Nuffnang Ad

Wednesday 29 February 2012

Daddy's day out

As usual, bila ada game bola di Adelaide, Daddy Jack excited sangat nak pergi. Pergi bukan sorang tapi nak bawa Danish. Kebetulan pulak, ada satu game nie jatuh hari biasa, so kena jugaklah pergi tengok. Lagipun tak ganggu pun jadual sekolah Danish cos game start pukul 730 malam.

Ni dah pukul 7 petang buat still cerah lagi, kan. Nak tunggu bulan 4 bila daylight saving tu punyalah lama lagi. Bila siang panjang nie, sampai dah tak tahu nak buat apa dah.

Selalunya Danish aje yang pergi tapi kali ni Daddy Jack nak cuba bawa Ryan pulak. I tak harap sangatlah kalau nak bawa Ryan nie tapi Daddy Jack cakap die boleh handle. Hmmm, yer la tu. Even pergi shopping mall pun tak terkawal, inikan pulak nak tgk game selama 90 minit tu.

Dah habis game, as usual, sessi bergambar dengan pemain. Danish and his fav player yang masih tinggal dalam Adelaide United team nie, Van Dyke. Mamat nie pun dah kenal dah dengan Daddy Jack and Danish.

My kerinting dapat bola aje. Daddy Jack cakap, nampak gayanya nie first and the last la bawa Ryan ke stadium sebab tak duduk diam dibuatnya. Kan I dah cakap....tunggu die dah besar sikit kalau nak bawa pun. kecik-kecik macam nie manalah die tahu. Takpun anak you sorang nie tak minat bola macam Danish.

Tuesday 28 February 2012

Hmmm, amacam?

Biasalah, hujung minggu ada aje my Adelaide's gang yang ajak datang rumah sambil makan-makan and bersembang. Itu ajelah aktiviti yang dapat merapatkan ukhwah sesama kami disini. After 3 tahun, masing-masing kembali menjalankan aktiviti seperti biasa, tak dapat dah nak berkumpul macam nie lagi. Kalau dapat undangan makan-makan, for sure makanan memang penuh mejalah, tak ada yang datang dengan tangan kosong, ada aje yang datang bawak makanan sampaikan dah tak terasa berada di negara orang sebab semua kuih muih Melayu ada aje di meja-meja.

Me, terlebih rajin dan teringin nak makan pulut panggang so mengigih mengoggle resepi and untuk pertama kalinya membuat dengan tangan sendiri. Kalau di Malaysia, jgn harapkan pulut panggang, nak pergi dapur pun malas..beli aje kat tepi jalan, habis cerita. Tapi pulut panggang buatan I sendiri nie taklah sekick yang jual tepi jalan tu sebabnya dipanggang hanya menggunakan grill pan aje, so taklah berapa kick but rasa pulut and inti tu, adalah.

Bila tekak terasa nak makan asam pedas, kenalah buat tapi tak guna ikan sebab ikan tak ada, malas nak ke market beli so guna ayam ajelah. First time try to buat asam pedas, selalunya agak cair but kali nie, Alhamdulillah menjadi dan makan dengan berselera sekali.

Saturday 25 February 2012

Marks & Spencer

Aduhhh !!! rindunya nak bershopping di Marks & Spencer. Suka pergi Marks & Spencer sebab ada baju-baju yang sedap dipakai. Kasut pun cantik-cantik juga di sini.

Kalau pergi Marks & Spencer, memang tak sah kalau tak membeli makanan like biskut yang sedap-sedap kat sini. I ilke the chocolate chips while the boys suka yang kids punya biscuits. Sometimes, beli sampai penuh bakul.

Ohh, tengok gambar pun rasa meleleh air liur aje..Marks & Spencer tiada di Adelaide, tak pernah check pulak di Melbourne atau du Sydney. But, ada ura-ura mengatakan yang H&M akan dibuka di Adelaide, itupun okay jugak. Harapnya buka sebelum I balik tahun depan.

Selain food section, I boleh habiskan masa yang lama di beauty counternya. Punyalah banyak the collection range sampaikan tak tahu nak pilih yang mana satu. Suka dengan their Floral Collection, semua bau pun best. Selalunya I guna Lavender and Rose collection tapi China Blue nie lain sikit baunya, rasa macam manis-manis sikit and the smells good too. Hmm, ada sesiapa nak dtg Adelaide, tak..nak kirim lah.

Friday 24 February 2012

Malas dan rimas

Siang tadi tak sempat nak update sebab bangun pagi dah panas berlengas satu badan, so after settlekan Danish's lunchbox terus mandi. Then after masak lunch tadi pun terus mandi and pukul 730 mlm tadi (waktu Adelaide) pun mandi lagi. Untuk 3 hari nie, memang akan panas, maybe penghujung summer cos in 1st March nanti dah masuk Autumm pulak. Masa tu sejuk sikit la. Perghhhh, tak sabar dah nak balik Malaysia..dah tak sanggup nak menghadapi suasana 4 musim nie.

Thursday 23 February 2012

Perjumpaan guru

Selasa lepas, after kes Ryan and his yoghurt ada perjumpaa cikgu bersama ibu bapa di sekolah Danish. the session start at 615 so dah agak lewat sikit. But still, masih terang benderang lagi and cuaca pun warm sikit.

Its like school open day which the students akan membawa ibu bapa melawat all the classrooms and get to collect the stamp on the passport look alike. Bila dah collect semua stamp, boleh dapat ice-cream.

Tempat pertama yang dituju is Danish's classroom. This year, his teacher is Miss Julie Baverstock. Pernah terserempak dengannya masa di Sunday Market secara informal but now dapat jumpa secara formal pulak.

Rajinnya cikgu Danish, siap buat handout lagi..I missed my teaching days pulak. Dulu, rajin la jugak buat kerja-kerja macam nie. After 3 years tak tahulah tahap kerajinan tu ada lagi ker tak...

Danish seating table bersama his bestie, Rahul and Luca.

Adoiii, masuk kelas Danish nie rasa macam tadika pun ada juga tapi I really like the environment. Kalaulah kelas-kelas di Malaysia boleh adopt this type of style sure budak tak rasa stuck up duduk dalam kelas lama-lama. But sistem pembelajaran kita lain sikit dari Aussie atau negara lain. Macam kelas Danish nie I tengok more into learning should be fun, sebab ada satu corner tu penuh dengan mainan, colouring section and even ada macam small library.

Miss Julie is very nice teacher. She explained everything about her lesson plan for the whole terms. I really like both Danish previous teacher, Marc Johnson and Alisson Shaw. They are very good teachers and bijak merancang corak pembelajaran and some more, very informative persons.

While waiting for Miss Julie memberikan penerangan dan juga cara pengajarannya kepada all the parents, Ryan was so busy with his creative sides, colouring.

I really like educational chart, thought of nak beli and bawa balik to Malaysia, and this is one of it...bila pikir balik, baiklah design sendiri, kan.

Miss Julie explained his teaching styles, which is fun and very helpful. I tak berapa dengar sangat cos Ryan sibuk nak main kat playground so Daddy Jack aje yang dengar and bawa Danish melawat kelas-kelas yang berikutnya.

While Im busy melayan Ryan di playground, Danish and Daddy Jack ke hulu hilir mengumpulkan setem untuk mendapatkan ice-cream. So, the end of session, everyone dapat makan ice-cream.


Wednesday 22 February 2012

Macam-macam cara dah guna

I tak nafikan dulu mmg I berisi sikit. Selalu kalau timbang tu dalam 60++ pun ada jugak, seram kalau naik penimbang tu. Bila mengandung lagilah, makan aje tak tentu masa sampaikan Dr pun selalu ingatkan I suruh control my food intake sebab takut baby besar, udahnya dua-dua keluar ikut tingkap.

I pernah cuba nak kurus dengan mengamalkan Teh Orang Kampung, fuhhh, die punya effect memang tak tahan. Bila minum petang, siaplah malam tu bertunggu tangga di toilet. Sampai letih duduk dalam bilik air. Masa belajar di Uitm [un still minum tapi bila petang after balik kelas ajelah, kalau pagi nak ke kelas, memang cari nahas la, kan. So, I stop sebab tak tahan penangan asyik ke toilet sahaja.

Lagi beberapa bulan nak kahwin, Ibu forced me untuk mencuba pakai Premium Beautiful nie pulak. Yer, I start pakai Beautiful nie tahun 2004 lagi...and now ramai pun yang dah pakai kan. Masyallah, terasa seksa juga nak memakainya especially bila pagi nak ke office. Mujurlah office dekat aje dengan rumah, so taklah kelam kabut sangat. Memang berkesan and terasa ringan badan I nie, tapi bila dah beranakkan Danish, terus stop pakai cos mcm leceh aje. Maybe akan pakai balik after balik Malaysia nanti.

Lepas tu I diperkenalkan pulak dengan Herbalife in 2007, masa tu after dah bersalinkan Danish so rasa badan macam bloated giler. So, I tried this product walaupun starter pack aje sampai beratus ringgit tapi demi nak kurus punya pasal, tak jadi masalah. Product nie memang berkesan, sebulan aje pengambilannya, I terus turun 4 kilo. Tapi memang kena pantang la bab-bab makan nie, terasa perit jugaklah kan bila keluar lunch tengok member-member makan sedap aje, kita cuma makan yang disarankan sahaja. Bila tengok sekarang nie ramai yang ambik Herbalife, thought of nak ambik juga product nie balik walaupun dekat RM300+ membeli untuk 3 brg sahaja.

Lepas bersalinkan Ryan, ada wakil from slimming centre datang melawat di Ampang Puteri so die bagi tryout kat Marie France. Tryout for about 5 sessions memang best. Kita dipampered and dibelai terasa best sangat. Habis tryout, ingatkan nak sambung tapi bila kemalasan itu datang, terus tak pergi lagi. Mujur tak bayar any downpayment, kalau tak, sure menyesal.

Then, awal tahun 2009, dapat package percuma dari London Weight Management pulak, so try juga. So, yang nie dapat 7x rawatan and after habis, Daddy Jack suruh sambung aje. Puhhh, bila disuruh sambung, laju ajelah depa tekan kita macam-macam cakap air lebih dalam badanlah, lemak tepulah dan macam-macam lagi udahnya kena bayar sampai beribu-ribu juga. I ambik treatment nie di Mid Valley. Sekali datang treatment sampai 2-3 jam so untuk menghilangkan kebosanan, Daddy Jack boleh ajelah berjalan-jalan di MidValley atau The Gardens sambil minum kopi atau tengok wayang. Treatment memang best, kita akan dilayan macam puteri, and segala macam rawatan tapi yang tak syok tu, lepas treatment, perut pun lapar. Mana tak palar kalau dah 2-3 jam asyik terbaring aje so udahnya sebelum balik rumah, makan Chilli's dulu, mana tak kena marah bila dtg untuk next treatment sebab badan tak turun..makin naik adalah...hehehehehehe.

Bila datang Adelaide, berat badan turun sikit, maybe sebab sini kena masak and jarang dapat nak merasa makan diluar. Satu lagi, kena buat semua kerja rumah eg mengemas, laundry, jaga anak and semua hal-hal rumah..huhuhu. selama nie semua maid yang uruskan so badan pun turunlah sikit.

Yer, kalaulah I tahu buat kerja rumah boleh membuatkan I kurus, tak perlulah membazirkan duit pergi slimming centre semua tapi masa tu Ryan masih kecik lagi, so semua urusannya dapi pagi sampai I balik kerja, maid yang uruskan so I cuma tengok die fully on weekend aje. Tapi bila dah 2 tahun nie, he's getting bigger, makin bertambahlah perangainya.

Kejadian semalam...makan yoghurt tanpa sudu padahal I dah bagi sudu tapi still guna jari juga. While I tengah busy nak masak for lunch diam-diam die dah main sama itu yoghurt. Adoii la my kerinting nie. Tak pasal-pasal, kena mandi sekali lagi, baju kena salin..then paling tak tahan kena mop satu rumah sebab lantai dah melekit kena yoghurt. So, kesimpulannya...I dah cuba macam-macam cara nak kurus, tapi sebenarnya caranya ada didepan mata sahaja..hehehehe. Anyway, I taklah kata, membesarkan anak-anak satu beban, its a privilege , tak ramai yang ada privilege mcm nie..like me, I enjoy this moment for another 1 year aje, after that akan kembali menjadi pekerja semula. Masa tu akan mengenang 3 tahun menguruskan anak-anak dan juga rumahtangga.

Tuesday 21 February 2012

Inilah aje kerja mereka

Kadang-kadang after balik sekolah, Danish and Ryan dok layan cerita dalam Ipad, tak cukup Ipad, Ipod pun jalan jugak walaupun screennya kecil. Tapi kesian pulak tengok screen kecil so we decided to......

Add another collection..another Ipad for the boys. Tak tahan telinga bila asyik berebut Ipad, and masing-masing taknak beralah so belikan satu lagi..so Ipod tu kembali kepada tuannya semula.

Another collection of mine, bukannya Ipad atau Ipod tapi Digital Photo Frame. Kawan Daday Jack, Dr Thomas yang berikan pada we all, as a token of appreciation sebab dok hantar die ke airport bila die ke Melbourne. Ala, benda tu small matter la, tak payah nak bagi hadiah semua. Kita tolong ikhlas, tak perlu apa-apa balasan.

Monday 20 February 2012

Alhamdulillah, rezeki

Dah start membeli periuk belangan yang nak dibawa balik ke Malaysia. Bila ada offer aje, start riki-riki mana yang elok untuk dibeli bawa balik nanti. So far, dah macam jatuh hati dengan Circulon ni walaupun ada my Adelaide's gang suggest beberapa jenama periuk yang lain.

Bila dah ada berjenis-jenis set Circulon nie, mulalah tak tahu mana satu yang nak dipilih, so untuk menyelamatkan keadaan dari bergaduh ker apa, kita angkut satu set satu yer...hmm, jgn beli periuk macam-macam, lepas tu balik Malaysia dok pakai yang jenama Zebra takpun tak masak, lagilah haru.

Ada rezeki lebih, Alhamdulillah dapat juga merasa pakai KitchenAid, nantilah tunjuk yer..malulah..hihikhikhik

Saturday 18 February 2012

Mood masak dah ada

Payahnya nak tunggu my mood masak, kadang tu hanya makan sayur air dan ayam goreng sahaja. Tapi bila mood masak itu dah datang, menu terhidang atas meja, sungguh mengagumkan.

Sesekali tekak nie nak juga makan western, so yang paling mudah disediakan adalah grill burger. So, tak payah nak sibuk teringat makan burger kat Chilli's atau TGI sebabnya dah mampu membuat sendiri.

Kalau nak makan makanan Thai, of courselah Tomyam perlu dimasukkan di dalam menu. Cukup bahan semua, main campak-campak aje, so hirup and terasa kenikmatannya.

Di Adelaide, ikan adalah sejenis makanan yang susah sikit nak cari...bukan tak ada tapi tak biasa makan ikan yang pelik-pelik. Nak makan ikan yang ala-ala Malaysia sikit, kenalah ke Asian Grocery, kalau ada rezeki mungkin terjumpa ikan tenggiri atau ikan kembung yang dibekukan. Belasah ajelah sebab dah jemu asyik makan ayam dan daging sahaja.

Kalau dah petang-petang sikit, dah jemu makan nasi, so kita makan pulak dengan roti canai frozen. I tak mampu lagi nak membuat roti canai.

Kalau dah jumpa ikan tenggiri, so marilah kita membuat ikan bakar dengan cicah air asam, ohh sungguh berselera sungguh makan nasi kosong aje. Terasa berada di Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy la..hahahhaa, over sungguh.

Selain ikan bakar, sup ikan juga sedap dimakan

Nak tukar selera resepi ayam, so kita buat ayam panggang ala-ala Kenny Rogers pulak

Kalau rindu masakan Jawa, mehlah kita makan lontong, walaupun tak cukup bahannya tapi asalkan ada nasi impit, kubis dan juga suhun pun jadiler....