Nuffnang Ad

Wednesday 30 March 2016

sixtysteakhouse

Siang malam nak menyiapkan Melawati Mall ini, plan rasanya hujung tahun ni siaplah. Nampak besar, hopefully kedai-kedai pun besar, Maklumlah, Melawati ni belum ada shopping mall so sekali buat, gah betul bangunannya.

Pertama kali mencuba makan steak disini, nampak menu semua sedap-sedap so apa yang nak dipilih pun agak confius kejap. Dalam erti kata lain, semua nak makan.

Tak ingat dah apa yang we all order, makanan pun sedap and the servis pun cepat. Kalau malas ke Menate Steak House, boleh la singgah ke sini untuk makan steak.

Monday 28 March 2016

Hujung minggu kami

Sesekali terasa juga dapur tu memanggil-manggil untuk berasap kan. Lately jarang betul nak makan nasi, mungkin dah selalu sangat makan nasi so nak juga tukar selera makan benda lain. So terjadilah menu Laksa Penang. Berpeluh-peluh makan di waktu cuaca panas begini.

Dah dekat petang, barulah keluar berjalan-jalan lepas dah settle mengemas dan juga menggosok baju anak-anak sekolah. Keluar untuk release stress kejap, tak pergi jauh mana pun, KLCC jadi la.

Tempat pertama singgah, di Sun Moulin untuk beli roti dan juga bekalan untuk anak-anak. Selalu belo roti bun sausage aje disini buat bekalan.

Dah lama machine coffe di rumah tidak berfungsi cos capsule nya dah habis so singgah Parkson untuk beli beberapa kotak kapsul mcm Milo, Cafe Latte dan entah apa lagilah.

Tak sah la kalau tak menyinggah di kedai Lego kan, plan konon nak tengok-tengok aje tapi mana boleh tak rembat sekotak dua. Alasan lapuk dah bila Daddy Jack buat alasan kat kedai Lego ni. Faham dah.

Sebelum balik, makan dinner dulu la cos dah balik memang tak akan masak la. Kalau terasa nak makan, just makan roti ajelah. So gitulah citer hujung minggu we all sekeluarga, nothing much to do pun cos weekend selalunya jadual penuh dengan aktiviti bola anak-anak sahaja, then petang la baru ada masa nak berjalan, itupun kalau berkesempatan, kalau tak duduk rumah lepak sambil tengok tv ajelah.

Monday 21 March 2016

Misi mencari kerusi

Hari Sabtu adalah hari untuk ke pasar tani membeli barang-barang basah. Harga pun murah dan banyak pilihan terutamanya sayur-sayur kampung. Ulam-ulaman memang segar, tambah pula dengan ikan yang memang fresh.

Mid 2016 siaplah Melawati Mall ni, salah satu tarikan di Taman Melawati. Barulah nampak menarik di sini. Taman-taman yang lain dah lama dah ada shopping mall, Melawati agak lambat sikit pembangunannya. Sekali naik mall ni, besar sangat so kita yang warga Melawati sejak dulu memang excited sangat nak tengok apa yang ada di mall ini.

Dah settle semua di Pasar Tani, balik then kemas-kemaskan barang barang-barang masuk fridge then kemudian bergegas keluar balik, kali ke IKEA untuk misi mencari kerusi di meja makan pulak.

Biasalah, kalau dah di IKEA tu, mana boleh pergi satu tempat aje sure la kena pusing habis showroom tu, konon alasan nak cari deco untuk rumah udahnya penuh satu troli dengan barang yang tak dirancang untuk dibeli.

Wednesday 16 March 2016

Johnny Rockets

Kita orang ni memang tak ada la tempat lain nak melepak kalau hujung minggu, tak KLCC atau IKEA, itu ajelah tempat yang biasa we all pergi sebab senang nak parking dan juga cari barang sebab dah biasa.

Tapi kali ni we all parking aje kat KLCC pastu berjalan ke Avenue K, saja aje mencuba tempat lain pula. Dah pusing-pusing terasa pula nak makan di Johnny Rockets.

Not so bad la the burger, nak habiskan pun kena kunyah perlahan-lahan agar dapat telah semua. Kalau makan gopoh-gopoh tu yang rasa macam nak muntah tu.

On the way balik, singgah Intermark kejap sambil singgah Jaya Grocer nak membeli beberapa keperluan. Masuk JG ni terasa macam berada di oversea pulak cos banyak barang yang diimport disini. But hati-hati membeli, always check the label dulu ya takut ada bahan-bahan yang kita tak bleh makan.

Memang melekakan bila berada di setiap aisle ni, semua nak belek-belek then nak beli aje. I memang tak boleh tahan bila lalu section sos, baking, cheese dan juga organic items, Semua nampak sedap-sedap dan nak dibeli tapi rega, masyallah telan air liur ajelah. Kalau beli pun pikir mana yang perlu aje, tak perlu tunggu la bila rasa sesuai nak belinya.

Tuesday 15 March 2016

Carboot Sale

Dah banyak kali we all plan nak buat carboot sale, nak menjual pelbagai barangan yang berlambak-lambak we all angkut bawa balik from Adelaide dulu. Mostly barang the boys la, antaranya toys yang dah tak sepadan dengan umur, baju-baju dan juga boot bola.

So awal bulan Januari hari tu we all decided buat jugak la carboot sale ni after dah penuh bilik dengan barang-barang yang tak digunakan lagi. Tak buat jauh mana pun, just buat di depan Hospital Damai, Melawati sahaja.

Seawal pukul 7am dah start buka boot kereta, then I datang lambat sedikit, lebih kurang pukul 8 dan macam nilah keadaannya. Penuh sesak dengan orang ramai yang datang mengunjungi kereta kami.

Keadaan makin hangat terasa bila dah makin ramai yang datang, sampai dah tak terkawal dah dengan tangan bersimpang siur tunjuk sana sini memang havoc kejap. Kesian juga orang lain yang berniaga, tengok aje gelagat orang ramai di tempat kami.

Antara barang yang we all jual, dah malas nak simpan dah

Ini barang yang dibawa balik from Adelaide, masih berada di dalam kotak lagi. Tapi semuanya licin dibeli.

Bukan I sekeluarga aje yang menjual, share bersama my sister and also my sister in law. So ada barang-barang from UK and also Malaysia yang we all jual disini. Mostly adalah mainan kanak-kanak la yang banyak sekali.

Set kasut Timberland ni yang dibeli masa bebudak ni kecik lagi, pakai pun jarang sekali sebab susah nak buka and pakai balik. Pakai pun sekejap-kejap aje.

Game PS3 pun ada juga dijual, tapi ni tidak begitu mendapat sambutan. mungkin orang dah banyak memborong toys.

Apa sahaja yang we all bawa keluar, memang akan ada yang membeli, sampaikan dah bertunggu di boot kereta nak tengok apa lagi yang we all ada. Sampaikan handbag I ni pun ada yang tanya berapa nak jual. Haishhhh, giler kejap dibuatnya tengok situasi ni.

By pukul 11am, dah clear dah mostly our stuffs but still kena tunggu la sebab kereta-kereta lain belum habis lagi barangan jualan mereka. Mujurlah pergi 2 buah kereta, so Daddy Jack yang tunggu, we all anak beranak balik dululah.

Alhamdulillah, hasil kutipan yang memberangsangkan. Semua duit akan dimasukkan ke dalam akaun anak-anak. Ini pun semua mainan mereka so biar mereka yang buat keputusan dengan duit tu nanti. Seronok juga sesekali kita let go barang-barang di rumah, balik pun rasa lapang aje.

Penat sangat sampai rasa tak lalu nak makan nasi so singgah Tim's Cafe and makan sandwich. Hari yang memang penat but yet terasa happy sebab dapat mengahbiskan masa bersama keluarga.

Sunday 13 March 2016

Post events

Sabtu lepas we all mendapat 2 undangan ke majlis yang berbeza. Birthday party and fashion show. So pagi-pagi tu kena hantar Ryan pergi training dulu then balik training singgah makan breakfast dulu.

Dalam pukul 11, dengan cuaca ya ampun punya panas ke Desa Water Park di Seri Petaling. Inilah pertama kali we all menjejakkan kaki ke sini. Selama ni tengok aje di tepi highway Sungai Besi tu tapi memang tak pernah nak singgah.

Tak plan pun tunggu sampai habis majlis, ingatkan nak drop Danish aje tapi dah Ryan pun dapat undangan so kenalah we all tunggu juga sampai habis majlisnya.

Happy 10th Birthday, Nicolas. He is one of Danish's soccermate di KLFA. Mix Melayu and German. Hebat bermain bola. bila I temankan Danish, selalulah bersembang dengan maknya yang memang peramah dan baik orangnya.

Dah settle birthday party, bergegas pula ke fashion show yang dikendalikan oleh my sister Didi yang mempunyai jenamanya sendiri Audadi. Didi membuat koleksi ready ro wearnya yang dikeluarkan diatas labelnya sendiri.

Ramai tetamu yang hadir, tapi masa we all sampai dah selesai dah shownya.

Sesiapa yang berminat boleh layari FB/Instagram audadiamani untuk melihat banyak baju dan juga kasut yang dibuat sendiri oleh adik I. Tempahan pun dibuka juga. Not only that, adik I ni juga membuat private class kepada mereka yang berminat untuk menjahit.

Saturday 12 March 2016

Nowhere to run

Dah mula cuti sekolah ni, seronok la anak-anak. Game semua dah boleh main after dah berbulan tak pegang controller tu. As for me, bersilat la di dapur kena masak sementara mengemas apa yang patut selama tak terbuat ni.

Petang-petang dah settle semua keja rumah, so moh ler kita berjalan-jalan sambil cuci mata. Kali ni menuju ke Spotlight di Ampang Point, saja aje nak jenguk-jenguk kain langsir raya. Kut la ada yang berkenan di mata ni.

Dah habis pusing Spotlight, lepak kejap makan di Paddington House of Pancake yang terletak di hadapan pintu masuk. 

Makan Oglio ajelah dulu buat alas perut. Tak berapa nak lapar sangat so makanan dikongsi bersama-sama ajelah.

Balik, singgah pula ke Wangsa Walk nak beli barang sikit so dah alang-alang kat sana terus dinner di Manhattan Fish Market.