Nuffnang Ad

Wednesday 30 September 2015

Trip ke Muzium Negara

Beberapa minggu sebelum cuti sekolah yang lepas, Danish ada tugasan dari subjek Sejarah untuk membuat satu kerja kursus di Muzium Negara. I ni entah bila last pergi muzium pun tak ingat dah. So bekesempatan jugalah nak berjalan-jalan kan.

Dah banyak pembaharuan disini, bangunan pun dah diperbaiki dan ada juga yang sedang dalam pembinaan macam facade di depan tu.

Menerokai setiap sudut di dalam muzium ini sambil mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk kerja khusus Sejarah Danish. 

Dah maju sekarang pameran di Muzium Negara, siap guna hologram untuk menunjukkan beberapa peristiwa penting yang pernah berlaku di Tanah Melayu dulu-dulu.

Anak-anak diajar untuk menghayati semua peristiwa yang berlaku semenjak zaman penjajahan British dan Jepun dulu.


Mereka-mereka yang begitu banyak jasanya di dalam bidang penulisan dan juga pendidikan di negara kita. Antaranyta Zaaba, Tun Ismail, A Samad said dan beberapa lagi sasterawan negara.

Dah settle semua di dalam Muzum, we all pun keluar sambil melihat pameran di bahagian luar pulak. Tapi my kerinting ni nampak pameran lain pulak, satu benda yang pelik padanya...penjual kacang putih.

Memang satu benda baru pada Ryan, seronok juga I mengimbas kenangan lama membeli kacang putih masa zaman kecil-kecil dulu kan.

Tapi, Ryan bukan boleh makan sebarang jenis kacang since he is G6PD deficiency. Kacang parang adalah salah satu pantangnya so kena elakkan and tengokkan apa kacang yang dia nak makan. So hanya belikan dia kerepek-kerepek ajelah.

Dah settle makan kacang putih di luar, masuk pula di bahagian pembudayaan masyarakat di Malaysia. Ada ditunjukkan aktiviti serta beberapa items masyarakat di Malaysia antaranya permainan tradisional kaum di Malaysia, pakaian, lukisan dan beberapa barangan lagi.

Di satu sudut, ada disediakan aktiviti untuk kanak-kanak

Anak-anak tak merasa aktiviti duduk di kampung so dengan peluang melihat pameran sebegini membolehkan mereka tahu serba sikit la cara kehidupan di kampung, kan. Buat mereka yang ada anak-anak, pergilah bawa berkunjung ke Muzium Negara, banyak sangat benda yang boleh dipelajari especially hal sejarah negara. Ramai anak-anak masa kini tak begitu faham akan sejarah Tanah Melayu dulu so dengan lawatan ke muzium diharapkan bolehlah memberikan serba sedikit gambaran untuk mereka.

Tuesday 29 September 2015

Sudah 10 tahun

Entry yang lama terperam...dah dekat 2 bulan dah anak bujang saya yang sulung dah masuk 10tahun, rasa macam baru aje sambut birthdaynya yang pertama dulu. Tahun ni taklah buat beria-ia macam sewaktu di Adelaide dulu, masa and kekangan banyak tapi still tak lupa untuk menyambutnya walaupun hanya bersama keluarga sahaja. Seringkali birthday Danish di bulan June jatuh time cuti sekolah. So nak ajak kawan-kawan agak susah sikit, kena tunggu lepas habis cuti sekolah la nak membuat majlisnya. Tapi untuk hari 10 June yang lepas we all buat sambutan kecil-kecilan aje. Pagi tu me and Daddy Jack pergi mencari hadiah untuk birthday boy.

Singgah One Utama kejap, cucui mata mak dan ayah sambil melihat-lihat dekorasi untuk rumah.

Lama dah I tak membeli handbag, last beli awal tahun 2014 lepas, lagipun handbags yang dibeli masa duduk Australia dulu pun ada lagi beberapa yang belum digunakan, even masin berikat dengan reben dalam kotak lagi. Pakai apa yang ada dululah, bukan jadi keperluan pun nak berhandbag baru sekarang.

Untuk lunch, mak pak gigih menyinggah IKEA untuk menikmati hidangan tengahari. So, lepas dah settle makan, barulah menyudahkan misi lagi.

Hadiah pilihan Daddy tak lain tak bukan LEGO ajelah, senang. Itupun Daddy boleh tumpang buatkan sekali. Dah lama Daddy menyimpan hajat nak beli set LEGO tu, cumanya tak ada alasan nak membeli takut I jengil mata nanti so ni alasan cliche la.."untuk anak..."


Kegilaan aiskerim kelapa selain dari Sangkaya, ada pulak new venture di Wangsa Walk ni, tak pasti apa ke nama gerai ni tapi dah buka dah sekarang.

Malam tu kebetulan pun ada majlis bacaan doa selamat di rumah Ibu,  then ada buat kenduri untuk menyambut puasa sekali. Dah alang-alang ada majlis, kita pun selitkan majlis untuk Danish punya birthday juga.


Makanan pun simple aje, lauk ala-ala kampung and sedap juga especially makan tomyam panas dengan nasi putih.

We all beli ice-cream cake from Baskins Robins aje, senang. Lagipun makan cake from Secret Recipe mcm dah agak bosan juga. nak beli cake from home baker adakalanya kena tempah awal so beli aje mana yang senang. Ni pun dalam bulan depan nak buat double celebration birthday Ryan and juga Danish. Insyallah.

Thursday 24 September 2015

Ikea...hmmmm

Salam Aidiladha semua...hows your raya? We all tak buat apa-apa preparation pun. Malas nak beraya tahun ini, so pagi dah pergi IKEA sambil lepak. Pikirkan orang tak ramai rupanya tiada beza mcm hari lain. Mungkin ramai warga KL yang tak balik bercuti, maklumlah cuti hanya sehari sahaja dan esok semua kena kembali bekerja kan. tapi ada juga yang mengambil kesempatan untuk terus bercuti sampai hujung minggu.

Sebelum tawaf satu IKEA, so kita kenalah beratur panjang untuk menikmati meatballs IKEA yang famous tu kan. Dah makan kenyang barulah boleh berjalan-jalan kalau tak otak akan sering berfikir makanan instead of nak tengok perabut.

Cantik juga fabrik-fabrik untuk langsir ataupun cadar. So far beli langsir yang dah siap aje, jarang beli untuk dijahit sebab malas nak ukur.

Then tak habis lagi..kena pulak beratur panjang semasa nak membayar. Kalau tengok setiap yang beratur tu, habis penuh trolley mereka dok angkut macam-macam, kadang tu mcm nak buat interview aje beli banyak-banyak tu ada business apa gamaknya. Mostly hasil my observation sementara kena beratur panjang ni, kebanyakan yang datang membeli adalah peniaga kedai makan, cafe ataupun owner tadika. Based on barang-barang yang depa belilah kan. Takkan beli pinggan mngkuk budak-budak sampai 30 pieces nak gunakan untuk rumah sendiri, kan.

Dah habis di IKEA, sambung pulak ke kedai LEGO yang terletak di The Curve. Matlamat Daddy Jack adalah satu bulan, satu lego. Tak kuasa I nak melarangnya. Minat dia dan budak-budak tu terhadap lego memang tak dapat dibendung. I layankan aje, janji mereka tak minta yang bukan-bukan.

Wednesday 23 September 2015

Merdeka post

Post merdeka punya post yang dah lama terperam dalam draft ni. Cuti-cuti merdeka yang lepas, we all tak pergi mana-mana pun, just duduk rumah aje. Birthday Daddy Jack pun sambut sederhana sahaja, tak buat besar-besar pun. 

Breakfast pagi ala-ala western ajelah, tak sempat nak bernasi lemak semua. Tak kisahlah, janji dapat bersarapan dengan anak-anak dan juga keluarga, kan.

Dah petang sikit barulah keluar ke One Utama nak tengok wayang, Inside Out. Cerita yang bagus untuk seisi keluarga. Ingatkan tak ramai tapi full house juga, we all duduk row kedua depan screen so agak mendongak jugaklah. Tak tahulah peraturan baru atau memang sebab sambutan merdeka so sebelum cerita bermula, semua penonton perlu bangun untuk menghormati lagu Negaraku. Tapi sayangnya, ada 3 remaja perempuan yang ada dalam tu, boleh terjerit-jerit memaki hamun dengan kata-kata yang kurang enak didengar esp bila kita bawak anak-anak. Tak kisahlah apa yang berlaku dalam negara, samada suka atau tidak dengan pemerintahan sekarang ni tapi lagu Negaraku itu adalah untuk negara dan kita perlu menghormatinya tak kira apa pun.

Dah selesai dengan cerita wayang, lepak kejap di Toys R Us nak tengok Lego kejap. Mujur tengok-tengok aje, tak beli pun sebab apa yang dicari dah tiada.

Sedap pulak nampak sushi kat Jusco, beli and makan sorang-sorang di rumah cos orang lain kat rumah ni tak berminat langsung dengan Japanese food kecuali Yoshinoya tu ajelah.

Tuesday 22 September 2015

Joe's Barber

Cuti sekolah dah bermula so masing-masing duduk rumah ajelah cos cuti hanya seminggu. Lagipun final exam nak dekat so buat revision serba sikitlah. pagi-pagi kena exercise sikit kasi berpeluh sikit kan.

Dah lepas penat berexercise, kita mandi and bersiap untuk breakfast dulu kasi kenyang sebelum buat next activity pulak.

Dah tengahari sikit, ke Joe's Barber pula, nak trim rambut anak-anak takut tak sempat pulak bila dah nak buka sekolah nanti.

Berseni betul tukang rambut disini, satu orang mengambil masa nearly 30 minit based on the design. Tengok mereka pegang gunting dengan sikat pun cekap.

Kita potong gaya biasa ajelah, tak perlu nak fesyen-fesyen sangat sebab masih budak sekolah. Kang jenuh buat fesyen dapat kat cikgu disiplin habis kena botak kepala, lagi dashyat.

Kelengkapan untuk memotong rambut gaya masa kini. Sikat aje berjenis-jenis saiz dan juga rupa.

Dah settle dah rambut dua beradik ni, servis memamg tip top di Joes Barber. Kalau tak nak menunggu lama, bolehlah buat appoinment dulu. We all buat appointment 2 hari sebelum sebab takut ramai time cuti sekolah, kan.


Dah berada di sekitar Bandar Utama so singgahlah One Utama kejap sambil berjalan-jalan bersama keluarga. Lama jugak tak menyinggah ke OU ni, selalu singgah IKEA aje sambil membeli belah. Kali ni tak pusing mana-mana, just terus masuk Chili's nak lunch aje.

Chili's OU tak sesibuk di KLCC, sampai nak kena booking or tunggu turn. Kadang tu memang malas nak pergi yang KLCC punya sebab sesak dengan orang ramai.


Smart la sikit dengan gaya berambut pendek ni, taklah semak mata memandang, kan

Jemput makan semua...selamat menjamu selera di hari Selasa !

Monday 21 September 2015

Pasar tani

Hari Sabtu adalah hari ke pasar tani di Melawati, selalunya Ayah yang ajak untuk membeli barang-barang untuk rumah Ibu. Kalau disini, pukul 7 dah kena sampai, kalau tidak memang ramai dan jenus mencari parking. Antara yang sering disinggah adalah gerai menjual daging. Dah lama berurusan membeli daging dengan abang-abang ni.

Selalu beli tulang disini, kalau time-time nak buat kenduri kena call untuk booking sebab kalau lambat memang selalu kehabisan.

Sementara menunggu Ayah memilih ikan, lepak kat tepi sambil melihat gelagat orang yang berada di pasar ni. 

Cantiknya pokok-pokok orkid ni tapi tak reti macamana nak menjaganya. Nampak yang dijual ni menang geram, kalau beli tak reti nak jaga tak guna beli pun.

Dah settle hal membeli barang-barang keperluan di pasar tani, perut pun tunggu keperluan untuk diisi so marilah kita makan tosai cheese di kedai mamak dekat rumah Ibu aje, malas nak bergerak jauh-jauh.

Dah settle kemas rumah, petang-petang sikit pergi berjalan-jalan tanpa tujuan sampailah menyinggah ke rumah hantu ini sebabnya nak makan meatball aje.

Kali ni pergi IKEA memang hanya untuk makan aje, tak jenguk masuk showroom pun sebab ramainya umat manusia so malas nak redah just makan meatballs and balik aje.

Dah kenyang, balik sambil lepak-lepak depan TV then sambung membuat lego yang banyak belum dibuka kotaknya lagi. Dah menjadi satu aktiviti keluarga ni bila hujung minggu, membuat lego. Bagus juga, dari asyik main game ataupun tengok youtube aje kan tak menjana minda sungguh.