Nuffnang Ad

Showing posts with label groceries and foods shopping. Show all posts
Showing posts with label groceries and foods shopping. Show all posts

Tuesday, 28 August 2018

Berjimba di petang Raya

Hows you all punya Raya Haji yang lepas? Harapnya semua baik-baik sahajalah yer. Well, tahun ni dah 2 kali dah kami beraya tanpa Ayah yang dikasihi but Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja.

Pagi Isnin, Daddy Jack dah berangkat awal untuk ke pasar. We all sekarang ni hujung bulan aje akan ke pasar Chow Kit, dah macam suka pulak ke pasar ni.Antara pasar yang bersih sikitlah berbanding dengan pasar Selayang yang sampai berlecak semua tempat tu.

Suka berjalan sampai ke bahagian buah-buahan tu, bersih dan ada banyak pilihan sampai rambang mata dibuatnya tengok sayur-sayur dan juga buah-buahan yg segar. Pastu nampak pulak ulam-ulaman yang jarang nampak, memang leka belek semuanya.

Selalu nampak kedai daging ni kat FB so tersinggah baru perasan. Bagus Pakcik Man ni, layanan dengan pelanggan sangat bagus, dia terangkan daging-daging sesuai nak masak apa so senang la kita yang newbie ni nak mencuba.

Then bergegas pula ke gerai ayam nak beli stok ayam. maklumlah cuti sekolah ni sekali dengan Raya Haji so kenalah ada stok ayam lebih, untuk masak lauk juga sepanjang cuti nanti.

Dah settle barang basah, on the way nak ke kereta, menyinggah pulak sebab nampak petai bergantungan dan elok pulak tu.

Hasil tangkapan di Chow Kit yang lepas. Tak tahu berapa habis untuk belanja kali ni sebabnya ada yang I bayar, ada yang Daddy Jack tolong byrkan juga.

Semua dibasuh dulu dengan air, dibersihkan sebersihnya pastu siap sedia untuk dimasukkan dalam bekas untuk disimpan.

Dulu, I masukkan semua hasil belian basah ni dalam plastik, tapi sebab pengaruh banyak sgt kat internet yang letak dalam bekas, so tukar la pulak masuk dalam bekas. Sambil tu letak air sikit, then letak limau atau lemon atas ikan tu untuk kesegaran.

Nampaklah organised sikit mcm ala-ala mat salleh dalam Pinterest, kan

While I busy di dapur, Daddy pulak busy mengemas rumah tak habis-habis. Vacuum, mop, lap sana-sini itu memang keje Daddy kalau time nak raya. Dia tak kasi orang lain buat, even Bibik pun tak buat.

Dah petang sikit, barulah kita keluar kejap berjalan and makan for our dinner.

Kali ni we all ke Pavillion, tapi menyinggah dulu ke Mercato, saja pusing-pusing dalam tu.

Waduh..waduh sedapnya Ben and Jerry's ni. Tapi lama lagi nak pusing Pavillion ni, beli awal karang takut cair pulak.

Kalau ke any supermarket, bahagian cheese and butter mmg jadi persinggahan, sebab suka nak membelek semua benda kat sini.

Menjamu selera di mana lagi kalau bukan di Madam Kwans la.

Terjumpa pula dengan Madam Kwan herself di sini. Nampak comel aje orangnya, busy betul dia melayan customer.

Dua-dua berpuasa sebenarnya, so sementara menunggu waktu berbuka kenalah layan movie kejap. Muka Daddy Jack tu lapar sangat nampaknya. Yer la, dah tahu letih, pg kemas rumah beria-ia sangat tu dah kenapa.

Pertama kali mencuba Nasi Goreng Petai, punyalah banyak petainya, selak nasi petai aje setimbun. Daddy jack jeling aje tengok bini dia makan nasi petai ni, tapi disebabkan dia pun tak larat nak larang, I happy aje dapat makan petai depan dia. Daddy Jack pantang sikit benda-benda bau ni mcm petai, rebung, tempoyak..itu memang dia tak suka tapi I suka aje.

Seperti biasalah, kalau ke Madam Kwans, tak bestlah kalau tak ada dessert yg ni kan, tak pernah jemu jugak ni makannya.



Saturday, 18 August 2018

Dating dengan anak bongsu


Musim bola telah bermula, so seperti biasa hujung minggu aktiviti tepi padang, berpanas sampai melekit badan semua adalah.

Singgah Cold Storage kejap, beli a few things. Ternampak pulak Nippy's ni, selalu jumpa dalam kotak tapi kali ni dah ada dalam bentuk botol pula.

Lalu depan MBG Fruits, selalu kecur tengok mangga cili ni, kadang campurkan juga mangga dan juga nenas, letak cili lebih memang sedap juga. Tak boleh makan selalu sebab ada asam boi kan, takut sakit perut pula.

Dah umur 10 tahun pun masih merajuk lagi gara-gara tak dapat ikut Danish pergi training. Daddy Jack tak bagi pergi, merajuk masuk bawah meja. Tahu-tahu dah tertidur bawah meja rupanya. Kejut, and pujuk ajak pergi Mall kejap makan ice cream, terus mood okay.

Lepak at Molten Cafe, makan pancake dengan ice-cream. Nampak okay dah tu, muka pun senyum dpt makan icea cream dengan milkshake.

Terliur pula dengan churros ni, so order. Dalam gambar menu nampak mcm kecil aje, sekali sampai mak aii besar-besar. Jenuh juga nak habiskan sorang-sorang ni.

Malam tu, Daddy Jack pula ajak ber Seoul Garden pula. Teringin nak makan BBQ dan juga steamboat, katanya. Mujur dah ada SG dekat area rumah I, ni so tak perlu pergi jauh-jauh dah.


Thursday, 28 December 2017

Team Pasar Malam

Selasa, Khamis dan Sabtu adalah hari pasar malam di Melawati. We all kadang rajin juga menyinggah cari makanan disini. Salah satu favourite adalah Apam Balik Makcik ni. Filing dia tak kedekut, gula and kacang serta jagung banyak giler. Kalau bekesempatan dtg ke sini, cariklah makcik ni. Bukan jual apam balik aje tau, kuih lepat pisang and tepung bungkus dia da'bomb sangat tau.

Menyinggah pula di gerai Makcik Kelantan ni, baru bukak aje. itupun dah beratur panjang dah orang nak beli macam-macam jenis lauk pauk.

Kalau malas nak ke pasar tani, singgah ajelah beli ikan kat sini walaupun harga katanya agak mahal, tapi tak beli banyak pun, cukuplah bertahan untuk seminggu.

Kadang ada kawan yang teringin nak makan tepung bungkus ataupun lepat pisang makcik Pasar Malam tu so kenalah beli and sedekah kawan-kawan di office juga. Memang tak nafikan sedap sangat.

Tuesday, 12 December 2017

Aktiviti Hujung Minggu


Aktiviti berhujung minggu selalunya duduk rumah ajelah sice cuti sekolah ni agak malas nak keluar sebenarnya, merata tempat ramai orang so kalau keluarkan pergi HERO untuk beli barang bsah nak masak ajelah.

Beli pun tak banyak, cukup setakat untuk masa 2-3 hari ajelah cos adalah masa nak dapatkan barang yang fresh sikit kalau beli awal pagi di HERO.

Breakfast rajin ambil telur dulu sebelum makan benda lain, bagi tenaga sikit la.

Kalau Ahad, kemana lagi kalau tak ke padang bola la untuk beberapa tournament yang masih belum habis lagi ni.

Selalunya, habis bola aje terus balik makan di luarlah. Adakalanya makan mamak tapi kalau teringin nak makan nasi Melayu, singgah terus di Kantin Asam Pedas di Ukay Perdana, terangkat kuah asam pedasnya, ambik set bawal goreng dan juga daging tetel, memang sedap.

Cuti sekolah, rambut pun still kena kemas dan pendek. Serabutlah tengok rambut panjang-panjang macam tak terurus aje.

Makan malam selalunya I ambil fruits aje. Stok buah kena ada sentiasa kat rumah but for now, dragonfruit adalah buah pilihan.

Since cuti sekolah, game semua dikeluarkan baliklah, tapi main game pun kena berpada-pada, cukup 2 jam satu hari, then kena cari aktiviti lain like baca buku cerita or tengok silibus untuk tahun depan, buat persediaan awal sikit.

Saturday, 4 November 2017

Eat clean punya pasal

Sekarang ni I dalam proses for eat clean, sejak join this one group of strong women ni banyak ilmu-ilmu yang I dapat bila nak ber eat clean ni. Kebetulan pula, Village Grocer baru buka di belakang rumah ni so lagi mudaha banyak pilihan barang-barang fresh and imported yang boleh didapati disini. Bukan nak ckp kat NSK atau di Giant tak boleh ber eat clean, tapi adalah variety juga esp fruit and vege.

Kalau ada buat sale, salmon and seafood boleh tahan murahnya jugaklah disini. Beli cukup stok untuk seminggu ajelah, tak nak simpan lama-lama dalam fridge takut tak fresh.

La Juceria pun dah ada, senang sikit tak perlu pergi KLCC nak beli tapi untuk beberapa bulan ni nak detox secara eat clean dulu, tak nak consumed any juice dulu. After a few months nanti baru boleh minum balik.

Menyinggah rumah Ibu, selonggok durian menanti tapi I tak makan, Daddy Jack ajelah yang makan. I tengok ajelah.

After a week, kembali lagi menyopping barang masak untuk bekalan ke tempat kerja. I jarang membeli di kantin, selalu masak sendiri bawak bekal. Tak suka buat prep meal, takut tak confident so akan bangun seawal pukul 5 untuk siapkan bekalan from breakfast to lunch.


Balik kerja, cuba juga mencari masa untuk bersenam, walaupun di dalam rumah. Selalunya skipping, squat and jumping jack menjadi pilihan sambil tengok tv.

Ada masa tu Daddy Jack and the boys ada la mengumpan makan antara my favourite like waffle A&W no, saja aje they all nak uji samada I teringin atau tak. I beli buah kat kedai sebelah, dragonfruit, mangga and tembikai. Tak heran pun sekarang waffle tu, hihihihih.