Nuffnang Ad

Showing posts with label fashion statement. Show all posts
Showing posts with label fashion statement. Show all posts

Wednesday, 29 March 2017

Pelanduk dua serupa

Kebetulan tersama pula fashion me and Neelofa. Cumanya Neelofa kurus while me gemuk sikit..hahahhaha


Tudung kontroversi Nora Danish satu ketika dulu, my boys dah gunakan jacket ni time duduk Adelaide. Betul kata orang, fashion ni sentiasa ada peredarannya.

Thursday, 2 January 2014

Roberto Cavalli is here

Teringat-ingat kenangan bershopping masa di Adelaide dulu, the boys sukalah bila ke Target atau BigW sebab mereka boleh pilih baju yang mereka nak.

Baju licensed products memang sangat murah, kalau musim Toys Stories banyaklah Tshirt yang dikeluarkan, harga pun sangat murah. Ni tak lama lagi LEGO the Movie akan keluar and I boleh bayangkan betapa banyaklah tshirt dan merchandise LEGO akan dikeluarkan di sana. Daddy Jack macam pernah bagi hint dulu, nak pergi sana time LEGO the Movie keluar..ehem, ehem...

Dulu MAC pernah dijual di Target, pastu bila I datang melawat, asyik nampak kosong aje raknya. Rupanya pagi letak, selang 20 minit habis dijual mcm goreng pisang panas. Patutlah rak cepat kosong.

Target pun sempatlah juga buat keluarkan Roberto Cavalli collection, ada shoes and also some apparel yang sangat-sangat cantik. I sempat sambar kasut serta 3 pasang blouse yang sesuai untuk dipakai di Malaysia.

Kasut yang tinggal pun dah tak banyak pilihan, ada tu saiz pun dah sikit aje.

Mujurlah flat ballerina ni aje yang muat di kaki. Yang lain-lain ada yang besar gedabak serta tak begitu cantik patternnya. Ini pun beli, terus simpan dalam garage, belum pakai pun lagi. Tunggu kita buka kotak, then masa tu baru tahu berapa banyaklah kasut, baju dan handbag yang entah bila dibeli then terus simpan dalam kotak. Kalau rasa tak berkenan nak kena jual lelong la jawabnya.

 

Friday, 26 July 2013

My Doc Marten

I always in love with Doc Mart, dari dulu lagi semenjak zaman sekolah. My first Mary Jane dibeli tahun 1993 right after SPM, masa tu rasa cool giler dapat pakai boot tapi sayangnya my first Doc Mart dirembat pencuri kasut yang masuk dalam rumah.

My first Doc Mart here in Adelaide dibeli tahun 2012, seminggu sebelum raya, kononnya nak buat kasut raya tapi masa balik dah pakai dah. Then, masa trip ke Melbourne dengan Along tahun lepas, nampak ada offer pulak yang 9 holes ni so sambar lagi satu.

  My first ever Doc Mart yang ada heels.

Dulu susah sangat nak jumpa Doc Mart di Malaysia, tak ada butik khas yang menjualnya. Now, dah buka satu butik di The Gardens so tak perlu bersusah payah nak beli boot di Singapore.

Sempat juga membelikan satu set yang sama dengan Daddy Jack konon nak pakai kat sini tapi memandangkan dah nak balik, so simpan untuk guna pi office ajelah.

  Phuhhhh, dah macam-macam pattern ada dah ni.

Bila tengok Daddy Jack punya macam cantik so I pun beli satu yang sama macam die cumanya warna aje yang lain, mine is maroon with pink lace.

Ni pun beli lagi, after 2 weeks beli yang merah tu sebab tengah buat sale, from $150 jadi $80 sahaja.

My winter warmer, sejuk-sejuk ni teringin pulak nak pakai high boot. Sebenarnya beli boot ni nak pakai dengan costume Superwoman masa birthday pastu pakai pun sekejap-kejap aje cos mcm prefer pakai Cros aje sebab senang nak sarung instead of nak kena zip semua. Now, semua dah masuk kotak untuk dibawa balik.

Friday, 20 January 2012

Jualan betul-betul runtuh

Dah lama tak pi Ariani, pergi pun sebab ada Adelaide's gang kirim belikan tudung untuk dipakai di hari raya tahun lepas, before this kalau pergi kerja, normally I hanya pakai tudung bawal sahaja, senang nak matchkan dengan apa jua baju pun tapi sejak datang Adelaide dok pakai tudung sarung tu rasa selesa jugak pakai tudung macam tu walaupun pada mulanya Daddy Jack menghalang sebab macam orang Indon, katanya. I dah tak kerja, so selesalah sikit pakai tudung sarung tu, lagipun ada anak yang tengah lasak, manalah semoat nak pakai tudung lilit-lilit nie dah, kang terbelit leher, satu hal pulak.

Kebetulan pulak Ariani dok buat jualan runtuh, apalagi haruslah serbu dengan Ibu. Pergi Ariani cawangan Kuantan dulu. Siap pasang strategi nak pergi, tak mahu pergi masa lunch hour sebab nanti orang ramai udahnya sama je, tapi at least dapat jugaklah memborong sampai dapat 2 paper beg besar.

Bila balik KL, ajak my bestie, Nabilah pulak join me bershopping tudung di Ariani lagi, kali ini di Wangsa Maju pulak lah. Sebelum tu, lepak-lepak and gosip dulu kat Old Town. Lama sungguh la tak jumpa Bil nie, so bila jumpa, borak memang tak ingatlah.

Kalau ke Old Town, tak boleh kalau tak makan Curry Mee die, memang sedap giler. Tapi kan, I dah ada port mee kari yang sedap, tapi di Kuantan di Shahzan Hotel, mmg sedap. Dulu waktu muda-muda selalu makan mee kari yang sedap di food court Lot 10, memang terbaik dah rasanya tapi sekarang nie dah tak ada dah..dah tukar dengan org Indon pulak.

Jalan-jalan ke Ariani, terjumpa pulak dengan one of my students, Aina. Dulu, orang selalu anggap we all macam adik beradik, saling tak tumpah.

Tak cukup di Wangsa Maju, sambung pulak di Jalan TAR dengan Ibu. Kali nie sapu aje mana yang ada, dah maals nak pikir dah. Lagipun mancari pesanan my Adelaide's gang yang kirim untuk dibawa balik ke Adelaide. Di sini, ada jugaklah bergaduh dengan seorang perempuan berlagak juga...siap cakap "I Datin, I bayar dulu" orang lain dok tunggu giliran nak bayar so die tiba-tiba aje nak potong Q kan, so I balas " Datin tak Datin, nak bayar kena beratur..Mak I pun Datin jugak" hahah, terus die diam and beratur akhirnya. Apa, die pikir dengan gelaran Datin die ada hak nak potong Q? Piii Rahhhh !!!!!

After tudung hunting, dapatlah beberapa yang telah dipesan pleh my Adelaide's gang, then ada yang minta tukar cos tak berapa berkenan dengan corak-corak. Itu tak jadi masalah, I suka dok keluar nie adalah hiburan sikit dari terperap duduk dlaam rumah without nothing to do.

Memang macam-macam jenis tudung dan pattern ada dijual. I tengok tak ada satu rak tudung pun yak tak ada orang, semuanya penuh. Bising pun sama, dengan suara orang dan juga bunyi-bunyi hanger tudung yang kelentung kelentang.

Bukan tudung aje yang ada jualan runtuh, patung Ariani pun turun runtuh sama sebab orang ramai yang merusuh masuk dalam kedai. Kesian patung nie, sampai jatuh dibuatnya.

Monday, 11 April 2011

Dah lama idamkan

Masa first time datang Hahndorf dulu, dah nak balik baru perasan kedai nie tapi masa tu dah dalam kereta so selalu pasang angan-angan, billah nak datang sini lagi. Tunggu la kut-kut ada saudara mara dari Malaysia datang, barulah boleh ke sini. Tak kan nak dtg sini semata-mata nak ke kedai nie sahaja, dahlah jauh, rasa rugi aje.

Akhirnya, impian nak ke sini terlaksana juga, bila Kak Shida datang, so bolehlah ke Hahndorf. I paksa jugak Daddy Jack untuk ke sini, mulanya nak tengok-tengok aje...heheheh, ayat yak boleh blah tu.

I pernh nampak my sister wearing one of the sandal, rasanya die beli kat KL. Tak pernah tanya kat mana die beli. Kat sini ada macam-macam jenis sandal, all made from leather. Birkenstock nie made from Germany.

Ohh, ada cara yer kalau kita nak beli kasut di Aussie nie, kita tak boleh main simply pergi kat rak and then ambik just try it on aje, nanti ada aje SA yang menjeling kat kita. Masa I masuk nie, ada a few budak from Indonesia and Malaysia yang masuk jugak and they kept on try everything, sekali tu I dengar SA die tanya, yang pattern mana die suka sebab tak boleh try mcm tu aje, kena pakai stokin sebab nak jaga kualiti leather tu. Bila I dah dengar SA tu cakap mcm tu, teruslah pilih, then sebelum cuba, SA tu kena ukur dulu saiz kaki, dia yang akan tentukan saiz kasut kita.

My new Birkenstock...dah lama mengidamkannya, akhirnya dah ada depan mata. Thanks to Daddy Jack. You always be nice to me.