Nuffnang Ad

Showing posts with label household collection. Show all posts
Showing posts with label household collection. Show all posts

Monday, 6 March 2017

Cuti CNY

Dah habis pun CNY, baru terhegeh-hegeh nak bukak cerita psl cuti CNY. Cuti lama, tapi we all mmg tak ada buat atau cuti ke mana-mana pun, lepak rumah ajelah.  Tapi ada sekali tu cam teringinnya nak pg IKEA. Sekali bila datang, ehh apsal lengang semacam aje IKEA ni? First time parking masih lagi penuh walaupun dah pukul 930am.

Kita sampai terus la menuju ke cafe dulu, kasi perut kenyang dulu then baru boleh berjalan dengan tenang.

Patutlah beria Daddy Jack ajak kita pergi IKEA, rupanya rak Lego dia ada sale rupanya. Dia dok belek malam-malam ini lah dianya.

Lama dah tak pakai Clarins, dulu rajin jugalah pergi facial semua, nanti-nanti nak berfacial balik lah

Terjebak pula dengan Didi & Friends ni

Dah ada almari Lego, so koleksi Lego kenalah bertambah juga nampak gayanya. Bila masuk kedai Lego ni, mak jauh ditinggalkan sebab masing-masing nak tengok koleksi lego masing-masing.

Balik baru menyinggah Restoran Sari Ratu untuk makan nasi padang, selera anak-anak. Layankan ajelah permintaan mereka yang nak makan Sari Ratu.

Kalau di Sari Ratu, sure akan order Es Teler ni, lebih kurang macam ABC kita jugalah cumanya mereka letk advocado, nangka sikit and pelbagai condiments lagilah. Sejuk and nyaman tekak bila makan time cuaca panas-panas.

Monday, 17 October 2016

Sembang hujung minggu

Bangun awal-awal pagi, lepas mandi terlelap la kejap kat sofa sementara menanti Danish balik dari training.

I pun sempat lah mengemas rumah ni, lap-lap frame gambar semua yang dah banyak mengumpul habuk. Seronok sikit mata ni tengok setiap ruang rumah dah bersih dah.

Dah selesai Danish main bola, terus la pergi breakfast, dimana lagi kalau bukan di NZ

Since dah pukul 11 baru nak makan sarapan, tengok nasi mamak pun menyelerakan so teruslah makan nasi, senang tak perlu nak pikir masak lauk untuk tengahari.

Walaupun tak masak, tapi akiviti mengemas tetap dilakukan macam biasa. Kali ni mengemas dalam almari termasuklah almari pantry. Mengemas dan menyusun tin-tin makanan, rempah ratus dan juga tengok mana-mana yang dah expired tu kena lah dibuang.

Dalam mengemas-mengemas tu sempat jugalah memasak walaupun mee goreng untuk keluarga. Semua malas nak makan nasi, so kita buat menu yang simple ajelah.

Telekung pun dah siap dibasuh, tunggu masa nak digosok dan dilipat masuk almari aje.

Malam-malam sikit terasa nak makan roti canai dan juga makan tanddori so kita ke mamak area rumah ajelah, malas nak gerak jauh-jauh cos takut penuh orang tengok bola di big screen.

Monday, 4 July 2016

Berbuka puasa di IKEA

Dah masuk minggu-minggu akhir Ramadhan, start dah la kes malas memasak, pikir nak berbuka di luar aje la gayanya. Mujur Daddy Jack pun rajin melayan, kes-kes tak ada bibik ni so dia okay aje.

Setiap tahun akan ke sini untuk mencuba their buffet. Dulu harga masih affordable, now dah setanding dengan hotel dah. Masa first time we all cuba, memang dia akan tutup the whole cafe for buka puasa, now dah ada section khas sahaja, terhad hanya for 50 pax only.

Menu pun sentiasa ditukar, takut ada yang bosan makan benda yang sama aje. Tahun ni meatball dikeluarkan dari senarai menu, agak kurang best sikitlah.

Kambing golek masih ada, ini yang tak sabar nak berbuka ni

Kuih muih pun nampak sedap. The boys sukalah ada almond cake tu, boleh makan banyak-banyak, katanya.

Sementara menunggu waktu berbuka, so kita pusing-pusing la satu showroom, sambil melihat-lihat dekor mana-mana yang berkenan tu, cari ilham untuk dekor rumah kita pulak.

Damaged done, dah jom balik kita start dekor rumah kita pulak.

Wednesday, 15 June 2016

Ikea punya cerita

Cuti sekolah tak ada pergi mana pun, just melepak aje. Sesekali keluar jugalah takut anak-anak bosan duduk rumah lama-lama.

Ke IKEA ajelah yang senang membawa the boys ni. Depa suka makan meatballs while Me and Daddy Jack suka tawaf satu showhouse, memang sesuai la sangat kami anak beranak ni.

Sebelum tawaf dan mencari idea decor, kita makan dulu kasi isi perut dulu kenyang-kenyang. Nanti taklah meragam aje kelaparan semua.

Pusing punya pusing, nah satu trolley juga yang penuh walhal sebelum datang bukan main lagi, ehh tak payah beli beria la, hmm udahnya harammmm. Sebab tu I ckap IKEA ni berhantu, sebabnya mana tak boleh beli sure kena beli walaupun hanyalah set senduk RM2 !.

Tuesday, 31 May 2016

Kemas mengemas

Beberapa hari sebelum cuti sekolah, lepas balik dari training singgah IKEA mencari beberapa storage untuk toys yang berlambak-lambak dirumah tu so IKEA la tempat yang sesuai, kan.

Sebelum apa-apa kenalah isi perut dulukan, maklumlah dah seharian duduk di padang tu. So makan dulu then baru best nak pusing satu showroom tu sambil cuci mata tengok idea-idea dekor yang best-best, kan.


Tak sahlah kalau tak menyinggah di kedai LEGO di The Curve, kan. Ada pulak yang berkenan di hati tapi tak jadi beli cos nak tunggu nanti la beli sebab storage tak muat dah di rumah tu.

Dah beli storage apa semua, masanya untuk mengemaskan toys. Mana toys yang dah tak main atau dah tak sepadan dengan usi masing-masing diletakkan dalam satu beg untuk didermakan. Dah buat carboot sales lepas so rasanya tak ada lagi toys yang nak dilet go. Kalau ada pun kena tunggu lama lagi sikit la jawabnya. Tapi ada juga beberapa items yang nak dilet go tak habis dijual masa CBS haritu, so kena iklan disini la jawabnya.

Petang sikit baru pergi makan di Thaqwa pula, kata Daddy Jack roti canai dan kari kambing nya sedap. Ya, memang sedap tapi servis agak lambat sikit mungkin sebab dah petang orang agak ramai.

Tengok kat FB ramai betul kawan-kawan dah pergi Korea, ingat nak letak sebagai salah satu destinasi impian. Sebelum kita ke Korea, kenalah mencuba makan makanan ala-ala Korea dulu so malam tu pergilah dinner di Seoul Garden mencuba buffet spread dia. I pergi ke sini dengan officemate, mencuba buat pertama kali cos masa we all duduk Adelaide dulu tempat ni baru buka.

So far nampaknya semuanya pass la untuk ke Korea, tapi disini makanannya mungkin okaylah dengan tekak kita, tapi sampai sana tak tahulah macamana kan. apapun, Korea tetap masuk dalam senarap percutian impian kita, dah sekarang kenalah rajin-rajin tengok cerita Korea untuk memahamkan budaya dan cara hidup sana pulak.

Tuesday, 15 March 2016

Carboot Sale

Dah banyak kali we all plan nak buat carboot sale, nak menjual pelbagai barangan yang berlambak-lambak we all angkut bawa balik from Adelaide dulu. Mostly barang the boys la, antaranya toys yang dah tak sepadan dengan umur, baju-baju dan juga boot bola.

So awal bulan Januari hari tu we all decided buat jugak la carboot sale ni after dah penuh bilik dengan barang-barang yang tak digunakan lagi. Tak buat jauh mana pun, just buat di depan Hospital Damai, Melawati sahaja.

Seawal pukul 7am dah start buka boot kereta, then I datang lambat sedikit, lebih kurang pukul 8 dan macam nilah keadaannya. Penuh sesak dengan orang ramai yang datang mengunjungi kereta kami.

Keadaan makin hangat terasa bila dah makin ramai yang datang, sampai dah tak terkawal dah dengan tangan bersimpang siur tunjuk sana sini memang havoc kejap. Kesian juga orang lain yang berniaga, tengok aje gelagat orang ramai di tempat kami.

Antara barang yang we all jual, dah malas nak simpan dah

Ini barang yang dibawa balik from Adelaide, masih berada di dalam kotak lagi. Tapi semuanya licin dibeli.

Bukan I sekeluarga aje yang menjual, share bersama my sister and also my sister in law. So ada barang-barang from UK and also Malaysia yang we all jual disini. Mostly adalah mainan kanak-kanak la yang banyak sekali.

Set kasut Timberland ni yang dibeli masa bebudak ni kecik lagi, pakai pun jarang sekali sebab susah nak buka and pakai balik. Pakai pun sekejap-kejap aje.

Game PS3 pun ada juga dijual, tapi ni tidak begitu mendapat sambutan. mungkin orang dah banyak memborong toys.

Apa sahaja yang we all bawa keluar, memang akan ada yang membeli, sampaikan dah bertunggu di boot kereta nak tengok apa lagi yang we all ada. Sampaikan handbag I ni pun ada yang tanya berapa nak jual. Haishhhh, giler kejap dibuatnya tengok situasi ni.

By pukul 11am, dah clear dah mostly our stuffs but still kena tunggu la sebab kereta-kereta lain belum habis lagi barangan jualan mereka. Mujurlah pergi 2 buah kereta, so Daddy Jack yang tunggu, we all anak beranak balik dululah.

Alhamdulillah, hasil kutipan yang memberangsangkan. Semua duit akan dimasukkan ke dalam akaun anak-anak. Ini pun semua mainan mereka so biar mereka yang buat keputusan dengan duit tu nanti. Seronok juga sesekali kita let go barang-barang di rumah, balik pun rasa lapang aje.

Penat sangat sampai rasa tak lalu nak makan nasi so singgah Tim's Cafe and makan sandwich. Hari yang memang penat but yet terasa happy sebab dapat mengahbiskan masa bersama keluarga.