Nuffnang Ad

Friday 27 February 2015

Kenangan manis AFF Suzuki Cup 2015


Antara kejadian tahun lepas yang tidak dapat dilupakan adalah bila bapak dan anak-anak dilanda demam bola sepak AFF Suzuki. Aktiviti bersama yang sanggup pergi ke stadium untuk menyaksikan beberapa perlawanan team Harimau Malaya.

 Tempat perlawanan pertama yang anak-anak dan Daddy Jack pergi


Anak-anak dan bapak aje pergi ke stadium, mak hanya menyokong di atas katil sambil makan potato chips ajelah.


Ginilah gaya Daddy Jack bila saat-saat genting Harimau Malaya menghampiri pintu goal, boleh sesak nafas dibuatnya.


Hahahaha, gara-gara terkejut dengan jeritan gol di dapur, jari pun terhiris juga dengan pisau.


Bila team Harimau Malaya berjaya ke final, anak dan bapak sangat teruja untuk ke Stadium Bukit Jalil. Kali ni Ryan tak ikut, nak temankan Mummy, katanya.


Penyokong kecil Harimau Malaya yang bersemangat walaupun hanya menjadi penyokong di depan TV aje.


Peminat setia Harimau Malaya ini begitu bersemangat di stadium di tengah-tengah padang bersama-sama para penyokong Harimau Malaya yang lain.


 
Tapi hampa bila team Harimau Malaya kecundang dengan team Thailand di peringkat final, so macam nilah rupanya bila terlampau bersedih bila kalah.

Sehari lepas Final Piala AFF Suzuki, masa breakfast masih membincangkan topik bola juga...kenapa Malaysia harus kalah.


 Tak semena-mene benda ni penuh kat IG, terkejut kejap dibuatnya






Gambar Danish menangis di stadium menjadi viral kejap di Internet, alamak, malulah pulak dibuatnya.Masing-masing memberikan komen yang positif bila nampak kesungguhan yang Danish tunjukkan, iaitu semangat menyokong tea, Harimau Malaya.


Thursday 5 February 2015

Semi Final AFF Suzuki Cup Malaysia vs Vietnam

Baru terhegeh-hegeh nak upload and bercerita benda yang dah lama dalam drafts box tu, padahal musim bolanya dah habis dah pun.


Daddy Jack dah berjanji dengan anak-anak dia, if Malaysia main kat home, nak angkut anak-anaknya untuk tengok bola kat stadium. So, we all beli tiket online then kena ambil di Stadium Shah Alam. Pagi-pagi lah keluar, sampai terus pergi breakfast dulu, takut lama, perut pun lapar.

Ingatkan kena beratur panjang, tak perlu pun. Dalam masa 5 minit, settle  semuanya.

Jumpa kawan disini yang minta belikan tiket. Tiket dia lagi panjang, untuk kawan-kawannya malahan ada juga yang untuk kawannya yang dari Sarawak.

Lepas ambil tiket tu, kita pun pusing-pusing la sekitar stadium melihat para peniaga berniaga beberapa merchandise dan jersey Harimau Malaya.

Masing-masing sibuk memporomosikan gerai masing-masing walaupun benda yang dijual kebanyakan sama aje.

Dah dapat masing-masing yang berkenan di hati, cepat-cepat la kita balik. Panas berdenting sampai rasa terbakar kulit dah.


Sementara tunggu Daddy Jack membeli barang lain, kita posing dululah depan stadium ni.

On the way balik rumah, singgah kejap di Mid Valley nak mencari beberapa barangan dulu. Biasalah kalau ke Mid Valley ni mencari parking aje makan masa beberapa minit sebabnya terlalu ramai orang.

Singgah dulu di Toys R US, hmmmm kat sini I malas nak layan, sure mencari toys ajelah bebudak ni bersama-sama dengan Daddynya.

Lunch at Chilli's. Perut ni kenyang lagi so kita makan yang light ajelah sementara nak tunggu dinner masak dirumah aje.

Our must have dessert di Chilli's. Chocolate Molten Cake. Alamak, terasa  nak makan la Chillis.

Tuesday 3 February 2015

Kenduri menanti

Sampai JB, keadaan masih mendung lagi. So we all mencari tempat makan dulu, lama sangat duduk dalam kereta, lapar tak terkata. Singgah Pizza Hut ajelah untuk alas perut sebelum malam mencari tempat makan yang lain pula.

Kali ni we all mencuba KSL Hotel pula, cos nak mencuba their main attraction, The Dino Land. Bilik pun luas, katil pun selesa.

Hujan lagi, sampai Ibu pesan..kalau hujan tak henti better balik KL cepat-cepat takut terkandas dalam banjir nanti. 

The Dino Land, lebih kurang macam hotel di Melaka yang we all stay dulu. Tak ramai orang cos mungkin hujan so ramai yang tak mandi hanya kami sekeluarga aje yang sanggup meredah hujan nak main disini.


 Lepas bermandi manda, mencuba ke gym pula. Sempat la ber treadmill 10km.

Malam masing-masing sepakat nak tapau ajelah, malas nak keluar jauh-jauh untuk makan cos hari pun hujan aje. After a few pilihan, Susuhi King menjadi pilihan untuk makan malam kami.

 Ni mak punya portion, segala lambakan sushi menjadi pilihan.

Breakfast di hotel adalah saat yang paling ditunggu-tunggu especially if ada egg section. Best sangat, sanggup beratur untuk dapatkan omelette ataupun scrambled egg.

Dah siap breakfast, bersiap pula untuk ke majlis kenduri kahwin sepupu Daddy Jack di English College. Kenalah berpakaian lengkap baju Melayu, ikut hati, pakai ajelah baju casual, panas melekit badan dibuatnya.

Wedding yang meriah ramai tetamu, berbaju cantik-cantik semuanya

Dessert bar, sedap kuih muihnya. Mujur we all datang awal, so dapatlah merasa banyak jenis kuih muih yang sedap-sedap.

Nampak jambu asam boi tu macam sedap, tapi I tak makan asam-asam ni, so hanya jadi deco untuk bergambar ajelah.
 

Sunday 1 February 2015

Time's off, kejap

Minggu terakhir cuti sekolah yang lepas, barulah we all berkesempatan untuk berjalan-jalan after daddy Jack dapat cuti hujung tahun tu. Kebetulan pula sepupunya akan berkahwin so jalan ke JB la kita.

Bertolak seawal pagi cos nak breakfast di satu tempat yang sedap, kata Daddy Jack. I layankan aje, bab-bab makan memang suka sangat.

Singgah kejap la nak menyegarkan mata ni dengan a cuppa coffee, dahlah nak jalan jauh, kalau mata ngantuk kesian pulak pada Daddy Jack yang bawa kereta sorang-sorang tu.

Hazelnut Latte menjadi pilihan hari itu. 

Meneruskan perjalanan lagi, sepanjang perjalanan cuaca agak mendung dan hujan aje, dari mula bertolak sampailah nak sampai JB. Ada kalanya hujan renyai-renyai, adakalanya hujan turun dengan lebat juga.


Adalah beberapa accident di dalam keadaan jalan yang licin serta hujan lebat tu...

Pukul 10 dah mula terasa lapar, so kita pun berhenti untuk sarapan pagi. Plan asalnya nak singgah makan di RnR Machap tetapi Daddy Jack mengubah fikiran untuk makan di satu tempat yang agak jauh sedikit.

Singgah makan breakfast di Muar, Daddy Jack nak perkenalkan mee bandung Muar yang famous tu pada anak-anak dia.

Jalan-jalan ke tempat makan, terserempak pulak dengan kedai yang menjual pelbagai jenis rempah ratus ni, bertambah juling la bijik mata I dibuatnya bila tengokkan ada berjenis-jenis rempah disini.

Ada berbagai jenis rempah kering untuk bermacam-macam jenis lauk ada disediakan disini, beli timbang aje untuk menyenangkan kerja didapur.
 Ni pun I beli juga, teh bunga dan juga green tea, untuk kurus katanya

Borong jugaklah a few rempah ratus yang macam jarang dijumpa di KL tu, tapi masaknya belum pastilah bila kan. Mujur tak balik Adelaide, kalau tak macam-macam jenis nak diangkutnya.

Rupanya orang Muor makan satay pagi-pagi as breakfast, barulah we all tahu.

 Mee Rebus dan Soto memang terbaik disini. Tempat makan yang we all pergi ni terletak di depan bus stand, tak ingatlah pulak apa nama kedainya. Insyallah, lain kali kami berkunjung lagi.