Nuffnang Ad

Wednesday 26 February 2014

Its time for LEGO Movie

We all anak beranak kan memang meminati LEGO NI so bila tahu LEGO nak buat movie, masing-masing tak sabar menanti. Dah 2 minggu The lego movie keluar di Malaysia ni so on first day ditayangkan tu, terus we all booked kan tiket untuk semua pi tgk cos on weekend tu mcm semuanya busy aje.

Booked show pukul 830mlm di Wangsa Walk aje, ikut hti nak ke KLCC tapi takut tak sempat pula. Lagipun hari sekolah karang bebudak ni letih pulak.

Kerinting ni aje yang tak kenal letih, berlari sana sini, melompat pastu kang tergelak-gelak. Esok pagi mulalah meragam tak tentu pasal nak pergi sekolah.

Okaylah LEGO Movie ni untuk tontonan seisi keluarga. If we all still in Adelaide sure banyak LEGO yang murah dan juga merchandise. The boys pun dah banyak kali ajak nak ke LEGOLAND lagi tunggu Daddy cuti la jawabnya.

Monday 24 February 2014

Omong kosong

Dulu, masa sibuk dok buat research sana sini tahu dah betapa susahnya nak dapatkan respondent untuk survey, sampaikan kena bagi some tokens then barulah nak menjawabnya. Kalau bagi kertas, jgn haraplah nak tolong. So sekarang ni if ada yang datang hulur kertas nak buat survey, so kita pun tolonglah mana yang patut.

Kadang, mood terlebih rajin so mencontenglah buku-buku apa yang dijumpai sekadar mengisi masa lapang

Kalau malas nak masak, called aje Ibu tanya masak apa, kalau rasa sedap macam ada satu masa Ibu masak mee bandung laju ajelah datang menempek kat rumah Ibu

Uncle yang selalu menjadi tumpuan bila bateri jam selalu rosak. Uncle ni menjadi pilihan semenjak sekolah menengah lagi di Melawati walaupun ada aje kedai jam disekitar but I still prefer this humble man. Harga pun masih sama since tahun 1989.

Kadang tu tekak terasa ingin nak makan satay so  ke Haji Samuri la tapi sekarang ni kualitinya macam tak sesedap dahulu, sataynya nampak sangat mcm mesin yang proses. Better lagi kedai satay yang tak terkenal.Sedap dan juga murah sikitlah.

Wednesday 19 February 2014

My Ryan

 Anak bongsu saya ni memang banyak peelnya, ada aje benda yang kadang buat stress dan kadang-kadang suka nak gomolnya. My kerinting aka Ryan Irfan.

Sejak balik Malaysia, rambut memang kenan potong pendek la. Kalau tak masam sangat berpeluh lepas main bola. Antara aktiviti wajib makan roti canai kat mamak.

Sepanjang 3 bulan pertama berada di Malaysia, sempatlah masuk kelas tadika kejap. At least dapatlah basic reading and writing sikit.

 Nampaklah perubahan menulisnya, pandai dah mengeja beberapa perkataan dan membaca buku

Sejak Januari bila dah masuk proper school, semua gadget telahpun disimpan, dah tak ada dahlah tgk online cartoon. Cumanya akan diberikan bila cuti sekolah sahaja. Weekend tak digalakkan sangat cos I dah penuhkan dengan aktiviti masing-masing.

Habis segala buku dicontengnya, tak kisahlah apa jenis buku pun.

Kadang-kadang tu I curi-curi pi intai dia kat sekolah. Nampaklah aktiviti Ryan dengan kawan-kawan dia. Alhamdulillah, ramai dah kawan-kawan dia, yang celebrate birthday sama-sama dlm kelas pun ramai juga tu yang setiap kali balik asyik bertanya bila birthday dia sebab tak sabar nak sambut dengan kawan-kawannya.

Friday 14 February 2014

IKEA lagi

Tak sahlah kalau dalam masa sebulan tu kami pi jalan-jalan ke IKEA, tapi selalunya jalan dengan trolley yang penuh dengan segala macam mak nenek barangnya.

Yeay !!!! Beef ribs kembali lagi setelah menghilangkan diri sekejap. Dulu ada my blog reader yang bertanyakan harga sepinggan beef ribs di IKEA, kalau tak silap dalam RM19.90 and sangat sedap. Lembut aje dagingnya.

Plannya we all ke IKEA mencari katil untuk the boys di rumah baru ni. Memang we all dah beli katil KURA untuk 2-2nya tapi Daddy Jack macam sayang nak bukak di rumah sewa ni, nak simpan buka dirumah kami sendiri nanti. Punyalah dia survey satu katil ni yang cantik. Bila pergi the crew cakap tak pernah ada pulak tapi we all yang pelanggan ni punyalah tak puashati, cari balik dalam online brochure tu yang dah we all simpan dalam phone. Bila crew tu tengok, then dia senyum-senyum, rupanya katil tu akan tiba bila new collection start, punyalah malu we all...nampak sangat memang gilakan IKEA.

Gedebuk gedebak, 2 jam lebih jugaklah we all dalam tu, dengan orang yang ramai serta nak memilih barang-barang untuk masuk rumah baru kami ni. So the boys tetap beli katil masing-masing, tak perlu nak tunggu new collection dah.

Balik from IKEA, singgah kejap di AEON Big aka Carrefour untuk beli barang-barang dapur pulak. Since on Saturday telah diistiharkan as No plastic bag Day, mujurlah we all masih menyimpan beg-beg plastic Coles and Woolies since dari Adelaide lagi, so jeling ja orang tengok kami bawa our shopping bag sendiri, ada juga yang macam senyum sinis and sure cakap we all ni poyo. Memang la poyo, at least kami taklah perlu nak bayar 20sen nak beli plastic bag.
 

Thursday 13 February 2014

Balik Kuantan kite

Phuhhhh, lama sungguh tak update blog ni, busy memanjang tambah lagi dengan keadaan cuaca yang panas lagilah malas nak duduk depan komputer lama-lama.

Cuti panjang Chinese New Year lepas we all berpeluang la balik ke Kuantan. Last balik masa Kak Cik kahwin dulu so lepas tu tak balik-balik. Ingat hujung tahun lepas nak balik, tapi bila kes banjir so stop kejap. Tambah pulak balik cos Ayah cakap kat depan rumah Ayah dah ada padang futsal, apalagi menggelitik la cucu-cucunya yang minat bola ni nak balik.

Cuaca memang sangat panas, pukul 5 macam pukul 3 petang teriknya matahari. Tapi itu tak melemahkan semangat peminat-peminat bola tegar nak turun padang untuk bermain bola. Seronok dah padang depan rumah Ayah tu, dah ada beberapa alatan exercise yang disediakan oleh MPK, so petang-petang ramailah yang bersenam. Bila dah ramai orang, so adalah yang dah buat jualan walaupun hanyalah jual air dan buah-buahan.

Tepat pukul 5, terdengarlah suara riuh rendah di padang futsal, dah ada ramai yang menunggu nak ambil tempat dan posisi masing-masing.

Ibu pun rajin jadi peneman the boys main bola, tapi kena buli dengan cucu kena jadi goalkeeper ajelah.

We all kalau balik Kuantan, sure akan singgah ke Pasar Besar mencari lauk pauk yang segar untuk dimasak. Paling best bila cari sayur-sayur kampung yang sangat segar dan bermacam-macam jenis.


Bertambahlah makan tengahari di Kuantan dengan pelbagai jenis lauk pauk yang terhidang aats meja.

Tak sahlah kalau balik Kuantan tak singgan East Coast Mall, tai kali ni ECM mcm tak best cos banyak renovation. Starbucks pun dah tak ada, yang ada hanya di TC dan juga Megamall, malas la nak pergi jauh-jauh. Si kerinting ni lama nak makan donut, nampak Big Apple terus serbu.


Tak habis-habis dengan boot bolanya, tambah pulak dah ada keluar pulak pattern yang baru.

Bila sorang dah beli, kenalah belikan untuk yang kerinting ni. Kalau Danish sibuk nak jadi Neymar, adiknya teringin pulak nak jadi Ronaldo.


Kuantan sangat panas tidak terkata, mujurlah BOOST ada buka disini so Watermelon Lychee Slushies menjadi pilihan.

 Jenuh berjalan, udahnya di kerinting ni tertidur dalam kereta, strolller memang dah berzaman tak pakai dah since di Adelaide lagi so now kena usung guna trolley la. Mulanya Daddy Jack sanggup nak dukung tapi lama-lama tak larat cos dah besar and berat la sikit so I masuk AEON then beli matress protector and pillow bentang dalam trolley agar nak bagi selesa sikit.

Kalau balik Kuantan, tak sahlah kalau tak singgah Restoran Zaman nak makan nasi lemak. Kebetulan pula we all pergi masa cuti CNY so memang penuhlah restoran tu dengan orang nak breakfast dengan nasi lemak tersohor ni. Nak ambil nasi kat bahagian belakang kena beratur panjang. Orang yang membeli bukannya sebungkus dua tapi paling sedikit pun sepuluh bungkus.

Selain nasi lemak, roti canainya pun sedap juga. Lembut dan garing aje. Sesiapa yang nak berkunjung ke Kuantan, patut try Nasi Lemak Zaman ni, kalau boleh datang seawal yang boleh if not memang kena berebut meja dan juga beratur panjang untuk makan nasi lemak aje.

Sunday 9 February 2014

Rumah kita

Sejak balik Malaysia, we all duduk dengan Ibu dekat sebulan sebelum we all cari rumah sekitar untuk disewakan. Rumah yang di Setia Alam tu plan asalnya memang nak duduk tapi bila I resigned so mcm-mcm plan terpaksa diubah, then rumah tu bakal disewakan tak lama lagi. Sebulan lebih we all duduk di kondo, rumah my friend here. The location memang sangat strategik and sangat cantik.


Memang berbaloi la my friend beli rumah kat sini, harga pun dah melambung-lambung naiknya. Jarang jumpa condo yang ada taman untuk anak-anak bermain. 

Pemandangan di tepi balcony, jarang jumpa condo yang boleh tengok pemandangan hijau macam ni, even Ibu kalau datang lepak sini pun dah tertarik hati dengan rumah my friend ni.


Malam Tahun Baru dapatlah tengok perrtunjukan bunga api di KLCC from the balcony.


Tapi we all duduk condo tak lama, after berbincang so we all pun mulalah mencari rumah bertanah pula since we all nak kena punggah barang-barang from Adelaide yang satu kontena tu. Naklah buka kotak-kotak tu mencari and tengok all our stuffs dalam tu takut ada yang rosak pulak if simpan lama-lama. Alhamdulillah, pencarian rumah tidaklah selama mana, terus dapat dengan tuan rumah instead of agen and location rumah hanya dalam 200m aje from rumah Ayah dan Ibu.

Masa baru-baru punggah barang from Setia Alam to my new crib. Berjenuh jugaklah memunggah kotak-kotak yang banyak itu.

Pemandangan beberapa hari kemudian, now dah clear la sikit dekat dining hall ni. We all pun dah susun and buka all the kotak-kotak, pilih mana barang yang we all nak gunakan and mana yang rasa tak nak guna dulu, masukkan balik dalam kotak.

Now, dah selesai sesi memunggah barang cumanya adalah datang seminggu sekali orang datang untuk tolong-tolong kemas, gosok baju, and now we all tengah sibuk la mendecor rumah ni walaupun hanya rumah sewa tapi tuan rumah tak kisah if we all nak decor mengikut keselesaan kami.

Friday 7 February 2014

Coach story

Me and handbag mmg tak boleh dipisahkan walaupun yang dibawa balik dari Adelaide masih belum digunakan sepenuhnya, ni tambah lagi dah duduk rumah, entah manalah nak dipakai handbag tu gamaknya.

As usual, COACH sentiasa menjadi pilihan, tak tahulah kenapa walaupun banyak lagi jenama yang lain. 

Tengah ada sale rupanya, maklumlah sejak bertukar no telefon ni tak dapatlah notification tengtang sale sana sini.

Tak pikir panjang, just dah nampak yang berkenan di hati, then teruslah terpaut dan terbeli

 Alhamdulillah, rezeki 2 sekali..kasut dan juga handbag

Dah beli handbag, haruslah isi perut yang tak berkeroncong dari tadi. bila masuk COACH lupa lah kejap lapar dari pagi, bila keluar terus datang balik penyakit lapar tu. Daddy Jack teringin pula nak makan Secret Recipe esp the Blueberry Cheesecake.

Mine pula, makan beef lasagne aje. Aishhh, bilalah nak start masak-masak ni, asyik la makan di luar. We all pun baru ja pindah rumah ni, so Insyallah minggu ni dah settle dah keadaan rumah tu then barulah boleh masak macam-macam.