Nuffnang Ad

Showing posts with label family activity. Show all posts
Showing posts with label family activity. Show all posts

Monday, 1 October 2018

Hari Sukan Ryan



Cerita dah basi, sekian lama terperap dlm draft box. Cerita hari sukan sekolah Ryan. Tahun ni Ryan berseorangan as Danish dah berpindah ke sekolah menengah but still Danish datang juga, bagi support pada adik dan nak jumpa cikgu lamanya.

Ryan masih dengan Rumah Syahbandar ataupun Rumah Kuning, tapi nampaknya macam kuat juga tahun ni, dengan team kawad yang agak bagus.

Cuaca pun agak panas, pihak sekolah berusaha untuk habiskan awal agar pelajar tidak sakit dan juga tak selesa bersukan dalam cuaca panas.

Pertama kali dapat masuk acara larian bagi Darjah 4, so excited sangat sampai kena beli kasut baru sebab nak lari laju katanya.


Dah leading dah masa pelari kedua, tapi masuk pelari ketiga dah agak lambat sikit tapi tak apa, untuk permulaan dapat tempat ketiga pun dah cukup bagus pencapaiannya.


Tahun depan kita cuba lagi untuk dapatkan gold pulak ya



Daddy Jack ambik gambar dari atas aje, saat I merakamkan moment anak-anak, bila tanya kenapa tak turun, dia kata dah ada zoom lens buat apa turun. So, you bolehlah upload kat IG you gambar-gambar pakai phone you tu...chehhh

Sunday, 16 September 2018

Hujung minggu at One Utama

Biasalah hujung minggu lepas cuti yang panjang, we all tak pergi mana-mana pun. Lepak rumah cos Danish ada tournament bola, lagipun tak ada plan pun nak berehat di mana-mana. Lepak rumah, main pool dan juga keluar jalan-jalan ajelah.

Berjalan-jalan di One Utama, singgah Muji untuk melihat barang-barang rumah dalam tu, tapi Daddy Jack still sukakan IKEA berbanding disini, katanya macam tak best sangat barang-barangnya.

Masuk Uniqlo mencari beberapa baju-baju untuk the boys yang semuanya macam dah tak nak muat, dan juga dah out of season dah semuanya.

Dah lama tak makan di Chilli's so kali ni kita singgah la makan walaupun menu yang diminta mmg sama setiap kali datang makan disini, hehehehheeh.

Merajuk kena tingga dengan Daddy dan juga Danish yang pergi ke MPH nak cari majalah, so kenalah pujuk dengan Molten Lava Cake ni.

Tak habis di Uniqlo, sambung ke H&M pula, sini pun shopping lagi

Masing-masing happy dapat bahagian masing-masing, Mummy aje masih mencari-cari apa yang nak dibeli. Baju dah banyak dah beli, so tak nak la beli baju.

Daddy Jack ajak masuk COACH nak tgk handbag, tapi entah, tak ada feel pulak nak berhandbag baru sebab yang ada pun masih tak dipakai lagi.

The boys and Daddy Jack yang masing tak jemu-jemu lagi nak bershopping. Di ZARA pun sempat lagi mencari baju masing-masing.

Well, takkan nak balik dengan tangan kosong kan so singgah Sephora beli compact powder dan juga foundation from Laura Mercier ajela. Bedak yang sedia ada macam dah nak habis so beli baru untuk letak di office juga.

Sunday, 9 September 2018

Sunway Pyramid sekali sekala

Well, we all jarang nak ke mana-mana shopping mall selain KLCC, ataupun Pavillion, sesekali menyinggah jugalah One Utama, tapi Mid Valley atau The Gardens dah makin jarang pergi. Bila Daddy Jack ajak pergi Sunway Pyramid, semua rasa hah, jauhnya nak pergi mall, but layankan ajelah. Sebelum tu singgah Starbucks dulu, the boys nak Frappe dan juga me nak jugak Iced Latte.

Iced Latte yang sedap, depan ni ada Family Mart tapi tak jumpa pulak Iced Latte yang diviralkan di FB tu.

Patutlah beria ajak ke Sunway Pyramid, ada makna rupanya....

Nak yang besar sekali tu untuk hari jadi dia, walhal hadiah LEGO besar ni tahun lepas pun tak buka kotak lagi, alasan almari dah tak muat. Dah tu, takkan nak tambah lagi, pening jugak ni

Menyinggah masuk Popular, nampak pula ada beberapa buku yang best juga tajuk-tajuknya

3 beranak ni masuk kedai game pula, mencari game yang terbaru tapi hasrat ditangguhkan kerana exam dah makin dekat.


Jersey World Cup dah makin murah sekarang, tapi team kita dah kalah, so tak perlu belilah. Tunggu Euro 2020 then baru beli itupun kalau masuk la kan. Kalau tak, kita tengok kat kedai ajelah.

Saturday, 18 August 2018

Dating dengan anak bongsu


Musim bola telah bermula, so seperti biasa hujung minggu aktiviti tepi padang, berpanas sampai melekit badan semua adalah.

Singgah Cold Storage kejap, beli a few things. Ternampak pulak Nippy's ni, selalu jumpa dalam kotak tapi kali ni dah ada dalam bentuk botol pula.

Lalu depan MBG Fruits, selalu kecur tengok mangga cili ni, kadang campurkan juga mangga dan juga nenas, letak cili lebih memang sedap juga. Tak boleh makan selalu sebab ada asam boi kan, takut sakit perut pula.

Dah umur 10 tahun pun masih merajuk lagi gara-gara tak dapat ikut Danish pergi training. Daddy Jack tak bagi pergi, merajuk masuk bawah meja. Tahu-tahu dah tertidur bawah meja rupanya. Kejut, and pujuk ajak pergi Mall kejap makan ice cream, terus mood okay.

Lepak at Molten Cafe, makan pancake dengan ice-cream. Nampak okay dah tu, muka pun senyum dpt makan icea cream dengan milkshake.

Terliur pula dengan churros ni, so order. Dalam gambar menu nampak mcm kecil aje, sekali sampai mak aii besar-besar. Jenuh juga nak habiskan sorang-sorang ni.

Malam tu, Daddy Jack pula ajak ber Seoul Garden pula. Teringin nak makan BBQ dan juga steamboat, katanya. Mujur dah ada SG dekat area rumah I, ni so tak perlu pergi jauh-jauh dah.


Thursday, 9 August 2018

Larian 10km

First time nak sertai larian 10km ni, selalunya ambil FunRun 5km aje tapi since terlambat nak register, so bila ada kawan nak jual kit, sambar terus lah.

Okaylah, dapat habiskan juga larian. Route kali ni agak berbeza sikit dari tahun lepas.


My first 10km medal from Standard Chatered Marathon, tahun depan boleh cuba lagi

Balik rumah, lepak sekejap then teringin pulak nak makan mee bandung, so sediakan semua bahan, pakai aje paste Mak Pon, settle sudah.


Esoknya tak keje, so ambil peluang untuk melepak di Mall, kiranya macam me time la ni since anak-anak pergi sekolah. Lama dah tak buat aktiviti melepak sorang-sorang macam ni sambil merayau-rayau dalam mall.

Melepak minum kopi dan juga breakfast ala-ala Mat Salleh gitu

Lama tak masuk Toys R Us, kalau dulu masa Arwah Ayah ada mesti akan menyinggah masuk sini beli mainan untuk cucu-cunya walaupun ada yang masih belum bukak kotak lagi, but tetap dibelikannya. And now, kenangan itu tetap ada, mujur cucu-cucu faham, lagipun umur dah besar tak ada mananya nak main toys lagi.

Monday, 16 July 2018

Danish 13th Birthday

Dah dekat sebulan dah berlalu......anak sulung I pun dah masuk zaman remaja dah. 13 tahun pada tahun ini, seperti tahun sudah, tahun ini disambung dalam bulan puasa.

Bangun pagi, kena temankan we all ke Jalan TAR mencari songkok dulu, then baru ke tempat untuk beli hadiah pula. Jalan TAR mujur masa ni tak ramai orang, so tak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai.

Permintaan hadiah ke 13 tahun, nak boot bola. Walaupun orang sibuk nak buat persiapan raya, bola juga yang jadi pilihan untuk hadiah.

Lambat lagi nak dapat main bola, tunggu lepas raya, la baru kembali beraksi di padang. Pilihan kasut pulak warna putih, jenuh la nak menyentalnya.


Malam tu, Ibu ajak berbuka puas di luar. Ibu masih nak kekalkan tradisi untuk ajak anak-anak, memantu dan juga cucu untuk keluar berbuka di tempat yang selalu pergi masa Ayah ada. We all berbuka di Traders Hotel, tempat yang memang tiap tahun we all berbuka puasa disini since dari I duduk Adelaide lagi.


Makanan di Traders masih tetap sama, tak ada bezanya. Still sedap macam dulu. Tahun ni berbeza sedikit, kurangnya satu kerusi bagi kami menikmati juadah berbuka disini.

Happy 13th Birthday, Danish Imran. Semoga menjadi anak yang soleh, sihat tubuh badan serta diberikan kejayaan di dalam sukan dan juga akademik.