Nuffnang Ad

Tuesday 28 August 2018

Berjimba di petang Raya

Hows you all punya Raya Haji yang lepas? Harapnya semua baik-baik sahajalah yer. Well, tahun ni dah 2 kali dah kami beraya tanpa Ayah yang dikasihi but Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja.

Pagi Isnin, Daddy Jack dah berangkat awal untuk ke pasar. We all sekarang ni hujung bulan aje akan ke pasar Chow Kit, dah macam suka pulak ke pasar ni.Antara pasar yang bersih sikitlah berbanding dengan pasar Selayang yang sampai berlecak semua tempat tu.

Suka berjalan sampai ke bahagian buah-buahan tu, bersih dan ada banyak pilihan sampai rambang mata dibuatnya tengok sayur-sayur dan juga buah-buahan yg segar. Pastu nampak pulak ulam-ulaman yang jarang nampak, memang leka belek semuanya.

Selalu nampak kedai daging ni kat FB so tersinggah baru perasan. Bagus Pakcik Man ni, layanan dengan pelanggan sangat bagus, dia terangkan daging-daging sesuai nak masak apa so senang la kita yang newbie ni nak mencuba.

Then bergegas pula ke gerai ayam nak beli stok ayam. maklumlah cuti sekolah ni sekali dengan Raya Haji so kenalah ada stok ayam lebih, untuk masak lauk juga sepanjang cuti nanti.

Dah settle barang basah, on the way nak ke kereta, menyinggah pulak sebab nampak petai bergantungan dan elok pulak tu.

Hasil tangkapan di Chow Kit yang lepas. Tak tahu berapa habis untuk belanja kali ni sebabnya ada yang I bayar, ada yang Daddy Jack tolong byrkan juga.

Semua dibasuh dulu dengan air, dibersihkan sebersihnya pastu siap sedia untuk dimasukkan dalam bekas untuk disimpan.

Dulu, I masukkan semua hasil belian basah ni dalam plastik, tapi sebab pengaruh banyak sgt kat internet yang letak dalam bekas, so tukar la pulak masuk dalam bekas. Sambil tu letak air sikit, then letak limau atau lemon atas ikan tu untuk kesegaran.

Nampaklah organised sikit mcm ala-ala mat salleh dalam Pinterest, kan

While I busy di dapur, Daddy pulak busy mengemas rumah tak habis-habis. Vacuum, mop, lap sana-sini itu memang keje Daddy kalau time nak raya. Dia tak kasi orang lain buat, even Bibik pun tak buat.

Dah petang sikit, barulah kita keluar kejap berjalan and makan for our dinner.

Kali ni we all ke Pavillion, tapi menyinggah dulu ke Mercato, saja pusing-pusing dalam tu.

Waduh..waduh sedapnya Ben and Jerry's ni. Tapi lama lagi nak pusing Pavillion ni, beli awal karang takut cair pulak.

Kalau ke any supermarket, bahagian cheese and butter mmg jadi persinggahan, sebab suka nak membelek semua benda kat sini.

Menjamu selera di mana lagi kalau bukan di Madam Kwans la.

Terjumpa pula dengan Madam Kwan herself di sini. Nampak comel aje orangnya, busy betul dia melayan customer.

Dua-dua berpuasa sebenarnya, so sementara menunggu waktu berbuka kenalah layan movie kejap. Muka Daddy Jack tu lapar sangat nampaknya. Yer la, dah tahu letih, pg kemas rumah beria-ia sangat tu dah kenapa.

Pertama kali mencuba Nasi Goreng Petai, punyalah banyak petainya, selak nasi petai aje setimbun. Daddy jack jeling aje tengok bini dia makan nasi petai ni, tapi disebabkan dia pun tak larat nak larang, I happy aje dapat makan petai depan dia. Daddy Jack pantang sikit benda-benda bau ni mcm petai, rebung, tempoyak..itu memang dia tak suka tapi I suka aje.

Seperti biasalah, kalau ke Madam Kwans, tak bestlah kalau tak ada dessert yg ni kan, tak pernah jemu jugak ni makannya.



No comments:

Post a Comment