Nuffnang Ad

Friday, 1 September 2017

Sukan SEA


Sukan SEA ke 29 telahpun melabuhkan tirainya kelmarin dengan penuh gilang gemilang. Kita cerita dari mulalah ya. Selama 2 minggu lepas, sukan SEA bermula, so banyak acara yang dipertandingkan. We all ikut dari mula lagi, dari acara pembukaan yang memang gempak betul. 

Banyak acara yang best we all ikuti di TV ajelah macam bola sepak, kena pula hari biasa so since Danish pun sibuk dengan extra class dan juga tuition so tengok di TV ajelah.

We all suka juga tengok olahraga, pun tak sempat ke stadium juga. Banyak kejayaan yang dimenangi oleh atlet Malaysia pada kejohanan kali ini, semuanya bersemangat tak kira apa jua acara pun.

Sambil menonton, makan buah untuk kesihatan juga

 So, Jumaat lepas after dah habis extra class dan juga trial PSRA, we all bawa jugaklah the boys merasai pengalaman menonton live acara sukan SEA NI. Kali ni lepas sekolah balik solat semua terus pergi ke Titiwangsa.


Sebelum game start, makan dulu di cafe tepi stadium tu. Menarik juga satay yang dijual, besar dan sangat sedap walaupun harga satay secucuk dalam RM2.

We all ke stadium Titiwangsa ajelah dulu untuk menyaksikan game sepak takraw

Pasukan Malaysia menentang team dari Filipina masa ini, kemenangan berpihak kepada team Malaysia.

Seronok la the boys dapat menyaksikan secara langsung game ni. Peminat pun ramai, Team TM Malaysia bersorak di tepi we all meberikan semangat kepada pemain semua.

No comments:

Post a Comment