Nuffnang Ad

Saturday, 1 July 2017

Danish 12th Birthday

Sambungan birthday party Danish.....

We all buat BBQ masa sambutan birthday Danish tu, so nampaklah meriah sikitkan. Sejam sebelum berbuka, we all dah start membakar ayam, kambing dan juga daging. Mujur ada bapa-bapa yang sudi membantu sementara we all membuat persiapan lain.

Meriah betul bila semua berkumpul, maklumlah dekat sebulan tak berjumpa masing-masing cos training ditangguhkan sebab puasa.


Mujurlah jiran-jiran sporting, walaupun rumah rasa nak runtuh dengan kekecohan yang melanda.

A simple celebration with friends and families. Ini pun tak dirancang, we all plan nak buat lain pula bila dah habis UPSR nanti.

Besar dah anak bujang I ni, dah 12 tahun dah. Pejam celik, pejam celik dah nak masuk sekolah menengah dah.

Gabungan Rainbow cake dan juga Butter cake menjadikan kek birthday Danish meriah sikitlah tahun ini. Cuma seperti biasa, fondant tu menjadikan bertambah stress bila nak buat cake.

Selepas berbuka, semua energy level naik so masing-masing jadi hyper dibuatnya. Mujur padang depan rumah ni agak gelap sikit kawasannya, kalau tak sure main bola malam-malam tu.

We all masak nasi minyak, BBQ dan juga roti jala. Then ada juga yang bawa popiah, kuih-muih malahan yang sponsor satay pun ada juga. Makanan memang banyak, so dah nak kemas-kemas tu, sapa yang nak tapau, ambik ler. We all memang tak makan banyak-banyak tu.

Mak-mak berkumpul di dalam rumah, melayan anak-anak dan juga bersembang

Muka masing-masing seronok dapat berkumpul macam ni after a long break. Tak tahulah if dapat melepak lagi ke tak lepas ni cos anak-anak sibuk dah nak UPSR.

Semuanya tersandar kekenyangan dan juga kepenatan bermain game dari mula sampai sampailah dah nak balik.

Lepas satu group, satu group berlawan main game masing-masing

Geng mak-mak masih tetap nak berposing, lantaklah apa yang terjadi samada di luar ataupun di belakang tu.

Dah nak balik, main pulak pool seround dua. Memang semua orang enjoy malam tu, so balik masing-masing kepenatan dan kekenyangan. Alhamdulillah, birthday party Danish yang ke 12 berjalan dengan lancar dan juga meriah. Nanti lepas UPSR, kita celebrate lagi la yer.

No comments:

Post a Comment