Nuffnang Ad

Showing posts with label family outing. Show all posts
Showing posts with label family outing. Show all posts

Sunday, 16 September 2018

Hujung minggu at One Utama

Biasalah hujung minggu lepas cuti yang panjang, we all tak pergi mana-mana pun. Lepak rumah cos Danish ada tournament bola, lagipun tak ada plan pun nak berehat di mana-mana. Lepak rumah, main pool dan juga keluar jalan-jalan ajelah.

Berjalan-jalan di One Utama, singgah Muji untuk melihat barang-barang rumah dalam tu, tapi Daddy Jack still sukakan IKEA berbanding disini, katanya macam tak best sangat barang-barangnya.

Masuk Uniqlo mencari beberapa baju-baju untuk the boys yang semuanya macam dah tak nak muat, dan juga dah out of season dah semuanya.

Dah lama tak makan di Chilli's so kali ni kita singgah la makan walaupun menu yang diminta mmg sama setiap kali datang makan disini, hehehehheeh.

Merajuk kena tingga dengan Daddy dan juga Danish yang pergi ke MPH nak cari majalah, so kenalah pujuk dengan Molten Lava Cake ni.

Tak habis di Uniqlo, sambung ke H&M pula, sini pun shopping lagi

Masing-masing happy dapat bahagian masing-masing, Mummy aje masih mencari-cari apa yang nak dibeli. Baju dah banyak dah beli, so tak nak la beli baju.

Daddy Jack ajak masuk COACH nak tgk handbag, tapi entah, tak ada feel pulak nak berhandbag baru sebab yang ada pun masih tak dipakai lagi.

The boys and Daddy Jack yang masing tak jemu-jemu lagi nak bershopping. Di ZARA pun sempat lagi mencari baju masing-masing.

Well, takkan nak balik dengan tangan kosong kan so singgah Sephora beli compact powder dan juga foundation from Laura Mercier ajela. Bedak yang sedia ada macam dah nak habis so beli baru untuk letak di office juga.

Monday, 25 December 2017

Hujung minggu ke Pavi



Weekend adalah waktu berjalan, kalau tak bawa the boys we all jalan berdua sajalah. The boys kalau tahu we all ada tujuan nak keluar berjalan pilih duduk rumah ajelah sbb tak nak jalan pusing-pusing cos bosan katanya. So kali ni we all keluar berdua ajelah.

Singgah Madam Kwans dululah untuk makan lunch, actually dah lambat pun dalam pukul 230pm baru nak makan, mana taklah masuk angin semua.

Masuk JD Sports, tengok-temgok kasut running untuk tahun 2018. Kasut yang ada sekarang ni dah lanyak dekat setahun dah so kena mencari kasut baru jugak ni cos banyak running events yang nak join tahun 2018 ni.

Oops ada keluar new collection, so hehehehhehe terima kasih Daddy Jack. Sayang you ketat-ketat.

Sebenarnya Daddy Jack tak tahu, I pun ada beli online juga, hahahahha so dapat menambahkan koleksi jugaklah my Oops ni.

Masuk Zara juga cos Daddy jack nak tengok baju kerja dia, nampak kasut ZARA ni lebih kurang sama aje dengan my sister buatkan, harga dekat RM200 lebih sedangkan my sister jual hanya RM99 sahaja. 

I dah tawaf and belek-belek baju kat bahagian perempuan and Daddy Jack tak settle lagi memilih baju kerja dia. Dia memang akan beli baju kerja disini, nampak style sikit. Tapi ada masanya baju Zara ni pun macam tak begitu cantik design dia so Daddy Jack akan ke Padini atau Mango Men pula.


Sunday, 26 March 2017

Lot 10

Hari Sabtu adalah hari taining bola. Dah berada di padang seawal jam 830am walhal training start pukul 9am. Kalau ada aktiviti di sekolah memang tak pergilah tapi since cuti sekolah ni so bolehlah pergi.

Dah lama tak pergi Lot 10, last pergi tahun lepas, itupun masa I ada company dinner di Parkroyal Hotel so sementara menanti malam, sempat la berjalan-jalan di Lot 10. Jauh beza betul Lot 10 dulu dengan sekarang. Daddy Jack dengan the boys suka sangat la dapat ke sini sebab ada satu level tu kedai sukan semua.

Daddy Jack as usual la, kalau ke Lot 10, sure menyinggah Zara Men mencari baju kerja. Untunglah badan maintain aje, senang nak cari saiz baju yang memang ngam aje.

Now, semua outlet Nike or Adidas dah stop penjualan boot bola. Now TFC yang ambil alih, tapi still boot bola untuk youth size tak dibawa masuk Malaysia, kenalah order from oversea juga. Walaupun Al-Ikhsan ada jual, tapi selalunya dah off season.

Since I buat workout, kenalah juga ambil something untuk jaga my muscle daripada tegangan ataupun menguatkan muscle sikit sebab dah bersenam ni.

Now, we all dah ada port baru kalau nak makan Nasi Arab, di Saba' Restoran, Jelatik. Daddy Jack yang gemar makan nasi arab, I tak berapa sangat makan tapi boleh la juga makan. Bukan tak makan langsung.

Sunday, 19 March 2017

Pavi kita

Hujung minggu kita pun menyukat jalan ajelah kerja anak beranak ni. Walaupun cuti sekolah, tapi we all tak pergi ke mana-mana pun cos Danish busy dengan extra class bermula Isnin sampailah Khamis dari pukul 830am hingga pukul 4pm. Sampai Pavillion, terus pergi makan dulu cos kelaparan dah semuanya, so menuju la kita me Madam Kwan's ajelah.

Semenjak JD Sport dah dibuka di Pavillion, rajin la pulak Daddy Jack ke sini, ada aje nak mencari kat sini, tapi tak membeli pun.

Dulu masa my inlwas ke UK, selalu lah Daddy Jack memesan jersi dan juga barangan sukan kat kedai ni, tapi kat sini lebih banyak jual kasut sukan instead of jersi bola.

Memang banyak pilihan disini, tapi sesaknya dengan ramai orang sampai pening nak belek semua kasut yang ada.

Baju sukan pun ada banyak, samada yang suit ataupun by pieces, rambang mata betul nak memilih.

Banyak pula pilihan kasut sekolah the biys kat sini, ada Nike Air dan juga Jordan, tapi harga tahap ratus-ratus. tak payah la, pakai aje kasut Bata tu, murah dan selesa jugak.

Entah bilalah nak mencuba koleksi Stella ni, ada masanya design baju mcm tak masuk akal aje especially yang bertudung ni.

Dapat menyinggah kedai LEGO, seronok la 2 beranak ni. Tahu aje apa yang latest keluar, mana koleksi yang belum ada lagi. Haishhh, sampai dah hafal dah semua koleksi masing-masing. Layankan ajelah.

Wednesday, 15 June 2016

Ikea punya cerita

Cuti sekolah tak ada pergi mana pun, just melepak aje. Sesekali keluar jugalah takut anak-anak bosan duduk rumah lama-lama.

Ke IKEA ajelah yang senang membawa the boys ni. Depa suka makan meatballs while Me and Daddy Jack suka tawaf satu showhouse, memang sesuai la sangat kami anak beranak ni.

Sebelum tawaf dan mencari idea decor, kita makan dulu kasi isi perut dulu kenyang-kenyang. Nanti taklah meragam aje kelaparan semua.

Pusing punya pusing, nah satu trolley juga yang penuh walhal sebelum datang bukan main lagi, ehh tak payah beli beria la, hmm udahnya harammmm. Sebab tu I ckap IKEA ni berhantu, sebabnya mana tak boleh beli sure kena beli walaupun hanyalah set senduk RM2 !.

Monday, 28 March 2016

Hujung minggu kami

Sesekali terasa juga dapur tu memanggil-manggil untuk berasap kan. Lately jarang betul nak makan nasi, mungkin dah selalu sangat makan nasi so nak juga tukar selera makan benda lain. So terjadilah menu Laksa Penang. Berpeluh-peluh makan di waktu cuaca panas begini.

Dah dekat petang, barulah keluar berjalan-jalan lepas dah settle mengemas dan juga menggosok baju anak-anak sekolah. Keluar untuk release stress kejap, tak pergi jauh mana pun, KLCC jadi la.

Tempat pertama singgah, di Sun Moulin untuk beli roti dan juga bekalan untuk anak-anak. Selalu belo roti bun sausage aje disini buat bekalan.

Dah lama machine coffe di rumah tidak berfungsi cos capsule nya dah habis so singgah Parkson untuk beli beberapa kotak kapsul mcm Milo, Cafe Latte dan entah apa lagilah.

Tak sah la kalau tak menyinggah di kedai Lego kan, plan konon nak tengok-tengok aje tapi mana boleh tak rembat sekotak dua. Alasan lapuk dah bila Daddy Jack buat alasan kat kedai Lego ni. Faham dah.

Sebelum balik, makan dinner dulu la cos dah balik memang tak akan masak la. Kalau terasa nak makan, just makan roti ajelah. So gitulah citer hujung minggu we all sekeluarga, nothing much to do pun cos weekend selalunya jadual penuh dengan aktiviti bola anak-anak sahaja, then petang la baru ada masa nak berjalan, itupun kalau berkesempatan, kalau tak duduk rumah lepak sambil tengok tv ajelah.

Wednesday, 16 March 2016

Johnny Rockets

Kita orang ni memang tak ada la tempat lain nak melepak kalau hujung minggu, tak KLCC atau IKEA, itu ajelah tempat yang biasa we all pergi sebab senang nak parking dan juga cari barang sebab dah biasa.

Tapi kali ni we all parking aje kat KLCC pastu berjalan ke Avenue K, saja aje mencuba tempat lain pula. Dah pusing-pusing terasa pula nak makan di Johnny Rockets.

Not so bad la the burger, nak habiskan pun kena kunyah perlahan-lahan agar dapat telah semua. Kalau makan gopoh-gopoh tu yang rasa macam nak muntah tu.

On the way balik, singgah Intermark kejap sambil singgah Jaya Grocer nak membeli beberapa keperluan. Masuk JG ni terasa macam berada di oversea pulak cos banyak barang yang diimport disini. But hati-hati membeli, always check the label dulu ya takut ada bahan-bahan yang kita tak bleh makan.

Memang melekakan bila berada di setiap aisle ni, semua nak belek-belek then nak beli aje. I memang tak boleh tahan bila lalu section sos, baking, cheese dan juga organic items, Semua nampak sedap-sedap dan nak dibeli tapi rega, masyallah telan air liur ajelah. Kalau beli pun pikir mana yang perlu aje, tak perlu tunggu la bila rasa sesuai nak belinya.