Nuffnang Ad

Thursday 30 June 2016

Beronggeng di IKEA

Minggu pertama puasa, sempatlah beronggeng kejap di IKEA dengan Daddy jack. Aanak-anak tinggal cos letih nak jalan, katanya, baik duduk rumah main game. Ikutlah, cepat pergi cepat la kita balik.

Nothing new for Raya collection, masih sama macam tahun lepas cuba adalah tambahan serba sikit. Mostly we all dah beli dah tahun lepas so tahun ni juag guna semula ajelah. Cumanya nak tukar langsir ajelah tahun ni, dah lama sangat asyik langsir yang sama aje.

Tenang bila berada di sini, membayangkan trolley pang penuh dengan segala mak nenek barang belian. Tapi kali ni beli sikit-sikit aje, tak ada sampai 2 trolley pun.

Dah berada di IKEA, haruslah menyinggah kedai LEGO di The Curve kejap atas alasan nak tengok-tengok aje. Yer la tu kan.

Anak-anak decided nak berbuka ala-ala western Australia, so berBBQ la kita untuk iftar. Danish nak sausage macam di Australia mujur jumpa di Cold Storage and Ryan pun la mini burger, jumpa juga di tempat yang sama. So balik, dalam pukul 6 start grill semua nya and sekali buat roasted chicken juga.

Okaylah makanan berbuka ala western kita kali ini, tak semewah masa duduk di Australia dulu tapi not so bad after all. Habis licin semuanya, dah habis terawih tinggal la fries aje, jadilah makan cicah sos cili sedap juga.

Wednesday 29 June 2016

Persiapan raya

You all semua dah buat persiapan raya ke? We all minggu lepas baru nak terhegeh-hegeh membuat persiapannya pun. Baju melayu Daddy Jack and anak-anak dah settle cumanya tinggal baju I aje yang belum settle. So, lepas berbuka makan roti canai di NZ, hantar Danish tuisyen and terus mencari baju raya I pula.

Ke Jovian la kita sekali lagi. Dah 3 tahun menggunakan rekaan Jovian so rasa selesa dah. Tak sempat nak cuba rekaan yang lain, Insyallah, nanti akan dicuba ya. Tapi sayangnya terawal pua datang, new collection akan sampai dalam minggu ni so kena pergi lagi la jawabnya.

Sabtu lepas pagi-pagi lagi nak bergerak ke shopping mall sempena misi persiapan raya. Dalam pukul 930am dah gerak menuju ke The Gardens.

As usual, bila time raya decor shopping mall kebanyakan menggambarkan konsep umah-rumah Melayu. Bagi we all yang tiada kampung ni terasa la sikit kan mood nak beraya di kampung tu.

Dah ready nak bershopping raya kita?

Raya ke tak raya, kedai LEGO kena singgah, wajib kata Daddy and anak-anak

So, nak beraya dengan LEGO ke kita ni? Baju raya and kasut raya dari LEGO, barulah hipster sikit time raya nanti, kan.

Masuk Zara nak pilih baju tapi kusss semangat penuh orangnya. Nak mencuba pun sikit punya panjang beraturnya so kita datang lain kali la, bagi chance kat orang yang nak balik kampung bershopping raya dulu.

Kedai ni tak ramai orang, dapat beli satu pun cukup la. Nak beli yang besar harga pun besar juga, so kita mulakan dengan yang sederhana dulu, kan.

Dah settle di Mid valley, singgah pula ke Jalan TAR. Memang menempah la pergi ke sana dah pukul 1 lebih kan tapi nak buat macamana, mmg tak ada hari lain lagi so dah alang-alang satu jalan, singgah ajela walaupun Ryan dah mula buat perangai, letih nak jalan and buat sakit perut pulak.

Cari satu barang aje pun, songkok anak-anak aje tapi umat manusia ya rabbi punyalah ramai sampaikan rasa tak penat ke depa ni berjalan time-time puasa ni tapi sebab masing-masing nak settlekan persiapan raya, nak tak nak kenalah redah kan.

Jumpa satu kedai songkok ni, terus singgah and mujur ada spesifikasi yang Daddy Jack nak terus beli, then balik dah. Tak sanggup nak berhimpit-himpit. Kesian tengok family yang membawa anak-anak kecil untuk membeli baju-baju raya, harapnya parents dapat menjaga anak-anak dengan baik, takut leka bershopping nanti ada pulak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Tuesday 28 June 2016

Bangkok story Part 4



Sempat berpuasa di Bangkok, tapi azabnya nak mencari makanan buat sahur. So sebelum pukul 10, dah beli awal-awal and menjelang pukul 4 bersahur nasi pun sejuk kejung, nak buat mcmana telan ajelah.


Muram aje suasana di Bangkok, macam tak bagi kami nak balik aje. Mujur puasa so taklah panas sangat nak berjalan ke train station. We all naik train aje ke airport, senang sikit.

 Ingat senang ke nak mencari duit untuk perbelanjaan hari-hari, mungkin ada yang datang dari keluarga yang senang so tak perlu bersusah payah lagi untuk mencari wang, tapi kalau yang susah, semua kerja boleh dilakukan dengan tenaga yang ada.


Sengaja check in awal untuk mengelakkan crancky maisng-masing. Ni masih bertahan lagi, tak gaduh and bising lapar, lapar berpuasa.

Airport pun tak sesak sangat, semuanya cepat. Hope to see again next year, Insyallah.

Monumen besar dalam departure hall, ada cerita dongeng Thailand ni tapi we all malas nak ambil peduli kisah apa, ramai yang bergambar disini.

Wah, dah banyak kedai menjual pulut mangga ni, tahun lepas hanya ada satu aje di food court kali ni semua tempat ada dijual. Harga satu bekas THB180, lebih kurang RM20. Beli bawak balik untuk bekalan buka puasa nanti.

Flight delay lebih kurang 1 jam, so lepak la dulu di balai menunggu, sambil lelap beberapa minit.

So long, Bangkok. Best journey ever dengan pelbagai cerita-cerita yang menarik. Kita jumpa lagi nanti.

Smooth journey, cuaca pun baik and sangat cantik awan-awan di pandangan atas.


Bekalan buka puasa, pulut mangga all the way from Bangkok

Letih berpuasa, take off aje terus lelap sampailah sampai KLIA. Tak banyak meragam pun, sabar sebab berpuasa.

Since we all berpuasa, tak makan la inflight punya makanan tapi the crew baik hati sampai bungkuskan untuk we all and dapat satu beg kacang MAS yang sedap tu. Terima kasih, Malaysian Airlines.

Sampai KLIA lebih kurang pukul 2pm, ada beberapa jam lagi untuk berbuka. Perjalanan yang sangat selsa dengan MH, thats why saya masih setia dengan MH walaupun banyak cerita negatif yang ada tapi layanan dan servis tetap nombor 1. Terima kasih buat anak kapal dan juga kakitangan MH yang begitu setia dengan syarikat penerbangan negara ini.

Monday 27 June 2016

Bangkok story Part 3

Hari ke-2 tournament pun kena bergerak awal walaupun game bermula pukul 11am cos ada team lain yang start awal so kenalah gerak sama-sama. So ini antara teammates Danish and Ryan yang sama-sama menetap di hotel yang sama, ada anak German, Australia + Kelantan, 2 anak Malaysia dan seorang British. 

 Pagi-pagi sampai haruslah serbu coffee station dulu, kasi warm up sikit.

Team U12 Group B bersama Coach mereka, Coach Filippe.

Ohh hari ni special sikit, ada pulut mangga. Ini pun last, kena top up tunggu dekat 1 jam so kita makan ini dululah, tak cukup  kita beli lagi.

Team U8 perlu berdepan dengan penalty yang membuatkan team ini kecundang bagi tahun ini. Nampak gayanya tiada harapan untuk dapat tempat la kali ini.

Sedih dia bila team dah kalah, tak dapat pingat macam tahun lepas. Kita cuba lagi tahun depan, ya. Jangan sedih-sedih. Kita main bukan untuk menang, tapi semangat kesukanan itu yang penting.

Team U12 Group B pun tiada harapan tahun ini untuk memenangi sebarang medal. Tak apa, kita cuba untuk Borneo Cup in September nanti. Kita kasi Juara tahun ini, ya.

Mak aii, nama kedai. Seram dibuatnya padahal kedai menjual accessories wanita aje tapi nama kedai tu agak meraguka sungguh, takut orang ingat Kelab bogel pulak, kan.

Walaupun tidak mendapat sebarang pingat, but they still boleh goofing around lagi. Okaylah tu, tak ada drama-drama kan. Main bola pun untuk seronok aje.

Malam kita pun berjalan-jalan untuk mencari makan. Naik tuk-tuk la cos masing-masing tak larat dah nak berjalan lagi after berpanas di padang seharian.

Saturday 25 June 2016

Bangkok story Part 2


Hari pertama tournament bermula. Pagi-pagi breakfast di hotel dulu, just a simple breakfast aje, tak perlu makan berat-berat nanti tak boleh nak main bola pulak.

Kali ni we all ke padang dengan menaiki bas yang disediakan untuk satu team, senang la tak perlu nak sewa teksi mcm pertama kali pergi dulu. Pergi senang dapat teksi tapi bila balik, dekat 2 jam tunggu.

Tournament kali ini best, ada keluarga my uncle pun ikut sekali cos 2 anaknya pun join sekali for U12 dan U16. Taklah bosan macam first time pergi dulu kan, tak ada geng nak bersembang tepi padang tu.

Tournament masih di tempat yang sama, Harrow International School di area airport Duan Mueng, Bangkok.

Tak sepanas macam tahun lepas, cuaca just nice aje. Ada beberapa team yang dah datang tahun lepas. Dari Malaysia ada 2 team sahaja, satu lagi dari team Selangor.


Ryan yang akan memulakan game dulu seawal pukul 9am while Danish start around 10am. 

Prepare for him first, dengan boot baru yang memang dibeli khas untuk tournament ni, and kena pastikan Ryan selesa dengan boot baru ni untuk mudahkan bergerak sana sini.

Menjadi his favourite position, Mr Goalie untuk team U8

Tapi terpaksa melepaskan 2 gol  tapi cekap juga menyelamatkan beberapa gol yang nak masuk. 
Last year, tak dapat minum puas-puas watermelon smoothies tu tapi tahun ni lepas dendam. Sampai aje, lepas habis game Ryan terus pergi beli dulu. Tahun ni ada kelainan, siap ada coffee station lagi so one watermelon smoothies and satu lagi Iced coffee, kembung la perut.

Danish jadi captain untuk tournament ini. Tapi teamnya tak cukup orang untuk reserve, so semua kena main sehabis baik yang boleh.

So both team layak untuk mara ke peringkat seterusnya, dalam pukul 4pm semuanya dah settle and tak sabar nak balik ke hotel. Nak berehat pulak.

Sampai aje bilik hotel, masing-masing berendam kaki dalam pool after nak hilangkan lenguh-lenguh kaki tapi tak swimming sebabnya masing-masing nak rehat kepenatan.


Dah rehat dan tidur sekejap, baru tersedar tak makan nasi lagi so siap-siap and bergegas keluar untuk makan di kedai di sebelah hotel tu. Malas nak pikir menu, just nasi putih, tomyam dan juga kerabu mangga sahaja. Itupun dah cukup sedap dah untuk perut yang lapar ni.


Pulut mangga bungkus aje, sebab dah kekenyangan makan nasi. Tak maulah tamak sangat so kita makan di bilik hotel ajelah.

Dah malam sikit baru Daddy Jack ajak berjalan-jalan ke satu tempat hometown Leicester City Football Club katanya di King Power Plaza. We all kena pergi naik train about 2 station dari hotel.

Tempat duty free rupanya, so memang ramai orang datang membeli barang-barang especially souvenir.

Nampak dari luar ajelah, nak masuk memang tidak lah, kita beli kat KL ajelah nanti.