Nuffnang Ad

Monday 29 August 2016

Kantin Asam Pedas



Selalunya jarang nak jumpa kedai makan yang menepati selera we all anak beranak, kalau ada pun yang selalu we all pergi adalah Restoran Omak Den di Melawati tetapi disebabkan selalu ke sana, so lama-lama boring jugak, kan. Entah macamana tengah godek-godek IG, ternampak pulak IG Kantin Asam Pedas di area Ukay Perdana ni.

Kecik aje restoran ni, separuh kedai aje cos share dengan kedai jahit disebelah. Kalau penuh di dalam, boleh makan di luar aje.

Deco banyak menggunakan pelbagai barangan vintage dan antik, mungkin hasil simpanan daripada owner. Deco kedai pun simple aje, meja makan semua gunakan kayu palet aje.


Antara menu di Kantin Asam Pedas, semuanya bercirikan asam pedas. Pilih aje mana yang kita nak, semua nampak sedap-sedap belaka.

Menu pilihan we all, asam pedas tetel, ikan bawal goreng dan juga ayam goreng. Semua datang dalam bentuk set, cukup air dan semangkuk kuah asam pedas. Tak ketinggalan sambal belacan dan juga ulam-ulaman. Memang terangkat makan sampai berpeluh-peluh panas.

I memang tak begitu pandai nak membuat asam pedas, ada masa terlalu cair so macam tak begitu nak menjadi. Jalan terbaik adalah beli pes dari Muar, dan selalunya Mak Pon jadi pujaan sebab kena dengan tekak semua dalam rumah ini. Mak Pon sekarang dah ada yang dalam botol, so tak perlu nak frozen kan lagi. Ada sesiapa balik Muar? Nak kirim beli lah.

Friday 26 August 2016

Taylor's Uni Lakeside


Sesekali kena buat kerja luar di hujung minggu memang agak berat tapi demi tugas, gagahkan juga. Kali ni kena ke Taylor's Uni Lakeside di Subang Jaya. Pagi-pagi lagi dah bertolak kita ke sana sebab program bermula pukul 830am.

Cantik environment universiti ni, sangat berbaloi dengan harga yuran. Facilities pun gempak juga, dengan suasana belajar yang macam oversea sangat.

Sambil tunggu peserta habis program, lepak kejap Starbucks  sambil mengopi mengisi masa yang jenuh menunggu.


Just minum Iced Latte and chocolate roll aje. Tak cukup itu, tambah pulak dengan double chocolae muffin, manalah tak gemuk, kan.

Balik aje from Taylor's terus the boys and Daddy Jack ajak keluar ke One Utama mencari beberapa barangan keperluan. Singgah kedai sukan adalah satu kemestian bagi 3 beranak ini untuk melihat boot baru ataupun jersey bola.

Dah settle semua, kita makan dulu la di Madam's Kwan. CKT dia sedap tapi tak boleh lawan The Little Penang di KLCC lagi la, banyak seafood dalam tu, siap ada kerang lagi. Esok nak pergi KLCC makan CKT The Little Penang la jawabnya.

Selamat berhujung minggu, semua !!!!

Thursday 25 August 2016

IKEA dan Lulu


Dah lama tak berjalan ke IKEA Cheras, astik ke Damansara aje. Tapi on certain part I memang suka kat Cheras ni, lagi banyak barangnya compare dengan Damansara especially pokok-pokok hiasan. Cumanya yang agak mengelirukan adalah susunatur aisle disini masih belum biasakan diri lagi.

Masih mencari-cari lagi deko-deko menarik untuk bahagian dalam rumah. Masih ada yang perlu diubahsuai mengikut kesesuaian.

Daddy Jack as usual la, mencari idea untuk koleksi LEGOnya tu.

Dengar juga masa Ramadhan hari tu ada hypermarket baru dibuka di tengah KL, Lulu Hypermarket di Bangunan Jakel. Dah alang-alang balik from IKEA, menyinggah la kejap kita.

Menarik juga pelbagai makanan ada, especially roti and puff, nampak sedap-sedap semuanya and harga pun berpatutan.

Salami dijual macam di Adelaide dulu, siap ada berbagai flavour. Pilih aje mana yang kita nak, nanti they all tolong potong and bungkuskan.

Aduh, ini tergoda sungguh. Pelbagai jenis ayam marinate ada dijual disini. Kalau malas nak buat sendiri, beli sini aje, terus masuk oven and grill sendiri.

Sayur pun ada dijual disini, macam-macam jenis and warna ada. Harga pun lebih kurang NSK juga.

Ini yang paling disukai, pelbagai jenis kari ada termasuklah tikka masalla, vindaloo dan juga roghan josh. Teringat makan di foodcourt Tea Tree Plaza duku, Danish memang suka sangat makan. So, kalau teringat and rasa nak makan rogan josh cicah roti arab, kita tahulah mana nak mencarinya.


Wednesday 24 August 2016

One night only






Sesekali ikut Daddy Jack pergi kursus memang best. Dapat duduk hotel, sambil berehat-rehatkan minda. So kebetulan pula Daddy Jack ada kerja di KL so kita pun sama-samalah ikut sekali. Merasa jugalah we all duduk di Eastin Hotel, PJ ni.


Sampai aje semua mengadu kelaparan, kebetulan di bangunan sebelah Menara STAR ada deretan kedai so singgah la salah satu antaranya kedai mamak yang menjual putu mayam. Lama tak makan.

Dah petang masing-masing malas nak keluar so kita dine in ajelah di coffee house.

Makan yang sihat ajelah kita sebab nak menjaga badan, kan.

Pagi adalah waktu yang ditunggu-tunggu. I memang menunggu pagi sebab nak breakfast cos kalau breakfast kat hotel adalah yang paling best esp the omelette and American style breakfastnya.

First time nampak ada Detox Bar di hotel. Best and berulang kali top up air masak sampaikan minum kopi pun secawan aje. 

Fir
Dah settle breakfast apalagi, mencari swimming pool la masing-masing untuk mandi manda. Daddy sibuk meeting so kita main la sepuas-puasnya.

Tepat jam 12pm, kita pun nak check out dah so sebelum tu kita lunch dululah di coffee house cos Daddy nak jumpa kawan-kawan dulu. So kita ajelah yang makan dulu.

Lunch special, ada kari kepala ikan salmon. Sedapnya memang pure kari mamak punya. Tapi tak makan nasi la, makan dengan lauk pauk lain. Tengok Danish and Ryan makan nasi geram aje, tapi demi nak kurus punya pasal...sabar ajelah.


Monday 22 August 2016

Hujung minggu

Hujung minggu kalau tak berjalan memang tak sah la kan. Tapi pagi-pagi haruslah ada training dulu, lepas training breakfast kat NZ dulu pekena roti telur and teh tarik kaw punya.

Semenjak dua menjak ni kena rajin pulak nak bersukan so kenalah mencari pakaian sukan yang sesuai dengan muslimah compliance tapi payahnya nak cari tshirt lengan panjang yang sesuai, malas betul nak pakai inner kalau tshirt lengan pendek, mcm tak selesa bila berpeluh.

Tengah-tengah berjalan di depan Kinokuniya, terserempak pulak dengan Sultan Perak, Raja Nazrin. Beliau selalu lepak KLCC especially Kinokuniya, tak sempat nak kejar bergambar selfie cos beliau pun dah selamat turun eskalator dah.

Dah lama dah Danish nak beli jam, kumpul duit belanja tetiap hari, then we all top sikit dapatlah jam pujaan hatinya.

Selalu teringin nak makan Fuel Shack tapi bila tengok beratur agak panjang so kenalah lupakan niat itu. Kali ni datang, line pun tak berapa nak panjang so dapatlah kita makan burger yang lagi sedap daripada Chilli's nih.

Dah habis badminton Olimpik yang membawa kepada kemenangan pingat perak buat pasukan negara. We all baru terhegeh-hegeh mencari raket yang elok sikit untuk main di masa lapang. Dah ada dah raket sebelum ni tapi beli yang murah ajelah, tapi bila dah anak-anak pun semangat nak main so kita cari yang elok sikit la kan.

Hanging out with Ryan

Mencuba cafe yang baru dibuka di area rumah ni. Cafe yang pertama kali dibuka disini, kalau ada pun di area depan tu macam tak larat nak pergi cos sesak sangat dengan orang ramai. Playground Coffee jadi pilihan melepak minggu ini.

Just berdua aje dengan Ryan cos Danish and Daddy ada game bola. Ryan tak mahu ikut, nak duduk rumah tengok TV aje so bila bosan, keluar la kitaorang berdua aje.

Tak ramai orang pun disini, tempat pun selesa. Even the deco pun nampak rustic and moden.

Dah nama kedai pun Playground kan, kena la ada elemen-elemen itu di dalam kedai. Di bahagian belakang ada disediakan playland kecil untuk anak-anak bermain.

Buaian pun ada juga disediakan, tapi I takut la nak naik, takut roboh pulak.

Sambil melayan bercerita hal sekolah dan kawan-kawannya, mulut pun pot pet pot pet la jugak.

Singgah beli Nasi Ayam Uncle untuk tengahari nanti, malas dah nak masak kalau tinggal berdua aje ni.

Beli extra takut nanti Daddy Jack and Danish balik kelaparan pulak, I memang tak masak langsung la, mengisahkan kain baju yang bertimbun and mengemas almari baju. Asingkan mana baju yang tak muat tu, kumpulkan and letak dalam plastik untuk diagihkan ke dalam tong Makna.

Dah malam, baru Daddy Jack and Danish balik, muka pun semua kepenatan after seharian berkampung di padang. Danish pun dah legam nampaknya. Balik terus mandi, then keluar pergi makan. Makan pun yang ringan-ringan aje cos semua pun dah kekenyangan.