Nuffnang Ad

Showing posts with label One Utama. Show all posts
Showing posts with label One Utama. Show all posts

Sunday, 16 September 2018

Hujung minggu at One Utama

Biasalah hujung minggu lepas cuti yang panjang, we all tak pergi mana-mana pun. Lepak rumah cos Danish ada tournament bola, lagipun tak ada plan pun nak berehat di mana-mana. Lepak rumah, main pool dan juga keluar jalan-jalan ajelah.

Berjalan-jalan di One Utama, singgah Muji untuk melihat barang-barang rumah dalam tu, tapi Daddy Jack still sukakan IKEA berbanding disini, katanya macam tak best sangat barang-barangnya.

Masuk Uniqlo mencari beberapa baju-baju untuk the boys yang semuanya macam dah tak nak muat, dan juga dah out of season dah semuanya.

Dah lama tak makan di Chilli's so kali ni kita singgah la makan walaupun menu yang diminta mmg sama setiap kali datang makan disini, hehehehheeh.

Merajuk kena tingga dengan Daddy dan juga Danish yang pergi ke MPH nak cari majalah, so kenalah pujuk dengan Molten Lava Cake ni.

Tak habis di Uniqlo, sambung ke H&M pula, sini pun shopping lagi

Masing-masing happy dapat bahagian masing-masing, Mummy aje masih mencari-cari apa yang nak dibeli. Baju dah banyak dah beli, so tak nak la beli baju.

Daddy Jack ajak masuk COACH nak tgk handbag, tapi entah, tak ada feel pulak nak berhandbag baru sebab yang ada pun masih tak dipakai lagi.

The boys and Daddy Jack yang masing tak jemu-jemu lagi nak bershopping. Di ZARA pun sempat lagi mencari baju masing-masing.

Well, takkan nak balik dengan tangan kosong kan so singgah Sephora beli compact powder dan juga foundation from Laura Mercier ajela. Bedak yang sedia ada macam dah nak habis so beli baru untuk letak di office juga.

Wednesday, 9 November 2016

Berjalan-jalan bertiga

Selain KLCC, One Utama juga menjadi tempat hujung minggu untuk hangout bersama-sama family. Tapi kalau nak ke sini kena keluar awal takut nanti jem bawah flyover nak masuk ke sini. Then parking pun senang juga kalau awal, tak perlu parking jauh-jauh dari main entrance.

Dah nak exam tetiba sibuk pulak nak cari game untuk anak-anak tapi I dah cakap, kena simpan sampai cuti sekolah nanti baru boleh main. Masa sekolah tak boleh main esp nak exam ni.

Baru beberapa minggu game ni terus disambarnya, inipun ada satu game lagi keluar dalam bulan November, tak pasti bila. Dah dapat apa yang dihajati, bukan main lagi ajak balik.

Sebelum balik, kita menyinggah makan di TGIF's Friday dululah. Orang pun belum ramai lagi so bolehlah nak melepak and sambil senang lenang makan.

We all share aje makanan, sebabnya tak lapar sangat so I hanya makan seafood platter sahaja dengn watermelon smoothies while Danish makan pizza aja.

Dah habis makan, teringin pulak nak makan dessert but just share ajelah bertiga, so makan la brownies with ice-cream.

Dah selesai makan, so kenalah bergerak kasi bakar kalori tu pulak so kita menyinggah la kejap Uniqlo untuk mencari baju-baju yang offer di bakul-bakul, manalah tahu ada yang berkenan.



Balik aje, masa bukak internet ternampak ni ada kawan share di FB, ehh macam kena aje gambar ni rupanya ada yang sudi juga kongsi gambar yang I ambil untuk diletak dalam web mereka. Mujur bagi kredit, kalau tak boleh saman tu..hehehehhehe.

Sabtu dan Ahad seperti biasalah kan dimana lagi kalau tidak di padang bola. Kadang tu sampai kena berpecah dua we all sekeluarga, normally I temankan Ryan di Melwati and Daddy Jack bawa Danish ke The Camp, One Utama.

Kadang makan breakfast di McD aje kalau tak sempat nak ke mamak

Kalau sempat and Danish punya game agak lambat, bolehlah menyinggah kejap tengok Danish main pula.

Kalau dah balik tengahri memang masak pun ala kadar ajelah. Makan ajelah apa yang sempat dimasak. Adakalanya sempat juga siapkan sebelum pergi bola semua so balik just panaskan apa yang patut aje.

Bila dah petang tu kalau terasa lapar lagi, so bermamak la kita, sebab dah seharian tak ke mamak kan, mana boleh. Sure rindukan penangan mamak juga sesekali.

Tuesday, 18 October 2016

Simple birthday celebration

13 Oktober lepas, genaplah umur Ryan 8 tahun. Tahun ni belum ada plan nak buat birthday celebration besar-besaran, just buat small celebration disekolah ajelah. I tempah cake, then order Dominos and hantar ke kelas untuk dimakan waktu rehat bersama kawan-kawan dan cikgu kelas.

I tak tunggu pun, just hantar makanan aje. Segan la juga, mak pak bebudak lain yang buat birthday pun tak tunggu. So cikgu kelas ajelah yang update semua gambar-gambar ni.

Seronok masing-masing bila ada kawan-kawan yang sambut birthday, sebabnya dapat makanan yang best. Janji dengan Ryan nak belikan KFC tapi tak sempat nak keluar dari office so order pizza ajelah.



Balik rumah, Daddy Jack dah siap-siap tunjukkan hadiah untuk birthday boy tapi kenapa rasa hadiah ni lebih kepada Daddy yang punya ya.

Sabtu lepas, keluar  ke One Utama untuk mencari hadiah untuk Ryan lagi. Plannya nak ajak keluar sekali Ryan tapi dia tak nak so tinggal di rumah. Danish aje yang ikut.

Masuk Toys R Us mencari something for Ryan, tapi seperti biasalah kan, Daddy pun tumpang sekaki la tu. Alasan yang selalu diguna pakai.."Kesian bebudak, tak ada mainan nak main". Cheh, padahal anak tak beria tapi bapaknya yang semangat budak.

Singgah Madam Kwan for lunch. We all lagi prefer MK di One Utama compare to KLCC cos servicenya sangat slow. Sini dalam 10 minit dah boleh dapat our order. Lagipun tempatnya agak tersorok, so tak ramai yang perasan.

Nasi Bojari ajelah pilihan 2 beranak ni, I just share mana-mana yang tak habis ajelah cos malas nak order any main dish cos macam dah kenyang sikit sebelum datang tadi.

Sesiapa yang pergi makan di Madam Kwan, korang patut mencuba Banana Fritters ni, memang best and sedap sangat-sangat. Serai pun ada juga tapi tak sesedap di MK. 

Petang-petang beriadah main badminton dengan the boys. Sambil-sambil tu berjogging dulu kita satu padang depan rumah dulu.

Malam barulah kita buat small celebration for Ryan. Masak mee kari ajelah cos sesekali bosan juga makan nasi aje, kan.

Happy Belated Birthday, Ryan. Tahun ni kita buat kecil-kecilan aje yer, Insyallah tahun depan if ada rezeki kita buat party sekali lagi macam tahun lepas.

Sukalah sangat dia dapat hadiah Tobot tu compare to LEGO yang sampai 3 kotak tu. Tapi dia cakap dia tahu yang LEGO tu untuk Daddy sebenarnya, bukan untuk dia main. Dapat Tobot tu memang seronoklah dia main, even tidur pun siap bawa Tobot tidur sekali. 

Friday, 26 August 2016

Taylor's Uni Lakeside


Sesekali kena buat kerja luar di hujung minggu memang agak berat tapi demi tugas, gagahkan juga. Kali ni kena ke Taylor's Uni Lakeside di Subang Jaya. Pagi-pagi lagi dah bertolak kita ke sana sebab program bermula pukul 830am.

Cantik environment universiti ni, sangat berbaloi dengan harga yuran. Facilities pun gempak juga, dengan suasana belajar yang macam oversea sangat.

Sambil tunggu peserta habis program, lepak kejap Starbucks  sambil mengopi mengisi masa yang jenuh menunggu.


Just minum Iced Latte and chocolate roll aje. Tak cukup itu, tambah pulak dengan double chocolae muffin, manalah tak gemuk, kan.

Balik aje from Taylor's terus the boys and Daddy Jack ajak keluar ke One Utama mencari beberapa barangan keperluan. Singgah kedai sukan adalah satu kemestian bagi 3 beranak ini untuk melihat boot baru ataupun jersey bola.

Dah settle semua, kita makan dulu la di Madam's Kwan. CKT dia sedap tapi tak boleh lawan The Little Penang di KLCC lagi la, banyak seafood dalam tu, siap ada kerang lagi. Esok nak pergi KLCC makan CKT The Little Penang la jawabnya.

Selamat berhujung minggu, semua !!!!

Tuesday, 22 December 2015

Ryan tak sihat

Seminggu awal cuti persekolahan lepas, Ryan tak begitu sihat. Demam panas yang agak terus sampai nearly seminggu nak sembuh. Mujur cuti sekolah, so taklah perlu bercuti panjang sangat. Lembik aje tapi Alhamdulillah selera makan taklah teruk sangat. Kalau pagi selalu nak minta scrambled egg sahaja buat alas perut.

Bila demam dah masuk 2 hari, asyik 38-39 degree aje terus la pergi A&E Ampang Puteri takut demam lain pulak. Kat sini pun ramai bebudak yang tak begitu sihat, datang [un lembik and merah aje muka masing-masing.

Demam agak tinggi, 39 degree so kena masukkan ubat ponggong ajelah dulu nak masi reda sikit panas badan tu.

Menonton bola pun kat rumah, tak boleh nak pergi stadium cos kesihatan tak begitu baik lagi. Beli Mcd delivery and then makan depan TV aje anak beranak.

We all even terpaksa melepaskan 2 tiket ke Dinner KLFA. Hanya Daddy Jack and Danish aje yang pergi. Tak apalah, lain kali Insyallah we all pergi.

Bangga ada juga gambar anak bujang saya ini

Dah beransur sihat sikit, barulah boleh keluar berjalan-jalan. Ke One Utama kita mencari barang-barang persekolahan.

Pilihan ana-anak kalau ke sini, Chillis. Perut mmg biarkan kosong untuk makan portion yang besar.

Kasut sekolah dah settle, baju dan buku sekolah on the way pulak.