Nuffnang Ad

Showing posts with label big passion. Show all posts
Showing posts with label big passion. Show all posts

Thursday, 10 November 2016

Team lama datang bertandang

Bebaru ni team Adelaide United datang berkunjung ke Malaysia, buat friendly match dengan beberapa kelab di Malaysia, antaranya team Kuala Lumpur. Game berlangsung di Stadium Sime Darby di Bukit Jelutong.

Seronok la anak beranak ni bila team depa satu ketika dulu masa duduk di Adelaide datang berkunjung. Walaupun ramai pemain yang tidak dikenali tapi mat salleh tu terpegun jugaklah depa ada peminat kat sini.

Mat salleh tu pun tetap la melayan anak-anak dan paknya yang sibuk nak bergambar dan juga minta autograf. Still sama macam masa we all di Adelaide dulu. If ada kanak-kanak depa memang akan layan sehabis baik dah.

Team Kuala Lumpur adalah team Daddy Jack dari kecik lagi. Tetap setia menyokong team KL walaupun tak begitu perform macam tahun 80-90an dulu.

Depa pun bangga jugaklah ada juga yang sudi nak minta autograf depa walaupun tak begitu memberansangkan prestasi mereka.

It was a great night for the boys and Daddy Jack, sampai sanggup pi Bukit Jelutong dari Melawati semata-mata nak tengok both team beraksi.

Sunday, 17 April 2016

Life as a soccermom

Macam ni la life as a soccermom setiap minggu, penuh aktiviti seawal pagi. Kalau tak training di Desa Melawati ke New Camp di Bandar Utama untuk tournament pula. Seawal pukul 7am dah bergerak keluar rumah macam hari sekolah pula. Kalau awal, sempat la breakfast dulu di mana-mana mamak sekitar yang terdekat.

Sekarang cuaca dah makin okay, tak sepanas macam dulu. So redup sikitlah pagi-pagi tak perlu nak berjemur sampai legam dah masing-masing.

Seperti biasa, Head Coach bertunggu di tepi padang la, I just duduk tepi padang sambil layan lagu ipod aje.

Kalau dah letih, mana nak masak dah. So balik rumah, mandi kasi siap-siap and then terus keluar makan. Kalau lapar sangat, carilah Brunch kat hotel then makan sampai petang. Masa tu bolehlah prepare untuk dinner pula.

Monday, 21 December 2015

Cuti sekolah

Phuhhhh, lama betul tak bersiaran. Blog pun hampir bersawang dah ni. Ada aje kat Malaysia ni, tak pergi mana-mana pun di kala cuti sekolah ni, cumanya busy la menguruskan rumah bila time cuti ni. Tugas hari-hari seperti biasalah menjadi surirumahtangga tapi petang bertukar menjadi soccermom pulak dengan menemankan anak di padang. Ada masa bukan aje petang, pagi pun kena menjadi soccermom juga.


Aktiviti selalu lepas habis main bola bawa the boys pergi makan la after dah jenuh berlari keliling padang tu. Selalu menu adalah roti canai ajelah yang paling senang sekali.

Masing-masing muka kelaparan betul. Datang aje pinggan roti canai dah macam dinasour aje dah semua.

Bawa teman ke Pasar Tani kejap, sambil nak masak lauk untuk tengahari nanti. Malas nak keluar 203 kali so sekali harung bawak bebudak ni terus.


Sedap pulak nampak ada satu makcik ni jual ayam dan daging salai, jom la kita masak masak lemak cili padi ayam salai dengan belimbing buluh. Nak juga merasa kesedapan ayam salai tu.

Dah petang-petang check barang dapur banyak pula yang tak ada...aduh malasnya nak keluar membeli di Giant sebab sure ramai orang keluar time cuti-cuti sekolah ni. Teringat pula Tesco ada buat delivery so buka website terus order macam-macam. Tak lama lepas tu, tup-tup dah sampai depan pintu barang yang kita order tu. Senangnya hidup sekarang ni, tak perlu nak beratur panjang nak membeli dan membayar barang di kaunter lagi dah.

Hah, itu dia. Macam-macam yang kita order, so bertahan lagilah barang dapur so kita pun tak bersesak-sesak dengan orang ramai lagi dah, kan.

Sementara tunggu petang nak main bola kat luar rumah, main indoor game dulu. Kalau tak board games, we all main card games ajelah. Antara favourite adalah UNO.

Sambil melihat anaj-anak main bola di luar, kita pun sempat lagilah makan marble cake yang dibeli dikedai, masih belum berkesempatan nak membuatnya dan juga hot Nescafe. Sedap tidak terperi, hoiiii manalah tak gemu berkilo-kilo nih.

Wednesday, 9 September 2015

Senggang waktu hujung minggu

Waktu hujung minggu adalah yang paling best sekali, boleh bersenang lenang sikit kan. Bangun lambat especiallynya. Tambah best bila ada pulak yang prepare breakfast in bed. 

Taklah berehat sepanjang masa kan, itu malas namanya. Sesekali kena juga mengemas dan membuang mana-mana yang patut dibuang. Sessi mengemas toys adalah yang paling malas sekali, ni koleksi masa Danish masil kecil lagi, tak tahulah nak guna lagi ke tak  bila anak-anak pun dah berumur 7 dan 10 tahun.

Adoiii, ini paling mencabar, antara doktor yang paling takut sekali nak jumpa..dentist. Tapi hari tu tak sanggup sebab sakit sangat rasanya. So nak tak nak kenalah menyerah diri.

Anak bujang sorang ni dah pandai selfie sendiri. Kadang duduk diam aje dalam kereta tahu-tahu dah penuh photo gallery dengan gambar dia aje.

Mana-mana kotak yang masih belum dibuka masa bawak balik from Adelaide lepas, bila buka mesti kotak-kotak mainan budak. Ni beberapa minggu lagi nak sort mana yang patut untuk diberi pada orang sebab ada tu toys yang tak sepadan dah dengan umur masing-masing.

Daddy Jack as usual, gilakan LEGO. Mana-mana kotak LEGO yang masih belum dibuka, dia akan buka and pasangkan then simpan.

Bila petang-petang sikit, ajak semua sekali pergi rumah Ibu yang hanya 5 minit sahaja. Anak-anak main bola di luar dengan kawan-kawan, while I duduk bersembang dengan Ibu di dapur sambil menikmati hidangan minum petang yang disediakan.

Tuesday, 1 September 2015

Bersantai di Mid Valley

Kalau tak ke KLCC, kami pergi juga shopping mall lain, antaranya Mid Valley. Tapi kalau ke Mid Valley kena keluar awal takut susah mencari parking. We all pernah duduk lama dalam kereta sebab mencari parking aje tapi selalunya if we all ke Mid Valley, lebih suka parking di The Gardens. Kalau dah ke Gardens kenalah menyinggah ke kedai Lego dulu, kan.


Kalau ada cerita best, baru we all tengok. Kalau setakat cerita biasa jarang juga we all tengok wayang.


Kebetulan pulak ada kedai LEGO baru buka di Mid Valley, and ada offer pulak tu. So 3 beranak ni senyum lebar la masuk kedai.

Kalau dibiarkan, 3 beranak ni mudahlah lupa diri duduk lama dalam kedai ini. Inipun mujur ada offer, kalau tak, tak tahulah apa yang nak diangkutnya lagi.

Dapat satu cukuplah, tak boleh angkut banyak-banyak. Yang beli kat Adelaide pun masih belum dibuka kotaknya lagi. Cukuplah buat masa ini yer.

Wah !!!!! dah ada balik. Terlalu suka sampai tak tahu nak cakap apa. Last makan masa mengandungkan Ryan tahun 2008 dulu. Terlalu suka sangat makan time tu, selalu lepas balik kerja from Shah Alam akan singgah makan di One Utama dulu then baru balik rumah. Tu gamaknya muka Ryan iras-iras Jepun sikit gamaknya.

Their famous Beef bowl. Makan kali ni kena share dulu takut anak-anak tak suka tapi Alhamdulillah, perlahan-lahan mereka pun suka juga dengan nasi daging kicap ni katanya.

Dah balik berjalan, masing-masin rasa lapar lagi so ke dapur membuat minuman petang pula. Tengok bahan-bahan semua ada, so menggulung la kita membuat kuih gulung pula. Dapat banyak, so makan sampai malam sambil menonton TV, puas hati, kan.

Tuesday, 10 March 2015

Tactical training

Setiap Khamis, Danish and Ryan ada tactical training di KLFA. Disini, akan diajar dengan lebih detail lagi teknik-teknik bermain bola yang lebih baik. Sabtu dan Ahad cuma training biasa sahaja.


Ingatkan sejam aje training dia, rupanya sampai 2 jam duduk di tepi padang ni. Sampaikan lampu ala-ala stadium pun dah buka.

Break for solat maghrib kejap then sambung balik.

Sementara tunggu the boys main bola, sempat la pusing padang 3 round untuk exercise.

Tepat pukul 8pm, settle semuanya. Balik rumah, mandi-mandi tengok buku sekolah kejap then pukul 9 malam semua masuk tidur untuk ke sekolah esok harinya.

Friday, 10 January 2014

Baking class

Masa mula-mula balik Malaysia dulu, sempatlah I join class baking under Kak Yani. Kelas yang bermula pada pukul 10 pagi dah habis around 5pm tu memang best.

Kak Yani dulu merupakan seorang lawyer untuk salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia, tapi kerana kekangan kerja dan juga komitmen kepada keluarga so Kak Yani pun berhenti kerja dan mencuba her interest yang sekian lama dipendam. Alhamdulillah, sekarang Kak Yani mmg bertambah popular di kalangan bakers.

Untuk kelas itu, we all belajar cara membuat rainbow cake, red velvet dan juga Congo Bars.

Kelas seramai 20 orang, so ada berbagai-bagai profession antaranya ada yang akauntan, suri rumahtangga, bakers malahan ada juga yang saja nak belajar. Baguslah menambah ilmu.

 Congo bars resepi Kak Yani yang sangat-sangat sedap

Kak Yani banyak berkongsi tips dan juga teknik-teknik yang betul untuk meletakkan butercream pada cake.

Kak Yani terkenal dengan Salted Caramel cakenya serta congo bars dan juga her victorian sandwich cake yang sangat-sangat sedap.

We all buat hand on sendiri so satu cake dalam 5 pelajar and macam-macam jenis warna bila sessi buat rainbow cake, siap ada yang buat ombre lagi.

Then break kejap for Zuhur then we all lunch kat Bangi kopitiam ramai-ramai, sangat havoc dibuatnya.

Rajin betul Kak Yani buat Victoria Sandwich cake untuk dimakan ramai-ramai dalam kelas.

Ohh selama ni I dok balutkan cake I guna buttercream dengan cara yang salah, so banyaklah teknik baru yang dipelajari disini.

Dah siap semua cake, masing-masing impressed dengan hasil kerja kumpulan masing-masing.

Masing-masing pun bergegas la keluarkan segala gadget yang ada untuk ambil gambar kek, dari pelbagai angle dan juga teknik, then apa lagi upload kat FB dan juga IG sendiri.

 Kak Yani pun tak ketinggalan juga

 Untuk simpanan, kata Kak Yani

Pelbagai jenis rupa red velvet dan juga raindow cake hasil kreativiti pelajar-pelajar Kak Yani.

My group punya rainbow cake

Inilah hasil kek-kek yang I belajar pada hari itu

 Red Velvet my group sebelum dipotong

Dan ini, my rainbow cake...teringin pulak la nak makan cake ni, kena buka kotak nak cari mixer ni.