Nuffnang Ad

Tuesday 27 January 2015

The Flavourist

Lamanya tak berjalan-jalan sekitar Jalan TAR, rasanya dalam setahun hanya 2 kali aje berkunjung ke sini, samada raya ataupun musim cuti sekolah untuk membeli persiapan barangan sekolah. We all ni semenjak anak-anak nak masuk sekolah, ke Jalan TAR la membuat persiapan. Keluar seawal jam 9am, then sampai terus menyinggah dulu mana-mana yang patut. Alhamdulillah, taklah ramai mana orang waktu ni.

Dah settle serba sedikit, perut pun mulalah terasa lapar, so singgah makan di Insaf kejap la kan. Restoran yang wajib dikunjungi kalau ke Jalan TAR ni, tapi tak bolehlah pergi selalu, kang keluar terus insaf seinsafnya.

Selalu I akan order nasi beriani dan juga ayam madu aje, tapi since anak-anak request nak ayam goreng biasa aje. Jus tembikai and mangga adalah diantara minuman wajib juga.

Orang cakap, Kamdar ni bermacam-macam jenis warna baju sekolah ada, so we all pun singgah kejap untuk membeli baju sekolah the boys. Ada dijual di kedai buku tapi terlalu besar untuk Ryan so kat sini adalah pulak saiz yang ngam-ngam dengan Ryan.
 
Then, singgah pulak Minerva untuk mencari buku-buku latihan sekolah untuk anak-anak buat ulangkaji.

Dah settle semua hal, petang tu we all berdua lepak kejap di cafe tersorok yang baru dijumpai di area Melawati, The Flavourist. Cool konsep, macam ala-ala tak siap aje kafenya but nice environment untuk melepak.

Cafe yang baru beroperasi beberapa bulan ini dah memang best. Cakes pun dah banyak even tak lama lagi nak set up their own bakery.

Di samping menjual coffee and cakes, ada satu section juga yang menjual rempat ratus. Antaranya rempah gulai cap bunga ros yang famous di Terengganu ni so nanti tak perlulah bersusah payah  kirim pada kawan di sana, beli kat sini aje senang.

 Pertama kali pergi, terus jatuh cinta dengan cafe ini.

Susun atur meja pun sangat simple, the deco pun taklah serabut sangat dengan pelbagai hiasan.

Mencuba soto, not so bad juga. Ada juga beberapa pastries tapi soto ni nampak lebih menyelerakan pulak.

Organic section, so tak perlulah nak pergi AEON Big untuk organic products, singgah beli kat sini ajelah. Ada berjenis-jenis makan organik disini, tapi belum berkesempatan nak membeli lagi sebab stok dirumah ada lagi.
 

Tuesday 13 January 2015

KLIA lagi

Bulan lepas, 2 kali pergi menghantar Ibu dan Ayah ke KLIA untuk ke luar negara atas urusan kerja. For sure, pertama kali nak melawat negara sejuk so kenalah bershopping barangan winter like jacket, gloves semua. Tahap kesejukan memang melampau, tak mana macam winter di Adelaide dulu.


Saturday 10 January 2015

Year 1 Orientation

Diam tak diam my Keringting akan ke Year One tahun ini, cepat sungguh masa berlalukan, sedar-tak sedar dah 2 dah anak masuk sekolah rendah. Preparation dibuat 2 bulan sebelum cuti sekolah tahun lepas untuk dapatkan tempat cos sekolah tu mmg payah sikit nak dapatkan tempat. Mujurlah Ryan berkindy di sini so dapatlah privillage untuk ke Darjah satu tanpa perlu menunggu.

Persiapan membeli barang-barang sekolah dilakukan awal cos takut lambat-lambat habis saiz, maklumlah saiz badan Ryan agak kecil sikit berbanding Danish. Terjumpa pulak la kasut sekolah yang menjadi kegilaan zaman sekolah I dulu. Kalau dulu dapat pakai kasut Pallas Jazz ni, rasa hebat sangat dah ni.

Mujurlah ada saiz kasut dan juga seluarnya cuma baju sekolah aje kena beli di sekolah, sebab tak dijual di mana-mana pun. Danish tahun ni dapat jadi pengawas so baju biru ajelah tahun ni beli.

Ramai juga yang sama macam we all, membuat persiapan awal untuk anak-anak yang bersekolah untuk mengelakkan kehabisan stok saiz. Dengar cerita daripada ibubapa yang sempat we all borak masa membeli, hujung tahun memang banyak nak guna duit untuk membeli keperluan anak-anak sekolah, kalau ada 4-5 orang anak, macamana la gamaknya ya.

Dah lepas habis membeli, kita singgah la minum petang dulu. Melepaskan penat memilih pakaian dan kasut sekolah tadi.

Yang sorang ni, dapat nasi, kari dengan ayam goreng sengih sampai ke telinga aje.

Sabtu, 20 December 2014 adalah hari orientasi pelajat tahun 1, so Ryan pun tak ketinggalan untuk mendapatkan pengalaman ni. Awal pagi lagi dah bangun, siapkan diri and tak sabar nak ke sekolah.

Students dibahagikan mengikut tarikh pendaftaran hari tu, so adalah beberapa muka yang dikenali masa Ryan di kindy dulu. Ada juga beberapa orang kawannya yang sama masa di kindy dulu.

Menjenguk hanya di puntu kelas ajelah, Nampaklah muka pun masih sayu aje sebab bangun awal pagi sangat. Tak apa, lepas ni nanti biasalah dah. Ini sebab dah lama bangun lewat kan.

Hari Orientasi ni, pelajar didedahkan dengan lagu-lagu sekolah, beberapa aktiviti juga disediakan. Tak lama lepas tu ada juga replacement test untuk tentukan kelas bila masuk sekolah nanti.

Dah 40 minit berada di dalam kelas, so nak break and makan time. Pihak sekolah akan menyediakan pakej makanan untuk anak-anak Darjah 1, ada break and lunch time.

Seronok nampak anak-anak ni makan, time snack time ni ada bihun goreng Singapore dan cereal juga. Nanti bila hari persekolahan, cikgu-cikgu yang akan menemankan anak-anak ni makan.


Happy nampak makan beramai-ramai tu, kalau tak rumah sampai kena paksa makan kan. Kat sekolah semuanya makan, even vege pun, kalau tak rumah, nampak sayur siap kena ketepikan lagi. Haishhh la anak. Tak sabar nak tunggu 12 January untuk hari persekolahan sebenar.
 

Monday 5 January 2015

Invitation exclusive from RedMummy

Last month, we all sekeluarga mendapat undangan from famous blogger, Kak Red ke Majlis Baby Shower one of our blogger friend, Liza yang tgh sarat mengandung. Undangan Kak Red ini takkan ku nak tolak, dah lama tak berjumpa Kak Red sejak balik from Australia. Last jumpa pun time nak bagi kopi yang dipesan beli kat Adelaide, rasanya tahun 2011, lepas tu terus la jarang nak berjumpanya pun.


Dulu, masa Kak Red mengandungkan Zeeshan, Liza and the geng bertungkus lumus menyediakan surprise baby shower untuk Kak Red and kali ni turn Liza pulak untuk mendapat surprise from her good blogger friends.

A simple place to celebrate, Orange Berries Cafe di Kompleks PKNS Shah Alam. Cafe ni adalah froyo concept so kita makan yoghurt sampai kenyang la kat sini cos all the youghurt are free flow !!!

Some of them yang Kak Red jemput I tak kenal, bloggers tu so mereka ni memang dikenali sesama mereka la, so I kan baru lagi dalam bidang blogging so banyak la beberapa nama yang I baca juga blog mereka tu.

Selain yoghurt, para tetamu juga dihidangkan beberapa makanan yang memang disediakan di cafe ini. Kiranya bukan hanya yoghurt aje yang free flow, makanan pun sama juga so kita boleh minta apa sahaja, hanya untuk majlis yang Kak Red anjurkan ini sahaja.

So letaklah apa sahaja condiments yang kita nak dalam yoghurt kita tu. The boys sukalah dapat letak macam-macam dalam yoghurt mereka tu.

Lebih banyak condiments dari yoghurtnya, ada juga disediakan bubble tea tapi not to my tekak la, tak reti nak meminumnya, and rasa kembang pulak tekak ni telan bola-bola tu.

Kak Red begitu bersemangat menguruskan majlis untuk Liza ni. Dia la yang bertanggungjawab berhubung dengan husband Liza selama berbulan-bulan untuk mendapatkan tarikh yang sesuai dan juga menghubungi rakan-rakan Liza yang lain. Good effort, Kak Red !!

 Suprise !!!!! Muka Liza memang cuak habis, kesian pulak tengok dia

 Doa selamat dibacakan agar semua urusan Liza dan keluarganya dipermudahkan

We all ni dah bermangkuk-mangkuk dah makan mee kari, laksa asam dan juga laksa Johir yang sangat sedap tu. Tambah pulak ada ABC dan juga cendol, so balik dengan perut ketat dan seluar yang sendat la gitu.

Seronok dapat berjumpa dengan Yan dan juga Rose buat pertama kalinya. Selama ini hanya berurusan melalui FB dan juga blog aje so kali ni dapat berjumpa depan-depan. Both of them adalah good friends with Kak Red dari mula I mengenali Kak Red ni. Love their friendship !!

Seronok yer dapat makan yoghurt free semuanya, Terima kasih Kak Red atas undangan ini, lain kali jangan lupa jemput kami lagi yer (dasar tak malu sungguh!)
 

Saturday 3 January 2015

39 today !

Thank you, Allah, for giving me another year of life.
Thank you for all the people who remembered me today.

Thank you for all the experience of this past year;
for times of success which will always be
happy memories,
for times of failure which reminded me of my own weakness 
and of my need for you,
for times of joy when the sun was shining,
for times of sadness which drove me to you.

Forgive me
for the hours I wasted,
for the chances I failed to take,
for the opportunities I missed this past year.
Help me in the days ahead to make this the best year yet,
and through it to bring good credit to myself,
happiness and pride to my loved ones,
and joy to you.

Amin.

3 Januari 2015

Thursday 1 January 2015

Happy 2015 !

Masih belum terlambat lagi untuk I mengucapkan Happy New Year kepada mereka yang sudi membaca dan singgah ke rumah saya ini. Terima kasih juga kerana sudi membaca cerita-cerita mengarut saya ini. Tahun ini tiada azam baru yang menanti cos banyak lagi azam lama yang belum ditunaikan.  Harapnya semua urusan kami sekeluarga berjalan dengan lancar hendaklah dan dipermudahkan.

Selamat Tahun baru 2015, semua