Nuffnang Ad

Saturday 30 January 2016

Ragam anak-anak ke sekolah

Dah nak masuk bulan Februari 2016 baru la nak terhegeh-hegeh upload cerita pasal persekolahan anak-anak. Entah, bulan Januari ni tak tahu apa yang sibuknya sampaikan rasa tak tahu apa bendalah yang dibuat. Dengan cuaca yang sangat panas so bila habis sekolah, memang semua keletihan. Biasalah awal-awal bukak sekolah kisah membalut buku anak memang tak akan habis-habis. Ada aje tambahan buku yang perlu dibalut.

Sehari sebelum buka sekolah, makan luar la setelah dah habis tenaga mengisahkan bab-bab sekolah ni, mood masak pun dah tak keruan sebab memikirkan sekolah yang akan dibuka.

Pukul 7 dah keluar rumah, takut jalan jem rupanya kena juga menempuh jem yang panjang untuk sampai ke sekolah.

Wajah-wajah ceria di hari pertama persekolahan, masing-masing bergaya dengan pakaian serba baru dan juga azam yang baru ya.

Hantar sampai dalam kelas, pastu mulalah muncung aje juka tu, tapi kejap aje. Dah nampak kawan baiknya mulalah buat tak nampak aje kita.


Menghadiri sesi perhimpunan pagi dengan penuh dedikasi dan juga mendengar beberapa penerangan dengan teliti.

Malamnya, semua dah kepenatan tidur pun masuk bilik landing atas katil and 5 minit dah selamat tidur dah. Mak jugaklah yang mengemaskan buku-buku untuk esok harinya.

Balik sekolah, dah tak sempat dah salin baju semua, terus makan bekal yang masih berbaki sebab dah lapar sangat.

Sunday 17 January 2016

Ikea's joy

Phuhhhh, lama betul tak bersiaran. Semenjak buka sekolah ni memang busy menguruskan hal rumahtangga dan juga persekolahan anak-anak. Tapi dalam kesibukan tu sempat jugaklah pi IKEA mencari barang-barang rumah.

Apa-apapun kena makan dulu, tak kisahlah beratur panjang mana pun tapi demi meatballs ku turutkan jua beratur panjang tu.

Dah settle, jom la kita makan dulu sebelum kita meneroka setiap aisle yang ada di dalam IKEA ni. Walaupun tak ada apa yang nak dibeli, tapi percayalah di sampai aje cashier sure ada aje barang hampir penuh troli tu.

Mendapat jemputan dari rakan untuk majlis akikah anak bongsunya, then makan lagi. Sedap kambing goleknya, lembut dan terasa rempah perapannya.

Dessert pun sedap-sedap dengan kuih muih yang ditempah ataupun yang dibawa oleh para tetamu memenuhkan meja.

Menjelang senja, semua kena baliklah, esok dah nak kembali ke sekolah dan juga tempat kerja. Terasa singkat aje hujung minggu bersama keluarga berbanding hari-hari biasa yang terpaksa terkejar ke sana sini.

Friday 1 January 2016

Selamat datang, 2016


Alhamdulillah, kita telah pun masuk ke tahun 2016. Tak mahu ingat apa yang berlaku di tahun 2015, cukuplah sekadar menjadi memori yang terindah sahaja. Untuk tahun 2016 ini semoga kita semua beroleh kejayaan, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta dilindungi dari bencana dan juga malapetaka.
Untuk keluarga saya, saya berharap agar dapat lebih luangkan masa bersama keluarga, sama-sama membantu mana-mana yang patut, bijak menguruskan rumahtangga dan juga kewangan. Hopefully dapat bercuti bersama anak-anak dengan lebih kerap lagi..Insyallah. Untuk Daddy Jack juga, semoga terus sukses dengan jawatan baru yang digalasnya supaya bekerja dengan lebih kuat lagi.