Nuffnang Ad

Wednesday 29 October 2014

Anak-anak saya

Sedar tak sedar, dah dekat setahun we all sekeluarga balik ke Malaysia and anak-anak pun dah hampir dah nak menamatkan setahun pengajian mereka di Montessori dan juga sekolah rendah. Banyak benda yang berlaku di dalam tempoh pembelajaran mereka itu, ada yang menarik, pahit dan juga yang seronok berlaku. Ryan pun tahun depan akan memasuki alam persekolahan, aduh terasa cepat sungguhlah masa berlalu.

Pertengahan tahun lalu, Danish telah dilantik untuk menjadi pengawas sekolah, and now sedang dalam probation selama 3 bulan. Hari Sabtu ini, akan menerima perlantikan untuk menjadi Pengawas Sekolah. Satu pencapaian yang dibanggakan buat Danish yang baru pertama kali memasuki sesi persekolahan disini. Banyak juga yang dipelajari di sekolah ini, sampaikan tak sangka dia boleh catch up semuanya.

Aktiviti mewarna adalah satu kemestian, berkotak-kotak dah pensel colour beli sebab aktiviti menconteng yang tidak kira masa.

Kadang-kadang sibuk bercerita aktiviti seharian dia kat Montessori, ada aje kawan baru, hafazan ayat lazim yang baru dipelajari di sekolah. Seronok melihatkan anak-anak yang semakin ceria dapat belajar bermacam-macam perkara disini.

Muka tiap-tiap pagi macam ni mengadap kerinting nak pergi sekolah. Masa awal tahun dulu, siap berpeluk sambil muka tu sedih aje tapi sekarang muka ceria bila jumpa kawan-kawan.

Berbagai sambutan diadakan disekolah, antaranya Sambutan Merdeka Raya so semua anak-anak kena berbaju Melayu untuk meraikannya.

Ingatkan loom band ni hanya kegilaan bebudak perempuan, tak menyangkalah Danish pun boleh terjebak sama. Beli nya starter pack tu kat sekolah and then balik tu gigih la buat beberapa gelang untuk diri sendiri dan juga adiknya.

 Masing-masing leka la membuatnya, sampaikan nak makan pun tak sempat

Anak manja I ni, kita sibuk berfacial, dia pun sama sibuk jugaklah nak pakai mask semua. So lumurkan kejap dengan bedak sejuk aje sudahlah.

 
Dah bolehlah membaca beberapa perenggan buku cerita. Kena rajin sikitlah untuk menanamkan minat membaca dia tu. Kalau datang angin puting beliung dia tu, satu page pun tak nak dilayannya.


Kat sekolah adalah subjek Little Scientist tu yang seronok sangat bila ada aktiviti-aktiviti berkenaan sains walaupun hanya menyemai benih taugeh aje.

Ahad ni Majlis Graduasi buat Kerinting, alahai cepatnya nak membesar dah yer. Sedih pula rasanya bila mengenangkan belum puas lagilah bermanja, menggomol Danish dan Ryan ni. Tahun depan dah nak mulakan alam sekolah rendah, macamana la tu gamaknya Ryan ehh. Insyallah, semoga semua urusan dipermudahkan.

Monday 27 October 2014

Weekend story

Hari weekend adalah hari berkemas rumah sambil dimonitor oleh Daddy Jack, sellau yang diambil kisah adalah di bilik mainan yang sering disusn atur, lap mana-mana habuk pada toys and sometimes kalau rajin basuh untuk elakkan kuman-kuman semua.

Adakala, lepas tu menyambung pula aktiviti membasuh kereta ataupun karpet di luar rumah.

While I akan mengemas baju-baju dalam almari, sesambil tu mulalah berjumpa barang-barang tinggalan atau apa-apa sahaja yang disimpan dulu. Ni pregnancy test masa Danish dulu. buat 2 kali untuk dapatkan kepastian. Masih elok lagi, project scrap book la jawabnya ni.

Malam minggu juga adalah malam bolasepak. Semua akn berlonggok depan TV untuk menontol EPL, ada tu kadangkala TV yang menengok penontonnya bila semuanya dah tertidur.

Sekarang ni mood rajin nak bercucuk tanam, dah ada beberapa pasu pokok cili, rosemary, mint, kunyit dan juga daun pandan serta daun kesum. Projek tanaman akan berjalan sikit demi sikit, senang la sikit tak perlulah nak keluar pergi kedai semata-mata nak beli daun kari yang harga sampai RM1.50. Mana yang boleh jimat tu, kita jimatkan lah kan. So lepas ni macam nak menanam pokok herba-herba eg thyme, dill, sweet basil dan beberapa herba yang lain. Semangat kenalah kuatkan, Insyallah.
 

Sunday 26 October 2014

Ikea lagi? Memang gila

Dah beberapa kali dah we all melawat rumah hantu ni, tak kira masa...asal ada peluang aje kesini, sampai KLCC pun we all tak pandang lagi dah.

Saja aje mencari idea untuk bilik tidur the boys. Semenjak beli katil baru ni sampai dah tak tahu nak mendeco macamana.

Free consultation aje senang, tak perlu nak pikir panjang dan sesakkan kepala.


Dah settle hal di dalam, kita makan dululah. Beef ribs dan meatballs dah memanggil-manggil dah tu

Dapur idaman, all in whites. Kena ada ruang yang luas untuk dapatkan dapur macam ni. I memang suka sangat dapur yang ada Island, senang nak buat kerja then boleh terus jadi meja makan tak rasmi. Ohh cepatlah ada rumah sendiri, tak sabar rasanya nak buat make over.
 

Saturday 25 October 2014

Kisah raya haji kami

Malam raya masih bersenang lenang lagi di atas katil, sambil menonton EPL.

Pagi Raya, lepas solat bergegas semua ke NZ untuk breakfast...ya, pagi raya breakfast di kedai mamak sampaikan mamak pun heran tengok we all satu family yang tak mood nak beraya. Kebetulan pulak semua mamak-makak tu baru balik dari masjid, semuanya tengah dok melepak makan. Ada pula buat acara korban kambing disini, so hanya memandang dari jauh ajela.

Breakfast raya kami anak-beranak

Dah settle breakfast, bersiap-siap untuk pergi beraya pada sesiapa yang sudi menerima kami sekeluarga ni.

Macam Ryan cakap "Raya Haji untuk mereka yang pergi Haji aje, yang tak pergi Haji duduk rumah diam-diam aje"

Malam tu, beli KFC sambil menonton game Manchester  United yang berkesudahan memang 2-1.


Cuti raya haji tahun ni dapat 2 hari cos Raya jatuh hari Ahad so Isnin tu masih bercuti lagi, terbuka lah hati nak ajak family members datang beraya di rumah kami pulak. Pagi bangun untuk sarapan dulu, tak sempat dah nak carik nasi lemak..makan roti dengan jem aje sudah.

Nasi Arab la menu utama, tetamu taklah seramai macam di Adelaide dulu, just family members sahaja.

Dah lama tak makan Laksa Johor, last makan masa di Adelaide dulu. Laksa Johor yang remehnya time nak kisahkan timun dia tu, bukan macam makan laksa asam, ni nak kena ada teknik betul untul ulam timunnya.

 Kebetulan baru beli oven, hah jom la kita try dengan membuat kuih bakar dulu

Hadiah harijadi Danish yang ke 8 masa we all masih di Australia, ni baru nak guna buat pertama kalinya di sini.

Hari Selasa pun anak-anak masih bercuti lagi so kita breakfast dengan Laksa Johor dan juga spaghetti leftover, just heat up the sos pasta, settle breakfast dan juga lunch kami anak-beranak.
 

Friday 24 October 2014

Sehari sebelum Raya Haji

Cerita Raya Haji yang dah basi......

Sehari sebelum Raya Haji, we all ni tak balik Kuantan pun, just nak raya kat KL ajelah tapi tak buat apa-apa preparation pun. So berjalan ajelah kerja kami sekeluarga ni. siap-siap dalam pukul 9 terus la bergerak menuju ke satu tempat. Anak yang kerinting ni membuat drama sebelum raya, tak nak ikut we all ke tempat tu, siap menangis sampai berjuraian air mata "Mummy, I tak nak pergi Mummy, jauh la Mummy"..."Please Daddy, pusing balik, I nak balik". Ke mana lah tu mak pak nak bawa budak ni yer...hmmmm

La nak ke sini aje rupanya. Anak-anak pun sampai dah bosan nak ke sini, mak paknya aje yang masih berjimba dan bersuka ria disini.

Kita breakfast dululah sementara tu. Then kita pergi membeli apa yang nak ditambah lagi di dalam rumah tu yer.

Upahlah ke sini sebab sudi ikut Mummy dan Daddy ke IKEA, so tak membeli apa-apa pun, just tengok-tengok dan pusing aje dalam ni.

Kalau muka berseri macam ni dari tadi kan bagus Ryan. Sejuk mata memandang

So hidangan pagi raya kita ajelah LEGO ni semua ya. Orang lain sibuk memasak pelbagai juadah raya so kita makan LEGO ajelah, kan.

Pukul 5 baru terhegeh-hegeh ke AEON Big untuk membeli barang-barang dapur. Memang malas la nak buat apa-apa pun, duduk rumah lepak depan TV lagi best. Konsep di Adelaide masih diteruskan lagi, bawa beg sendiri tapi disini if kita bawa beg sendiri, kita sendiri yang kena masukkan barang dalam beg, kalau pakai beg plastik dia, cashier yang masukkan.

Memang tak masak apa pun seharian, semua main makan di luar aje, so untuk dinner, kita makan Subway ajelah. Balik rumah, settlekan barang dapur masuk pantry, then bersenang lenang kami anak beranak layan takbir di depan TV sambil makan Garret popcorn.

Thursday 23 October 2014

Teatime


Wah !!!! Melawati dah semakin maju sekarang ni. Dah banyak dah coffee cafe yang tumbuh macam cendawan sekarang ni. Terbaru, Tims Teapot Terrace cafe di belakang Klinik Aminah  yang baru dibuka. Nampak macam cosy aje. 

Berkonsepkan English style, deco pun semua bertemakan teko yang dikumpul dari pelbagai tempat. Ada juga yang comel-comel dan juga menarik perhatian. Kalau ada anak kecil, memang seriau la datang sini sebab some of the teaport collection tu diletakkan display aje.

Banyak pilihan minuman dan juga makanan disediakan. The tea selection pun banyak yang sedap-sedap.


Cake pun banyak selection, tapi yang famous adalah Nutella Chocolate Cake. Cake yang paling famous and selalu kehabisan. So kita makan ajelah cake apa yang ada dulu lah yer.

Hidangan pertama we all disini. Semua sedap-sedap, akan berkunjung lagi ke sini. Cake pun sedap, tea pun sedap juga. Thumbs up for the team !!