Nuffnang Ad

Tuesday 27 May 2014

Dating

Dah nak masuk bulan 6 ni mulalah mak ayah semput sebab birthday Danish. As usual as party planner yang tidak bertauliah, mulalah membuat persiapan sebulan sebelum berlangsungnya majlis. Tema kali ini, telah diulangi setiap 4 tahun sekali sempena dengan World Cup. Tema yang telah digunakan pakai dari tahun 2006, 2010 dan sekarang kembali lagi pada tahun 2014.

 Misi pencarian venue pun bermula, padang futsal menjadi pilihan utama

 Jumpa satu yang berkenan di hati tapi pencarian harus mencari lagi

Lama tak menyinggah kedai favourite I ini. Tapi kali ni berjaya menahan diri dari membeli cos ada yang masih belum pakai dan masih tersimpan rapi di dalam kotak lagi.

Dah alang-alang pergi berdua, so kami lepak Chillis ajelah, lama jugak tak makan disini.

Semuanya menjadi karnivor, Mixed combo fajitas and lamb shoulder menjadi pilihan kami berdua.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Hamleys, tapi rasanya tak semeriah macam di Toys R Us.

 Tempat kegemaran Daddy Jack, diam-diam dia pi sini ja.

Ohhh, boleh buat birthday Daddy Jack kat sini August nanti. 
 

Thursday 22 May 2014

Jom kita menghijaukan bumi

Masa di Kuantan, Ibu ajak singgah kejap ke nursery cos nak buatkan landckap baru untuk rumah Kuantan sempena Raya nanti.

 
Geram pulak tengok ada bermacam-macam jenis pokok-pokok bunga serta pokok hiasan untuk rumah. I ni pulak tak tahulah ada tak minat untuk bercucuk tanam atau menghiaskan rumah dengan pokok-pokok ni.

Untuk permulaan, Ibu suruh cuba tanam dulu pokok pegaga ni, sambil tu boleh makan untuk awet muda, katanya.

Ibu terberkenan pulak dengan pokok bunga Harum Sundal Malam ni. Menurut org nursery tu, pokokini akan mula mewangi pada pukul 4 petang, then pukul 7 akan lagi wangi sampailah ke pagi...alamak, seramlah pulak.

Petang-petang, 2 budak kenit ni menolong Ibu mengaut daun-daun kering yang jatuh dalam kolam ikan sebelum main bola.

Pokok yang sangat unik, dah macam rambut aje bentuk kerintingnya.

Tuesday 20 May 2014

Post holiday mood

Dah puas 3 hari 2 malam di Kuantan so kenalah sedar-sedarkan diri untuk berangkat balik ke KL semula. Bertolak pagi Sabtu, tapi singgah dulu breakfast di Zaman Restoran dulu, nak makan nasi lemak serta nasi dagang yang super duper sedap tu.

 Jika nak makan roti canai yang sedap dan lembut, bolehlah singgah di sini. Ni pun dah pukul 10pagi tapi orang masih beratur nak makan roti canai.

Kalau balik KL dengan Ayah sure akan singgah di RnR Temerloh untuk break kejap. Kat sinilah ada kuih hijau beisikan inti kelapa yang sangat sedap. Bentuknya macam karipap, so kalau singgah memang beli semuanya terus.

Kat gerai inilah adanya menjual kuih hijau tu, satu-satunya gerai yang menjual kuih muih kat RnR Temerloh ini.

Dah alang-alang balik tengahri, so bungkuslah juga lauk pauk untuk dimakan dengan nasi dirumah nanti. Lauk wajib, of course la masak lemak tempoyak Ikan Patin.

 Lama juga tak menyinggah di KLCC

Malam-malam sikit barulah teringat nak membeli barang dapur especially bekalan anak-anak untuk dibawa ke sekolah.

Dah settle membeli barang dapur, singgah NZ kejap untuk makan malam, sambil tu sempat jugaklah tengok bola .

Suram sikit malam tu tanpa ramainya penyokong-penyokong MU. Mungkin sebab dah tahu yang MU takkan menang epl so depa dah tak lepak mamak lagilah nak tengok bola gamaknya.
 

Monday 19 May 2014

Cuti 1 May

Cuti 1 May lepas, we all apalagi ambil kesempatan untuk balik ke Kuantan. Dah lama rasanya tak balik so ada cuti panjang sikit ni baliklah kejap sambil jenguk-jenguk rumah di Kuantan pula. Walaupun Ibu dan Ayah seringkali balik KL, tapi sesekali tak salah jika we all pula yang balik Kuantan.

 
Bertolak lepas breakfast, then meneruskan perjalanan ke Pantai Timur. Cuaca pun taklah panas sangat, just nice aje. Kereta pun taklah busy mcm nak balik Raya ataupun cuti sekolah.

Dalam pukul 12 tengahari dah selamat sampai di rumah Kuantan. Panasnya tidak terkata, rasa berbahang sangat. Rupanya Kuantan dah agak lama tak hujan.

Biasalah baru-baru sampai, teruslah the boys menerkam kolam ikan ni dulu, nak bagi makan ikan.

Drum set ini Ayah yang punya. Zaman 60an dulu, Ayah merupakan salah seorang drummer untuk satu band, tak ingatlah pulak apa nama band tu. Tapi sayangnya bakat yang ada pada Ayah itu tidak diwarisi oleh anak-anak, menantu ataupun cucunya. Ayah pun selalu jugak main drum bila ada masa lapangnya. 

Pemandangan biasa bila waktu petang di depan rumah Ayah. Pukul 3 petang pun dah ada yang start main futsal dah, tahan panas sungguhlah bebudak ni.

Pagi-pagi harulah breakfast di De' Aisyah Cafe. I suka sangat nasi kerabu dengan ayam BBQ nya, sedap sangat sangat terpejam mata masa makan. Set lempeng cicah kari dan juga roti jala pun sedap juga.

Budak-budak ni main bola tak kira masa, pagi petang pun masih menendang bola di porch rumah sampaikan kereta semua kena bawa keluar untuk bagi peluang mereka ni menendang bola.

Kalau diam aje bebudak berdua tu, adalah benda yang dibuatnya. Ni pun ternampak tengah menangguk ikan ke sampah tah dalam kolam tu. Ada ajelah project mereka berdua nih.

Malam tu temankan Ibu ke Masjid Negeri, ada program kejap. Tapi me and kerinting hanya duduk luar ajelah, nak masuk tak boleh cos 'cuti' kan. Sambil tu layanlah kerinting ni makan kuih bahulu yang dibeli di gerai yang menjual sekitar masjid tu.

Pernah beberapa kali singgah sembahyang di Masjid Negeri ini, hopefully Ramadhan nanti bolehlah berbuka puasa di depan padang masjid lepas tu solat maghrib serta buat terawih sekali kat sini.
 

Sunday 18 May 2014

Hari sukan sekolah buat pertama kalinya

Selesai dah sudah Hari Sukan sekolah Danish. Minggu depan turn hari sukan kindy Ryan pula di tempat yang sama. First time Danish punya sport day di Malaysia ni, so tak samalah suasananya mcm di East Torrens dulu. Siap ada perarakan setiap rumah serta formation juga.

Danish berada di rumah merah. Untuk tahun 1-3 acara yang dipertandingkan adalah acara sukaneka aje. For year 2 baru acara padang so tunggu tahun depanlah yer Danish untuk acara larian.

Dah dekat seminggu practice untuk acara sukaneka ni so tak sabar nak tunggu hari sukan yang sebenarnya.



Acara yang Danish masuk adalah lari sambil membawa botol air dalam dulang. Mula-mula tu dah leading dah tapi disebabkan ada seorang kawan satu team yang asyik menjatuhkan botol tu so jatuh pada tempat ke-4. Okaylah tu, still dapat medal jugak.

Ini yang ditunggu-tunggu...van MILO percuma. Ramai juga yang berbaris untuk mendapatkan air milo sedap ni. Entah la kenapa air milo dari van ini akan sentiasa sedap since dari zaman I sekolah lagi, rasanya tak sama macam yang dalam kotak punya.

Kerinting pun sama sibuknya sampai berdiri sebelah dengan MC. Puaslah we all cari kat padang tu, sekali ternampak dah terselit berdiri sebelah tuan MC tu.

 Sesi penyampaian pingat untuk acara yang Danish masuk.


Well done, Danish. Tunggu tahun depan pula kita masuk acara berlari la yer