Nuffnang Ad

Sunday 23 September 2018

School camping



Beberapa bulan yang lepas, Ryan pertama kali join camping sekolah under Unit Beruniform bg Kadet Tunas Remaja Sekolah. Kali ni ke area Kuala Selangor untuk camping. First time ni berjauhan dengan Mummy, so rasa macam okay la kan.

Sebelum pergi, ambil gambar dululah dengan Mummy. Nak peluk cium malu sebab ada kawan-kawan, piii rahhhh.

Gambar-gambar yang diambil dikongsi di FB sekolah, so dapatlah tengok apa aktiviti-aktiviti yang dilakukan di sana.


Ada juga yang cikgu letak di group WA kelas untuk tatapan ibubapa yang lain.

Ni gambar yang cikgu di sana hantar personally. Ya ampunnn, berlumpur semua, macamana la simpan baju kotor tu nanti.

Dapat undangan kenduri kawin kawan office Daddy Jack di Shah Alam, so since tak ada buat apa-apa on weekend, so pergi ajelah. Sedap-sedap makanan semuanya, nampak menyelerakan tapi kena amkan secara berhemah, jaga badannnn.

Deco pelamin pun cantik juga

Pagi sementara tunggu ryan balik from camping, singgah breakfast di Village Grocer pulak. Nak makan big breakfast tapi macam besar portionnya so ambil yang simple ajelah.

Sanitarum PB tengah sale masa ni tapi dah banyak dah PB kat rumah tu beli online

Suka beli sayur di VG ni, nampak segar-segar dan hijau sangat

Selection of butter pun best sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.

Dalam pukul 2 Ryan dah sampai area sekolah, masa ambil nampak muka pun letih aje. So bila tanya, nak pergi camping lagi tak ? Jawapannya TAK NAKKK katanya...hehehehhehe. Tak apalah, at least kita dah cuba untuk cari pengalaman, kan.




No comments:

Post a Comment