Nuffnang Ad

Thursday 31 January 2013

Ouchhhh!!!


Kalau dah tak suka tu kan, apa pun sanggup buat, even kena jual barang anak from previous marriage.
 

Wednesday 30 January 2013

Bermula semalam

Semalam, startlah kembali sesi persekolahan bagi new term in 2013 after bercuti panjang selama 8 minggu. Mak-mak pun rileks la sikit, kalau tak every pagi kena pikir untuk lunchbox. So semalam bermulalah balik tugasan untuk menyediakan lunchbox untuk anak ke sekolah. Sekolah di Adelaide ni tiada perkhidmatan kantin so semua kena bawa from rumah. Dalam lunchbox tu kena ada untuk snack and also lunch. Fruit is a must, cos ada fruit time. Kalau tak bawa fruit, siaplah mak ayah kena memo dengan cikgu.

Semua serba serbi baru, beg dan juga kasut baru. I pun tak payah pening nak pikir psl kasut putih ataupun baju kemeja putih, tggu tahun depan baru kena pikirlah. Sini kasut tu yang sesuai untuk bermain, and stationary pun tak begitu penting perlu dibawa kesekolah sebabnya sekolah ada menyediakannya. Hujung bulan ni, parents dapatlah bil untuk bayar stationary anak-anak.

Danish bersemangat nak pergi sekolah seawal yang boleh, nak jumpa his classmates yang dah lama tak jumpa and also Miss Baverstock. Biasalah, hari pertama sekolah, ramai juga parents yang datang untuk hantar anak masing-masing. Tengok ada a fews students yang pakai new uniform, nampak cantik pulak so nanti nak belikan some for Danish jugalah.

Tak sampai pun setahun lagi nak bersekolah disini, lepas ni sambung bersekolah pula di Malaysia.

For junior, diminta untuk berkumpul di library untuk sesi pembahagian kelas dan cikgu masing-masing. Tahun ni Danish bersama lagi dengan cikgu yang pernah mengajarnya dulu di kelas M3, Miss Alison Shaw.

Miss Shaw ni pulak sedang sarat mengandung, tak sempat pun nak berborak ataupun have some light chat with her so tggu lagi seminggu after dah settle semuanya so nanti bolehlah borak-borak after class. Tahun ni Danish sama kelas dengan Ammar dan juga Humaira and kebanyakan classmates die yang lama pun ada didalam ni.

Kelas Danish terletak dibahagian belakang sekali, tapi Danish seronoklah sebabnya sebelah kelas die tu ada cikgu lama die Marc Johnson. Dah settle semuanya, me and Ryan baliklah rumah jalan kaki, exercise sikit while Daddy Jack terus ke Uni.

Tuesday 29 January 2013

Rezeki...rezeki

Setiap hari Sabtu, me and my family akan bangun awal and bersiap untuk ke garage sale, normally we all keluar dalam pukul 8am cos ada garage sale yang bermula seawal pukul 7 ataupun pukul 830am. Normally garage sale sampai pukul 12pm aje cos lepas tu we all balik rumah rehat and lunch ajelah. Tapi tak semua hari-hari yang we all ke garage sale tu mendapat hasil yang lumayan, ada tu just like pulang dengan tangan kosong aje. Then, on Sunday lagilah we all kena bangun awal cos nak ke Sunday Market pulak, pukul 630am dah bergerak ke Sunday Market. Adakalanya macam malas nak pergi tapi mlm Sabtu the boys dah tanya, nanti pergi Sunday Market tak? Nak tak nak kenalah pergi...hehehehee.

Ada masanya hasil ke garage sale adalah sangatlah lumayan. Like this mini prep from Cuisinart yang I dapat for only AUD10 sahaja. ikutkan harga asal lebih kurang dalam AUD100, so dah berapa banyak I untung, kan? Some of my new electrical appliances untuk dapur yang nak bawa balik ke Malaysia pun I beli from Cuisinart so tambahlah lagi my collection.


Tak ingat berapa harga food processor yang masih baru I dapat di garage sale. The owner dapat as a wedding gift tapi malas nak guna so better jualkan aje. I think I dapat dalam AUD15 rasanya. I pun tak guna, terus bungkus masuk aje dalam kotak, bawa balik Malaysia terus.
 


This winter jacket is hasil from Sunday Market, its from GAP and beli agak mahal sikit tapi still new. I beli dapat dalam AUD30 and since I tak ada special winter jacket like this, so beli ajelah. Bila balik, I kemas seluk-seluk poket sekali terjumpa duit AUD200 kat dalam poket tu. Agaknya the owner lupa die ada selitkan duit dalam poket tu, then terus jual aje pada I. 2 weeks later, I ada pergi cari the owner tapi tak jumpa. I pun tak berani nak gunakan duit tu so I sedekahkan pada kelab-kelab yang mengadakan majlis ilmu di Adelaide ni.
   Ada sekali tu, tengok ada duit AUD50 tercicir, tak tahulah siapa pulak yang tercicir duit sebanyak itu. So rezeki...rezeki.

Monday 28 January 2013

Meet new friend, Adila

Masa balik Malaysia lepas, sedang berjalan-jalan di KLCC and sambil menunggu Ayah beli barang from Isetan and melayan the boys and my niece and nephews yang berlari sana sini sambil makan ice cream, tiba-tiba ada nampak seorang perempuan senyum and tegur I " Ehhh, bila yer balik Malaysia?" and me yang tercangak-cangak sambil senyum and tanya "Baru 2 minggu sampai, and ni siapa yer?" sebab I tanya tu cos rasa muka die tak familiar pada I, bukan kawan sekolah, Uni ataupun kawan sekerja. Then she introduced herself "Ohh, saya Adila, saya baca blog Kak Gina" and Im rasa nak pengsan !!!
 

First time jumpa orang yang baca my blog di tempat yang public, rasa malu pun ada juga. My adik-adik dah ketawa-ketawa bila Adila cakap mcm tu and I mcm agak malu la pulak sebabnya dengan huru-haranya Ryan tengah berlari-lari. Rupanya masa Ryan berlari-lari tu die perasan Ryan and Daddy Jack. Pastu masa nampak I tu yang die tegur tu.

Rasanya sekarang ni Adila dah selamat melahirkan anak keduanya. Apapun, if Adila membaca entry ini, Tahniah kami sekeluarga ucapkan buat Adila dan keluarga diatas kelahiran newborn. Semoga ibu dan anak sihat.

Ni suami dan juga anak sulung Adila

Tengoklah huru-haranya bila semua berjalan sekali, stroller aje sampai 4, yang berlari sana sini lagi. Actually masa balik hari tu pun ada jumpa seorang lagi pembaca blog I ni, jumpa di IKEA, pun die perasan Ryan dulu. pastu masa we all nak masuk kereta, die tegur. I pun tak ingat nama die, She's from Kelang and tak sangka masa we all pergi Legoland pun jumpa die balik. Anak dia siap cakap lagi " Ni acik yang kita jumpa kat IKEA hari tu". Terima kasih kepada sesiapa yang terjumpa saya tu, jaganlah segan-segan nak menegur ya.
 

Saturday 26 January 2013

ALIM's Summer School

Sepanjang cuti sekolah di sini, Danish we all masukkan ke Summer School yang dibuat di oleh beberapa orang my Adelaide's gang. Summer school ini merangkumi kelas agama, arts and crafts serta sessi fardhu ain untuk anak-anak berumur 4-8 tahun.

Selalunya Danish pergi pagi with Daddy Jack and hantar Farah sekali tapi balik normally Ayah Farah, Ery akan pick up mereka berdua.

 Ada juga kelas cara mengerjakan solat yang betul

Dah lama dah dulu suggest pada Shifa, salah seorang penggerak Summer School ini since die masih berjiran dengan we all dirumah lama dulu agar membuat kelas/aktiviti untuk anak-anak di Adelaide ni sewaktu cuti sekolah. Sebabnya kat sini tak banyak aktiviti yang boleh dibuat dengan anak-anak bila cuti sekolah. Nak keluar berjalan aje rasa tak best jugak kut. Alhamdulillah, berkat usaha gigih Shifa dan juga Dr Alin, mereka mememulakan sessi summer school pada cuti kali ini.


Hasil art and craft session. Hari ini Insyallah akan berlangsungnya majlis graduasi Summer School ini petang nanti. Kami sekeluarga akan turut memeriahkannya.
 

Friday 25 January 2013

Peach picking time


Lepas majlis birthday party Sabtu lepas, Ahad tu we all dapat jemputan makan lagi..yer makan lagi yer. Memang gemuklah mcm ni. Sebab tu weekend tak payah masak beria-ia sangat sebab aktiviti makan sentiasa aje ada di kalangan my Adelaide's gang ni. We all diundang ke rumah Nadiya dan Habibi untuk sessi mengutip buah peach yang sedang masak ranum dirumahnya.

Tak siapa tahu bakat terendam bak kata Is pasangan suami isteri Nadiya and Habibi ni. Mereka terror membuat rojak. I pernah makan sekali dulu and sedap sangat. Rojak ni antara kegemaran Kak Azie so bila berkumpul sambil makan rojak ni teringat kat die.
 
Pukul 7pm pun masih terang cahaya mataharinya so marilah kita menikmati sepuasnya cahaya matahari sebelum winter menjelang lagi.

Longgokan para bapa yang bersantai di bawah shades sebab takut cahaya matahari. 

3 jebon ini, main pun tak cukup geng dah tapi masih tetap bersama..makan, main dan juga memetik buah. Cool juga bila ada beanbag mcm nie letak kat backyard, kan. Hmm haruslah nak mencari beanbag nak letak kat rumah jugaklah.

Geng bapa yang tak habis-habis bersembang  while geng mak sibuk menyuapkan anak makan ataupun makan and makan lagi.

Aduh !!!! sedapnya rojak ini. Tak puas makan lagi. Selain rojak, tuan rumah ada juga meneyediakan soto yang sedap, karipap serta tetamu as usual membawa mcm-mcm jenis kuih muih.

The kids masing-masing tak sabar nak memetik buah peach yang melebat di belakang rumanh Nadiya ni. Rumah Nadiya ni banyak sungguh pokok buah-buahan termasuklah lemon. Untunglah ada pokok buah belakang rumah. Tu belum tgk her garden herbs lagi, mmg menjadi sungguh. Tak sabar nak tunggu pokok lemonnya berbuah sebab nanti bolehlah minta sikit.

Mujurlah pokok-pokok di rumah Nadiya ni taklah tinggi menggalah, boleh main petik terus and makan aje.


Okay, sementara anak-anak sibuk memetik peach so geng emak pun sibuk nak bercamwhoring la juga

Antara my Adelaide's gang yang turut sama memeriahkan sesi memetik buah peach di rumah Nadiya. Puas makan and puas mengutip buah peach untuk dibawa balik.


Terima kasih Nadiya and Habibi menjemput kami, next time if ada pokok-pokok belakang rumah yang berbuah lebat, jgn segan silu roger-roger kami lagi yer.

Thursday 24 January 2013

Birthday and more birthdays


Minggu lepas, we all celebrate birthday anak Ummi bersama-sama secara kecil-kecilan. Kebetulan pula Danish ada disana, lepas kelas Summer school duduk rumah Ummi and main-main so dalam pukul 6pm we all picked him and celebrate sekali birthday Afiq yang jatuh on 14 January 2013.

 We all sempat la belikan Afiq toys Fire Engine as birthday present.

Afiq and Ryan akan sama-sama masuk kindy hujung bulan ni nanti. Harapnya Ryan akan sukalah ke sekolah cos dah ada geng. Selama ni sorang aje kat kindy, so nak kawan pun tak berapa nak pandai sgt so ada kawan so enjoy la sikit.
 Lepas potong cake and makan-makan so masing-masing tak sabar nak main dengan the big red fire engine.

Then, Sabtu lepas we all mendapat undangan ke majlis birthday collaboration anak-anak Ummi dan Is pula. We all sampai agak lambat sikit cos I have to attend a class..hah? class apa tu, later kita cerita yer. Sampai-sampai tengok makanan memang dah penuh satu meja. Ada macam-macam jenis makanan/kuih muih ada. Ada pasta, kuih lompat tikam, pizza, puding pelangi, kuih keria and mcm-mcm jenis kuih muih lagi. Hmm, there goes my diet. Sampaikan Daddy Jack pernah ckp, kalau mcm ni gaya makan, 10 kotak Herbalife pun belum tentu kurus...huhuhuhuuh

Mujurlah tuan rumah menyediakan bihun/kuayteow sup aje as main dish kalau sediakan nasi minyak atau beriyani, mmg sah-sah la I balik ke rumah kena jalan kaki sebab nak buangkan kalori yang dah berlori-lori tu. Kalau kat majlis makan-makan my Adelaide's gang ni, selera sentiasa membara sebabnya makanan semuanya sedap, lepas tu tetamu jemputan tak dtg serentak, ada yang datang awal and ada yang dtg lewat sikit so makanan mmg tak pernah putus. Tahu-tahu tengok ada aje makanan baru atas meja and kita pun nak merasa hasil masakan kawan sendiri kan.

Selain birthday celebration, Is pun buat housewarming untuk rumah barunya juga. Dah alang-alang buat majlis, so buat sekali gus. Tak kuasa kut nak buat majlis sebulan sekali.

Dah pukul 7 mlm and still cerah mcm ni, hmm tapi tak lama lagi habislah siang yang panjang ini bila winter menjelma. Aduhhh !!!! tak sanggup nak menempuh winter lagi sekali.

Tak kira yang belajar atau surirumahtangga tapi bila berjumpa sesama kita, rasanya sangat meriah dengan sesi gelak ketawa, usik mengusik, sessi luahan perasaan serta hebahan tentang sale merata-rata.

Normally geng bapak-bapak akan lepak diluar, nak ambil fresh air and kaum ibu berada di dalam rumah. patutlah kaum Ibu lebih kenyang bila balik rumah masing-masing sebabnya duduk dlm rumah sambil borak sambil mengunyah and makan aje kerjanya.

Is pun berbesar hati menerima tetamu luarnya, her uni mate. Harapnya her uni mate ni taklah terkejut dengan suasana bila orang-orang Malaysia ni berkumpul dengan kecoh, makanan penuh meja sampai tak tahu nak pilih yang mana.

Ni la antara my Adelaide's gang yang masih tinggal. Still ramai lagi, tapi bulan-bulan berikutnya ramai yang dah start packing untuk pulang kembali menjalankan tugas mereka di Malaysia setelah bercuti panjang selama 3 tahun.

Ni gambar dicopy from Is. Tak sempat nak ambik gambar birthday boys potong cake sebabnya dok leka bersembang didapur sambil apalagi makan and makan la.

Happy 2nd Birthday to Adib and 4th Birthday to Afiq. Semoga menjadi anak-anak yang soleh, membahagiakan kedua orang tua serta saling hormat menghormati. 

Ehh, kenapa sikit aje the kanak-kanak dalam gambar ni? Rupanya masa majlis tiup lilin and potong cake, tak sempat nak mengumpulkan semua anak-anak yang tengah bermain di backyard padahal ada yang bertanya dah potong cake ker, tapi ibu-ibu yang tengah makan doklah cakap, belum lagi and sambul terus sambung makan rupanya dah. Tak apalah, janji semua dapat makan kek yang sedap tu.

Tuan punya majlis menyediakan Ice Kacang untuk para tetamu and of course la dikala panas-panas di waktu summer ni, ini yang orang terkam dulu. I tak sempat nak merasa sebab apalagi makanan atas meja dah berlambak, so  ice kacang pun dilupakan. Bila Is letak gambar ni, menyesal tak makan. Hish !!!!