Nuffnang Ad

Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Wednesday, 16 August 2017

Open house 2

Tahun ni tak ngajak ramai-ramai sangat pun bagi chance kawan-kawan Ayah dan Ibu datang aje. I cuma ajak officemate dan juga cikgu sekolah anak-anak ajelah.

Kartun yang diinspirasikan daripada watak kami sekeluarga, Keluarga  Mak Minah.

Ada kawan-kawan yang memang sentiada akan datang bila we all jemput. Tak kisahlah duduk kauh atau dekat. Seronok dapat berkumpul ramai-ramai.

Tahun lepas untuk kanak-kanak we all jemput orang untuk buat art activity, tapi tahun ni we all siap ajak Ultraman untuk menghiburkan kanak-kanak. Bukan aje kanak-kanak, rupanya ada jugak orang dewasa yang berminat nak bergambar dengan Ultraman ni.

My ex student form Unisel day. Salah seorang student yang suka menceriakan suasana dengan keletahnya tu. Until now, masih tetap contact dan bertanya khabar.

Geng bapak-bapak pun tak ketinggalan sama nak bergambar. Minat dari kecil katanya. Ye la, zaman channel TV ada berapa aje, siri Ultraman la yang selalu ditunggu lepas balik sekolah tu.

Team bola FCKL pun ada datang juga, sempat jemput sebahagian aje cos yang lain ada yang pergi holiday lagi.

Me and my new boss, berkarisma orangnya dan sangat komited dengan kerja.

Bersama rakan sekerja


Setelah sebulan tak berjumpa untuk training, jumpa kat open house ajelah jawabnya. Now, semuanya tengah berperang dengan extra class for UPSR.

My lovely family

My big family, bertungkus lumus menjayakan Majlis Open House tahun ini

My backbone, Ayah dan Ibu, Daddy Jack and the boys.

Malam tu, masing-masing tak larat dah nak masak for dinner, so keluar makan ke Sari Ratu Melawati aje, tapi perut masih kenyang, so makan yang simple aje.

Sunday, 13 August 2017

Open house 01

Ya Allah, dah nak masuk Raya Haji dah baru terhegeh-hegeh nak upload psl open house hari tu after berapa lama terperam berapa lama dalam draft. Serious sekarang memang bust tahap dewa tambahan pula bagi full commitment dengan Danish nak UPSR bulan depan so memang tak terkejar dah. Well, tiap-tiap tahun memang our big family akan buat open house, so kita pun tumpang sekaki jugaklah ngajak kawan-kawan. Tapi taklah ngajak kosong, kita pun ada lah sumbang sikit like tenaga, kuih muih semua. Untuk tahun ni, we all sumbangkan keropok and kudap-kudapan sahaja.

Tahun ni, kita tak buat di rumah,  buat di Dewan LJT pula. Plan asal nak book area Laman Pengantin tapi date yang dipilih penuh for orang kawin so mujur la Dewan Intan, Wisma LJT ni kosong pada tarikh yang we all nak buat ni.

First time juga we all buat event di sini, nampak sungguh teratur dan juga cantik dihiaskan dewan ni.

Siap ada mini stage, and deco pun menepati tema hari raya

Plan asal nak buat karaoke, tapi takut lah pulak ada yang nyanyi terjerit pekik ganggu pula orang nak bersembang. So lain kali, kita ajak artis pulak join.

Makanan pun sedap-sedap semua, satay dan kambing antara yang licin dulu walaupun kambing 3 ekor and satay 1200 cucuk. We all sebagai tuan rumah, makan pun sambil-sambil layan tetamu ajelah.

Wednesday, 22 February 2017

Birthday celebration

Cerita dah basi dah ni..January lepas Alhamdulillah, bertambah sudah umur I. Sedar dah diri dah tua, anak yang sulung pun nak ambil UPSR tahun ni. Tahun ni sambut birthday time buka sekolah, so memang agak kelam kabut la, even tak terpikir pun nak celebrate mana-mana tapi Daddy Jack yang usahakan sendiri, beli cake and bunga, hantar di office walaupun dah nak balik dah time tu. Balik pun dah siap dah some preparation bersama-sama anak-anak juga.

Daddy Jack even berpakat dengan Kak Tutik untuk menyediakan pelbagai juadah untuk makan malam..mee kari kegemaran anak-anak, pastu beli kuih muih dan juga ayam panggang Ayamas. Meriah betul nak makan kami sekeluarga.

Hadiah yang paling comel and sweet sekali. Sanggup Daddy Jack mengorbankan his LEGO figurine sebab nak jadikan some token of appreciation


Bukan sahaja, kawan-kawan dan ahli keluarga yang hantar msg dan ucapan harijadi thru email, twitter, IG, FB dan juga Whatsapp, Kak Tutik siap hantar sms lagi ucap Selamat Hari Jadi...huhuhuu terharu dibuatnya.

Monday, 28 November 2016

Bila geng pantry beraksi

Sesekali bila geng pantry office beraksi memang terbaiklah ruang pantry office dibuatnya. Makanan memang bermacam-macam ada, sampai pebuh meja dibuatnya. Kalau tak lauk pauk, kuih muih dan juga buah-buahan pun jadi juga.

Mee Bandung, nasi goreng dan juga sambal mangga kalau pada yang rajin nak buatnya.

Normally, hari Jumaat biasanya ada sahaja geng yang bersedekah untuk semua orang, selalu yang menjadi kebiasaan adalah nasi lemak la jadi tumpuan.


Nasi lemak Rawang so far antara yang sedap we all rasa selama ni.

Even simple bihun goreng and cucur ikan bilis pun nampak menarik di meja pantry.

Tambah menatik bila ada pulak yang belanja pisang goreng cheese yang super duper sedap menggila nih.

Aduh, kecur juga air liur bila ada pulak yang membawa colek Mak Bee dengan mangga muda. Jenuh mencolek sampai sakit perut dibuatnya.

Ada satu hari tu, tema masakan Pantai Timur pulak. Lauk singgang digandingankan dengan ulam-ulaman serta budu, ikan pekasam dan juga sambal belacan. Memang hebat geng-geng pantri saya ni.

Sepanjang tahun ni, pantry memang tak pernahlah tak ada makanan, ada aje yang membawa makanan walaupun cake ataupun manisan.









Apa-apapun, memang geng pantry saya hebat orangnya. Ada yang bangun seawal pagi untuk memasak membawa bekal ke sekolah, left over food semalam ataupun yang beli di luar. tak kisahlah apa cara pun tapi memang meriahlah pantry dari pagi sampailah tengahri dengan makanan pelbagai jenis dan juga rasa. Betul kata orang, 

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut, suka hati

Monday, 29 August 2016

Kantin Asam Pedas



Selalunya jarang nak jumpa kedai makan yang menepati selera we all anak beranak, kalau ada pun yang selalu we all pergi adalah Restoran Omak Den di Melawati tetapi disebabkan selalu ke sana, so lama-lama boring jugak, kan. Entah macamana tengah godek-godek IG, ternampak pulak IG Kantin Asam Pedas di area Ukay Perdana ni.

Kecik aje restoran ni, separuh kedai aje cos share dengan kedai jahit disebelah. Kalau penuh di dalam, boleh makan di luar aje.

Deco banyak menggunakan pelbagai barangan vintage dan antik, mungkin hasil simpanan daripada owner. Deco kedai pun simple aje, meja makan semua gunakan kayu palet aje.


Antara menu di Kantin Asam Pedas, semuanya bercirikan asam pedas. Pilih aje mana yang kita nak, semua nampak sedap-sedap belaka.

Menu pilihan we all, asam pedas tetel, ikan bawal goreng dan juga ayam goreng. Semua datang dalam bentuk set, cukup air dan semangkuk kuah asam pedas. Tak ketinggalan sambal belacan dan juga ulam-ulaman. Memang terangkat makan sampai berpeluh-peluh panas.

I memang tak begitu pandai nak membuat asam pedas, ada masa terlalu cair so macam tak begitu nak menjadi. Jalan terbaik adalah beli pes dari Muar, dan selalunya Mak Pon jadi pujaan sebab kena dengan tekak semua dalam rumah ini. Mak Pon sekarang dah ada yang dalam botol, so tak perlu nak frozen kan lagi. Ada sesiapa balik Muar? Nak kirim beli lah.