Nuffnang Ad

Saturday, 21 October 2017

Al-Fatihah buat adik Ridzuan


Pagi 14 September 2017 yang lepas, negara dikejutkan dengan satu tragedi yang sangat menyayat hati semua rakyat Malaysia, kebakaran Pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat. We all at that time busy la dengan Danish nak habiskan his last paper for UPSR for Science, tapi pagi tu sempat la tengok videoclip orang passkan thru whatsapp dan juga berita.

Dah selesai paper Science Danish, I pun masuk balik office. Tiba-tiba dapat msg dari ex-cikgu Danish masa Darjah 3 bagitahu yang salah seorang mangsa adalah kawan kelas Danish masa Darjah 3 dulu, Nik Ridzuan namanya. Terkedu kejap I mendapat berita ini sebab memang dah cam sangat dah rupanya arwah ni.


Danish masuk sekolah di KL umurnya 9 tahun, darjah 3. Satu kelas dengan arwah Nik Ridzuan ni. Arwah memang sangat baik orangnya, selalu aje dengan Danish kalau I terjumpa di kantin. Memang dia tolong jagakan Danish di sekolah, di kantin sebab Danish ni pelajar baru so tak biasa lagi dengan sekolah di KL.

Tabah sungguh si Ibu, bukan sahaja kehilangan anak lelaki nya ini, malahan sebelum ini pernah juga kehilangan anak perempuannya akibat sakit. Al-fatihah buat Arwah Nik Ridzuan.

No comments:

Post a Comment