Nuffnang Ad

Showing posts with label home sweet home. Show all posts
Showing posts with label home sweet home. Show all posts

Sunday, 1 October 2017

A week before the big exam

Demam UPSR dah habis, tapi I baru nak hegeh-hegeh upload. Hadoi, ingatkan dah settle UPSR boleh la curi masa untuk uodate blog, rupanya makin busy la. Ni antara calon-calon UPSR sekolah Danish. Masa tu baru habs program Bicara Akademik dan bersama Pengetua. Nampak semua happy aje.

Beberapa minggu sebelum exam, Danish dah start rasa macam tak sihat. Dah mula batuk-batuk and nak demam, tapi we all cepat-cepat suruh makan Vitamin C, and bagi la berpeluh main bola kejap.

Sekolah pun adakan majlis solat hajat dan bacaan yasin untuk anak-anak UPSR ni, so we all pun tak ketinggalan menyertainya.

Permintaan sebelum nak menghadapi UPSR, Danish nak makan mee bandung, so masaklah mee bandung untuknya.

Last minute preparation, Cikgunya minta buat latihan and baca beberapa sumber dari Didik dari Berita Harian, jenuh la pergi Achik Printing petang tu sebelum pukul 5, takut tutup pulak.

Daddy pun turut sama membantu untuk Danish menghafal beberapa term dan cara-cara menjawab serta mengajar beberapa benda takut terlupa.

Setiap hari I akan temankan Danish buat ulangkaji, sesambil tu bacalah Quran kasi Danish tenang sikit and tak gelabah sebab nak exam besar, kan.

Saturday, 22 July 2017

Masak-masak Raya

Dah habis raya, dapur pun kenalah berasap juga. Perut pun nak makin nampak mcm orang mengandung dah, badan pun mcm kena pam aje gemuknya so kita kembali ke menu diet kita lah jawabnya.

Bila raya ni rajin la nak membuat Laksa Johor, kalau tak, eii kemalasan melanda sebabnya bukan mudah nak membuatnya, banyak kerja. Tambah pula, rempah yang selalu buat tu dah habis, so kena google mencari resepi yang buat dari scratch pulak jawabnya.

Bila dah siap, masa makan ohhhh nikmatnya tak terkata. Sedap, walaupun nak membuatnya tu payah sangat. Tapi bila dah masuk mulut, terus hilang perasaan tu. Alhamdulilah, nanti Raya Haji la repeat lagi jawabnya.

Sunday, 9 July 2017

Post pagi Raya

 Malam raya di kenit ni sibuk nak menolong masukkan kuih raya dalam balang, tak kisahlah janji jangan kuih dan balang tu pecah cukuplah.

Pagi raya berkumpul di rumah inlaws dulu. While Daddy Jack and the boys pergi sembahyang raya, I siapkan apa-apa yang patut di dapur untuk sarapan pagi raya.

Sekeluarga di pagi raya. Pagi-pagi raya di KL ni siapa nak datang, kan so we all pun dah tengahari balik la ke rumah.

Salin baju raya, pakai kaftan duduk melepak di depan TV sambil menonton program Raya. Sedar tak sedar dah lelap dah masing-masing. Petang baru terjaga, then ulang lagi makan makanan raya. So makanan raya dihabiskan oleh we all ajelah, selalu memang raya pertama tu tak ada orang pun yang datang. Sebab tu we all jarang masak banyak-banyak.

Saturday, 1 July 2017

Danish 12th Birthday

Sambungan birthday party Danish.....

We all buat BBQ masa sambutan birthday Danish tu, so nampaklah meriah sikitkan. Sejam sebelum berbuka, we all dah start membakar ayam, kambing dan juga daging. Mujur ada bapa-bapa yang sudi membantu sementara we all membuat persiapan lain.

Meriah betul bila semua berkumpul, maklumlah dekat sebulan tak berjumpa masing-masing cos training ditangguhkan sebab puasa.


Mujurlah jiran-jiran sporting, walaupun rumah rasa nak runtuh dengan kekecohan yang melanda.

A simple celebration with friends and families. Ini pun tak dirancang, we all plan nak buat lain pula bila dah habis UPSR nanti.

Besar dah anak bujang I ni, dah 12 tahun dah. Pejam celik, pejam celik dah nak masuk sekolah menengah dah.

Gabungan Rainbow cake dan juga Butter cake menjadikan kek birthday Danish meriah sikitlah tahun ini. Cuma seperti biasa, fondant tu menjadikan bertambah stress bila nak buat cake.

Selepas berbuka, semua energy level naik so masing-masing jadi hyper dibuatnya. Mujur padang depan rumah ni agak gelap sikit kawasannya, kalau tak sure main bola malam-malam tu.

We all masak nasi minyak, BBQ dan juga roti jala. Then ada juga yang bawa popiah, kuih-muih malahan yang sponsor satay pun ada juga. Makanan memang banyak, so dah nak kemas-kemas tu, sapa yang nak tapau, ambik ler. We all memang tak makan banyak-banyak tu.

Mak-mak berkumpul di dalam rumah, melayan anak-anak dan juga bersembang

Muka masing-masing seronok dapat berkumpul macam ni after a long break. Tak tahulah if dapat melepak lagi ke tak lepas ni cos anak-anak sibuk dah nak UPSR.

Semuanya tersandar kekenyangan dan juga kepenatan bermain game dari mula sampai sampailah dah nak balik.

Lepas satu group, satu group berlawan main game masing-masing

Geng mak-mak masih tetap nak berposing, lantaklah apa yang terjadi samada di luar ataupun di belakang tu.

Dah nak balik, main pulak pool seround dua. Memang semua orang enjoy malam tu, so balik masing-masing kepenatan dan kekenyangan. Alhamdulillah, birthday party Danish yang ke 12 berjalan dengan lancar dan juga meriah. Nanti lepas UPSR, kita celebrate lagi la yer.

Wednesday, 21 June 2017

Danish 12th Birthday - The prep


Anak sulung I dah masuk 12 tahun dah. Selalu Danish agak frust sebab birthday dia semenjak balik Malaysia akan jatuh time cuti sekolah, so tak dapat nak celebrate dengan kawan-kawan. tambahan pula tahun lepas and tahun ni jatuh pula dalam bulan puasa. So since dah nak masuk fasa remaja ni, we all pun decided la buat juga small celebration for him.

Mujurlah his birthday jatuh time cuti sekolah 2 minggu lepas, so banyaklah masa nak buat preparation semua. The cake, of course la kena buat sendiri kan.

Seperi kebiasaannya, Rainbow Cake jadi pilihan.

Seperti biasa, tahap kesabaran diuji bila nak membuat fondant, dengan cuaca yang sangat panas and cepat mencair, terlupa beli pengeras fondant so belasah ajelah guna apa yang ada.

Daddy Jack antara yang excited sekali, nak menyambut tetamu yang dijemput. beria betul dia mengams rumah sehabis kemas dah sampai lampu pun dicuci. Daddy Jack memang excited sikit if ada tetamu yang datang ke rumah, maklumlah we all jarang juga buat majlis open house dan sebagainya. Kalau di Adelaide dulu, tetiap minggu buat majlis potluck so dah terbawa-bawa ke sini juga. Tapi geng Adelaide dulu dah terpisah, nak mencari geng baru untuk berpotluck entah ada yang sudi ke tak.

Tuesday, 20 June 2017

Berbuka di luar

Dah akhir-akhir Ramadhan ni makin malasnya nak masuk ke dapur untuk masak so rajin la pulak makan di luar. Antaranya berbuka di NZ sambil makan roti canai dan mee goreng telur goyang. Dapat minum teh ais, nyaman rasa tekak.

The boys sibuk nak berbuka di Madam's Kwans, tak puas katanya nak makan hari tu so sekali lagilah we all ke sana.

I dapat the favourite Banana Fritters cukuplah, itu pun rasa nikmat tak terkata

Danish antara yang happy sekali bila dapat buka puasa di luar, cos dapat la release stress sikit daripada extra class setiap hari di sekolah.

Balik aje dari berbuka puasa, semua sibuk nak buat kuih raya pulak. Resepi yang simple boleh difikirkan adalah Chocolate Chips Cookies, so bancuh and then suruh the boys tolong scoopkan atas baking tray. Now, biskut pun dah lesap, kena buat lagi.

Wednesday, 14 June 2017

Persiapan Raya

We all baru lah nak buat persiapan raya walhal orang lain dah lama dah buat persiapan. Biasalah, tahun ni beraya di KL, so tak perlu nak beria sangat pun. So, ke Jakel Mall la kita buat persediaan.

Ramainya orang di Jakel Mall, setiap level tu ramai sungguh orang membuat persiapan raya untuk keluarga masing-masing. I hanya sempat membeli baju melayu untuk Daddy Jack dan juga the boys sahaja while baju I kena cari di tempat lain cos macam tak banyak pilihan warna yang bersesuaian.

Then beberapa hari selepas itu, ke KLCC pula la. Kali ni saja aje berjalan-jalan tengok pelbagai persiapan untuk raya.

Sampin Sofia Iman selalunya menjadi pilihan Ayah bila nak raya.

Deco raya KLCC kali ni simple aje, mungkin tak nak bermegah-megah dengan deco yang mewah kan. Apapun, tetap cantik dengan replika rumah kayu kampung tu.

Kali ni berbuka puasa semuanya beli di luar. Nasi Arab dari Saba Restoran, kuih muih dari La Cucur, KLCC dan roti dari Sun Moulin juga dari KLCC. Alhamdulillah dengan rezeki yang terhidang di atas meja.

Daddy Jack bila dia macam bosan tak ada benda nak dibuat, datanglah kerajinan dia mengemas rumah di kala malam-malam ni.

Punyalah rajin, habis segala lampu ceiling pun dia lapnya. Itu belum kes mengemas dapur lagi, tapi selalunya kalau dia nak mengemas dapur, I memang tak bagi. Nanti habis dikemasnya semua barang-barang yang kita biasa letak, diubah kedudukan bila time I nak masak, mau mengagau cari.