Nuffnang Ad

Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Saturday, 21 October 2017

Al-Fatihah buat adik Ridzuan


Pagi 14 September 2017 yang lepas, negara dikejutkan dengan satu tragedi yang sangat menyayat hati semua rakyat Malaysia, kebakaran Pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat. We all at that time busy la dengan Danish nak habiskan his last paper for UPSR for Science, tapi pagi tu sempat la tengok videoclip orang passkan thru whatsapp dan juga berita.

Dah selesai paper Science Danish, I pun masuk balik office. Tiba-tiba dapat msg dari ex-cikgu Danish masa Darjah 3 bagitahu yang salah seorang mangsa adalah kawan kelas Danish masa Darjah 3 dulu, Nik Ridzuan namanya. Terkedu kejap I mendapat berita ini sebab memang dah cam sangat dah rupanya arwah ni.


Danish masuk sekolah di KL umurnya 9 tahun, darjah 3. Satu kelas dengan arwah Nik Ridzuan ni. Arwah memang sangat baik orangnya, selalu aje dengan Danish kalau I terjumpa di kantin. Memang dia tolong jagakan Danish di sekolah, di kantin sebab Danish ni pelajar baru so tak biasa lagi dengan sekolah di KL.

Tabah sungguh si Ibu, bukan sahaja kehilangan anak lelaki nya ini, malahan sebelum ini pernah juga kehilangan anak perempuannya akibat sakit. Al-fatihah buat Arwah Nik Ridzuan.

Thursday, 19 May 2016

Birthday party for the gentlemen

1st May yang lepas, dapat undangan birthday daripada classmate Danish di Concorde Hotel. Kebetulan cuti panjang kan so, kita pergilah sama-sama menghantar. His parents ajak we all stay tapi we all seganlah so makan sikit then kebetulan abangnya pun buat birthday party bersama, then ramai kawan-kawan abang dia yang datang so we all makan sikit then cari tempat lain untuk melepak sementara tunggu Danish habis berparty dengan kawannya.

Sementara menunggu Danish berhappy celebrate birthday kawan dia, we all melepak di Hard Rock Cafe sambil menonton live soccer di big screen. Since dah lama tak melepak sini,last lepak time Danish kecik lagi sebab nak tengok mini concert aje.

So kita makan yang ringan-ringan ajelah sambil minum kopi

Layan game sampai 1st half aje then nak balik dah cos dah pukul 10pm dah. Nanti kita datang lepak lagi sini.

May your sky be full of color and your grass forever green.May it mean more than the others and less than the rest and please know that you are wished the best of the best!
Happy birthday, Farhan Ismail


To the sweetest boy ever
Hope your birthday brings you as much enjoyment,
As the pleasure and amusement you bring to everyone else!
Happy Birthday, Farhat Ismail


Tuesday, 15 September 2015

Birthday party

Sesekali menghadiri undangan birthday kawan Danish, rasa dah tua dah bila ank dah semakin menginjak dewasa ni.

Alhamdulillah, makanan sedap-sedap semuanya. Terima kasih kepada tuan rumah yang gigih menyediakan pelbagai makanan untuk tetamunya.

Seronok birthday boy bila ada clown and kawan-kawan yang datang memeriahkan majlis juga.

Rupanya sambutan 2 in 1, selain sambut birthday adik, abang juga turut diraikan sekali. Baguslah sekali jalan, tak perlu nak buat 2-3 kali majlis pula kan. Apa-apa pun, Selamat Hari Jadi buat Farhan dan Farhad, semoga menjadi anak yang soleh buat ayah dan ibu, dipanjangkan umur serta berjaya di dunia dan juga akhirat. Amin.

Monday, 22 June 2015

Wedding bells

Beberapa bulan yang lalu, we all ada menerima satu undangan perkahwinan from my inlaws, jiran sebelah rumah katanya. Bila belek-belek kad, rupanya kenal pengantin perempuan melalui Instagram dan pengantin lelaki tu selalu berurusan bila nak order trophy ataupun cenderamata. What a small world, kan.


Cantik pelaminnya, walaupun kahwin buat di depan rumah tapi macam buat dalam dewan aje keadaannya.

Photobooth pun cantik, simple but nice. Nampak ramai makcik-makcik yang tumpang bergambar untuk mengabdikan kenangan.

Deco pun simple aje tapi still nampak klasik and retro

Candy buffet dengan pelbagai jenis sweet stuffs eg like gula-gula, kerepek , cake dan beberapa kuih muih lagi.

Simple aje set candy buffetnya

Tahniah buat Abil Bahari dan keluarga, Alhamdulillah, pengantin perempuan telahpun mengandung sekarang. Berseri-seri muka bakal ibu ni.

Menarik pula melihat art strings ni, satu idea yang baik untuk project seterusnya.

Tuesday, 30 December 2014

Kenduri kahwin

Dah lama tak menulis, busy dengan beberapa urusan di musim cuti sekolah ni, mana nak menyiapkan persiapan persekolah untuk 2 orang, sempat jugalah pergi bercuti walaupun masanya amat singkat.

Biasalah kalau musim cuti-cuti sekolah ni, breakfast di luar tu selalu berbanding dengan makan di rumah. Sesekali mengunjungi Warung Mak Jah di Ampang untuk menikmati kuih muih Melayu yang sedap-sedap.

Biasalah kan bila musim cuti sekolah aje, undangan kahwin pun datang bertalu-talu. Antaranya officemate Daddy Jack yang melangsungkan perkahwinannya di Cheras.

Meriah majlis perkahwinannya, ramai tetamu yang datang antaranya staff from office dan juga students. Seronok la mereka tengok lecturer mereka melangsungkan perkahwinan.

Makin hari makin meriah majlis kahwin zaman sekarang ni, macam-macam jenis buffet candy ada disediakan. Daoorgifts pun banyak yang creative sekarang ni cuma kena sediakan duit yang banyaklah kalau nak buat grand lan but memadailah buat secara ala kadar aje. Takut juga dengar ada yang sampai buat pinjaman bank untuk berkahwin, takut juga kalau dah beranak pinak hutang tak habis bayar lagi.
 

Wednesday, 11 June 2014

Reunion Adelaidian


Tak menyangka lah nak berkumpul ramai-ramai mcm gini bila dah balik Malaysia. Kalau di Adelaide dulu memang yer tiap hujung minggu sure la melepak sana-sini merata rumah kawan-kawan sambil makan and makan lagi.

Seronok la sesekali dapat berjumpa, so macam cerita keluarnya.

Antara yang sempat menhadirkan diri. Tak sangka dapat jumpa Kak Azie yang sini sarat berbadan dua.

Laksa Kak Aishah yang power masa duduk di Adelaide dulu. Until now pun masih berbisa macam dulu jugak.


Undangan ini sebenarnya surprise birthday untuk Abang Syed. Kak Yat la yang punya idea ni so masing-masing excited nak berjumpa.

Kalau kat Adelaide dulu, kedai hijau ataupun Cheesecake House yang jadi pilihan tapi bila balik Malaysia, Secret Recipe ajelah selalu yang dibeli untuk majlis harijadi.



Danish dan Ryan seronok la dapat jumpa Aqil dan Yaya. Bertukar-tukar cerita hal sekolah dan kawan-kawan di Malaysia pulak.
 

Monday, 10 March 2014

Housewarming and mini reunion

Awal bulan Februari lepas, we all buatlah sikit majlis doa selamat and housewarming sempena masuk rumah baru we all. Jemputan dikalangan jiran-jiran satu jalan, ahli keluarga serta kawan-kawan juga. Menu haruslah ada kambing golek. Majlis supposed bermula lepas Asar tapi disebabkan ahli masjid tak boleh datang lepas Asar so kenalah ubah jadi lepas Zuhur. So menu makan pun kenalah tambah juga.

Juadah yang pertama kali diperkenalkan kepada tetamu kami, Laksa Pahang. Laksanya yang diimport khas dari Kuantan, kuah putih tu Ibu yang buat.

Menu wajib if ada kenduri di rumah we all ni adalah nasi arab la. Ibu yang tolong buatkan, cos I ada hal sikit pagi tu.

 My inlaws sumbangkan satay untuk majlis ini

Ada juga kuih muih serta roti jala untuk tetamu yang hadir. Makanan memang banyak, sebab ada pertambahan menu so mmg berlambak-lambak makanan.

  Dah nak petang, ada pulak nasi lemak yang disponsor oleh adik I. 

Paling best dapat buat mini reunion dengan my Adelaide geng juga. Seronok dapat jumpa mereka after beberapa bulan tak berjumpa.

Dah besar dah Aliya ni, baby kedua comel lepas Maiesha balik Malaysia. Dah tak takut dah dengan orang, dah makan kurus dari dulu. Maybe sebab dah banyak buat aktiviti dan juga aktif sejak balik ni.

I jemput ramai juga my Adelaide gang tapi hanya ini yang berkesempatan untuk datang. Insyallah, lain kali I buat makan-makan lagi yer

Menjelang Maghrib, sorang lagi a good friend of mine masa di Adelaide datang menjenguk we all. Tambah seronok la, especially share pengalaman masing-masing bila anak-anak dah mula sekolah. Banyak pengalaman pahit yang we all share bab-bab sekolah anak-anak ni. Alhamdulillah, sekarang ni we all slowly la untuk menyesuaiakan diri dengan persekolahan anak-anak.