Nuffnang Ad

Showing posts with label eating place. Show all posts
Showing posts with label eating place. Show all posts

Monday, 22 January 2018

Bangkok Cuki Cup - Last day



Hari akhir di Bangkok, we all terus check out from the hotel and bawak semua kelengkapan beg terus di padang cos we all balik malam tu juga, last flight. Malas dah nak stay semalam lagi cos memikirkan tak boleh nak ambil cuti.


Kita tak menang sebarang tempat pun, cukuplah di 4th place sahaja, but itupun dah cukup best dah after kita dah lama tak sertai international tournament.

Ada lebih kurang 6 jam lagi sebelum our flight balik ke Kuala Lumpur, pusing-pusing kedai dalam airport mencari something untuk dibelikan for my close friends la.

Sepanjang berada di padang bola, tak berkesempatan nak makan Pulut Mangga, tapi we all jumpa juga di airport ni, so makan la sambil menunggu our flight. 

Mula sampai airport, ternampak la service Sleep Box ni, so we all pun sewa la untuk rehat and bersihkan diri dulu. Satu jam lebih kurang 500 baht aje so memang selesa, ada bilik mandi dan juga katil if ada sesiapa yang nak lelapkan mata sekejap.

Flight delayed, kena la menunggu kejap, sampai mata pun antara larat atau tak aje nak bukaknya.

Sampai KL lebih kurang pukul 1 pagi, airport pun dah lengang and sunyi semacam aje gayanya. Seram pun ada jugak dibuatnya.


Our first experience dengan Air Asia, so far okaylah tapi yang tak tahan tu, delayed punya hal lah. Service pun best, the cabin crew pun nampak helpful, taklah menyombong tak tentu hala. If ada rezeki lagi, akan cuba pergi bercuti dengan AA lagi.



Bangkok Cuki Cup - Day 2


Hari kedua dah start game, di tempat yang sama seperti tournament di Bangkok 2 tahun lepas. Sebelum ke tempat tu, we all breakfast di hotel dulu, tapi just makan roti ajelah cos makanan yang lain tak halal.

Beberapa orang pemain yang dalam team ni tak dapat sertai untuk trip kali ini, so yang ada ni pun dah best dah.

Seperti kebiasannya, Daddy Jack antara orang yang bersemangat berikan kata-kata galakan untuk Danish.

Game memang tak ada henti, selang 40 minit masuk padang balik.

Ada cafe baru kat sini, so sedap la we all melepak, minum kopi dan makan butter croissant sambil tengok anak-anak main bola.

Memang meletop-letop gol team bagi, sampaikan menjadi juara untuk Team B, so esok kena main kalah mati untuk beberapa pemenang dari Team A pulak.

Alhamdulillah, kali ni ada juga yang buka gerai halal, selalunya dulu-dulu we all makan fries and makan smoothies ajelah, balik hotel baru makan. Tapi kali ni siap ada roti naan, kari dan juga nasi beriani lagi. Best !!!!

Menjelang petang, semuanya dah lembik sebabnya energy semua dah habis di padang bola. So siap-siap berkemas nak balik, nak pergi makan tomyam pulak la.

Good game, Danish 


So malam tu, we all naik tuk-tuk and makan di tempat biasalah, maals nak cari tempat lain dah.

Makan yang simple ajelah malam ini. Suka pula makan ikan rebus goreng tu, siap ada ulam-ulaman dan juga sambal belacan yang kick !!. One of my friend yang perkenalkan menu ni and terus terjatuh hati jugaklah. Bilalah nak pergi Bangkok lagi, mcm tak puas rasanya pergi kali ni.

Wednesday, 17 January 2018

Bangkok Cuki Cup - Day 01


Last November, we all pergi travel lagi, tapi bukan bercuti membawa Danish ada his last International U12 Soccer Tournament di Bangkok. So sehari sebelum, bergegas la tukar duit di Giant Ulu Klang. Duit Malaysia dah tak semewah dulu dah kalau ke Thailand, dulu mmg bawa berkepuk la duit tapi sekarang dah makin sikit dah jumlahnya.

First tima we all nak travel dengan Air Asia ni, selalu naik MAS aje sebab senang dan selesa sedikit. Tapi since ramai soccermate Danish yang nak travel sekali so kita pun cubalah juga. Flight dalam pukul 11:30am, itupun sampai awal juga. Ramainya orang, dah macam di Puduraya aje dah.

Breakfast dulu di Papparich KLIA2, itupun lambat juga sebab ramai juga orang nak breakfast disini. Tapi dapatlah juga we all makan dengan tenang sebab flight lambat lagi.

We all sampai dalam pukul 1:30 petang waktu Bangkok, tapi disebabkan tersekat dalam traffic so udahnya sampai hotel dalam pukul 4:30pm, dengan letih dan perut pun dah kelaparan yang teramat sangat.

Idaman Danish, new cleat yang baru beberapa hari dikeluarkan. Malaysia belum keluar lagi so bila we all pergi ni, Daddy Jack memang nak belikan untuk dia juga as his cleats mmg dah tak muat dah.

Nego and nego, macam-macam perbincangan 2 beranak ni untuk membeli sepasang boot bola sahaja.

Kelaparan yang teramat sangat tadi telah terubat bila dapat makan di Yana Restaurant di MBK ni, aduhh kecur la tengok gambar ni sebab terbayang-bayang lauknya yang sangat sedap semuanya. So, kalau ada yang pergi ke Bangkok, silah berkunjung ke sini, memang berbaloi sangat makanan dengan harganya.

Monday, 15 January 2018

Pavillion kita

Hujung minggu biasalah hari bola untuk anak-anak, tapi untuk Ryan la kalau Danish weekdays training daynya tapi sekarang ni tak ada game lagi, kalau tak hujung minggu memang penuh.

Kadang sambil tunggu Ryan main bola, sempat la tapau breakfast dulu, tempat baru ni belum ada kafe lagi, sedang dalam pembikinan so sementara tunggu, makan yang ringan dululah.

Petang sikit, dah settle hal sekolah barulah boleh pergi merayap di shopping mall. Kali ni merayap ke Pavillion pulak cos Daddy Jack teringin nak makan You Tiou pulak.

So nilah yang Daddy Jack idamkan sangat tu, beef kuay teow dia yang super duper sedap, kata Daddy Jack while the boys makan chakoi cicah dengan bubur aje, sedap juga.

Singgah Adidas Kids mencari kasut sekolah Ryan, dah berjenuh mencari saiz yang tak jumpa di Bandar Utama dan juga KLCC. Mujur ada saiz disini, so terus beli. So dah selesai semua hal sekolah dah.


Wednesday, 27 December 2017

Bola-KLCC


Pagi sebelum pergi tournament, singgah makan breakfast dululah, lama di padang nanti perut lapar susah pulak mencari makanan. So singgah makan tosai dululah sebab senang dan cepat then baru bertolak ke padang bola.

Tapi tak begitu memberangsangkan game kali ini cos dah ada kalah 2 kali, sebelum ni belum kalah lagi, baru sekali seri. Start kalah bila Danish ikut trip sekolah ke Penang, masa tu semua dah down dah. Masa ni lawan dengan team yang katanya agak lemah pun kalah juga, mungkin sbb masing-masing mental dah koyak dengan game sebelum ini so masih takut-takut lagi.

Balik, singgah makan juga kali ni di area rumah la, Restoran Omak Den cos semua nak makan nasi ala-ala Melayu.

Malam while orang lain berehat di rumah untuk we all merayap kali, kemana lagi kalau tak tempat biasa la, KLCC.

Bila anak-anak dah habis exam, memang syoklah merayap sampai malam sekalipun. Kerja belakang kiralah kan janji boleh merayap...heheheheheh. Daddy Jack pun sibuk nak mencari baju kerja yang dah teruk untuk tahun 2017 ni, nak buka tahun baru dengan semangat baru katanya.

I pun nak membeli kasut running baru jugaklah, dah setahun pakai sampai lenjan kasut Flyknit tu, lagipun tahun 2018 nnt banyak juga marathon yang best-best untuk masuk. 

Saturday, 4 November 2017

Eat clean punya pasal

Sekarang ni I dalam proses for eat clean, sejak join this one group of strong women ni banyak ilmu-ilmu yang I dapat bila nak ber eat clean ni. Kebetulan pula, Village Grocer baru buka di belakang rumah ni so lagi mudaha banyak pilihan barang-barang fresh and imported yang boleh didapati disini. Bukan nak ckp kat NSK atau di Giant tak boleh ber eat clean, tapi adalah variety juga esp fruit and vege.

Kalau ada buat sale, salmon and seafood boleh tahan murahnya jugaklah disini. Beli cukup stok untuk seminggu ajelah, tak nak simpan lama-lama dalam fridge takut tak fresh.

La Juceria pun dah ada, senang sikit tak perlu pergi KLCC nak beli tapi untuk beberapa bulan ni nak detox secara eat clean dulu, tak nak consumed any juice dulu. After a few months nanti baru boleh minum balik.

Menyinggah rumah Ibu, selonggok durian menanti tapi I tak makan, Daddy Jack ajelah yang makan. I tengok ajelah.

After a week, kembali lagi menyopping barang masak untuk bekalan ke tempat kerja. I jarang membeli di kantin, selalu masak sendiri bawak bekal. Tak suka buat prep meal, takut tak confident so akan bangun seawal pukul 5 untuk siapkan bekalan from breakfast to lunch.


Balik kerja, cuba juga mencari masa untuk bersenam, walaupun di dalam rumah. Selalunya skipping, squat and jumping jack menjadi pilihan sambil tengok tv.

Ada masa tu Daddy Jack and the boys ada la mengumpan makan antara my favourite like waffle A&W no, saja aje they all nak uji samada I teringin atau tak. I beli buah kat kedai sebelah, dragonfruit, mangga and tembikai. Tak heran pun sekarang waffle tu, hihihihih.