7pm kat Subang under Elite team. So 2 hari ni, memang we all maghrib kat petrol station ajelah, kalau nak balik mmg lebur ler Maghrib tu.
 

Wednesday 29 January 2014

Jemput tengok

Kadang tu ada masanya malas aje nak masak, dah  dekat sebulan tak tahulah bila nak lekat kat dapur, terkejar sana sini menguruskan hal anak-anak sekolah memang meletihkan. Mujurlah the boys satu kawasan sekolah so masa keluar pun tak lama sangat. Ada masanya tekak teringin ja nak makan kari kepala ikan, tapi since Restoran Kampung Pandan dah pindah jauh maka kita makan kari kepala ikan NZ ajelah.
 
Adalah sekali 2 ja I masak masa  the boys ke sekolah, tapi kadang tu sedih jugak makan sesorang tanpa kebisingan dan keriuhan jerit pekik.

Kalau weekend kenalah masak sesekali, kalau datang malas nak pergi keluar. Dapat makan kari kepala ikan merah dengan sambal tempoyak mentah, tak kisahlah badan naik berpam-pam.

Kesibukan ke sana sini menguruskan hal rumahtangga adakalanya sampai lupa nak makan, singgah lah mana-mana kedai yang sempat, makan aje apa yang ada.

 Sesekali makan makanan Indo yang terkenal, Sari Ratu untuk menukar selera

 KL memang beberapa hari lepas agak panas dan kering, so ABC jadi pilihan

 Pagi-pagi makan tosai garing bersama segelas teh tarik

 Cendol dan rojak sotong pembuka selera

Ada sekali tu I tak berapa nak sihat tapi nampak Kak Milah buat cucur ikan bilis dan juga durian serta Nescafe panas, haruslah rasa sihat kejap.


Monday 27 January 2014

Mendurian

Sekarang ni musim durian, merata-merata nampak orang jual durian. Kat area Melawati pun ada satu tempat khas penjual durian ni, berdepan dengan Restoran Deen, Melawati.

 I tak begitu gemar makan durian, so temankan Daddy Jack aje yang makan.

Baru-baru ni, Ibu balik kampung Bukit Gantang pun angkut sebakul durian dari sana. I cuma tengok ajelah orang lain makan.
 
I bukanlah eksyen tak makan durian, tapi mmg realiti tak makan durian mentah TAPI kalau tempoyak mmg lajulah sampai boleh jilat jari. Durian mentah mmg I tak makan tapi if dah letak dalam bubur atau buat kuah durian, mmg laju ja I makan. Hmm teringat pulak sambal daun kayu, minggu ni cuti panjang boleh buatlah, simpan buat penambah selera makan nasi.

Friday 24 January 2014

Doc Mart

Kegilaan Doc Mart menular kembali ke Malaysia, yang beli kat Adelaide pun masih ada tersimpan dalam kotak lagi. Teman Daddy Jack yang nak pergi cari kasut kerja juga.

Nampak pulak Agyness Deyn's collection dalam kaca, terus la kononnya nak mencuba aje

Terus pulak jatuh cinta dengan this collection, warna pun berlainan dari kasut yang dah ada.

 Terima kasihlah Daddy Jack, ingatkan you ja yang I beli, I pun dapat juga yer

Dah dapat kasut, I pun belanja  Daddy Jack makan di DOME, The Garden. Sengaja lepak lama-lama taknak balik time orang lain pun sibuk nak balik, so makan dululah sebelum balik.

On the way nak ke parking, nampak pulak kedai menjual karipap gedebab ni. Teringinlah pulak especially bila nampak karipap sardin.

My Agyness Deyn in baju kurung, pakai waktu menghadirkan diri ke majlis kahwin.

Monday 20 January 2014

Mewahnya perkahwinan zaman sekarang ni

We all berkesempatan ke kenduri kahwin tak tak dirancang. Inlaws yang ajak pergi sebab mereka tak tahu jalan, so dah alang-alang we all tak ada buat apa-apa so ikut ajelah. Kenduri sekitar area Kota Damansara.

Wedding yang bertemakan hijau, tak ada pelamin pun just meja makan beradab aje. Dewan pun agak kecil if nak letakkan juga pelamin tu. Buffet table pun kena letak dus supaya tak sesak sangat, dan membiarkan tetamu kelaparan bila beratur terlalu lama.

Makanan utama penganting dah tentulah nasi beriyani, tapi kenduri kali ini siap sediakan nasi putih, ikan masin, masak lemak ikan masin dan juga sambal belacan. Satu kelainan sikitlah so orang boleh pilihan banyak pilihan nasi dan juga lauk pauk.

Banyak juga benda baru yang we all perhatikan di kenduri ini, antaranya ada gerai aiskrim ni. Tuan rumah sediakan khas untuk para tetamunya.

Si kerinting ni apalagi, dok berulang aliklah ambik ice cream percuma tu sampai suruh stop sebab makan ice cream ja, tak nak makan nasi.

Then ada pulak candy buffet table, phuhhh sangat menggoda semua candy dan juga manisan disitu. Ada chocolate fondant, pelbagai jenis cuppies serta gula-gula.

Jenuh la nak buat pilihan mana satu yang nak makan dulu

Gerai cendol pun ada juga, mmg mewah betul majlis perkahwinan ini dengan makanan

Sebelum pengantin datang, sempatlah the boys ni bergambar di Photo Booth station disini

Selamat Pengantin Baru buat pasangan pengantin ini, semoga kekal ke akhir hayat, dan mendapat anak yang soleh dan soleheh.
 

Thursday 16 January 2014

Health check up


Setiap pelajar-pelajar kindy yang berusia 4 tahun di Adelaide perlu menjalani ujian kesihatan yang diwajibkan oleh pihak sekolah dan juga bahagian kesihatan di sana. Ryan pun tak ketinggalan untuk menjalani ujian itu.

We all ni ingatkan ujian kesihatan mcm nak kena cek telinga atau tubuh badan semua tu rupanya nak check dari segi pemahaman dan juga pengetahuan anak-anak aje.

Mulanya diminta untuk menulis nama sendiri, dari situ pihak yang berwajib mula menilai Ryan.

 Kemudian, diberikan pula sesi penerangan untuk test yang seterusnya.

Sesi mendengar pula, kali ini kena mendengar betul-betul dan memastikan lulus ujian kalau tak kena repeat di lain waktu. if fail jugak, then kena pi jumpa specialist. Ya Rabbi, masa ni we all berdoa agar tak perlu repeat semua tu.

 Ujiannya kena dengar apa warna yang diperkatakan, then kena pilih blok yang disediakan..itu aje.

 Ni ujian untuk mata pula

Seronoklah dapat pakai eye patch, rasa macam pirate aje katanya. Tambah pulak pakai jacket pun Jack and Neverland Pirate, so mmg kenalah tu.


 Alhamdulillah, semua ujian berlancar dengan baik

 Ukur ketinggian, ala kementot aje kerinting ni

Berat tetap maintain mcm tu la, tak ada peningkatan pun. Susahnya la nak bagi Ryan ni makan, makan pun ikut mood dia ja.