Nuffnang Ad

Showing posts with label Corningware. Show all posts
Showing posts with label Corningware. Show all posts

Thursday, 6 February 2014

Koleksi berharga ku



Sesi membuka kotak yang sampai beberapa bulan yang lepas telahpun selesai. We all pun dah punggah dan pilih mana barang yang nak pakai dulu, then yang nak pakai kemudian. Buka kotak, nampak barang yang berbubblewrap tu tahu dah apa isinya. Macam Daddy Jack cakap, ni rumah bukan tahap banglo lagi dah ni, kena beli muzium terus. yer, memang tak dinafikan nearly 70% barang-barang kaca like Vision, Corningware dan juga Corelle yang I bawa balik, tak kiralah yang beli baru ataupun jumpa di Sunday Market. Ni pun gambar yang lama, sebelum punggah and balut masuk kotak.

Koleksi coffee perculator Corning yang menjadi pujaan semua kawan-kawan di Adelaide ni, dapat satu pun dah mcm tak tidur malam dibuatnya. 

Selain coffee perculators, banyak juga jumpa teaport macam ni, dari 4 cups sampailah yang 6 cups. Da abeberapa jenis bunga yang dah jumpa. Pernah dapat satu teko dengan harga 50 cent ataupun RM2 satu.
 
Antara koleksi pinggan mangkuk yang disimpan dan dikumpul selama ini. Dah nak dekat akhir-akhir nak balik, jumpalah beberapa ketul lagi sampaikan naik pengsan nak membalutnya.
 


Cawan pun ada juga yang dijumpa, tapi selalunya tanpa piring
 
Entah kenapa, I suka sangat mengumpul mug Corelle ni, yang jenis porcelin, tak suka jenis yang stoneware sebabnya berat sangat. Alhamdulillah, berkat 3 tahun duduk Adelaide, dapatlah mengumpul nearly 300 bijik mug corning ni.
 
Nasib yang sangat baik bila pergi Sunday Market bila ada satu ketika tu geng-geng yang selalu pi SM ni  pi jalan-jalan ke Adelaide Hills so dapatlah keajaiban yang tak disangka-sangka ini.

Kadang-kadang tu if bernasib baik, dapatlah jumpa set tea Portmeirion ni. I jumpa set ini sahaja, lepas tu terus tak jumpa. Ada dah PM kat Adelaide, kononnya dulu plan nak beli the dinnerset tapi bila dah ke hulu hilir mengemas barang, udahnya terlupa nak beli.

Saturday, 4 January 2014

2 kotak terus

Duduk Adelaide dulu bila Sabtu aje gatal sungguh la tapak kaki ni nak pi pusing satu Campbelltown mencari garage sale . Kalau mood Daddy Jack nak melayan, sanggup la travel jauh sikit then terus pergi lunch. Antara yang dikumpul tak lain tak bukan Corningware dan sewaktu dengannya. Ada rezeki dapatlah 2-3 biji tapi kalau rezeki tergolek dapatlah 2 kotak macam ni.

Rezeki yang dapat from deceased estate, barang-barang maknya yang dah tua dijual oleh anaknya. Penuh bonet kereta mengangkut 2 kotak harta karun ini. Satu pengalaman bila buat hunting macam ni, itu belum lagi yang dijumpai di Sunday Market setiap Ahad. Bila pikir-pikir balik, angkut banyak-banyak muat ke almari rumah di Malaysia ni? Hmmmmm

Saturday, 29 June 2013

Salvos

Salvos is like mcm secondhand shop, people donate to Salvos then pihak Salvos akan menjual balik for donation to help mereka yang tidak berkemampuan. For those yang tak mahu beli barang barang-barang mcm perabut, pinggan mangkuk ataupun baju-baju sejuk boleh aje cari di Salvos dengan harga yang berpatutan. Dulu we all sesekali aje ke Salvos ni sebab Daddy Jack kadang-kadang during the weekdays agak sibuk dengan hal di Uni tapi sekarang ni bila dah masuk fasa-fasa akhir ada banyaklah masa boleh ajak ke Salvos ni.

Kalau bernasib baik, dapatlah set pinggan Corelle sampai 42 pieces dengan hanya AUD15 sahaja !!!

Ataupun sebakul cawan Corelle ni

Terkejut juga bila satu hari ke Salvos tengok ada jual rehal, dahlah diletakkan dalam keadaan terbalik so I pun belilah sebab nampak elok sangat and diperbuat dari kayu pulak tu.
 

Friday, 10 August 2012

Ada rezeki juga

Tak semestinya kalau I pergi Garage Sale mencari Corning aje, well kadang tu bermacam-macam jenis barang jumpa like Tupperware, Noritake dan sesekali terjumpa jugaklah Pyrex. Kalau nasib baik, terjumpalah Portmeirion sekecil ini pun jadilah untuk letak duit syiling atas fridge.

Kalau datang angin Corning tu, hah ko sampai sekotak penuh dengan Corning aje. Ni pencapaian terbaik tahun lepas, siap dapat set Corning 5 beradik terus. Dapat aje, terus bungkus guna bubble wrap and masuk duduk diam-diam dalam kotak, nak shipping terus bila nak balik nanti.

Kadang-kadang rasa orang Aussie ni suka membazir atau hati mereka baik suka bersedekah. Bayangkan yer, periuk nasi TEFAL nie I dapat FOC sebab jiran di rumah lama tu letak tepi jalan untuk bagi kat orang yang lalu lalang aje. Kebetulan masa tu, I pi jenguk letterbox sekali tengok makcik tu tgh nak letak kotak, then die panggil I tanya nak tak periuk nasi. I pun pi la tengok and sekali terbeliak la mata bila nampak Cik TEFAL ni. I tanyalah die kenapa nak bagi org, manalah tahu kut-kut rosak ke tapi katanya die dah ada yang baru so yang nie baru beli 2 bulan lepas so nak bagi org aje. Mak aii, beli periuk nasi dalam masa 2 bulan? Hebat !!! So I pun dengan tak malunya cakaplah I nak, and Im willing to pay..(ceh!!! padahal dah tahu die nak bagi free aje) tapi die senyum and ckp..It for you, dear, Take it !!! So, till now masih pakai periuk nasi TEFAL nie and still in good conditions lagi. Nanti I cerita apa lagi barang yang I jumpa di Garage sale atau di Sunday Market yang adakalanya tak masuk dek akal yer.

Thursday, 17 May 2012

Aktiviti Mingguan


Setiap hari Sabtu dan Ahad, aktiviti mingguan I adalah pergi garage sale ataupun ke Sunday Market. Kalau pergi Garage Sale dan Sunday Market, Daddy Jack suka keluar seawal pagi. Katanya nak dapat barang elok kenalah keluar awal. Dulu memang membantah sebab malas nak bangun awal, tapi ada betulnya juga kata Daddy Jack tu. Dek kerana bila berkumpul dengan my Adelaide's gang yang asyik dok bercerita aje pasal Corning nie, so keinginan untuk mencarinya di Garage sale ataupun Sunday Market semakin membuak-buaklah walaupun adakalanya Daddy Jack kata pattern tu macam zaman mak die dulu tapi disebabkan nilainya itu yang murah giler, so tersangkutlah juga kegilaan mengumpulnya ini. Like this Spices 5L ni, I dapat hanya AUD10 sahaja.

Kalau ada rezeki dan hari yang elok, dapatlah mengangkut sekotak Corningware di Sunday Market.

Corningware tu I dapat hanya AUD15 untuk tiga-tiga, manakala Tupperware dan juga Pyrex tu hanya AUD1 sahaja. Tak percaya...well, kenalah percaya yer.

Kalau ke Garage Sale pulak, mata terpandangkan teko 6 cups ni di atas meja, terus pi pegang cepat-cepat takut nnt ada orang lain yang cop dulu pulak. Kalau tak silap, I dapat teko nie dalam AUD4 sahaja.

Pencapaian terbaik I,,,hahahaha siap ada pencapaian, kan teko Spices nie jarang sekali jumpa 10cups hanya AUD6 sahaja.

Dulu, I selalu mengeluh dengan my Adelaide's gang, asyik dapat Corning aje, jarangnya nak jumpa Corelle so pi Garage Sale, merasalah jumpa Corelle banyak nie tapi bila balik rumah, banyak yang kena buang sebab sumbing.

Sabtu lepas, pi Garage Sale selang sebuah dari rumah I nie, masuk dalam garage rumahnya, tengok bawah meja adalah sebiji Corning 5L nie. I dah ada bunga nie, 5L juga tapi ada one of my Adelaide's gang nak buat sistem barter so okay ajelah kan.

Dapat pinggan Arcopal nie, 19 pieces hanya 20sen sebiji. Okaylah nak jamu my Adelaide's gang datang rumah makan jenis yang berkuah macam mee bandung atau mee sup, kan.

Kesian Uncle nie, dahlah baru buka meja kat Sunday Market bila I nampak Corning kat sini, terus beli. Tak dan nak set up meja die pun. Tak apalah, murah rezeki Uncle, ni kan sebab I first customer die.

Cantik lagi Corning nie, masih ada kotaknya lagi. Ramai my Adelaide's gang tak suka yang putih sebabnya mcm tak ada pattern. I belasah aje sebab janji Corning, kan. Kalau rasa tak cantik, boleh ajelah lanting kat sesiapa yang berminat.

4 pieces koleksi French White yang hanya dapat dengan harga AUD20 sahaja. A good bargain.

Udahnya, Uncle tu bagi 3 biji pinggan Corelle yang patternnya tak diketahui ni free aje. Bila tanya lagi, itu aje yang tinggal..hahahaha. Dah dibagi free tu banyak songeh pulak yer.

Sunday, 18 March 2012

Macamana tak giler

Setiap hujung minggu adalah waktu Garage Sale, samada suami suka atau tak, itu adalah satu aktiviti wajib bagi warga wanita di Adelaide nie. Ala, suami bising-bising pun kena jugalah layankan isteri sebab dah terperuk duduk dalam rumah dari Isnin sampai Jumaat, so hari Sabtu kenalah bawa pi jalan-jalan. Si isteri tak minta dibawa ke shopping malls pun, cukup lah hanya dibawa ke Garage Sale untuk terapi minda pun sudah memadai. Memang la letih kalau pergi Garage Sale tapi hasilnya tidak memberangsangkan, tapi kalau dah sampai berkotak-kotak Cik Corning dan Pyrex dijumpa dengan harga yang murah, siapa taknak, kan? Macm kotak dia atas nie, I dapat untuk satu kotak tu hanya AUD5 (RM7) sahaja, siap ada teko Corning and saucepan lagi, pyrex mahu tak pengsan dibuatnya !!

Hasil yang paling mengagumkan diri ku ini, satu kotak nie ada 5 pieces Corningware, and 2 saucepans denga hanya AUD20 (RM70) sahaja yer. Kalau ke Langkawi, mungkin harganya dalam RM500++. Walaupun patternnya macam dah tak ada orang nak pakai lagi dah, tapi disebabkan 5 baradik itu, ku angkut jua. Balik aje, terus simpan, sealkan, masuk dalam kotak and akan dibawa balik ke Malaysia nanti. Taknak simpan atau pakai disini, sayang pulak.

I rasa ada dikalangan pembaca sure cakap "Ehh, mak aku adalah teko macam nie" takpun "Nenek I pun ada juga teko macam nie" hahahah, yer I tahu, Corning ni memang dah lama orang pakai, even Ibu pun ada bertingkat-tingkat mangkuk dan juga pinggan Corning nie. Dulu nak beli punyalah payah sebab tak banyak kedai yang menjualnya. Ibu sanggup tu, sesiapa yang nak pergi Singapore aje kirim beli sampai berset-set pinggan die, even sampai ke Spain pun dikirimnya. Punyalah Corning nie menjadi kegilaan perempuan semua. And now, kegilaan Ibu itu turun pulak ke anaknya ini. Hmm, cuba teka berapa I dapat untuk teko nie??? AUD1, AUD2, atau AUD5?...Hmmmm semua tekaan anda salah..I dapat teko ini hanya AUD0.30 sahaja..yer, 30sen, kira-kira RM2 sahaja. Menangis tak?

Saturday, 11 February 2012

Boleh ke nak lawan die ni

Dapat email dari seseorang tentang perempuan nie, adoii mak aiiii. Dia berminat nak menjual some of the items above tapi......di US !!! Hampeh. Kalau di Adelaide, maunya I borong semuanya, malas nak pilih-pilih lagi dah.

Antara koleksi beliau yang sengaja ditayangkan di dalam email untuk membikin hatiku panas mengelegak

Nak pengsan tengok koleksi teapot and coffee perculator die nie. Berapa lamalah die dok simpan buat koleksi nie?

Hmm, yang nie kalau die bagi free pun I tak nak simpan la, buat apa...

all pictures from ksjuke's photostream

Wednesday, 8 February 2012

Rezeki lagi

Baru-baru nie I pergi Marion Market, terjumpa pulak 3 sauce pan set nie. So dengan harga AUD4 satu, I angkut semua sekali.

Balik from Marion Market, terjumpa rumah yang mengadakan Garage Sales, then jumpa teko and juga serving dish besar tu. Alhamdulillah, rezeki di hujung minggu. Daddy Jack as usual, geleng kepala bila tengokkan kegilaan I membelinya. Katanya almari dapur dah nak roboh dah !!

Sunday, 5 February 2012

Koleksi C saya

Selain koleksi Tupperware, lately saya mendapat satu aura baru iaitu mengumpul set Corning pulak. As I said, sebelum nie tak pernah ambik kisah padahal my Adelaide's gang tu ada yang berkotak-kotak bawa balik Malaysia, takpun dah penuh almari dengan corning yang dijumpa di garage sales dengan harga semurah AUD1-10 sahaja. Nak tengok koleksi Corning I tak ? Jeng..jeng..jeng

Set cawan Corning bunga Apricot nie I dapat di GS tapi sekarang nie dah tiada dalam simpanan sebab bertukar dengan My Adelaide's gang yang mengumpul bunga nie. Salah satunya Kak Azie.

Cawan bunga nie, Ibu ada kumpul di Malaysia. Ingat lagi masa zaman Ibu nak beli Corelle nie, siap minta tolong orang pergi Singapore untuk belikan, but I dapat dengan harga RM2 sebiji sahaja. Pernah tengok di Ebay Malaysia, ada orang jual sebiji cawan nie sahan dekat RM40 !!!!!

Koleksi teko Cornflower

Teapot

Ni tersesat pulak teko Pyrex

Baking ware

Saucepan

Ni Pyrex juga

Another saucepan

Royal Doulton

I tengah mengumpul set Shadow Iris nie. Ada beli 4 set waktu we all ke Melbourne dulu, tapi tak sangka jumpa di GS salah satu dari koleksi nie.

Tak pasti bunga apa, tapi beli from one of My Adelaide's gang



Pyrex juga


Set Vision yang pertama dijumpa di GS

Jumpa set 3 beradik die sewaktu pu GS di Melbourne. sanggup tu mengarage sampai jauh-jauh, kan

Hai lah, bila tak dapat, mmg frust tapi bila dapat..tersenyum lebar sampai ke telinga aje. Ade my Adelaide's gang tu memang mengumpul apa sahaja Corning nie sampailah dah mcm persaingan sengit aje bila tiba hujung minggu di mana kaum wanita Melayu Adelaide akan ke garage sale dah hari Ahad ke carboot untuk mencari Corning/Pyrex/Vision idaman hati.