Nuffnang Ad

Showing posts with label school days. Show all posts
Showing posts with label school days. Show all posts

Monday, 1 October 2018

Hari Sukan Ryan



Cerita dah basi, sekian lama terperap dlm draft box. Cerita hari sukan sekolah Ryan. Tahun ni Ryan berseorangan as Danish dah berpindah ke sekolah menengah but still Danish datang juga, bagi support pada adik dan nak jumpa cikgu lamanya.

Ryan masih dengan Rumah Syahbandar ataupun Rumah Kuning, tapi nampaknya macam kuat juga tahun ni, dengan team kawad yang agak bagus.

Cuaca pun agak panas, pihak sekolah berusaha untuk habiskan awal agar pelajar tidak sakit dan juga tak selesa bersukan dalam cuaca panas.

Pertama kali dapat masuk acara larian bagi Darjah 4, so excited sangat sampai kena beli kasut baru sebab nak lari laju katanya.


Dah leading dah masa pelari kedua, tapi masuk pelari ketiga dah agak lambat sikit tapi tak apa, untuk permulaan dapat tempat ketiga pun dah cukup bagus pencapaiannya.


Tahun depan kita cuba lagi untuk dapatkan gold pulak ya



Daddy Jack ambik gambar dari atas aje, saat I merakamkan moment anak-anak, bila tanya kenapa tak turun, dia kata dah ada zoom lens buat apa turun. So, you bolehlah upload kat IG you gambar-gambar pakai phone you tu...chehhh

Sunday, 23 September 2018

School camping



Beberapa bulan yang lepas, Ryan pertama kali join camping sekolah under Unit Beruniform bg Kadet Tunas Remaja Sekolah. Kali ni ke area Kuala Selangor untuk camping. First time ni berjauhan dengan Mummy, so rasa macam okay la kan.

Sebelum pergi, ambil gambar dululah dengan Mummy. Nak peluk cium malu sebab ada kawan-kawan, piii rahhhh.

Gambar-gambar yang diambil dikongsi di FB sekolah, so dapatlah tengok apa aktiviti-aktiviti yang dilakukan di sana.


Ada juga yang cikgu letak di group WA kelas untuk tatapan ibubapa yang lain.

Ni gambar yang cikgu di sana hantar personally. Ya ampunnn, berlumpur semua, macamana la simpan baju kotor tu nanti.

Dapat undangan kenduri kawin kawan office Daddy Jack di Shah Alam, so since tak ada buat apa-apa on weekend, so pergi ajelah. Sedap-sedap makanan semuanya, nampak menyelerakan tapi kena amkan secara berhemah, jaga badannnn.

Deco pelamin pun cantik juga

Pagi sementara tunggu ryan balik from camping, singgah breakfast di Village Grocer pulak. Nak makan big breakfast tapi macam besar portionnya so ambil yang simple ajelah.

Sanitarum PB tengah sale masa ni tapi dah banyak dah PB kat rumah tu beli online

Suka beli sayur di VG ni, nampak segar-segar dan hijau sangat

Selection of butter pun best sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.

Dalam pukul 2 Ryan dah sampai area sekolah, masa ambil nampak muka pun letih aje. So bila tanya, nak pergi camping lagi tak ? Jawapannya TAK NAKKK katanya...hehehehhehe. Tak apalah, at least kita dah cuba untuk cari pengalaman, kan.




Sunday, 6 May 2018

Mengorak langkah

Lama betul tak update blog, cerita pun mostly dah basi dah. Anak bujang saya yang sulung ni sekarang dah masuk sekolah yang diimpikan. Victoria Instituition dah hampir 4 bulan bersekolah di sana. 

Sekolah yang telah berusia 125 tahun pada tahun ini yang telah melahirkan ramai pelajar yang ternama juga.


The famous clock tower, menjadi kebanggaan every Victorian.

Hari pertama mendaftar ke sekolah, since we all transfer from private to gomen school, so masuk sekolah agak lambat jugaklah, mengikut procedure yang ditetapkan tiada menggunakan kabel.

Pagi we all sampai tu, perhimpunan dah nak bermula. We all nampaklah begitu berdidiplin para pelajar yang hanya diawasi oleh pengawas sekolah sahaja.

Sementara Danish dalam assembly hall, we all bergegas membeli buku latihan dan juga buku tulis. Mak aiii, lagi banyak buku daripada sekolah Mummy ni.

Setiap pelajar Form 1, perlu menduduki ujian kelayakan masuk ke kelas samada kelas biasa ataupun DLP Program. Danish pun tak terlepas untuk sit for exam.

Pagi mendaftar tu agak mendung juga, pagi pun dah hujan dah.

Sementara menunggu Danish siap exam, we all lepak di kantin dulu. Sedap juga makanan di kantin sekolah ni. Ada jual pelbagai jenis makanan and so Mummy tak perlu risau la bab makanan.

Hujung minggu tu, sesi membalut buku Danish pula, walaupun ada bertanyakan kawan-kawan katanya buku ni tak semua digunakan but still kena balut la juga, takut nanti nak pakai pulak.

Saturday, 28 October 2017

Cuti Deepavali

Sehari sebelum cuti Deepavali, Danish ada bola pula menlawan team NFD di Bandar Utama. Game start pukul 6, but Danish pergi awal dengan one of his teammate cos Daddy Jack ada kerja di luar. Tapi Daddy Jack sempatlah balik awal tenguk tengok game ni.

Balik tu, we all decided nak tinggal di hotel yang Daddy Jack ada mesyuarat tu since esoknya adalah cuti Deepavali. Daddy Jack seperti biasalah ada kurus di tengah KL so manalah pernah duduk hotel di KL ni, so rebutlah peluang yang ada.

Daddy dah pergi meeting so semuanya kelaparan. Hotel ni tiada buffet atau ala carte for dinner so kenalah makan Sari Ratu yang paling dekat.

Esok paginya, bangun awal. Tengok bandar KL taklah sebusy mana, mungkin cuti so orang ambil kesempatan nak berehat ajelah dirumah.

Masa ni Ryan sibuk kena paksa study cos exam tak lama lagi. Tapi agak nampak kemalasan nak belajar esp time cuti macam ni.

Dah siap semua, so bolehlah turun breakfast di Coffee House. Makanan memang pelbagai variety tapi since I kena menjaga makan, kita makan eggs ajelah.

Kemudian bawa the boys berjalan sekitar kawasan hotel. Menyinggah pula di The Loaf, membeli pelgai jenis roti yang nampak sedapnya.

Tengok aje the boys makan di bilik hotel. I cuba tabahkan diri, since masih belum cuba untuk memakan benda-benda manis ni lagi.

Malam, on the way balik, menyinggah pula Village Grocer Melawati Mall cos esoknya Danish ada pertandingan Masterchef di sekolah pulak. Nak buat chicken wrap dan juga smoothies.

Perut dah kenyang, so makan yang ringan-ringan ajelah di Teochew Chendul ni.

Esoknya, Masterche Danish bersama kawan-kawannya dok sibuk memasak semua di sekolah menyediakan Chicken Wrap dan juga smoothies. Nampak meriah juga aktiviti post UPSR di sekolah, tak pernah pulak bagi alasan tak nak datang sekolah.


Nampak sedap makanan yang disediakan. Hopefully nanti bolehlah cuba buat di rumah pula, sesekali makan yang healthy mcm ni pun sedap juga. Asyik makan nasi aje, gemuk la jawabnya.



Saturday, 21 October 2017

Al-Fatihah buat adik Ridzuan


Pagi 14 September 2017 yang lepas, negara dikejutkan dengan satu tragedi yang sangat menyayat hati semua rakyat Malaysia, kebakaran Pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat. We all at that time busy la dengan Danish nak habiskan his last paper for UPSR for Science, tapi pagi tu sempat la tengok videoclip orang passkan thru whatsapp dan juga berita.

Dah selesai paper Science Danish, I pun masuk balik office. Tiba-tiba dapat msg dari ex-cikgu Danish masa Darjah 3 bagitahu yang salah seorang mangsa adalah kawan kelas Danish masa Darjah 3 dulu, Nik Ridzuan namanya. Terkedu kejap I mendapat berita ini sebab memang dah cam sangat dah rupanya arwah ni.


Danish masuk sekolah di KL umurnya 9 tahun, darjah 3. Satu kelas dengan arwah Nik Ridzuan ni. Arwah memang sangat baik orangnya, selalu aje dengan Danish kalau I terjumpa di kantin. Memang dia tolong jagakan Danish di sekolah, di kantin sebab Danish ni pelajar baru so tak biasa lagi dengan sekolah di KL.

Tabah sungguh si Ibu, bukan sahaja kehilangan anak lelaki nya ini, malahan sebelum ini pernah juga kehilangan anak perempuannya akibat sakit. Al-fatihah buat Arwah Nik Ridzuan.