Nuffnang Ad

Sunday 31 May 2015

Memories in Adelaide

Banyak kenangan yang terjadi sewaktu we all berkunjung ke Adelaide dulu, dapat jumpa kawan-kawan lama esp berjumpa keluarga Liza dan juga Abang Nizam yang banyak membantu semasa we all berada di sana sepanjang 4 tahun. Rajin Liza sekeluarga buat majlis , selalu tak lupa pada kami sekeluarga. Rindu sebenarnya dengan sambal gesek serta kari kambing Liza.

Bershopping di Target adalah satu keriangan especially membeli baju untuk anak-anak. Memang baju di Target memang best and cantik-cantik. Datang sini pun tak ketinggalan memborong beberapa pasang untuk raya nanti.

Konon rasa cukup dah dengan beg yang dibawa dari Malaysia tu tapi tak menyangka 2 minggu di Adelaide, macam-macam yang diangkutnya so terpaksa la membeli extra bag dari sana juga.

Cuaca sepanjang we all berada di Adelaide sangat nyaman and sejuk, tapi taklah sampai perlu berbungkus cos belum masuk winter lagi. We all pergi pun Autumn tengah bermula.

Singgah makan kejap di Knoodle, antara tempat makan yang sering dikunjungi semasa duduk di Adelaide. Suka makan mee wantan serta honey chicken yang sedap.


Walaupun tak beberapa nak masak sepanjang disini tetapi tetap menyinggah jugak la ke Vatan's tempat yang sering dikunjungi untuk membeli ayam serta daging. Still sama macam dulu lagi, yang pasti semua ayam-ayam and daging sangat segar.

Sempat singgah sekejap di Campbelltown Soccer Club, tempat pertama kali the boys melibatkan diri dalam bolasepak. Training dengan Coach Micheal dan juga sempatlah bertemu dengan soccermates lama.

Pemandangan senja yang cantik berlatar belakangkan rumah sewa kami yang lama

Antara snack yang selalu dimakan, sushi yang besar-besar dan sedap sangat.

Daun kari yang ditinggalkan kepada Faizah yang sangat lebat dan besar dah. Tapi pokok kari yang I tanam di Malaysia taklah besar macam ni pun. Apapun, I memang enjoy our 2 weeks here in Adelaide, tak sukup sebenarnya explore Adelaide after setahun kembali ke Malaysia, tapi bila memikirkan ada tugasan menanti, so gagahkan juga diri untuk kembali berpijak dibumi yang nyata, kan.

Wednesday 20 May 2015

A day before his big day

Sehari sebelum konvo, we all ke satu tempat untuk membeli jubah, well ada aje jubah yang boleh disewa tapi Daddy Jack plan nak pakai his own robe bila kena menghadiri majlis konvo di uni sendiri so better beli ajelah.

His proud moment...after kerja keras for 3 1/2 years kan.

So, lepas settlekan all his jubah semua so kita menuju ke City pula, berjalan-jalan menghabiskan hari-hari percutian ke Adelaide. Cuaca nyaman, tak panas tapi sejuk. 

Persiapan awal untuk hari raya...kaki hanya ada dua tapi nak kasut sampai 5 pasang sorang. 

Latest collection from Adidad, A Pharell collection. Semuanya menggunakan warna-warna yang terang, cantik juga for a few colours.

Still ada banyak persembahan-persembahan menarik di sepanjang Rundle Street ni, even ada buskers,   dance act even kids pun ada buat performance disini.

 
Kalau dah ke Rundle Mall, sure la akan singgah makan di restoran kegemaran anak-anak juga. Dah lama sebut-sebut nak datang makan ke sini sejak dari mula jejakkan kaki ke Adelaide lagi. So tunaikan la permintaan anak-anak tu.

Rasa dan lauknya masih sama, tetap kick seperti dulu juga, tiada perubahan. Dan anak-anak pun makan tetap berselera macam dulu juga.

I really miss this Cibo, tempat melepak bila mengopi dulu.

Dah mula mengilai barangan from kikki.k pulak. Terjebak dengan barang-barang stationaries dia. Kebetulan pula masa datang ni tengah ada less untuk certain products, haruslah angkut mana-mana yang patut.

Harap dapat buat my workstation di rumah macam ni, barulah senang nak work from home. Sambil kerja, sambil berkreatif dengan stationary yang comel-comel tu.

Lepas makan, berjalan-jalan lagi sekitar city, kali ni menuju ke Harley Heaven pula, nak beli some souvenir disini.

Selain Tshirt Hard Rock, Daddy Jack juga mengumpul Tshirt from Harley Davidson

Belum termampu nak angkat satu motor, cukuplah sekadar beli tshirt buat kenangan.

Dah balik, singgah sekejap di sekolah lama Danish untuk bertemu dengan kawan-kawan lamanya serta guru-guru yang pernah mengajarnya. We all datang sebelum beberapa minit sebelum waktu sekolah tamat.

Selama 3 tahun bersekolah disini, banyak memori manis disini. Persekitaran sekolah yang baik, guru-guru yang sangat friendly serta rakan-rakan anak yang comel-comel semuanya. Teringatlah kenangan manis menghantar dan mengambil anak-anak setiap hari pukul 3pm disini.

Disinilah tempat menunggu bila nak tunggu Danish keluar sekolah. Then, the boys akan main sekejap di playground ini till 330pm then sama-sama balik menyusuri padang sekolah untuk balik ke rumah.

After Danish jumpa his teachers, bawa pula Ryan to his kindy..pun sama juga tujuannya untuk berjumpa dengan cikgu-cikgu kesayangannya.

Mereka masih tetap sama sepeti dulu, ceria dan friendly. Jasmine, Patricia and Sae-yong yang we all kenali semasa menghantar Ryan ke kindy dulu. Sangat friendly orangnya and suka cara mereka ni mengawasi anak-anak. Thanks for all the kindness and thoughts.

Monday 11 May 2015

My Sunday in Adelaide

Menghabiskan hujung minggu di Adelaide adalah sangat sukar. Sukar untuk menrima akan kembali semula ke Malaysia, after 2 minggu bercuti. Tapi nak buat macamana kan...hidup perlu diteruskan walau apa jua. Lalu di depan rumah sewa lama terasa syahdu. Memikirkan banyak kenangan manis disini esp bonding with family, hantar and ambil anak-anak pulang dari sekolah, birthday party, open house, sesi makan-makan dan macam-macam lagilah. Sewa rumah yang perlu dibayar adalah AUD320 per week, walaupun mahal tapi sangat berbaloi cos dekat dengan sekolah, bus stop ke city dan juga Woolies.

Teringin pulak nak makan mee bandung dengan rempah segera Adami yang dibawa dari Malaysia. rasa manis-manis kuahnya dengan daging Australia yang lembut tu.

Lepas makan, bersiap-siap ke Harbourtown. Maklumlah hari Ahad kedai buka pukul 11 di Adelaide ni, so hari pun dah panas. Tak pasti lagi apa yang nak dicari disini, so jalan-jalan ajelah kita.

Baju-baju budak Cotton On memang murah, angkut mana-mana yang boleh untuk the boys. Tapi pilihan banyak kepada baju girls aje. Terus belikan sekali untuk baju raya and pakaian hari-hari yang dah semakin kecik masing-masing tu.

Maknya pun tak ketinggalan mengangkut baju-baju from Cotton On, maunya tak juling mata bila tengok baju AUD5 yang cantik-cantik.

Ni pun kena restock balik ni, segala mak nenek stationaries semua la even lunch box pun semua beli.

Kardashian Kollection buat jualan harga runtuh untuk semua handbags nya. I pun mengangkutlah untuk semua adik-adik perempaun, ipar duai semua.

On the way balik, lalu di North Adelaide, ternampak la pulak restoran yang namanya agak unik jugak. Hopefully, tak ada huruf lain yang tertinggal la, kalau tak..hmmmm

Mencuba The Ghan Kebab House di Prospect Rd. Dah berwajah baru dah restoran ni, dulu we all balik tengah dalam proses renovation. Now dah cantik and luas dah.

We all suka makan charcoal chicken dia, sedap. Ayam pun lembut aje and juicy. Tak kering sangat. Sedap makan dengan nasi ataupun roti arab tu.

Sunday 10 May 2015

Soccer match

Salah satu benda yang I tak pernah buat di Adelaide dulu, datang kali ni kena buat juga demi anak-anak....tengok bola team Adelaide United vs Melbourne Heart. 
Rival team katanya so ramailah yang turun padang petang Sabtu tu. We all sampai pun dah penuh stadium jugak so kenalah duduk asing-asing.

Dah beberapa kali berada di dalam ni masa tinggal di Adelaide dulu, tapi bukan menonton bolasepak tapi tengok Danish ada training dengan team Adelaide United

Separuh masa berehat, ada selingan anak-anak kecil bermain bola. I memang suka bila ada anak-anak kecil didedahkan dengan sukan ni tak kira apa jenis sukan ni asalkan ada aktiviti beriadah agak otak sihat dan dapat berkembang sikit dari duduk diam adap games ataupun TV aje.

Snack yang paling best bila di padang bola adalah chips dengan BBQ sauce...itu adalah makanan yang paling sedap sekali. 

Dah habis, ada pulak peminat nak bergambar

Sepanjang jalan keluar, polis sentiasa berjaga-jaga di jalan raya untuk mengelakkan terjadinya pergaduhan ataupun apa sahaja kejadian yang tidak diingini berlaku. Team lawan keluar awal dari home team untuk elakkan pergaduhan, then polis akan iringi sampai keluar dari stadium.