Nuffnang Ad

Showing posts with label family vacation. Show all posts
Showing posts with label family vacation. Show all posts

Saturday, 28 October 2017

Cuti Deepavali

Sehari sebelum cuti Deepavali, Danish ada bola pula menlawan team NFD di Bandar Utama. Game start pukul 6, but Danish pergi awal dengan one of his teammate cos Daddy Jack ada kerja di luar. Tapi Daddy Jack sempatlah balik awal tenguk tengok game ni.

Balik tu, we all decided nak tinggal di hotel yang Daddy Jack ada mesyuarat tu since esoknya adalah cuti Deepavali. Daddy Jack seperti biasalah ada kurus di tengah KL so manalah pernah duduk hotel di KL ni, so rebutlah peluang yang ada.

Daddy dah pergi meeting so semuanya kelaparan. Hotel ni tiada buffet atau ala carte for dinner so kenalah makan Sari Ratu yang paling dekat.

Esok paginya, bangun awal. Tengok bandar KL taklah sebusy mana, mungkin cuti so orang ambil kesempatan nak berehat ajelah dirumah.

Masa ni Ryan sibuk kena paksa study cos exam tak lama lagi. Tapi agak nampak kemalasan nak belajar esp time cuti macam ni.

Dah siap semua, so bolehlah turun breakfast di Coffee House. Makanan memang pelbagai variety tapi since I kena menjaga makan, kita makan eggs ajelah.

Kemudian bawa the boys berjalan sekitar kawasan hotel. Menyinggah pula di The Loaf, membeli pelgai jenis roti yang nampak sedapnya.

Tengok aje the boys makan di bilik hotel. I cuba tabahkan diri, since masih belum cuba untuk memakan benda-benda manis ni lagi.

Malam, on the way balik, menyinggah pula Village Grocer Melawati Mall cos esoknya Danish ada pertandingan Masterchef di sekolah pulak. Nak buat chicken wrap dan juga smoothies.

Perut dah kenyang, so makan yang ringan-ringan ajelah di Teochew Chendul ni.

Esoknya, Masterche Danish bersama kawan-kawannya dok sibuk memasak semua di sekolah menyediakan Chicken Wrap dan juga smoothies. Nampak meriah juga aktiviti post UPSR di sekolah, tak pernah pulak bagi alasan tak nak datang sekolah.


Nampak sedap makanan yang disediakan. Hopefully nanti bolehlah cuba buat di rumah pula, sesekali makan yang healthy mcm ni pun sedap juga. Asyik makan nasi aje, gemuk la jawabnya.



Tuesday, 17 October 2017

Bercuti sebentar

Lepas habis UPSR yang lepas, we all sekeluarga pergi la bercuti sebentar. Tak plan pun, saja bawa Danish berhurra hurray selepas habis exam. We all pergi on Jumaat petang, singgah sebentar di area Dengkil untuk makan tengahari. Sedap lauk pauknya, semua makanan kampung.

We all pergi Gold Coast Morib ajela. Kebetulan company I ada buat family day so sesekali bercuti bawa keluarga dan mengeratkan ukhwah dengan rakan sekerja pun okaylah. We all tak pernah ke Morib, inilah pertama kali pergi.

Malam tu we all keluar makan di restoran yang famous di area Morib ni, Juvita Seafood. Tengok review di Internet memang best nampaknya. We all pergi lepas maghrib so orang pun dah ramai. Tapi servis memang cepat and tip top. Makanan pun sedap and sangat murah.

Hari Sabtu ada sukaneka semua, then lunch beramai-ramai dengan kawan-kawan. Makanan not so bad la, banyak juga pilihan.


Malam Sabtu tu, ada dinner bertemakan Vintage and Retro. Kali ni I tak dressed up sangatlah cos macam tak boleh nak pikir baju apa yang nak dipakai. So kita pakai baju biasa-biasa ajelah.

Bila dah balik rumah, kembali la semua bereat clean after dah 2 hari tidak begitu menjaga pemakanan dengan betul. So kembalilah kita makan protein dan sayur mayur semua.

Sekarang ni, I obsessed sangat dengan my omelette. Tak tahu kenapa, tiap-tiap pagi bawa bekal omelette ke tempat kerja pun okay. Kalau tak ada filling, plain pun cukup mengenyangkan pagi-pagi.

Friday, 2 June 2017

JSSL Day 01

Cuti panjang 1 Mei digunakan sepenuhnya dengan pergi bercuti. So memang ambil cuti sebelum dan selepas 1Mei sebabnya Danish ada bola tournament.

Balik rumah, tersedia menu istimewa dari Kak Tutik, nasi berempah katanya dengan ayam percik.

Travel with style kali ini, dengan KL Duck in cream

Actually, we all pergi Singapore from 28 April till 2 May cos Danish ada game kat sana menggantikan Bangkok Cup yang we all pergi setiap tahun tu. Tahun ni tak pergi Bangkok cos game tu jatuh dalam bulan puasa, takkan tak puasa pulak kut main bola.

We all stay at Ibis McPhearson Road, Singapore bersama rakan-rakan yang lain. quite cosy hotelnya okaylah untuk sekadar berehat aje lepas balik dari game nanti.

Hotel baru makeover tu yang nampak sangat cantik and spacious juga

Dah settle check in semua, misi mencari tempat makan la. Mujur dekat area hotel ni ada satu restoran mamak, jalan kaki hanya dalam 5 minit sahaja, so menujulah kami semua ke sana. Makanan pertama yang harus dicuba adalah Sup Tulang Merah la, dicicah dengan roti.

Monday, 9 January 2017

Trip to down under


Pertengahan bulan December lepas, we all pergi bercuti ke satu tempat yang dah lama sangat tak pergi, anak-anak pun tak tahu nak kemana, we all tak cakap apa-apa pun just cakap kita nak bergi holiday kat tempat best sangat. So, packing semua barang-barang, then bertolak dalam pukul 10am macam tu menuju ke destinasi yang menanti.

Plan asal nak menyinggah Muar untuk breakfast di kedai depan hentian bas tapi dah sampai pun dalam pukul 12, kedai pun dah tutup dah cos kedai tu hanya buka for breakfast sahaja, tengahari dah tutup dah. So pusing-pusing la kita mencari tempat makan lain di Muar ni.

Dah sampai dalam pukul 12, so makan tengahari ajelah jawabnya. Muar juga terkenal dengan asam pedasnya so kita pilihlah salah satu destinasi kedai asam pedas yang ada dalam internet iaitu Asam Pedas Jalan JJ. We all sampai orang tak ramai lagi, ada baru beberapa customer aje, so aman la sikit nak makan.

We all aje yang makan asam pedas, the boys tak makan pun, just ambil kuah aje and makan dengan ayam goreng aje. Kuahnya pekat and pedas tapi best sangat-sangat.


Kebetulan pula, di depan kedai ni ada pulak pengedar rempah Mak Pon, ingatkan nak menyinggah beli perencah mee bandung tapi terlupa pulak lepas pekena Asam Pedas.

Meneruskan ke destinasi percutian keluarga, sambil tu siap tapau rojak petis kat gerai tadi. Ingatkan sama aje macam rojak petis biasa tapi lain sikit siap ada kuih cucur and goreng pisang sekali dalam tu, and also ada kangkung. Exotic betul makanannya.

Yahooo, we've reach aour destinastion. It's LEGOLAND !!!!! Bersotak bebudak ni bila nampak we all bercuti di sini, memang salah satu impian the boys nak bercuti ke Legoland tapi kengkangan masa tu and yet banyak masa dihabiskan dengan tournament bola aje bila hujung minggu so we all memang jarang bercuti sekeluarga. Bila ada peluang macam ni, hah terus la rebut.

Dah settle parking, so kita register dulu la. Bilik pun dah siap dah, cuma tunggu beberapa dokumen lain yang disiapkan.

I nampak keriangan bukan sahaja di mata the boys tapi Daddy Jack juga macam melompat keriangan bila datang ke sini.

Seronok dia especially bila nampak mascot macam budak-budak aje, itu belum lagi bila tengok toys kat kedai Lego yang bersepah-sepah di Lobby ni, tak tahu apa benda yang nak dibeli sebab terlalu seronok sangat.

Tema Hotel Legoland ni cuma ada 2 sahaja, Kingdom and also Pirate tapi deconya memang superb la. We all memang impressed sangat dengan deco yang dibuat dengan hanya menggunkan bricks LEGO sahaja.

Even drawing kat dinding pun menggunakan bricks aje, tak ada gunakan water colour or any other medium. Serius memang hebat, and we all tak sabar nak tengok bilik we all pula...

Sambungan ya, kasi la surprise sikit, kan


Sunday, 8 January 2017

Port Dickson

Memang cuti sekolah masa dipenuhi dengan berjalan and bercuti ajelah. Sementara ada peluang so jangan lah dilepaskan peluang keemasan itu. 

Lama sungguh tak pergi Port Dickson, dulu kecik-kecik rajin Ayah and Ibu bawa ke sini, tapi bila masing-masing dah bekeluarga semuanya macam tak ada masa. Insyallah, akan cuba untuk meluangkan masa bersama keluarga lebih kerap lagi.

Check in pukul 2 tapi kena tunggu bilik clear dulu so kita lepak la coffee house dulu sambil mengadap swimming pool tengok kanak-kanak mandi pool dengan riangnya.

Dah settle check in bilik,  berjalan-jalan tepi pantai la. Cuaca petang agak panas rasa sunburn la kejap. Mana sempat nak sapu losyen semua, tak kisahlah.

Dah lama tak bermain di pantai macam ni, dulu kalau duduk di Adelaide, bila summer aje semua pakat pi berkelah tepi pantai sebab duduk dalam rumah panas berdenting.

Malam, kita join bbq di hotel, semua nampak sedap aje especially lamb la kan. 

We all duduk tak lama pun, 2 hari 1 malam aje pun dah cukup bagi anak-anak happy aje. Lepas breakfast, dalam pukul 10 pagi bertolak balik KL. Sampai rumah, kemas-kemas, lepak tengok TV and santai-santai aje. Kalau dah datang malas tu, apa keje pun malasss aje nak buat walhal banyak aje kerja rumah nak settlekan.

Kan dah cakap, kalau datang kemalasan ya amat tu, nak masak pun malas so menuju NZ Curry House ajelah kita untuk makan malam. Sesiapa yang pergi NZ tu kena cuba Kerabu sotong, telur dada dan nasi putih. Sedap sangat-sangat. Selamat mencuba !!!