Nuffnang Ad

Showing posts with label gadgets. Show all posts
Showing posts with label gadgets. Show all posts

Tuesday, 29 December 2015

Ambition Cup 2015

Satu lagi tournament yang Danish and Ryan masuk untuk tahun ni adalah Ambition Cup 2015. League ni tiap-tiap minggu ada setiap Sabtu di The Camp, One Utama. Ryan tidak memenangi sebarang pingat, hanya mendapat tempat ketiga sahaja.

As for Danish tetap meneruskan kecemerlangannya di dalam bolasepak. Last minute berjuang habis-habisan.

Mendapat tempat kedua, pun dah cukup membanggakan pencapaiannya.

As for Daddy Jack yang bising phone asyik rosak memanjang so this is for you la. Jenuh berzikir di hujung telinga telefon asyik rosak aje. So ni la hadiah untuk Daddy, new Note 5 from Samsung. Sekarang ni menjaga phone dengan berhati-hati agar tidak rosak lagi.

Tuesday, 9 June 2015

New Baby

Banyak betul cerita-cerita terperam dalam draft box so nak kena pilih mana satu yang nak dipublish dulu. Tambah lagi pulak, we all baru aje balik dari soccer game, itu pun banyak yang nak diceritakan.

Sementara menanti budak-budak ada training bola di padang, I menghabiskan my morning di Mccafe aje sambil minum Hazalnut Latte dan juga menikmati set big breakfast, sambil tu membaca buku autobiografi pelakon Fifty Shades 



Balik dari main bola, sambung pulak main game di rumah. Hiruk pikuk la masing-masing mana yang tak boleh nak beralah tu kan.

 
Tinggalkan kejap the boys di rumah with Bibik, then off to KLCC untuk melihat-lihat benda yang lama diiginkan. Dulu dah pernah dioffer oleh Daddy Jack tapi masa tu jual mahal, nak pakai Windows aje kan tapi semenjak kebelakangan ni gatal pulak nak pakai Macbook.


So dah dapat apa yang diiginkan, so terus rasa lapar nak makan. Makan di foodcourt aje, the best burger in town, lepas makan cepat-cepat balik rumah.

Rumah we all memang semua menggunakan Apple, dari Ipad, Ipod, Iphone even desktop pun guna Apple  juga. Maklumlah we all  berduakan Art students so dah terbiasa dengan menggunakan barangan Apple ini.

Welcome home, my new baby...Macbook Air

Petang-petang tu, ajak la the boys keluar since dah kena tinggal kejap tadi dengan Bibik so kita pergi makan di luar dan kebetulan pula hari hujan so memang sedap la makan bubur dan juga bihun tomyam di kala sejuk-sejuk tu.

Saturday, 28 July 2012

As simple as ABC

Masa birthday Danish June lepas, we all plan macam-macam jenis makanan nak buat antaranya snack foods like nugget and fries. Tapi memikirkan nak goreng tu kena lama and banyak so nak cepat kenalah guna deep fryer kan. We all ada la tapi jenis yang kecil so tak cukup nak masukkan sekali banyak so cari yang besar sikit. Tapi pikirkan yang biasa tu kena guna banyak minyak and minyak lebih tu sure banyak, kan so we opt for another option, beli yang the latest one from Phillips yang tidak menggunakan minyak langsung.

Frozen food pun tak payah nak defrost ataupun thawed, just masukkan aje yang beku tu kedalamnya

Tak perlu minyak langsung. Macam TEFAL ada yang menggunakan sesudu minyak tapi dengan Phillips tak perlukan minyak lansgung. A new way of healthy living.

Just pulas the knob for temp and also the time, thats easy peasy

So simple aje, tak perlu nak tggu lama-lama depan minyak panas tu

Dah siap my Sotong Goreng Tepung, still the same taste, less oil. I beli deep fryer ni masa ada special offer, harga asal dalam AUD399 but tgh sale around AUD299 so terus beli then guna. Memang berbaloi. Rsanya baru ni masa balik Malaysia, pernah nampak iklannya di TV, so berapa harga di Malaysia yer...kalau sesiapa yang mampu, belilah..mmg berbaloi sangat-sangat.

Tuesday, 24 July 2012

Hadiah dari Ayah Nan


Hari tu Ayah ada mentioned Ipad untuk budak-budak Ayah perasan ada jual di KLIA masa Ayah dok pergi outstationed . I tak dapat agak, apakah Ipad bidak-budak tu. So masa we all balik Malaysia tu, kebetulan Ayah kena pi outstationed lagi so balik tu Ayah belikanlah untuk cucu-cucunya yang bawah umur 3 tahun ni, bukan Ryan aje yang dapat..tapi ada 3 orang pun dapat benda yang sama jugak.

Ohhh, bukan Ipad tapi Leap Pad rupanya. Maafkan telinga I yer Ayah.

Dulu pernah nampak orang jual LeapPad macam nie kat Garage Sale but tak beli pun sebab conditionnya tak berapa elok tapi tak sangka balik Malaysia dapat yang brand new pulak.

Sukanya dia !!

Dalam nie dah ada disertakan beberapa games juga untuk starter pack, so kalau nak tambah pun boleh juga.

Dah pilih dah game die nak beli nanti

Ceh !!! bergaya habis dengan Leappadnya

Okaylah tu, Danish pun dah dapat hadiah dari Daddy Jack, PS VIta and Ryan dapat LeapPAD from Ayah Nan die.

Boleh tahan juga aplikasi Leappad nie, yang best tu siap ada camera lagi. Canggih sungguhlah education toys anak-anak zaman nie. Tak terpilih rasanya di kedai tu. Cuma kena sediakan duitnya aje..huhuhuhu.

Monday, 23 July 2012

PS Vita pulak

Lama tak jejakkan kaki ke Sungei Wang nie. So, kebetulan dah balik Malaysia, singgahlah kejap. Lagipun Daddy Jack ada nak mencari barang kat sini. Hmm, macam dah boleh agak dah apa barang yang nak dicari tu.

Sebabkan katanya kesian kat Danish yang tak sihat tu, so PS Vita menjadi hadiah untuk Danish yang semakin sembuh.

BB Plaza nak dirobohkan? Kenapa pulak yer..kan dah elok-elok dah jadi pusat membeli belah. Tapi I memang noticed BB ni dah macam agak suram sikit, macam dah tak ramai yang datang.

Ni ada game yang ada and sesuai untuk Danish. Lain tu tak sesuai so kena balik Adelaide cari yang lain pulak.

Kesian Danish, tak sihat kena muntah-muntah and cirit birit sampaikan kena pi emergency APSH sebab tak tahan sangat. Mujurlah tak sampai kena warded. Kuruslah sekejap. Tapi bila dah dapat PS Vita teruslah baik.

Tuesday, 13 March 2012

Koleksi citer blue

Tajuk entry kenalah gempak, kan..hahahah. Well, we all bukannya kumpul citer Blue Porno tu tapi koleksi DVD Blue Ray la. Di Adelaide, blue ray agak murah, paling murah we all beli around AUD8, lebih kurang RM25 sekeping, and paling mahal dalam AUD15 (RM50) sekeping, but still cheap compare to Malaysia. Cerita pun boleh tahan latest. Offer ni dikira menarik jugaklah bila beli 2 and free 1.

So, pilih punya pilih, sebanyak nie yang menjadi pilihan. Masak ler tuan punya badan nak bayarnya.

So, balik rumah..tulis dalam buku cerita apa yang dah dibeli, so nanti kalau ada offer takut terbeli cerita yang sama pulak.

Beli memang dah banyak, tapi tengoknya entah berapa keping aje. Masa tu tak ada. Like siang I busy dengan hal rumahtangga, Daddy Jack pergi Uni. Malam masing-masing dah penat so mmg tak ada masa nak tgk pun. Even ada yang masih belum buka pun plastik covernya. Hmm, tgk kat Malaysia la nampak gayanya.

Tuesday, 21 February 2012

Inilah aje kerja mereka

Kadang-kadang after balik sekolah, Danish and Ryan dok layan cerita dalam Ipad, tak cukup Ipad, Ipod pun jalan jugak walaupun screennya kecil. Tapi kesian pulak tengok screen kecil so we decided to......

Add another collection..another Ipad for the boys. Tak tahan telinga bila asyik berebut Ipad, and masing-masing taknak beralah so belikan satu lagi..so Ipod tu kembali kepada tuannya semula.

Another collection of mine, bukannya Ipad atau Ipod tapi Digital Photo Frame. Kawan Daday Jack, Dr Thomas yang berikan pada we all, as a token of appreciation sebab dok hantar die ke airport bila die ke Melbourne. Ala, benda tu small matter la, tak payah nak bagi hadiah semua. Kita tolong ikhlas, tak perlu apa-apa balasan.

Monday, 6 February 2012

Untuk mummy

Hmm, cuba cari barang tersembunyi kat sini, nampak tak? Cuba muka mata luas-luas untuk cari barang tersembunyi ataupun apa yang pelik dalam gambar nie...hehehehhe.

Daddy Jack belikan I Ipod nie untuk kegunaan I melayari internet tanpa menggunakan handphone. Dia rimas bila tengok I asyik charge aje my handphone sebab dok gunakan handphone untuk surf the net especially Facebook. So die kata, phone hanya untuk call atau sms sahaja, so gunakan Ipod nie untuk surf the net sahaja. Huhuhuh, tapi sekarang nie udahnya I kena juga pakai handphone cos dah berebut pulak dengan anak-anak. Hai, dah ada Ipad, Ipod pun berebut jugak.

Masa Boxing Day lepas, I kan tak ada di sini, balik Malaysia so Daddy Jack pergi angkut set corelle ini untuk menambah koleksi yang sedia ada. I thought akan sekotak dua, tak sangkalah sebanyak ini kotaknya. Nanti balik Malaysia, I ajak siapa-siapa yang sudi datang makan atas pinggan Corelle I yer...hehehehehehe.