Pagi hari pertama UPSR, me and Daddy Jack bangun awal, solat sama-sama then baca Yasin agar semua urusan dipermudahkan buat Danish. Ryan diberikan cuti seminggu oleh sekolahnya so bolehlah we all tumpukan perhatian lebih sikit buat urusan sekolah Danish. Sebelum pergi sekolah, breakfast sama-sama dulu.
Sempat posing dulu sebelum ke sekolah. Singgah rumah Ayah dan Ibu untuk mohon restu dulu bagi mendoakan kejayaan cucu sulungnya ini.
Kena sampai sekolah seawal jam 730am untuk perhimpunan kecil di dalam library. Dalam library, cikgu bertugas akan berikan kismis dan juga minum air zam zam untuk para pelajar Darjah 6.
Untuk hari pertama, paper adalah Bahasa Malaysia Kertas 1. Selepas pelajar masuk dalam dewan, para ibu bapa pun berkumpul di musolla sambil bersolat hajat dan juga membaca yasin bagi anak-anak yang sedang menjawab exam.
Pihak sekolah menyediakan 2 kali makan buat anak-anak UPSR mereka hasil sumbangan ibubapa, even ibubapa yang join majlis bacaan yasin dan juga solat hajat juga diberikan makanan. Makan time break dan juga lunch. So pelajar tak buang masa ke kantin untuk beli makanan.
Sepanjang minggu UPSR ni, memang me and Daddy Jack menemakan Danish sampai habis paper dalam pukul 12 tghari. Dah pastikan dia makan, then masuk kelas preparation untuk paper esoknya so barulah we all ke tempat kerja masing-masing. Insyallah, semoa semua urusan anak-anak Darjah 6 tahun ini dipermudahkan urusan mereka semua.
wow. i anak upsr i still pergi keje dan hantar dia ke sekolah macam hari2 biasa
ReplyDelete