Nuffnang Ad

Showing posts with label Aussie. Show all posts
Showing posts with label Aussie. Show all posts

Tuesday, 6 May 2014

Ryan dan nasi lemaknya

Nasi lemak dan Ryan memang tak boleh dipisahkan. Masa duduk Adelaide dulu mmg akan sentiasa permintaannya nak makan nasi lemak.. Lagi haru, nak nasi lemak bungkus, tak mahu makan dalam pinggan.

Muka puashati sungguh la dapat makan nasi lemak  bungkus. Kalau datang permintaan nak makan nasi lemak tu, minta jam 12 pm ..then 12.30pm datang tanya dah siap ke belum. Dia ingat Mommy dia macam robot gamaknya, sup sap sup sap siap aje.

Tak kisahlah kan makan dalam kertas atau pinggan, yang penting tengok anak berselera makan pun dah rasa puas hati dah.

Balik Malaysia lagilah hebat penangan nasi lemaknya, tapi I belum berkesempatan lagi nak buat nasi lemaknya semuanya main beli aje. Tapi yang terbaru cara makan nasi lemak adalah, cicah dulu roti canai dalam kuah dhal then baru gaul dengan nasi lemak. Jadilah menu fusion versi Ryan.

Thursday, 16 January 2014

Health check up


Setiap pelajar-pelajar kindy yang berusia 4 tahun di Adelaide perlu menjalani ujian kesihatan yang diwajibkan oleh pihak sekolah dan juga bahagian kesihatan di sana. Ryan pun tak ketinggalan untuk menjalani ujian itu.

We all ni ingatkan ujian kesihatan mcm nak kena cek telinga atau tubuh badan semua tu rupanya nak check dari segi pemahaman dan juga pengetahuan anak-anak aje.

Mulanya diminta untuk menulis nama sendiri, dari situ pihak yang berwajib mula menilai Ryan.

 Kemudian, diberikan pula sesi penerangan untuk test yang seterusnya.

Sesi mendengar pula, kali ini kena mendengar betul-betul dan memastikan lulus ujian kalau tak kena repeat di lain waktu. if fail jugak, then kena pi jumpa specialist. Ya Rabbi, masa ni we all berdoa agar tak perlu repeat semua tu.

 Ujiannya kena dengar apa warna yang diperkatakan, then kena pilih blok yang disediakan..itu aje.

 Ni ujian untuk mata pula

Seronoklah dapat pakai eye patch, rasa macam pirate aje katanya. Tambah pulak pakai jacket pun Jack and Neverland Pirate, so mmg kenalah tu.


 Alhamdulillah, semua ujian berlancar dengan baik

 Ukur ketinggian, ala kementot aje kerinting ni

Berat tetap maintain mcm tu la, tak ada peningkatan pun. Susahnya la nak bagi Ryan ni makan, makan pun ikut mood dia ja.

Monday, 6 January 2014

Pyjamas party

As for Ryan, memulakan hari persekolahan di Malaysia macam tak jadi masalah untuk hari pertama, tapi sesekali terasa jugalah kelainannya.
 
  
Kindy di Adelaide tak banyak menitikberatkan sesi pembelajaran secara mendalam macam kindy di Malaysia. They all menerapkan konsep learning is fun, not to say di Malaysia tak fun tapi kesian juga bila anak-anak berumur 5 tahun dah dibebankan dengan homework dan juga exam. Banyak aktiviti yang dilakukan semasa Ryan masuk kindy di Adelaide dulu. Antaranya Pyjamas Day, dimana semua pelajar kena pakai Pjs mereka ke sekolah.
 
Cikgu-cikgu pun sporting habis memakai pjs mereka untuk suka-suka dengan anak-anak

Teacher Patrea siap pakai silk gown lagi.

3 sekawan, Ryan, Afiq dan juga Scott. Sering bersama dulu, main dan duduk dalam kindy pun sama juga.  Selain pjs mereka juga kena bawa pillow pet ataupun bantal busuk masing-masing cos ada story telling, so semuanya kena baring and have a little nap kejap. Now, Scott dah masuk primary and Ryan dah balik Malaysia, tak sempat nak masuk primary kat sana and end of this January, Afiq pula akan memulakan sesi primary days di East Torrens. 

School assembly yang tinggal memories


Sesi persekolahan di Malaysia telahpun bermula, dan hari ini Danish dan Ryan memeulakan sesi persekolahan mereka untuk minggu kedua. Nanti I akan update serba sedikit ya. So far nampaknya okay aje semuanya, tak terasa lagi bebanan homeworks ataupun aktiviti yang lain.





Bila sekolah buka ni, mulalah I mengenang kembali kenangan Danish bersekolah di East Torrens dulu. Every Friday morning ada assembly dimana murid-murid yang berpeluang menunjukkan apa jua persembahan mereka untuk setiap kelas. I kalau Danish suruh datang assembly tu sure ada sesuatu samada die terima sijil ataupun buat show atas stage.

Students diberi peluang untuk menunjukkan bakat masing-masing serta mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berdiri diatas pentas so taklah stage fright ataupun rasa tak confident bila nak bercakap mcm ni. Semua talk students yang buat kecuali bila ada pengumuman from the principal.
 
Walaupun ada kalanya Danish nampak macam malu-malu nak menari atau memnyanyi di atas pentas, tapi al least adalah juga confident berdiri dan bercakap menggunakan mic.
 
Memang seronok menyaksikan kanak-kanak membuat persembahan serta menunjukkan bakat mereka. Di Malaysia, hanya guru-guru serta Guru Besar yang boleh berucap, adakalanya meleret-leret sampaikan anak murid kat bawah dah tak boleh nak dikawal lagi.
 
Assembly pun taklah sampai sejam, dalam 20 minit pun cukuplah. Setiap kelas diberikan peluang untuk menunjukkan apa jua persembahan, tak kiralah menari, menyanyi ataupun story telling. 
 

Lepas habis assembly di gym, teruslah pi ke kelas masing-masing and sambung pulak sessi pembelajaran. I know for the last 2 days, Danish macam agak takut jugaklah nak masuk kelas di sekolah di Malaysia tapi I and Daddy Jack menunggu depan pintu kelas untuk memastikan agar dia rasa confident duduk dalam kelas itu.

Saturday, 4 January 2014

2 kotak terus

Duduk Adelaide dulu bila Sabtu aje gatal sungguh la tapak kaki ni nak pi pusing satu Campbelltown mencari garage sale . Kalau mood Daddy Jack nak melayan, sanggup la travel jauh sikit then terus pergi lunch. Antara yang dikumpul tak lain tak bukan Corningware dan sewaktu dengannya. Ada rezeki dapatlah 2-3 biji tapi kalau rezeki tergolek dapatlah 2 kotak macam ni.

Rezeki yang dapat from deceased estate, barang-barang maknya yang dah tua dijual oleh anaknya. Penuh bonet kereta mengangkut 2 kotak harta karun ini. Satu pengalaman bila buat hunting macam ni, itu belum lagi yang dijumpai di Sunday Market setiap Ahad. Bila pikir-pikir balik, angkut banyak-banyak muat ke almari rumah di Malaysia ni? Hmmmmm

Thursday, 2 January 2014

Roberto Cavalli is here

Teringat-ingat kenangan bershopping masa di Adelaide dulu, the boys sukalah bila ke Target atau BigW sebab mereka boleh pilih baju yang mereka nak.

Baju licensed products memang sangat murah, kalau musim Toys Stories banyaklah Tshirt yang dikeluarkan, harga pun sangat murah. Ni tak lama lagi LEGO the Movie akan keluar and I boleh bayangkan betapa banyaklah tshirt dan merchandise LEGO akan dikeluarkan di sana. Daddy Jack macam pernah bagi hint dulu, nak pergi sana time LEGO the Movie keluar..ehem, ehem...

Dulu MAC pernah dijual di Target, pastu bila I datang melawat, asyik nampak kosong aje raknya. Rupanya pagi letak, selang 20 minit habis dijual mcm goreng pisang panas. Patutlah rak cepat kosong.

Target pun sempatlah juga buat keluarkan Roberto Cavalli collection, ada shoes and also some apparel yang sangat-sangat cantik. I sempat sambar kasut serta 3 pasang blouse yang sesuai untuk dipakai di Malaysia.

Kasut yang tinggal pun dah tak banyak pilihan, ada tu saiz pun dah sikit aje.

Mujurlah flat ballerina ni aje yang muat di kaki. Yang lain-lain ada yang besar gedabak serta tak begitu cantik patternnya. Ini pun beli, terus simpan dalam garage, belum pakai pun lagi. Tunggu kita buka kotak, then masa tu baru tahu berapa banyaklah kasut, baju dan handbag yang entah bila dibeli then terus simpan dalam kotak. Kalau rasa tak berkenan nak kena jual lelong la jawabnya.

 

Friday, 27 December 2013

Dating

Berdating berdua bila anak-anak ke sekolah masa di Adelaide sangatlah best. Dapatlah meluangkan masa bersama-sama membelek mana-mana kedai yang anak-anak tak suka masuk ataupun kita yang seriau bila mereka masuk mcm kedai barangan kaca.

Dah hantar anak semua ke sekolah dalam pukul 9pg, tak sempat nak makan breakfast. So bila dah datang begini, haruslah mengambil kesempatan isi perut yang lapar ni.

 My platter, Tukish bread with scrambled egg and grilled vege

 Daddy Jack's grilled barramundi

Termenung memikirkan, boleh ker menghabiskan makanan yang banyak ini. Tapi serious memang sedap sangat-sangat the foods. Kali kedua datang, kedai ni terus tukar conceptnya tapi masih mengekalkan menu yang sama.

Sunday, 22 December 2013

Mengisi masa lapang

Masih mood Adelaide lagi....huhuhuhu, payah sungguh nak melupakan segala memori disana

Memang banyak masa dengan anak-anak dulu waktu di Adelaide, tapi bila dah balik Malaysia tak tahulah masa tu kemana, tahu-tahu aje dah petang, then dah malam masa untuk tidur. Masih nak adjust my life here, tambahan lagi tahun depan the boys nak start sekolah juga di sini.

Rindu juga bila anak-anak ajak main indoor, which is I boleh spend masa tengok depa main depan mata. Kadang tu dalam rumah boleh main bola, bowling dan juga foosball bersama-sama.

Adakalanya bila sorang boring main bowling, Danish akan buat hal sendiri like constructing a LEGO. Sekarang ni most of their LEGO collection masih dalam kotak lagi, belum sempat nak sorting mana yang boleh dibuka.

Dapat set bowling kat Sunday Market for $10 sahaja, depa panggil mini bowling set for junior. Si kerinting ni pulak emmang suka main bowling, so bila lalu kat Wangsa Walk memang selalu pujuk nak main bowling tapi belum berkesempatan lagi nak pi.

Kalau bosan main bowling, kadang-kadang tu nak main online game kat komputer, tapi masa hanya dihadkan for 45 minutes sahaja. Sekarang ni mujurlah duduk dengan Ibu so bolehlah petang-petang main bola dengan my cousin yang duduk depan rumah aje, and lupakan kejap main Ipad.