Nuffnang Ad

Showing posts with label Singapore. Show all posts
Showing posts with label Singapore. Show all posts

Monday, 5 June 2017

JSSL Final Day

Hari terakhir di Singapore, menuju ke Padang untuk final game yang bermula pukul 8am. Sempat lalu National Stadium, nampak cantik and modern sangat designnya.

We all dah checked out terus and packed sekali. Just in case dapat ke final game, mungkin sampai ke petang and we might stay sehari kat JB.

Tapi malangnya game pertama the team dah kecundang dah, so knock out game and teruslah we all boleh balik dah pagi tu. Tak ada luck kali ini disebabkan salah percaturan.

Sempat la bergambar satu team sebelum masing-masing membawa haluan sendiri samada stay di Singapore ataupun bermalam di JB.


Team member yang lain tak sempat nak ambil medal, so they all berenam yang sempat ambil medal and pose bersama medal masing-masing.

So, we all dah keluar awal from Singapore so buat keputusan terus balik KL, singgah makan di JB dulu sebelum terus balik KL sebab takut jalan jem.

Jalan memang jem teruk, mujur la the boys tidur sepanjang perjalanan tu cuma semua terjaga masa dah masuk Senawang dah. Sedar-sedar semua dah kelaparan, mujur ada sediakan snack dalam kereta so macam cencorot la semua duduk kat bonet makan biskut.

Sampai rumah, singgah beli lauk tomyam dan juga satay ayam, sebab dah lapar yang teramat sangat.

Esok paginya, seperti kebiasaan tetap mencari NZ untuk breakfast

JSSL Day 03


Hari ketiga pun we all tak ada choice juga , breakfast yang sama juga. Setakat roti, butter and jem tu tak jadi hal lah. Makan lebih sikit kasi energy sebab akan lama juga di padang tu. Hari ketiga, sesi bermula pukul 9 am.

So semua berkumpul satu tempat, while the parents siapkan all the jersey, makanan and first aid kit untuk players semua.


Hanya ada 4 game penentu untuk ke final, so Alhamdulillah, the team berjaya ke pringkat final for Cup trophy.

So, sebelum balik, semua berkumpul dulu untuk mendengar amanat dari Coach sebelum perlawan akhir nanti.

Sebelum balik hotel, singgah makan dulu, kali ni di kedai mamak yang lain pula. Mencuba murtabak sardin pula disini dengan teh ais.

Balik berehat kejap, then petang sikit semua turun ke swimming pool, melepak dan juga stretching semua urat-urat dalam air kasi lega sikit.

Malam terakhir di Singapore, semua players keluar makan sekali, then after that mendengar kata-kata peransang dari semua ibubapa masing-masing.

Meet Class of 2017 FCKL U12

Saturday, 3 June 2017

JSSL Day 02


Hari kedua kami di Singapore, bangun seawal jam 7am, terus dah bosan duduk terperap lama-lama dalam bilik so we all keluar awal for breakfast, then sebelum tu bersenam dulu di gym. Just berlari atas treadmill dalam 30 minit, cukuplah.

Sementara menunggu family yang lain turun, lepak la tepi pool dulu.

Tak banyak makanan halal for breakfast so we all ambil roti and eggs for breakfast. Lain-lain semua mcm nasi goreng semua tak halal.

Lepas breakfast, we all terus keluar berjalan pagi-pagi tu cos game start at 2:30pm. Saja aje bawak jalan-jalan tgk City of Singapore ni, maklumlah dah biasa dengan area Singapore so we all lah yang lead jalan semua.

Marina Bay, dulu datang tak siap pun lagi

Hanya 5 orang sahaja yang duduk sama hotel, yang lain-lain duduk di tempat yang berbeza. So berlima ajelah yang sempat bergambar di sini.

Lama tak ambil gambar berdua ni

Merlion Tower adalah antara simbolik bagi Singapore ni. Actually, inilah pertama kali we all ke sini, selalu lalu aje kalau datang ke Singapore.

Ramainya la orang bergambar kat sini, macam-macam gaya ada. Tapi gaya yang paling banyak orang buat adalah pose seolah-olah air tu masuk dalam mulut, ya ampun, nak gelak pun ada jugak tengoknya.

Sebelum pergi ke padang, kenalah makan dulu bagi kenyang and tambah energy player semua. We all makan di Kallang Stadium, nak kasi player melawat stadium juga.

Dalam pukul 2 macam tu, we all sampai di tempat tournament, di salah sebuah kolej yang ada.

Game sebelum ni banyak yang postponed cos ada kilat, so kena stop bagi reda dulu cos its open space, takut berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Kebetulan, sama pulak my kasut and anak bujang I ni, dulu pernah sekali dia pakai kasut I, tapi lepas tu Daddy jack belikan satu lagi untuk dia.

Game bermula dalam pukul 3 lebih macam tu, ada 2 game pada hari pertama ni, sampai ke malam we all lepak tepi padang ni. Lepas habis game, terus balik hotel, singgah makan dulu di restoran mamak dekat hotel tu, then balik tido cos esoknya ada 4 game yang menanti.


Friday, 2 June 2017

JSSL Day 01

Cuti panjang 1 Mei digunakan sepenuhnya dengan pergi bercuti. So memang ambil cuti sebelum dan selepas 1Mei sebabnya Danish ada bola tournament.

Balik rumah, tersedia menu istimewa dari Kak Tutik, nasi berempah katanya dengan ayam percik.

Travel with style kali ini, dengan KL Duck in cream

Actually, we all pergi Singapore from 28 April till 2 May cos Danish ada game kat sana menggantikan Bangkok Cup yang we all pergi setiap tahun tu. Tahun ni tak pergi Bangkok cos game tu jatuh dalam bulan puasa, takkan tak puasa pulak kut main bola.

We all stay at Ibis McPhearson Road, Singapore bersama rakan-rakan yang lain. quite cosy hotelnya okaylah untuk sekadar berehat aje lepas balik dari game nanti.

Hotel baru makeover tu yang nampak sangat cantik and spacious juga

Dah settle check in semua, misi mencari tempat makan la. Mujur dekat area hotel ni ada satu restoran mamak, jalan kaki hanya dalam 5 minit sahaja, so menujulah kami semua ke sana. Makanan pertama yang harus dicuba adalah Sup Tulang Merah la, dicicah dengan roti.

Saturday, 23 August 2014

The Sultan

Sepanjang duduk di Singapore, we all tinggal di The Sultan. Hotel-hotel di sekitar Orchard Rd penuh so kenalah duduk di pinggir sikit, lagipun berdekatan dengan Arab Street dan juga belakang ni ada satu tempat menarik, Kampung Glam.

Hotel ni lebih berkonsepkan boutique hotel, but masih mengekalkan ciri-ciri tradisional pada beberapa elemen interiornya.


Facade bangunan yang mengekalkan konsep colonialnya

Disinilah ada sup tulang merah yang sedap tu, bersebelahan hotel sahaja. Dibuka pukul 2 petang dan tutup pukul 4 pagi.

Jalan depan hotel ni pun tak lah busy sangat, tak macam di Orchard Rd

Hari terakhir, baru nak cuba breakfast di hotel. Taklah banyak macam di hotel yang selalu we all pergi, just egg selection, cereal, vege samosa, coffee and tea sahaja. Itupun dah best dah, dengan berbagai-bagai pilihan menu telur tu. We all pun bukannya duduk  aje dalam  bilik, mostly keluar pagi, balik petang, lepak kejap then malam keluar lagi. Lepas tu balik bilik terus tido aje.