Nuffnang Ad

Friday 28 November 2014

Pool party

Dah lama tak membaking ni so bila ada permintaan untuk buat cake, tak dapatlah nak menghampakan. Lagipun dah lama juga tak makan cake, tak suka sangat makan cake from Secret Recipe cos rasa dah muak sangat dah. Sesekali makan cake yang buat sendiri rasa sedap la sikit.
Tema majlis berkonsepkan pool party so warna cake pun kenalah blue ombre cake.

Cake siap dibakar dalam pukul 2 am sehari sebelum majlisnya, masuk dalam chiller and tunggu make up bila nak ke majlisnya nanti.

Banyak program juga pagi tu, so we all terpaksa berpecah. I kena bawa Danish ke sekolah cos ada Hari Kecemerlangan Kepimpinan disekolah. Danish ada merima anugerah hari tu so drop him off kejap.

Daddy Jack pula kena bawa Ryan ke his soccer tournament di Subang for Halloween Cup.

Gambar kiriman cikgu kelas Danish thru Whatsapp. Hanya pelajar sahaja ke majlis ni, mak ayah tak perlu ada pun. Apapun, Tahniah Danish diatas anugerah kepimpinan PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) yang diterima.

Sementara anak-anak tak ada, process make up cake pun bermula. Resepi buttercream Donna Hay menjadi pilihan.

Lunch pun hanya beli from kedai mamak aje, peria tu yang tak dapat menahan godaan

 Siaplah cake yang berkonsepkan pool party 

 Not too sweet, but a bit bluey inside

 Haqq yang bersantai sampai tak muat pool

Malam tu pun ada another birthday party our cousin, buat di Kafe Skrin di Ukay Boulevard aje.

Book satu tempat untuk semua sanak saudara berkumpul di luar, tak ganggu pelanggan kat dalam makan cos we all ramai yang ada anak-anak kecil, so takut ada yang tak selesa pulak.

Kebetulan pula ada siaran bolasepak secara langsung, bertambahlah bisingnya sebab ramai peminat-peminat bola dalam keluarga we all ni.

Bagus jugak duduk kat luar, lapang aje. Nak bising, gelak ketawa even bersorak bila gol pun tak kisah sebab tak ganggu orang lain.

Antara makanan yang Ayah Da order, satay tu sedap sangat so makan sampai puas. Mee Gorengnya pedas but still sedap juga.  Apapun, malam tu kenyang semuanya. Dapur pun tak berasap sebabnya dari pagi sampai ke malam makan di luar sahaja.

Thursday 27 November 2014

Diet yang tunggang langgang

Diet I adakalanya fail, habis hancur. Eat clean ke mana tapi masih mencuba and cuba lagi. Kalau rajin, memang all out berdietnya tapi kalau malas, hmm tapitaklah sampai makan nasi sampai satu periuk, just ala kadar aje.

 Snack in between lunch, just makan oat cookies aje sambil minum air detox.

Paling tak boleh menahan diri bila masak asam pedas untuk kerinting, pun boleh tergugat juga.

Datang time rajin, menyiapkan air jamu hijau dan juga air detox untuk breakfast dan juga sehari.

Musim avocado datang, rajin la buat mashed avo untuk dimakan bersama roti. Kadang tu just sliced up and makan macam tu aje.

Mood diet datang, eat clean la dengan Grilled Chicken and roasted vege nya

 Dapat nasi lemak, minta ampun la berdietnya

Ni satu lagi alasan kalau tak dapat nak berdiet, kalau singgah di Mamak, aduhhh mana boleh menahan diri tengok teh tarik and mee goreng telur mata !

 Snack malam, banana with golden syrup

Persediaan untuk membuat air jamu, resepi dan cara buat, I akan tunjukkan kemudian ye

Hmm, sesekali ke kenduri kahwin memang tidak dapatlah nak berdietnya

Kadang-kadang breakfast hanya with banana and some crackers with cheese spread sahaja

Kalau Kak Jah menjempur datang makan ke rumahnya, manakan dapat menolak masak lemak daging salai bersama ulam petai..tak makan kang Kak Jah kecik hati pulak.

Harga salmon yang agak mahal disini, kalau di Adelaide jenuh la makan especially bila ada offer tu. 


Mamak lagi kan.....

One of the latest craving dalam sesi berdiet ni adalah overnight oat. Dah lama tak buat, so esok nak start buat and nak letak all the berries yang ada dalam fridge tu.
 

Assessment test

Anak bongsu saya yang masih di Montessori dah pun selamat menamatkan zaman kindynya. Tahun depan dah nak masuk primary one pulak, sama sekolah dengan abangnya. Dah 2 kali ada assessment test, satu dalam bulan June dan satu lagi bulan ni. Takut juga cos ada subject Bahasa Arab yang hanya sempat dipelajari dalam masa setahun ni, but Alhamdulillah, berjaya membawa pulang markah yang cemerlang.

Markah Bahasa Arab antara yang tinggi juga, tak sangkalah cepat betul catch upnya walaupun masa masuk memang tak paham sepatah apa pun perkataan Arab tu.

Ryan lagi berbakat dalam seni berbanding Danish. Adalah mewarisi darah seni dari kami suami isteri. Danish more into leadership but bila masuk drawing kena paksa sikit. Tak kisahlah berseni atau tidak, yang penting apa sahaja minat anak-anak tu kami cubalah ikutkan, mana yang minat diteruskan macam main bola. Sanggup jugalah hantar pergi mana-mana kelab yang bersesuaian, agar tak bosan mengadap buku teks sepanjang masa.

Tuesday 25 November 2014

Saturday market

Sesekali breakfast ala-ala mat salleh la pulak, selalu sangat bermamak sampai dah tak tahu nak order apa. Sesekali lepak cafe, sambil makan egg benedict sedap juga. Kalau yang dikedai memang sedap sentiasa la kan.

 Budak ni dapat roti toast dengan Nutella, senanglah hidupnya

I just makan plain croissant with butter and jam ajelah, malas nak makan berat-berat, nanti berat pun naik

 Hmm, he can't get over Aus-trey-lia

Kat depan tu ada pulak buka carboot sale, alamat teringat pulak la zaman di Adelaide dulu aktiviti kami sekeluarga setiap hari Ahad, mengunjungi carboot di Marion ataupun di Brighton. Memang giler kalau ke sana, ada banyak barang esp toys yang murah-murah. So jom kita jenguk carboot style Malaysia pulak.

Konsep lebih kurang sama mcm di Adelaide, menjual pelbagai barangan pinggan koleksi lama-lama.

Sekarang ni kan trend orang dok mengumpul pinggan-pinggan lama zaman tok nenek kita untuk buat koleksi, kat sini memang ada banyak sangat. Tapi I tak membeli, Daddy Jack dah sound no more mengumpul harta karun mcm kat Adelaide dulu.

Tersangkut pulak dengan koleksi-koleksi LP lama, terjumpa pula yang berkenan dihati

Balik terus ke dapur masak pun yang simple-simple ajelah, since hari hujung minggu so ada banyak aktiviti lain yang nak dibuat.

Dah puas dengan LEGO, XBox and Playstation so kita kembali kepada mainan asal budak-budak kampung dulu, main ceper ataupun tutup botol.