Nuffnang Ad

Monday, 3 July 2017

Last day of Iftar

Masih lagi mood  persiapan raya, habis entry ni kita masuk la bab raya ya. Lagipun sama aje raya we all, di KL sahaja. Last minute shopping kata orang mencari set baju melayu yang sama anak beranak ni. Berjalan la we all ke Masjid India mencari bajunya. Mujurlah dapat sedondon dengan Daddy Jack dan the boys sekali cuma jadi masalah bila baju I, nampak semua mcm tak begitu cantik di mata.

Ingatkan lagi 2 hari nak raya, dah ramai yang balik ke kampung masing-masing, rupanya masih ramai juga yang membuat last minute shopping. Yer la, mungkin ada yang nak membeli untuk keluarga di kampung kan. Lagipun banyak juga offer yang best, especially baju melayu dewasa dan kanak-kanak.

So, lepas ke Jalan TAR, balik menyinggah buat pertama kalinya ke bazar ramadan ni. Sebelum ini tak jejak lagi ke sini cos selalu masak aje untuk berbuka. Murtabak Pekan ni yang dibeli sejak tahun lepas, memang sedap. Lepas ni kalau terasa nak makan, boleh call ajelah tanya.

Dah lepas berbuka, so membuat la juga biskut raya, demi memuaskan hati anak-anak yang nak buat kuih raya. Buat kuih yang simple ajelah, chocolate chips cookies aje.

Sehari sebelum Raya, bergegas ke pasar tani nak membeli barangan nak masak untuk raya. Ingatkan pergi pukul 730am tak ramai orang, ramai juga la kiranya. Tak menyangka ramai juga yang raya di KL tahun ini.

Daging pun sampai habis la di tempat yang we all selalu beli tu, mujur la kedai sebelah tu masih ada banyak stok daging lagi. Siap kena beratur and ambik nombor lagi.

Sementara menunggu rendang dan ketupat masak, sempat lagilah membancuh kuih tart untuk diterapkan. Jem nenas tu dah disiap buatkan bulat-bulat dulu, then masuk fridge supaya senang nak letak atas adunan kuih.

Dalam pukul 5pm macam tu, siap semuanya rendang dan ketupat. Nak beli lemang tapi punyalah jem kat MRR2 dan kena beratur panjang so tunggulah pagi raya baru nak pergi beli.

Antara aktiviti tahunan juga, berbuka puasa bersama Ayah dan Ibu serta keluarga di Traders Hotel. Selalunya we all berbuka tengah bulan puasa tapi kali ni semua tak nak tinggalkan terawih so pergilah di hari terakhir berpuasa. 

Makanan masih sama, banyak variety walaupun last day dah. Orang pun tak begitu ramai, so puas dapat makan semua.

Sushi timeeeeee. Sepanjang bulan puasa, memang tak bersushi so bila ada buffet sushi, harus la terjah dulu.

Dah siap makan, menyinggah pula ke KLCC, misi mencari baju raya I yang masih tak jumpa lagi nih.

Tak ada kampung, fefeling rumah kampung I la ni.

Akhirnya jumpa juga baju raya yang bersesuaian dengan tema satu family di foyer KLCC ni. Baju made by Lockar, selesa juga memakainya.

1 comment:

  1. bestnyaa buat juga cookies tahun ni.. CT semua tunjuk hhehehe.. baju raya pun beli last minute. jadilaa.. hehe..

    ReplyDelete